Thursday, February 12, 2009

Buat Aku tersenyum.. =}

Berita ni buat aku tersenyum-senyum pagi ni...

Didenda akibat bakar bunga api

SHAH ALAM 11 Feb. - Kegembiraan meraikan kemenangan perlawanan Liga Super pasukan bola sepak Selangor yang menewaskan Perlis 2-1 malam tadi dengan membakar bunga api di dalam stadium, menyebabkan seorang penganggur terpaksa tidur beberapa jam di lokap.

Akibat perbuatan yang tidak disangka menjadi satu kesalahan, Mohd. Azril Mohd. Nizam, 20, dari Kuala Selangor, didenda RM80 atau penjara seminggu oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Hafizah Abdul Rajak menjatuhkan hukuman selepas Mohd. Azril mengaku memasang bunga api pada pukul 9.20 malam, 10 Februari lalu di Stadium Shah Alam, Seksyen 13 di sini.

Dia yang memakai jersi Selangor bernombor 19 dan berseluar pendek kelabu didakwa mengikut Seksyen 3(5) Akta Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman denda RM100 atau penjara tidak lebih sebulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mohd. Azril yang tidak diwakili peguam, memberitahu bahawa dia seorang anak yatim dan merayu supaya dendanya dikurangkan kerana tidak bekerja.

Penolong Pendakwa Raya, H.C. Lim yang mengendalikan pendakwaan memohon hukuman setimpal.

Sebelum itu, pendakwaan mengemukakan barang kes iaitu sebuah bunga api dalam bentuk silinder berwarna merah. Bunga api yang dimaksudkan itu sebenarnya fire flare yang digunakan sebagai isyarat ketika berlaku kecemasan.

Mohd. Azril dibebaskan selepas tiga rakannya menjelaskan denda. Sejurus melangkah keluar dari mahkamah, Mohd. Azril yang kelihatan terpinga-pinga terus bertanya kepada tiga rakannya apabila melihat sekumpulan jurugambar mengambil gambarnya.

Dengan nada berseloroh seorang rakannya menjawab: ''Ini suprise (kejutan). Suprise buat hang.''


sumber: DI SINI



Ya...membe-membe beliau memang cool.....siap tolong kongsi duit bayar saman membe.....susah senang sama-sama....... ha ha ha...

3 comments:

Anonymous said...

suprise? gle ke

Jard The Great said...

laaa... baru denda RM80 je..

aku kena saman RM300 sepa nak kongsi bayar huh?

brat2104 said...

kwn dia bagus..