Friday, October 30, 2009

Dragonfly

Lokasi: Sekolah Rendah Kanak-Kanak Genius
Tahun: 1994 (Darjah 4)

Teacher Shamimi masuk ke dalam kelas.Selaku ketua kelas,aku arahkan membe2 lain dalam kelas bangun dan bagi ucapan selamat sejahtera.Sekor-sekor dah macam robot.Tapi kena hormat cikgu.Baru ilmu masuk macam air.

Teacher Shamimi keluarkan kad bergambar.Dia lekatkan kat papan hitam.Ada banyk gambar haiwan dan binatang.Semua familiar.Ada kucing,anjing,harimau dan macam-macam lagi.Tak silap aku dia nak suruh murid-murid buat ayat berdasarkan gambar.

Sebelum kami buat ayat,dia baca satu-satu gambar kat papan hitam tu.Ada satu gambar tu,nama dia Dragonfly...pepatung.

Secara automatik,kebetulan beberapa hari sebelum tu aku tgk cerita Rambo 2.Ada babak di mana helikopter tak nak amik Rambo.Helikopter tu kena patah balik ke kem sebab ada ketua kat kem yang perangai cam setan tak bagi Rambo balik.Aku cuba ingat-ingat dialog dia lebih kurang..

"Dragonfly...Dragonfly....do u read me?" Panggil ketua Kem yang jahat kepada helikopter yang sedang berlegar-legar di udara.

Flashback tamat.

Aku mengangkat tangan dengan yakin.Selaku budak pintar dan kacak,Teacher Shamimi segera memberikan tindakbalas.

"Yes Jamil?"

Semua budak dalam kelas memandang ke arah aku.

"Teacher...Dragonfly tu bukan helikopter ke? Saya tgk dalam cerita Rambo,dia kata Dragonfly tu helikopter."Aku soal dengan penuh serius.

Teacher Shamimi tiba-tiba jadi cemas.Dia pergi ke arah meja dan membelek-belek buku silibus.Aku dah senyum-senyum sebab dah rasa macam habis pandai.Budak-budak dalam kelas memandang tanpa berkata-kata...

Walaupun hujung tahun tu aku masih dapat anugerah cemerlang...kejadian eshol macam ni mmg aku tak dapat lupa sampai sekarang.











Embarrassing tau..

Justify Full

Thursday, October 29, 2009

Sabung Nyawa Tuai Hasil Tanaman.

Brilliant !!!!!!!!




Baeekkkkkkk punya kerjasama.Macam setan.


HAHAHAHA!

Waktu Study

Lokasi: Asrama Remaja-Remaja Genius
Tahun: 1999 (Form 3)

"Kringggg!!!....Kringggg!!!"

Loceng waktu study dah berbunyi.Budak-budak asrama yang baru turun dari surau berterabur bersiap.Lewat kang kalau Cikgu Bidi datang,mau buleh kena penampar sedas dua.Tak ketinggalan juga libasan rotan yang mengghairahkan.

Aku macam biasa,bukak buku,terus layan termenung.Apa barang nak study,PMR lambat lagi.Aku mula rasa nak mengular.Aku pusing sana,pusing sini,ushar budak-budak lain.Semua study.Bosan.

Tiba-tiba aku nampak ada sorang tengah buat lukisan.Aku lupa sapa dia.Yang pasti dia tengah mewarnakan lukisan dengan 'water colour'.Aku perhatikan dengan minat hasil seni yang beliau hasilkan.Pandai jugak dia warna.Sambil mata fokus ke lukisan,dia celup-celup berus dalam gelas plastik yang berisi air.Kemudian celup-celup pulak kat warna Bancho.Peh...dah macam pelukis handalan gaya dia.Aku memerhatikan dengan tekun dan penuh tawadduk.

Sekonyong-konyongnya....tiba-tiba muncul si Dafran.Jejaka lansing tapi cerdik dan pintar.Dafran masuk lewat.Rilek-rilek je.Tak takut langsung dengan warden.Respek.Dafran terus datang ke meja aku dengan mamat yang tengah melukis tadi.Elok sampai,muka dia berseri-seri.

Dengan pantas tanpa sebarang amaran,Dafran mencengkam gelas bekas bancuhan 'water colour' yang berisi air berwarna oren yang berada di sebelah kami berdua.Dafran terus meneguk air bancuhan warna tersebut dengan rakus.Aku dan mamat yang tengah mewarna tadi memandang dengan tak berkelip.Kaku.Terkejut.

Sunyi...













"AKU INGAT AIR ORENNNNN!!!!!!" jerit Dafran sambil menutup mulut nak muntah.Mata dah pandang-pandang cari pintu keluar.Kaki dah berjoget sana sini.Bersepah.

Aku gelak bagai nak gila.

Wednesday, October 28, 2009

Hairan

Belek-belek entri lama.

Tersenyum.Bingung.Tertanya-tanya.Berteka-teki.

Mana aku dapat idea-idea bercerita semua ni ha? Merapu-rapu punya cerita.Bangun pagi,ada je idea dalam kepala.





I heran tauww...auww...

Lepak lepak asrama

Lokasi: Asrama Remaja-Remaja Genius
Tahun: 2001

Jam dah pukul 9.30 malam.Semua budak-budak ada dalam bilik study.Aku lak pegi lepak dalam bilik pengawas.Bilik ni sunyi sket.Kalu study dalam bilik dengan budak-budak lain,selalunya bising.Ada yang sembang pasal awek,sembang pasal masa depan,sembang pasal komik,pasal lagu jiwang-jiwang.Tak kurang juga ada yang sembang pasal bisnes jual makanan dalam dorm.

