Monday, October 26, 2009

Misi yang tak mustahil sangat.

Karim,Pudin dan Hamid masuk perlahan-lahan ke dalam kawasan kilang yang dijaga rapi.Mereka menuju ke arah pengawal yang sedang berkawal.Karim mengkrate 2 pengawal yang sedang berkawal sekaligus dari belakang.Pengawal-pengawal tersebut pengsan.Pudin dan Hamid menunjukkan isyarat bagus.

Karim mengheret pengawal-pengawal tersebut ke tempat tersembunyi dan mengikat mereka dengan kemas.Tak sia-sia dia menonton cerita gaduh-gaduh lakonan Jean Claude Van Demmit.Boleh jugak dia belajar aksi gaduh-gaduh.

Tugas seterusnya,mematikan alat pengera.Tugas ini dilakukan oleh Pudin.Kerja sebagai pemasang alat-alat keselamatan industri membuatkan Pudin amat sesuai dengan tugas ala-ala Tom Cruise ni.Setelah Pudin berjaya mematikan semua sistem keselamatan,mereka berdua mula menuju ke arah matlamat utama mereka.

Ya,mereka ingin merompak satu lori kontena berisi bahan elektronik.Isi kandungan dalam kontena pula disahkan oleh Hamid.Hamid lah yang plan semua ni.Dia bekerja di dalam kilang tersebut.Jadi,dia tahu segala gerak geri treler dalam kilang tersebut.

"Mau ratus-ratus ribu jugak menda dalam kontena ni."Hamid bersuara sambil cekak pinggang.
"Dah...jom naik.Kita blah cepat-cepat.Kena tangkap mampus nanti." balas Karim.






*********


"Hebat kan kita pecah masuk.Smooth je.Memang macam yang kita plan lah.Tambah-tambah part aku karate pengawal tu.Sayur je diorang pengsan." Karim berbangga-bangga dengan sumbangannya dalam melumpuhkan kawalan keselamatan di kilang yang mereka rompak semalam.

"Aku pun apa kurangnya.Setakat alat kamera cctv dengan alarm murah camtu,sambil kayuh beskal pun aku buleh matikan." Pudin tak nak kalah.

"Tapi macam celaka kan? Sorang pun dari kita bertiga tak pandai bawak treler.Jangan kata treler,lesen kereta sorang-sorang pun takda.Dah tu siap buleh pegi testing bawak treler dalam kawasan kilang lagi sampai dua tiga jam.Aku ingat korang berdua buleh bawak treler.Gaya dah macam samseng sorang-sorang.Apahal kita tak bincang part ni dulu eh?" Hamid mencelah sambil kunyah nasi lauk ikan sumbangan kerajaan.

"Diammmmm!!!!" jerit Karim dan Pudin serentak kepada Hamid.










"Hoi...hoi...boleh diam-diam tak? Aku gari sekor-sekor kang! Nak? Nak? Nak?" usik sorang kadet polis gila isim di pintu lokap yang memuatkan Karim,Pudin dan Hamid.

8 comments:

Ann said...

ish pe la punyer sengal perompak2 ni..hehe

haney said...

gaya dah ade..

bokbon said...

part tunjuk isyarat tangan bagus tu yang takleh blah tu, hah..ha..

Hazzy Ishak said...

mengong punya perompak...

Unknown said...

perompak tak sekolah

emak said...

hahaha..lawak gler..

Anonymous said...

ceh!!!!bengong la diaorg ni

Anonymous said...

2 la mse kcik2 xnk mnum susu, kn dh jd bahlul.. hehe..