Thursday, March 25, 2010

Memperkenalkan..

Aku termenung jauh.Tangan tenang mengawal steering kereta.PS pun bergerak tenang.Jalan raya tidak sesibuk seperti biasa.

"Jamil....saya melihat awak agak tertekan sejak kebelakangan ini." tiba-tiba bunyi satu suara.Aku terkejut.Tangan hampir-hampir terlepas dari steering.PS dah mula marah-marah.Katanya masa atas jalan ni,pemanduan kena fokus.Aku meminta maaf kepada PS.

"Awak juga perlukan rehat sebentar." bunyi suara itu lagi.Aku mula mencari-cari di mana datangnya suara tadi.Halus betul nasihatnya.

"Saya di sini Jamil." bunyi suara tadi.Aku tergamam.Betulkah benda itu yang bersuara sebentar tadi.

"Awak ke yang bersuara tadi?" soalku.

"Ya." jawabnya ringkas.

"Tak tahu pulak awak boleh bercakap.Dah berapa lama bertenggek kat situ,senyap ja selama ni." balasku yang semakin tenang.

"Saya hanya diamkan diri.Memerhatikan awak dan hanya bersuara apabila perlu." lembut tutur katanya.

"Jadi,apa maksud awak,saya perlukan rehat sebentar?" soalku sambil mata fokus ke jalan.

"Saya cadangkan awak buat 'sweet escape'.Awak terlalu berusaha untuk puaskan hati orang lain.Sampai abaikan diri sendiri.Cari satu hari yang hanya khas untuk awak.Hanya awak seorang." balasnya.

"Sweet Escape? Tu macam lagu Gwen Stephanie ja tu." aku mula menyoal.

"Itu tajuk lagu.Ini benda lain.Pergi ambil angin.Ya,pilih satu hari yang lapang.Pergi ke tempat yang awak rasa menarik.Hanya berseorangan.Tidak perlu ada sesiapa.Cuma ada awak dan diri awak sahaja.Pergi lapangkan hati awak.Saya namakan ia sebagai 'sweet escape'." balasnya lembut.

"Sweet escape ya...hummm..macam menarik.Trimas!" balasku.

"Sama-sama." balasnya balik.

"Apa saya nak panggil awak eh?" soalku semula.

"Terpulang." balasnya ringkas.

"Aku panggil ko BG lah.Singkatan daripada Bunga Goyang." cadangku secara spontan.

"Bengapnya citarasa nama awak Jamil.Apa-apa je lah.Saya terima." ngomelnya semula.




Sepi.




"Hai BG....saya Hati Waja." Hati Waja mula beramah mesra.
"Hai hati waja.Saya BG." balas Bunga Goyang kembali.Ramah.

"Hai BG...panggil saya PS." PS mula menyibuk.
"Hai PS....saya BG.Selamat berkenalan.Jamil masuk opis nanti,kita gossip-gossip pasal Jamil ye." balas BG.

"Hik...hik...hik....nak! nak!.." balas PS dengan begitu gembira sekali.

Lagu-lagu inggeris yang baru dan segar berkumandang dari radio.Perjalanan diteruskan.Sweet Escape.Hummm..Sweet Escape.

Hanya satu tempat yang bermain di fikiranku.Ya...aku akan ke sana.






P/S:Dalam hati ada jongkang-jongkit.

13 comments:

mak batin said...

mat bunga betul.mesti ade neck pillow hello kitty n sarung seatbelt power puff girl. hee

mak batin said...

mat bunga betul.mesti ade neck pillow hello kitty n sarung seatbelt power puff girl. hee

~Rie~ said...

adeah dr kancan ke hape BG tu...

hanie said...

hati gadis btul..

miss nina said...

hahahaha..bunga goyang tu!
tak tahan betul!
siaplah jamil, hati waja, PS dgn BG dah ada persatuan khas, jgn kena buli sudah :)

p/s: waja kawan saya telah dinamakan Hati Waja (kredit to Jamil)

~gUrL in pUrPle~ said...

hehe... so dia adalah lelaki ke perempuan?

Lina Awie said...

huhu..WQY(wiki) aku pun xdak bunga goyang...gile jambuuu...hikhik;)

White Bird said...

ermmm dlm hati ada taman =)

Misya Idris said...

iskk mat bunga rupanya!

m.a.n.n.e.q.u.i.n said...

kahkahkah dalam hati ada jongkang jongket

cik selamah kundang said...

taste hang ni teruk.ada ka bunga goyang.pdhl dah cukup baik tu

zonaku said...

hehehehee... bunga goyang aku x der nama lagi la plak.....
trimas sbb bg idea untuk memberi nama pd benda alah tu.....

StingRay said...

mak batin: kat rumah panjang mak batin ada tak menda ni? =)

rie:rahsiaaa...bahaha

hanie: tampar nak? haha

miss: berani depa nak buli cek? haha

gurl: ikuti siri seterusnya. =)

ina: hahaa...manada jambu.=p

white: taman apa? =p

tiger: sekeh nak? haha..

mann: jom main sama2..=)

selamah: takkan aku nak letak nama selamah kot.haha

zonaku: sama2..haha