Seperti sedia maklum,menda-menda macam walkman,waklgirl dan radio mmg diharamkan kat asrama.Aku aku tak peduli.Aku beli radio palito rm15 kat pasar malam.Kecik je.Petak warna hitam.Buleh la nak letak dalam poket baju melayu masa study.

Malam tu,aku study dengan bahagia.Mau tak bahagia,earphone sumbat dalam telinga,kena pulak lagu best-best masa tu.Melayan sakan.Tak silap aku lagu Jon bon Jovi kot.Tajuk lagu It's my life.Agak rancak la.

Kalau dah rancak,apa lagi.Aku pun buat la head banging sikit walaupun seumur hidup aku tak pernah ke konsert rock kecuali konsert percuma Ziana Zain kat Dataran Merdeka masa aku darjah satu dulu.

Tengah sedap head banging sorang-sorang,aku nampak membe sepengawas kat sebelah pandang aku dengan mata bulat.Aku tak layan.Dia masih pandang aku.Aku rasa sangat awkward.Aku berenti head banging dan memandang ke arahnya.Aku buat isyarat mata kepada rakan sepengawas yang bermaksud 'kenapa?'. Dia membuat isyarat mata ke arah pintu.Aku pun toleh ke arah pintu.
















Kelihatan Ustaz Razak badan taff merangkap pembantu warden sedang perhatikan aku sambil cekak pinggang.Mata garang.Muka ketat-ketat.Rajin pulak dia buat rondaan malam ni.

Berkat muka aku yang hensem serta bersih dari noda,akhirnya hati Ustaz Razak jadi lembut dan penuh belas ihsan.Ustaz Razak blah camtu je tanpa mengenakan sebarang hukuman atas aku.

Anda semua,sila terima kenyataan ini dengan tabah.

Tuesday, October 27, 2009

Tiket

Lokasi: Pekan Smallville
Tahun: 2008

Aku berjalan dengan tenang menuju ke arah kaunter tiket.Aku kena beli tiket balik ke KL.Dua hari lepak kampung memang seronok.

Dah sampai kaunter Transnasional...aku tgk tak ada orang.Pegi makan rasanya.Aku pun pergi ke kaunter bas lain.Elok nak sampai aku nampak ada 3 orang lelaki kurus-kurus sedang berbual kat dalam kaunter.Bila aku dah sampai depan kaunter,baru aku dapat lihat dengan jelas.Ada 3 bapok manja sedang bergurau senda rupanya.Mana pegi kakak yang selalu jaga kaunter tu pun aku tak tau.Bersalin agaknya.

"Sejak bila diorang ni berniaga tiket bas nih..." Hati Waja tanya aku.
"Ntah...." Hati Waja jawab sendiri soalan yang dia tanya tadi.Gila.

"Err....tiket ke KL malam besok ada?" aku tanya penuh sopan.
"Malam esok ye bangg? Bas tambahan ada la..nak?" dia balas.Aku dah debar.

"Buleh la.." aku balas.Ye la,tiket dah nak abes.Kaunter lagi satu aku tgk dah letak notis tiket habis.Aku tak nak amik risiko balik ke KL dengan feri.Jauh tu.Lagipun mana ada servis feri dari Kedah ke KL.

"Bagi no phone abg,nanti kami nak call kalau bas ni ada.Bas ni tak kompon lagi.Kalau tak da boleh datang kaunter." dia balas sambil catat2 sesuatu atas kertas.

Aiseh...ni yang tak best ni.Beli tiket macam nak beli topup.Kena bagi no phone.Memandangkan mereka semua yang berada di dalam tu bukan makwe makwe,aku pun agak berat nak bagi.Tapi disebabkan keadaan jika tak bagi no,aku mungkin tak ada tiket,maka aku buat keputusan untuk bagi.

"Ini no saya..." aku hulurkan kertas selepas menulis.
"Ok...ini no saya yeeeeeeeee...." dia hulur no hp dia dengan gaya manja.Lepas bayar duit,aku pun pergi slow-slow dari kaunter sambil baca no yang dia tulis.

"019-XXXXXXX......adik".

Aku melihat mereka yang berada di dalam kaunter.Mereka menjeling tajam ke arah aku kemudian tersenyum-senyum sambil bertepuk tampar sesama mereka dan mereka gelak-gelak manja sambil buat-buat gaya mengilai....
















Bontot aku tetiba terkemut dengan sendirinya.

Seram woo i tell you....

Monday, October 26, 2009

Fokus

Aku keluar makan dengan tenang.Gaya jalan kena sama dengan lelaki-lelaki melayu terakhir.Baru gadis-gadis terpesona.

Tamat pendahuluan cerita.

Aku terus ke arah lauk pauk,ushar lebih kurang apa yang sedap dan apa yang tak sedap.Setelah menceduk beberapa ribu biji nasi,aku pergi semula ke arah lauk tadi.Dah amik beberapa jenis lauk,aku pilih port yang paling best.

Dapat.

Aku duduk.Air barli ais yang aku order pun tiba.Aku menyedut sedikit air barli.Sejuk.Segar.Sempurna.Tanpa buang masa,aku pun jamah nasi depan aku.Memang sedap lah makan,hari pun panas terik..lauk best,air barli.Peh,rasa macam nak makan sambil senyum ja aku rasa.Tapi memikirkan aksi mengunyah makanan sambil tersenyum memerlukan kawalan mulut yang lebih,aku tak jadi senyum.

