Thursday, October 22, 2009

Petang yang tenang 2

Setelah 50 tahun tidak berjoging,aku ambil keputusan untuk berjoging.Pada hari kejadian,aku pulang awal dari pejabat.Opis blekaut.Balik le,apa lagi kan?

Dah setel menda2 yang patut kat rumah,aku pegi ke Taman Bukit Jalil.Walaupun aku dah duduk area ni setahun lebih,ni le pertama kali aku nak joging kat Taman ni.Aku tak tau le perlakuan aku ni boleh dikatakan buang tebiat atau kata baratnya 'breaking the habit'.Aku pegi naik Kriss Evo sorang-sorang.Dah sampai,regang-regang apa yang patut.Gaya dah macam Usain Bolt.

Aku memulakan langkah pertama.Berlari perlahan-lahan.Berlari sambil tersenyum.Udara segar.Landskap menarik.Awek-awek ramai.Bersemangat.

Aku memotong seorang pakcik yang sedang berlari.Aku namakan pakcik tersebut sebagai pakcik 100 Plus.Sebab dia pakai baju 100 plus.Pakcik ni mesti jenis selalu follow acara marathon ni.Tengok badan macam pelari marathon.

Aku meneruskan larian dengan tenang.Tidak berapa lama kemudian,penat mula menyerang.Aku memperlahankan rentak larian.Tengah tenangkan paru-paru dan jantung yang merengek-rengek kata penat,tetiba pakcik 100 plus tadi memotong aku.Laju jugak dia potong.

Aku meneruskan larian.Lari sambil hirup-hirup angin segar.Layan-layan pemandangan.Tetiba pakcik 100 plus tu potong aku sekali lagi.Laju-laju.

Gila.Kuat kederat dia.

Aku terkesima.Aku meneruskan larian.Bertenang.Ushar-ushar awek.Ambil angin.Pandang sana sini.Senyum-senyum kat awek.Sambung lari.Lompat-lompat gembira.Berhenti tengok kura-kura dalam tasik.Kena maki dengan kura-kura sebab tak bawak makanan utk diorang.

Kat hujung taman tu,sempat aku ushar ada sorang mamat cina buat tai chi.Gaya dah sebijik macam dragon ball.Nasib baik tak terkeluar bola api.Meletup bukit sebelah tu,susah jugak aku nak balik nanti.Tak kurang jugak ada mamat pakai but hitam besar,baju belia,beg sendeng,jalan kaki pusing-pusing taman banyak kali.Ni pun jenis kuat stamina.Dia berjalan pun laju-laju.Unik betul pakaian senaman dia.

Tiba-tiba lagi sekali pakcik 100 plus tu potong aku.

Aku cuba jugak nak kejar dia....bila aku follow belakang dia aku rasa macam aku tak berlari ja.Semakin lama semakin jauh kena tinggal.








Kurang gagah lagi aku rupanya.

14 comments:

Chaireel Azizee Mohamed @ Ayub said...

hahahahahaahah....

Syaz Rahim said...

pakcik tu atlet kot..huu

nmEsfie said...

kompom dah 50 taun ko x jogging......

kAkUnA_tHe KeLip KeLiP said...

ko dah berat nih...pasni rajin2 ar turun...hehehee..

Unknown said...

lor...ko baru sedar ke ko kurang gagah?

zaiMi said...

pakcik tua tu yg hebat ke ko yg lemah? haha

Sharif John said...

Hehe... hehe... hehe... terbaik la pakcik... nnt kita lari sama2 huhu

Solehah said...

huhu..lajunya pakcik 100 plus tu..3 kali eh dia potong..dah lama tu tak jongging dah 50 thn..erk..umur pakcik ni berape?

Cik_Oren said...

kna bykkan minum 100plus ne agaknya..haha

Jard The Great said...

boyot sesuai ar dgn mu.. hehehe ;p

Anonymous said...

ko tak fit!jgn disangka pakcik yg tua tidak kuat..hehehe

Siti Nur Aminah said...

kt ipoh ni rmi apek2 yg fit beb...lari bp round pon ok je...gile kgum..

Anonymous said...

nampak sangat tuan blog nie BOROI!!!!!

brat2104 said...

3 round at least ko kena tinggal dgn pakcik tu.. dasat...

xde stamina ke bro?