Lokasi: Depan Perpustakaan Sekolah Rendah Kanak-Kanak Genius
Waktu: Waktu rehat kanak-kanak genius.
Aku sedang bersantai di bawah pondok buatan yang redup dan berangin....sambil menjilat ekserim yang sangat sedap dan lemak-lemak manis....kelihatan pelajar-pelajar perempuan yang histeria dengan aku mula melambai-lambaikan tangan dari jauh....aku cuma membalas lambaian mereka dengan memuncungkan mulut tanda ciuman....dan mereka semua rebah di situ......kedengaran bunyi ambulans datang untuk menghantar mereka yang pengsan tadi ke klinik berdekatan.....sungguh busan.....aku biarkan situasi tersebut seperti biasa....
Tiba-tiba aku melihat kelibat Cikgu Kasim....beliau seperti biasa....sangat bergaya...tapi tidak sebergaya aku......Cikgu Kasim adalah cikgu matematik....dan mungkin hidupnya dipengaruhi dengan dengan nombor....Cikgu Kasim seperti biasa akan mengelilingi kawasan sekolah....tugasnya sebagai cikgu disiplin menuntutnya untuk membuat aktiviti perayauan bagi mengesan kesalahan pelajar....dan 'mengajar' pelajar yang bersalah...
Secara kebetulan pada masa yang sama....ada 2 orang budak lelaki yang hyperaktif sedang berlari macam histeria...berkejaran sesama sendiri...mungkin mereka sedang membayangkan mereka adalah jet pejuang dan helikopter yang mengejar sesama sendiri di udara....biasalah...khayalan bebudak genius..hasil rancangan tv kegemaran ramai kanak-kanak lelaki...airwolf...
Malangnya...mereka yang berkejaran tadi sedang membuat kesalahan besar apabila mereka secara tidak sedar yang arah larian mereka sedang menuju tepat ke arah Cikgu Kasim.....Cikgu Kasim menunggu dengan penuh bergaya seperti Horatio dalam CSI Miami.....budak berdua tadi mula sedar aura kehadiran sedar Cikgu Kasim...mereka berhenti mengejut...tapi dah terlewat sebab Cikgu Kasim betul-betul dihadapan mereka.... aku memerhatikan dengan penuh minat...
"Sepuluh....!" ....hanya itu yang keluar dari mulut Cikgu Kasim..
Budak berdua tadi yang sedang berdiri tegak terus berada dalam posisi tekan tubi....dan bersedia untuk tekan tubi 10 kali....
ya...kod sebutan "sepuluh" adalah kod yang perlu difahami oleh kami semua...ia adalah kod untuk tekan tubi dan kami perlu bersedia jika sebutan sepuluh ditukar kepada "dua puluh" atau lebih tanpa sebarang notis...bergantung kepada jenis kesalahan....
Aku teringin nak buat lompat bintang bila Cikgu Kasim cakap "sepuluh"....tapi aku tak nak amik risiko dilibas rotan yang dia ada...
Istighasah, boleh ke tak?
1 day ago
8 comments:
kira baguslah 10, biasanya cikgu displin takder 10, depa terus libas je kan.
ooo..
tkean tubi memg wjib dlu!
tp bkn 10 nstart trus 20
dasyat gila feremfuans yg usha ko tu ek...siap pengsan bila ko wat mulut ala2 kiss gitu..
tu belum ko tegur diaorg,agak2 mati trus kot..
cane aku nk cat moto ko,tunjuk moto pun blum..
sbelum cat aku kena feel btol2,mkn eskrim encik robin baru leh cat moto ko..
"aku cuma membalas lambaian mereka dengan memuncungkan mulut tanda ciuman..."
ayat xtahan... haha... romeolahtu kunon...huhuhaha
aku kasi up lagi 30 kali tekan tubi...tp utk ko sorg ja la..hehe
btol ar die ni perasan... hahah! kao aku dlu kene hantok teros
kalo* salah eja plak.
cikgu kasim tu adalah pakcik aku..harap maklum!!!
Post a Comment