Tengah sedap-sedap kunyah,aku nampak awek cun depan aku.Lawa.Cantik.Tertarik.Dia buat gaya minum paling menggoda sambil menonton tv.Sambil-sambil tgk tv,dia suap nasi.

Sekali sekala aku terpandang jugak ke arah dia.Ye lah,dia duduk kat meja depan aku kan.Takkan aku nak makan nasik sambil badan mengiring.Nanti orang tgk,apa aku nak jawab dengan mak ayah aku nanti.Aku sambung makan.

Tiba-tiba awek tadi perhatikan aku.Aku yang tenang bak burung layang-layang tadi mula berdebar tak tentu hala.

Untuk menenangkan diri,aku minum air barli yang sejuk tadi.Gaya kena ada.Sambil sedut air,aku buat-buat tgk ke arah tv.Masa sedut air tu aku rasa macam tak best.Aku perhatikan hujung straw.Tak ada masalah.Hujung straw masih berada di dalam air barli.Tak terkeluar pun hujung straw macam dulu.Aku perhatikan pula kepala straw.Masih elok berada di tempatnya.Hairan.Apa yang tak kena?

Aku perhatikan ke arah mulut aku.










Kelihatan mulut aku sedang menyedut sudu dalam gelas dengan rakus.

Misi yang tak mustahil sangat.

Karim,Pudin dan Hamid masuk perlahan-lahan ke dalam kawasan kilang yang dijaga rapi.Mereka menuju ke arah pengawal yang sedang berkawal.Karim mengkrate 2 pengawal yang sedang berkawal sekaligus dari belakang.Pengawal-pengawal tersebut pengsan.Pudin dan Hamid menunjukkan isyarat bagus.

Karim mengheret pengawal-pengawal tersebut ke tempat tersembunyi dan mengikat mereka dengan kemas.Tak sia-sia dia menonton cerita gaduh-gaduh lakonan Jean Claude Van Demmit.Boleh jugak dia belajar aksi gaduh-gaduh.

Tugas seterusnya,mematikan alat pengera.Tugas ini dilakukan oleh Pudin.Kerja sebagai pemasang alat-alat keselamatan industri membuatkan Pudin amat sesuai dengan tugas ala-ala Tom Cruise ni.Setelah Pudin berjaya mematikan semua sistem keselamatan,mereka berdua mula menuju ke arah matlamat utama mereka.

Ya,mereka ingin merompak satu lori kontena berisi bahan elektronik.Isi kandungan dalam kontena pula disahkan oleh Hamid.Hamid lah yang plan semua ni.Dia bekerja di dalam kilang tersebut.Jadi,dia tahu segala gerak geri treler dalam kilang tersebut.

"Mau ratus-ratus ribu jugak menda dalam kontena ni."Hamid bersuara sambil cekak pinggang.
"Dah...jom naik.Kita blah cepat-cepat.Kena tangkap mampus nanti." balas Karim.






*********


"Hebat kan kita pecah masuk.Smooth je.Memang macam yang kita plan lah.Tambah-tambah part aku karate pengawal tu.Sayur je diorang pengsan." Karim berbangga-bangga dengan sumbangannya dalam melumpuhkan kawalan keselamatan di kilang yang mereka rompak semalam.

"Aku pun apa kurangnya.Setakat alat kamera cctv dengan alarm murah camtu,sambil kayuh beskal pun aku buleh matikan." Pudin tak nak kalah.

"Tapi macam celaka kan? Sorang pun dari kita bertiga tak pandai bawak treler.Jangan kata treler,lesen kereta sorang-sorang pun takda.Dah tu siap buleh pegi testing bawak treler dalam kawasan kilang lagi sampai dua tiga jam.Aku ingat korang berdua buleh bawak treler.Gaya dah macam samseng sorang-sorang.Apahal kita tak bincang part ni dulu eh?" Hamid mencelah sambil kunyah nasi lauk ikan sumbangan kerajaan.

"Diammmmm!!!!" jerit Karim dan Pudin serentak kepada Hamid.










"Hoi...hoi...boleh diam-diam tak? Aku gari sekor-sekor kang! Nak? Nak? Nak?" usik sorang kadet polis gila isim di pintu lokap yang memuatkan Karim,Pudin dan Hamid.

Saturday, October 24, 2009

Petang yang tenang 3

Petang jumaat semalam,aku balik kerja dalam kul 6 petang.Jalan sesak teruk dekat bulatan lumba kuda yang tak jauh dari Astro tu.Hujan pulak lebat.Petang-petang jumaat memang sesak gila.Aku seperti biasa,memandu dengan tenang walaupun kereta bergerak sikit-sikit.Kayuh basikal lagi laju rasanya.Senang cerita,memang sesak lah.Highway pun dah tak macam highway.

Sambil-sambil memandu tu,aku berkira-kira jugak berapa pahala aku dapat sebab bersabar dalam keadaan kereta sesak camni.Banyak jugak rasanya pahala aku dapat.Dah sejam sangkut dalam jem nih.Kalau aku tak sabar,mau kena hon semua kereta kat depan.Tengah slow-slow follow lori kat depan,tetiba ada sebuah teksi cilok masuk secara merbahaya.Gila bahaya.

"Bintat toron!" jerit aku dalam hati kepada teksi tersebut sambil disertai beberapa ayat makian lain.

Sunyi...

