AWAS: Bacaan kali ni adalah sangat memenatkan otak...terutama kepada mereka yang berimiginasi rendah.....
Aku menghidupkan motor aku dengan bergaya.....pakai helmet tanda aku sayang dengan diri aku...masa pakai helmet...aku da rasa aku macam Luke Skywalker yang nak pegi berperang macam dalam cita star wars....
Aku keluar dari kawasan rumah dengan tenang....laksana kapal angkasa yang baru 'undock' dari kapal induk....aku berlepas keluar menuju ke stesen minyak....dalam perjalanan aku membayangkan situasi bagaimana pesawat pejuang di bumi membuat permintaan untuk pengisian minyak di udara....bagaimana mereka membuat koordinasi dengan pesawat 'tanker' yang terdekat....pengesahan dari pusat kawalan.....penyambungan hos di udara.....dan seterusnya proses pengisian minyak yang merbahaya......akhirnya aku tiba di stesen minyak dan setelah membayar jumlah tertentu aku pun mula mengisi minyak.
Minyak sudah penuh....aku meneruskan perjalanan ke opis....aku tiba di terowong kecil yang berselekoh....aku mula menghidupkan night vision di dalam minda aku untuk membolehkan aku melihat di dalam kegelapan....keluar dari terowong....tiba-tiba aku rasa seperti Hans Solo yang keluar dari terowong sebelum death star meletup dalam cita star wars....penuh dengan aksi cemas yang aku reka-reka sendiri.....
Perjalanan diteruskan...aku menambah kelajuan apabila tiba di jalan lurus.....sambil memotong kenderaan lain....aku membayangkan 'birai' atau 'ombak' angin yang tak kelihatan oleh mata kasar pada setiap kenderaan yang membelah angin.....aku cuba bermain-main dengan ombak tersebut laksana peluncur ombak atau bahasa omputihnya 'surfer' yang mahir........amaran....hanya pakar sahaja boleh buat begini....para amatur jangan mencubanya.....
Aku tiba di persimpangan masuk MRR2....untuk masuk ke MRR2 aku perlu melalui satu selekoh yang panjang dan lengkongannya adalah sederhana....tapi mencabar...aku perlu memastikan sudut 'baringan' aku adalah tepat....dan kelajuan dikawal dengan teliti.....ini semua adalah asas....asas seperti mana sebuah 'space shuttle' yang akan masuk semula ke bumi.....sudutnya perlu betul....kelajuannya perlu betul....jika sudut salah..pesawat akan terbakar...atau terpantul semula ke angkasa....begitulah aku.....kalau sudut baringan aku kurang....aku akan tergolek atas jalan.....jika sudut aku terlalu besar...aku akan terpelanting ke luar selekoh...
Perjalanan diteruskan....kelihatan kesesakan lalulintas di hadapan...aku mula melihat jarak di antara kereta....jika terlalu rapat....otak aku akan mewarnakan laluan tersebut dengan jaluran merah.....dan jika laluan selamat....otak aku akan meletakkan laluan tersebut dengan warna hijau...jika was-was....warna kuning..........hasilnya....aku mendapat 'map' laluan yang sempurna untuk membolehkan pergerakan aku lancar di dalam kesesakan lalu lintas....
Ketika aku mencilok....sekali lagi aku merasakan seperti Luke Skywalker yang sedang memandu kapal angkasa dengan kelajuan tinggi sambil mengelak asteroid-asteroid di angkasa lepas....
Perjalanan diteruskan....opis atau tempat tujuan aku semakin hampir......
Sesekali apabila melintasi sekumpulan perempuan cun yang sedang menunggu bas atau pergi kerja...aku rasa seperti Michael Schumacher yang sedang melintasi peminatnya di litar lumba dengan kelajuan tinggi.....sambil mereka bersorak-sorak serta menggoyangkan aset-aset mereka.........
Dalam perjalanan.....kelihatan daun gugur dari pokok yang merimbun....aku mengelak-ngelak daun tersebut mirip seperti mana MG Strike Freedom Gundam mengelak serangan atau tembakan dari pihak musuh.....
Akhirnya....aku tiba di perkarangan opis....aku mengambil parking persis sebuah kapal angkasa pejuang yang baru tiba dari medan peperangan.....aku matikan enjin....turun dari motor seperti gaya Tom Cruise yang turun dari F-14 Tomcat dalam cita Top Gun....penuh gaya......cuma aku tak merokok....
Itulah rutin aku dalam perjalanan ke opis..........semenjak earphone hp walkman aku rosak.....
gila busan....
Istighasah, boleh ke tak?
1 day ago
9 comments:
imaginasi yg amat tinggi bagi seorg yg kuat berangan...
huhuhu..
imiginasi aku tinggi!!!
aku baca yg last pun sudah paham!
yeah!
gila hebat aku!
lalalala
makk aiii.. berangan dalam perjalanan ke opis~ haha
tak boleh blah ayat "menggoyangkan aset-aset mereka........."..
ko nih... kuat jugak berangan ek? mesti bosan giler jugak idup ko.. hahahha..
"semenjak earphone hp walkman aku rosak....."kata kucingmontel
PDN MUKA KO LABU...HAHAHA
seronok bawak motor macam tulah...skill kena tinggi,imbangan kena tepat,
dramatik sungguh la ko nieeee
nie byk trpgrh tv neh.
aah... baru nak nak komen ayat yang sama jard... isk3...
Post a Comment