Wednesday, October 28, 2009

Lepak lepak asrama

Lokasi: Asrama Remaja-Remaja Genius
Tahun: 2001

Jam dah pukul 9.30 malam.Semua budak-budak ada dalam bilik study.Aku lak pegi lepak dalam bilik pengawas.Bilik ni sunyi sket.Kalu study dalam bilik dengan budak-budak lain,selalunya bising.Ada yang sembang pasal awek,sembang pasal masa depan,sembang pasal komik,pasal lagu jiwang-jiwang.Tak kurang juga ada yang sembang pasal bisnes jual makanan dalam dorm.

Seperti sedia maklum,menda-menda macam walkman,waklgirl dan radio mmg diharamkan kat asrama.Aku aku tak peduli.Aku beli radio palito rm15 kat pasar malam.Kecik je.Petak warna hitam.Buleh la nak letak dalam poket baju melayu masa study.

Malam tu,aku study dengan bahagia.Mau tak bahagia,earphone sumbat dalam telinga,kena pulak lagu best-best masa tu.Melayan sakan.Tak silap aku lagu Jon bon Jovi kot.Tajuk lagu It's my life.Agak rancak la.

Kalau dah rancak,apa lagi.Aku pun buat la head banging sikit walaupun seumur hidup aku tak pernah ke konsert rock kecuali konsert percuma Ziana Zain kat Dataran Merdeka masa aku darjah satu dulu.

Tengah sedap head banging sorang-sorang,aku nampak membe sepengawas kat sebelah pandang aku dengan mata bulat.Aku tak layan.Dia masih pandang aku.Aku rasa sangat awkward.Aku berenti head banging dan memandang ke arahnya.Aku buat isyarat mata kepada rakan sepengawas yang bermaksud 'kenapa?'. Dia membuat isyarat mata ke arah pintu.Aku pun toleh ke arah pintu.
















Kelihatan Ustaz Razak badan taff merangkap pembantu warden sedang perhatikan aku sambil cekak pinggang.Mata garang.Muka ketat-ketat.Rajin pulak dia buat rondaan malam ni.

Berkat muka aku yang hensem serta bersih dari noda,akhirnya hati Ustaz Razak jadi lembut dan penuh belas ihsan.Ustaz Razak blah camtu je tanpa mengenakan sebarang hukuman atas aku.

Anda semua,sila terima kenyataan ini dengan tabah.

16 comments:

Ann said...

haha member pengawas ko pun sekaki sekepala sejiwa leh bkomplot...

iza_hafizah@yahoo.com said...

adoiii..... xblh blah la bro... ustaz tu xsempat nak wat pape sebab dia sakit perut...

Chaireel Azizee Mohamed @ Ayub said...

hahahahahahahahaah....

berkat berkat... :D

Mimie.Candy Cane said...

perghh..it my life tu..lagu zaman aku nak amek spm..

Anonymous said...

haha..tu la.len kali head baging lg.nsb baik ustza tu xhempuk je kepala kat meja.baru betol head baging.hahaha..

Oren said...

radio palito 9.90 ja kat mydin zaman aku..

~ hehe..

Solehah said...

woo.tak aci..aku selalu kene kalo kantoi..huhu..

ezzati said...

rock kapakssss..

joegrimjow said...

pengawas camni la merosakkan skolah
kekeke!

kAkUnA_tHe KeLip KeLiP said...

ala...ko tipu! pdahal radio dah kene rampas..hehehee...

demang said...

lu pye cerita best bai

pucek_85 said...

teringat aku zaman sekolah....
baru first time nk fly dah kantoi....huhuhuh

Siti Nur Aminah said...

sepatutny..masa ustaz tu dtg..wat la banging cam tgh hapal surah ke

Anonymous said...

ala...ko rasuah ustaz tu kan???

Lazyf said...

"Berkat muka aku yang hensem serta bersih dari noda,akhirnya hati Ustaz Razak jadi lembut dan penuh belas ihsan.Ustaz Razak blah camtu je tanpa mengenakan sebarang hukuman atas aku.

Anda semua,sila terima kenyataan ini dengan tabah."

mmm...nk cayer ker x ek???

darkSky said...

radio palito..
mmg canggih la zaman 2..murah pon murah.kecik lak 2.
nape la sama ngan asrama aku x leh bwk walkman.ampeh kn..