"Tiga markah dah la..tu pun dah banyak."
"Tiga markah? Bapak kedekut.Ingat senang ke kerja aku.Kira ok la tu dia mencarut dalam hati pun.Kira berjaya la tu.Letak le lebih sikit! Berkira!"

Aku memandang ke arah sebelah kiri aku.Kelihatan iblis dengan supervisornya sedang bertekak pasal markah yang berjaya dipungut sebentar tadi.Mereka berdua tersedar dan memandang ke arah aku.

Aku memandang mereka.Mereka memandang aku.

Mereka berdua lari laju-laju bila aku baru buka mulut nak baca bismillah.


















Tu belum aku tarik ayat kursi dengan gaya imam Mekah lagi tu.

Iblis punya iblis.





Update:Nak tahu 'bintat toron' itu apa? lihat SINI (saat ke 38).

Friday, October 23, 2009

Love Bite



Rindu plak kucing kat kampung.Selalu jugak dia buat love bite camni kat muka gebu aku.

Oh ya...thanx to KIRANA.. tlg promote blog aku. hehe



Selamat berhujung minggu. Ta ta.. (^_-) (o_O)

Thursday, October 22, 2009

Petang yang tenang 2

Setelah 50 tahun tidak berjoging,aku ambil keputusan untuk berjoging.Pada hari kejadian,aku pulang awal dari pejabat.Opis blekaut.Balik le,apa lagi kan?

Dah setel menda2 yang patut kat rumah,aku pegi ke Taman Bukit Jalil.Walaupun aku dah duduk area ni setahun lebih,ni le pertama kali aku nak joging kat Taman ni.Aku tak tau le perlakuan aku ni boleh dikatakan buang tebiat atau kata baratnya 'breaking the habit'.Aku pegi naik Kriss Evo sorang-sorang.Dah sampai,regang-regang apa yang patut.Gaya dah macam Usain Bolt.

Aku memulakan langkah pertama.Berlari perlahan-lahan.Berlari sambil tersenyum.Udara segar.Landskap menarik.Awek-awek ramai.Bersemangat.

Aku memotong seorang pakcik yang sedang berlari.Aku namakan pakcik tersebut sebagai pakcik 100 Plus.Sebab dia pakai baju 100 plus.Pakcik ni mesti jenis selalu follow acara marathon ni.Tengok badan macam pelari marathon.

Aku meneruskan larian dengan tenang.Tidak berapa lama kemudian,penat mula menyerang.Aku memperlahankan rentak larian.Tengah tenangkan paru-paru dan jantung yang merengek-rengek kata penat,tetiba pakcik 100 plus tadi memotong aku.Laju jugak dia potong.

Aku meneruskan larian.Lari sambil hirup-hirup angin segar.Layan-layan pemandangan.Tetiba pakcik 100 plus tu potong aku sekali lagi.Laju-laju.

Gila.Kuat kederat dia.

Aku terkesima.Aku meneruskan larian.Bertenang.Ushar-ushar awek.Ambil angin.Pandang sana sini.Senyum-senyum kat awek.Sambung lari.Lompat-lompat gembira.Berhenti tengok kura-kura dalam tasik.Kena maki dengan kura-kura sebab tak bawak makanan utk diorang.

Kat hujung taman tu,sempat aku ushar ada sorang mamat cina buat tai chi.Gaya dah sebijik macam dragon ball.Nasib baik tak terkeluar bola api.Meletup bukit sebelah tu,susah jugak aku nak balik nanti.Tak kurang jugak ada mamat pakai but hitam besar,baju belia,beg sendeng,jalan kaki pusing-pusing taman banyak kali.Ni pun jenis kuat stamina.Dia berjalan pun laju-laju.Unik betul pakaian senaman dia.

Tiba-tiba lagi sekali pakcik 100 plus tu potong aku.

Aku cuba jugak nak kejar dia....bila aku follow belakang dia aku rasa macam aku tak berlari ja.Semakin lama semakin jauh kena tinggal.








Kurang gagah lagi aku rupanya.

Wednesday, October 21, 2009

Pengalaman Berbual Dengan Orang Bank

"Boleh En. Jamil berikan alamat En. Jamil untuk pengesahan permohonan ini?"
"Boleh.Alamat saya....No **, Jalan PUJ.."

"PUJ?" soal amoi bank.
"Ya,PUJ...." balas aku dengan mesra.

"P..?" dia teragak-agak..
"P for Penang.....U for United and J for German...." aku balas dengan kompiden.

Ya..anda pernah dengar 'J for German' in english?








Penat tau aku tahan malu walaupun kami cuma berbual hanya tiga minit sahaja.

Dah busan?

Ok..sila jawab poll di sebelah.Tengkiu. =)

Update: Ok...dah boleh pilih lebih dari satu.Aku dah reset poll.Tq MommyCT bagi pandangan.hehe..Kalau x da pilihan kat situ,namakan je segmen mana korang suka. (^_^)


Monday, October 19, 2009

Bidin

Rahman seorang lelaki yang sederhana.Namun begitu,ramai perempuan yang selalu keluar dengannya.Kesederhanaan dan kejayaan Rahman yang selalu keluar dengan perempuan kampung,amatlah tidak disenangi oleh Bidin.Seorang graduan yang baru nak berlagak dengan ijazah yang baru diperolehinya.Tambah membuatkan hati Bidin panas,mak ayah perempuan yang keluar dengan Rahman,semua rilek-rilek je.Macam restu pulak.Balik pulak malam-malam.Memang otai lah Rahman ni.

Disebabkan mereka sebaya,Bidin merasakan adalah kurang adil jika semua perempuan kampung jatuh hati kepada Rahman.Dirinya yang kacak dan berpelajaran,langsung tak ada sapa nak keluar dengannya.Lagi menyakitkan hati,Sheila,awek lepasan SPM idamannya langsung tak layan permintaan Bidin untuk pergi makan ais kacang di bandar.Bila diajak,takut mak ayah marah katanya.Marah betul Bidin dibuatnya.

Setelah seminggu memerhatikan aktiviti Rahman,Bidin cuba menguji taktik yang digunakan oleh Rahman.Bidin memandu kenderaannya menghampiri Sheila.Sheila yang sedang menunggu kedatangan Rahman di hadapan rumahnya terkejut.

"Jom keluar ? Takkan keluar dengan Rahman boleh,dengan abang tak boleh kot.Jom lah." manja Bidin mengajak Sheila.
"Ishh..mana boleh.Mak ayah marah kalau keluar dengan orang lain.Abang Rahman x apa." balas Sheila lembut.

"Ha...ni yang aku hangin ni.Sikit-sikit Rahman..sikit-sikit Rahman.Apa gila semua pompuan dalam kampung ni kena ubat guna-guna Rahman." Bidin menyinga.
"Ubat guna-guna?"soal Sheila.

"Ya la...ubat guna-guna.Tak sedar lagi? Rahman angkut perempuan keluar sesuka hati..balik lewat-lewat malam.Apa ni? Semua nak bercinta dengan Rahman,macam mana kalau kahwin nanti nak bersanding.Mau kena buat kat padang." Bidin mula jerit-jerit.



Sunyi...

"Ni apa hal ni?" soal Pak Cik Karim Rambo yang tiba-tiba muncul.
"Abang Bidin ni ha ayah..tetiba ja marah Sheila.Dia tak bagi Sheila ikut Abang Rahman." Sheila mula bagi laporan kat ayahnya.

"Ye la pak cik,saya ajak anak pakcik elok-elok.Dia kata tak boleh.Tapi Rahman yang suka-suki keluar dengan perempuan lain pakcik bagi pulak.Pakcik pun kena ubat guna-guna kot." Bidin mula memerli.
"Kamu dah berapa lama tak balik ke kampung ni?"soal Pak Cik Karim Rambo dengan tenang.

"9 bulan.Saya baru habis belajar pakcik.Ada ijazah dah.Takkan pakcik tak bagi kot." Bidin mula promote diri.
"Kamu tahu Rahman tu sapa?" Soal Pak Cik Karim Rambo.

"Kenal la.Sebaya saya.Kerja kampung.Tapi suka keluar semua dengan perempuan." Bidin memberikan analisis.



PIN!! PIN!! bunyi hon kenderaan Rahman.


"Wah..lawa sheila hari ni.Jom cepat naik." laung Rahman yang baru tiba dengan kenderaannya.
"Ha...tu Rahman dah sampai.Pegi naik cepat." arah Pak Cik Karim Rambo kepada anaknya.

"Ha..tgk tu.Rilek-rilek je pakcik bagi.Murah betul."bebel Bidin tak puas hati sambil memerhatikan Rahman yang berlalu pergi.


Muka Pak Cik Karim Rambo merah padam.Rimas.Menyampah.Tensen dengan Bidin.


"Kamu tahu tak Rahman tu kerja bawak van kilang? Memang dah kerja dia bawak gadis2 kerja kilang.Takkan nak bawak anak pokok getah." bebel Pak Cik Karim Rambo dengan muka ketat-ketat.

"Blajar tinggi-tinggi,akal macam tungau!" tambah Pak Cik Karim Rambo lagi sedas.Muka lagi ketat-ketat.











"Pak Cik Karim sudah buka akaun ASB?" Bidin cuba menukar tajuk perbualan.

Insurans

Ada sesapa buleh cadangkan insuran yang ikut cara islam? Yang buleh cover perlindungan dan simpanan sekali. Yang terbaik lah. Thanx! =)


Hik hik hik..


Update: Hoh...tq sapa respon melalui sms dan ym.Banyak feedback kamu bg.Thanx.Haha..dah tua-tua baru terhegeh2 cari insuran.

Salam.

Sunday, October 18, 2009

Fendi 2

Kalau korang perasan,dulu ada aku pos satu entri tajuk dia FENDI. Dia dah tak da.Kul 4 petang,hari jumaat.Barah otak.

Al-fatihah.

Terima Kasih.



~Speechless~

Saturday, October 17, 2009

Pagi yang hensem 12

Aku tidur dengan nyenyak.Tengah sedap mimpi apa menda ntah.Kira mimpi sedap-sedap la.Berbungkus dalam selimut sambil kipas dengan setia menghembuskan angin yang sejuk.Ahh...syurga bagi kuli macam aku.Cuti-cuti camni kena manfaatkan pada tahap maksimum.Tengah sedap melayan lena tetiba..



KETEPAPOMMMMM!!!!



Bunyi mercun kuat gila.Aku terjaga.Terkebil-kebil.Terkejut.


"Ha,apa lagi.Maki le sedas dua.Berani diorang kejutkan ko tido.Dah le ko cuti hari ni.Nak tido pun tak senang kan? kan? Pegi le kat tingkap tu,jerit kuat-kuat.Marah sikit kat diorang."

Aku pandang ke arah tuan punya suara....dan dengan tenang aku berkata..

"Ni raya diorang.Biarlah diorang main.Raya aritu aku pun main merun gak.Yang ko kecoh sangat hasut-hasut aku ni apahal.Menda remeh camni pun nak kecoh.Pegi mati la ko." aku sambung tido sambil berlingkar dalam selimut.Misi tidur mesti diteruskan.Angin kipas menderu-deru di muka.Nikmat.











Iblis yang cuba hasut aku tadi berjalan ke tepi tingkap.Dikeluarkannya rokok sebatang dan terus hisap.Sambil hisap rokok,dia mengusap-ngusap tanduknya.Mencari akal untuk sesatkan aku nanti.Dia merenung jauh-jauh pemandangan di luar tingkap.Risau jugak dia mengenangkan pointer hasutan yang tak meningkat-ningkat sejak lepas kena tambat masa Ramadhan bebaru ni.Buleh kata semester ni dia kena score la.Kalu tak score,masak kena belasah dengan bos nanti.


"Aku tolak satu markah dalam rekod ko.Ko gagal tadi." Ujar supervisor Iblis yang sedang membuat rondaan.

"Fakking Eshol..!!!" jerit iblis tadi sambil tumbuk dinding.

Friday, October 16, 2009

Solat Jumaat

"Assalamualaikum warah matullah..hiwabarakatuh"
"Assalamualaikum warah matullah..hiwabarakatuh.."

Imam selesai memberi salam.Tukar posisi kepada duduk antara 2 sujud.Ikut imam baca-baca apa yang patut.Baca tenang-tenang.Baca ketat-ketat sangat kang terapung pulak kat udara.


BURPPPP BURRPPPP....bunyi brader tak dikenali di sebelah sendawa...

BURPPPP BURRPPPP....bunyi lagi...

BURPPPP BURRPPPP....bunyi lagi...


Bagus solat ni.Buleh ketatkan mana yang longgar.Kira setting badan balik la senang cita.









Oh ya,brader tadi makan bege ayam sebelum solat.Jangan tanya macam mana aku boleh tau.

Jeman buat hal lagi - 8

"Mak! Api! Api! Api!" jerit Jeman memecah kesunyian malam.Lantang suaranya.

Mak Piah yang sedang tidur bergegas bangun.Pantang betul telinganya mendengar perkataan 'api'.Fobia menonton cerita dalam TV dalam slot cerekarama tadi masih ada dalam kepalanya.Kisah rumah terbakar dan satu keluarga yang terperangkap di dalam rumah tersebut yang akhirnya kesemua mereka mati terbakar memang membuatkan jiwa Mak Piah yang pink tersebut resah.

Dikejutkan suaminya,Pak Cik Leman yang sedang nyenyak tidur.Mereka bangun cepat-cepat cuba menyelamatkan diri.Masing-masing bermuka cemas.Dalam gelap malam yang mamai-mamai tu,Mak Piah menyelongkar almari,mengambil semua dokumen penting sebelum terlambat.Ya,semua pelan kecemasan sudah ada dalam kepala Mak Piah.Pelan kecemasan yang diciptanya sendiri selepas menonton cerita cerekarama tadi.

Siap mengambil semua dokumen dan barang penting,Mak Piah menuju ke arah bilik Jeman sambil mengarahkan suaminya untuk pergi buka pintu.Kelam kelibut jadinya.

Apabila Mak Piah tiba di bilik Jeman...muka Mak Piah merah padam....










Kelihatan Jeman sedang tidur sambil menjerit-jerit..

"Api! Api! Api! Lari Mak...rumah terbakar...Api! Api!.....lari makk...."


Sunyi....


"Ayah...mak dah mati...boleh ayah kawin lain,cari yang lagi lawa dari mak."


Sunyi.....


"Mak pun bukannya lawa sangat....."sambung Jeman tersengih-sengih dengan mata yang masih terpejam....masih berada di dalam mimpinya.

Mak Piah tersentap dengan ayat last Jeman.









PIAPPP!! PIAPPPPP! PIAPPPPPP!!!



Jeman menggelupur kesakitan tanpa sebarang bunyi.




Merdu


Merdu suara Zee Avi ni.Merdu macam mak aku dodoi masa aku dalam buai dulu-dulu.Lagu ni ngan lagu 'kantoi' je aku layan.Lain-lain tak best.

Oh ya...selamat hari jumaat.

Hik hik hik.

Thursday, October 15, 2009

Penjelasan

Assalamualaikum.

Semenjak dua menjak ni,ada yang bertanyakan kepada aku beberapa soalan berdasarkan cerita-cerita yang aku post kat dalam blog ni.Contohnya:

"Eh..betul ke cerita tu?"
"Ye ke tu..ke ko tipu je."
"Ada ke jadi camtu?"
"Betul ke menda tu jadi kat ko?"

dan sebagainya.

Jadi,di sini aku nak jelaskan.Semua cerita yang berdasarkan kepada pengalaman aku (yang ada watak Jamil atau yang dinyatakan sebagai kisah hidup aku) semuanya adalah peristiwa yang benar-benar terjadi dan tiada pembohongan di situ.

Cerita-cerita tambahan lain seperti Jeman,Dialog suami isteri,Pejon,Cikgu Meli ,Dialog Masyarakat Marhain dan lain-lain lagi semuanya adalah hasil imaginasi penulis.Tiada niat lain.Sekadar untuk bergurau senda dengan anda semua.

Diharap dengan penerangan ini,anda semua jelas dan tidak terkeliru macam pengikut Ayah Pin Kerajaan Langit.

Sekian dari Jamil yang sibuk gila.

Hik Hik Hik...

Malam Yang Blues 3

Seperti biasa,aku pulang dari kerja.Balik petang-petang memang aku tak gemar.Ye lah.bersesak kat tengah jalan,buang masa ja.Kaki pun buleh krem nak main clucth.

Tengah drive tu,masih lagi seperti biasa,aku mendengar lagu-lagu di radio.Dok tunggu jugak kalau-kalau terkeluar lagu transformers.Buleh Megan Fox muncul kat sebelah lagi macam malam tu.

Aku menukar-nukar channel radio.Semua lagu-lagu rancak hatta radio india dan cina.Aku menekan-nekan butang 'next' tanpa berputus asa.Asa tu pun aku tak tau camna bentuk dia.Payah jugak nak bayangkan kalau asa tu putus.

Tengah sedap-sedap menekan butang 'next',tetiba ada lagu nasyid berkumandang di radio.Jari jemari aku berhenti secara drastik.Bukan lastik.Nakal kamu.

Secara tiba-tiba juga,muncullah gadis manis ayu jelita bertudung litup muka berseri-seri di kerusi penumpang hadapan sebelah aku.Bukan Megan Fox seperti yang dijangkakan.

Dia menegur aku dengan salam yang lembut.Aku membalas salamnya dengan sehabis kacak.Walaupun kacak...mulut aku masih terlopong.

Kaget.Terkejut.

Aku pulang ke rumah dengan riang sambil berbual hukum tajwid dengannya.Macam-macam bentuk suara boleh didengar bila dia membacakan contoh-contoh tajwid.Merdu.Lunak.Sedap.











Sapa kata sembang pasal tajwid tak romantik?

Wednesday, October 14, 2009

Sesi bergelak ketawa sebentar





Kredit kepada Muni tunjuk vklip ni kat aku.Aku stuju dengan pendapat mamat dalam video ni.Hahahaha....

Batu Pahat dalam kenangan 1

Lokasi:Batu Pahat
Tahun: 2005

Masa aku praktikal kat KUITTHO (UTHM) dulu,aku selalu lepak kat Batu Pahat dengan membe aku.

Satu petang,membe aku ajak pegi minum.Minum kat kedai dekat ngan tasik Y.Tasik ni orang Batu Pahat yang tak tau leh la dikatakan murtad Batu Pahat.

Aku follow je membe aku tu pegi ke kedai makan.Kat sana akak dia dah tunggu.Sesaja lepak petang-petang.

Elok sampai,aku ngan membe aku mencari di mana akak membe aku tu melepak.

"Haa....tu dia!" ujar membe aku sambil bergerak pergi.Aku follow je belakang dia.Jalan rilek-rilek.Bila sampai kat meja akak membe aku tu,aku tergamam sikit.

Ada Tam Spider lepak sekali.

Oh ya...akak membe aku tu wartawan.Lepas salam dengan Tam Spider aku SMS membe2 lain laju-laju.Cakap kata aku salam Tam Spider.












Perangai macam gadis-gadis.

Dulu menda-menda camni dengar dalam cerita-cerita Nabi ja,Sekarang dah ada depan mata...

PADANG 13 Okt. -- Pihak berkuasa Indonesia hari ini mengisytiharkan tujuh buah kampung yang musnah dalam kejadian tanah runtuh baru-baru ini, sebagai sebuah tanah perkuburan besar, selepas mereka menghentikan operasi mencari lebih 200 penduduk yang dipercayai tertimbus.

Keputusan untuk membatalkan operasi mencari di kampung-kampung yang ranap dalam tanah runtuh berpunca daripada gempa bumi 7.6 pada skala Richter di Sumatera Barat pada 30 September lalu, dibuat hasil rundingan dengan masyarakat tempatan, kata ketua polis daerah Padang Pariaman, Uden Kusumawijaya.

Gempa bumi yang turut memusnahkan bandar Padang itu meragut 809 nyawa, menurut angka korban rasmi terbaru. Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan sehingga 1,100 orang terkorban.

"Persetujuan dicapai bagi menghentikan gerakan mencari mangsa yang tertimbus dalam tanah runtuh.

''Penduduk kampung sudah bersetuju dan kawasan tanah runtuh itu kini dianggap sebagai perkuburan bagi mangsa yang tertimbus," kata Uden.

Sejumlah 225 orang dipercayai tertimbus di kampung-kampung yang ditelan bumi itu, menurut jurucakap pejabat daerah Padang Pariaman, Syofrian.

"Sudah tentulah ada sesetengah penduduk yang tidak bersetuju tetapi kebanyakannya akur.

''Justeru, kami menghentikan operasi mencari mangsa kerana sangat sukar untuk menemui mereka yang masih tertimbus," katanya.

Kira-kira 100,000 rumah musnah akibat gempa bumi tersebut dan kira-kira 500,000 penduduk hilang tempat tinggal. - AFP





Sumber: SINI

Malam Yang Blues 2



Aku memandu dengan tenang.Pulang dari kerja,badan amatlah penat.Sambil memandu,aku melihat-lihat pemandangan malam.KLCC yang bercahaya.Langit yang cerah.Kereta yang tak banyak.

Sambil memandu,aku layan lagu kat radio.Lagu Greenday-21 Guns sedang dimainkan.Aku melayan setiap senikata lagu tersebut dengan tenang.Lagu tamat.

Aku menukar channel radio lain.Hairan.Lagu 21-Guns berkumandang.Aku terus melayan lagu tersebut seperti tadi.Agaknya malam ni para deejay semua tengah in dengan lagu ni aku rasa.Biasa la,lagu ni antara lagu yang hit dalam cerita transformers 2.Mesti la glemer.

Sambil melayan,aku pusing ke arah kiri aku.Ke arah kerusi penumpang depan.Aku terkejut.

Megan Fox berada di sebelah aku sambil tersenyum menggoda.











Aku pulang ke rumah dengan riang sambil berbual mesra dengan Megan Fox.

Tuesday, October 13, 2009

Despatch Barai 2

Selepas diarahkan oleh bos aku semalam,aku terus buka wikimapia untuk cari lokasi TNB.Yaa...aku jumpa beberapa lokasi TNB seperti yang dinyatakan dalam wikimapia.Aku pilih satu port yang paling dekat dan sesuai.

Tanpa membuang masa,aku terus merempit ke lokasi seperti yang dinyatakan dalam wikimapia.Setelah melalui kawasan peperangan,ribut taufan,periuk api dan beberapa halangan lain,aku akhirnya tiba dengan selamat ke lokasi tersebut.

Setelah aku cek semua tanda yang berhampiran,memang sah dah betul tempatnya.Nama jalan pun betul.Cuma bangunan depan aku tu pelik sikit.Tengok dari pandangan satelit memang macam bangunan pejabat dah.Kat depan bangunan tu tertulis besar-besar...






"Rumah Pencawang TNB"




Agak-agak ada kaunter pembayaran tak ha dalam tu?


Hapacrita Bercerita

Lama jugak aku tinggal blog merapu aku satu lagi tu.Ha....dah kuar cerita baru dah.

Polis Di Raja Malaysia

Aku tengok,sejak dua menjak ni,ramai je penjenayah kena tembak mati.Ada yang pakai parang pun kena tembak jugak.Ada yang kena kejar dari kl sampai pahang.hahaa...

Bagi aku,aku puji tindakan polis ni.Saat penjenayah ni dah melampau-lampau,bagi aku elok bunuh je.Ye lah,kalau penjenayah ni dah layan orang lain macam haiwan,membahayakan nyawa orang lain,kenapa masih nak pikirkan kemanusiaan untuk penjenayah ni lagi.Kalau tangkap,masuk penjara,masuk court,banyak kos tu nak bagi makan diorang.Kalau kena peguam bijak,terlepas diorang.Pastu polis kena buat risikan lagi,makan masa.Bunuh je,setel.Biar penjenayah nak merompak pun pikir banyak kali.Buat apa beli peluru banyak-banyak.Ye dak? Sebelum diorang kuat,hapuskan je.Aku jamin,korang pun nak hidup aman tenteram kan?

Kepada Polis,kalau ada yang baca blog ni,aku ucapkan terima kasih kerana jaga negara.Risikan polis malaysia ni hebat.Kejap je mesti dapat tangkap.Cuma ada beberapa kes je yang belum setel.Amik masa.Biasa la,korang buat latihan matematik kat sekolah dari darjah 1 sampai darjah 6 dulu pun ada jugak soalan yang korang pening kan? Manada soalan yang semua korang leh jawab.

Kadang-kadang kita kena melampau untuk melawan pelampau.Kasi tiawww cukup-cukup.Rasuah? Buat salah? Semua pasukan polis kat dunia ni tak sempurna beb.Polis Amerika yang suka makan donat tu pun bersepah jugak.Kita pun kena tolong jugak polis negara kita ni untuk jadi polis yang terbaik.Jangan asyik salahkan diorang.Ni buat salah,keja nak hulur duit je nak setel cara mudah.Kalau kita tak hulur,menda ni akan hilang.Cuma ambil masa.Ini aku jamin!

Kalau tak buat salah,kenapa nak melenting? Ye dak?




Oh demm...kenapa aku patriotik sangat ni.Datang bulan?

Monday, October 12, 2009

Despatch Barai

Disebabkan bos aku pegi site,aku kena tolong pegi bayar bil karan opis.Aku rembat motor budak opis aku,pastu dengan bergaya aku pusing kawasan Pandan.

Berpeluh jugak melilau kawasan Pandan ni.Aku bergerak pulak ke kawasan Ampang.Tak jumpa jugak TNB.Nak pegi ke KL,malas la.Sesak.Lagipun takkan orang Pandan ngan Ampang pakai lilin kot.Mesti TNB dah buat cawangan kat kawasan ni.

Nak dijadikan cerita,aku mula ikut petua orang lama-lama.

"Malu bertanya sesat jalan."

Sambil melilau-lilau,aku ternampak 2 beranak sedang menunggu untuk melintas jalan.Ibu dan anak lelaki.Budak lelaki tu dalam 9 tahun kot umurnya.

"Assalamualaikum kak..tanya sket,TNB kat mana ya kawasan ni?" manis mulut aku bertanya.
"Kat sini eh....humm....kat mana ha?" akak tu bertanya kepada anaknya di sebelah.

Anak lelaki kakak tersebut kelihatan seperti cuba memikirkan cawangan yang berdekatan.Aku dah ready nak ucap terima kasih.

"Kat sebelah KLCC ada TNB bang...." ujar budak lelaki tersebut dengan bersungguh-sungguh sambil menunjukkan ke arah KLCC yang sayup-sayup kelihatan.Kakak tadi menahan gelak kat aku.Aku mengucapkan terima kasih sambil pecut laju-laju balik opis.













Pandai budak tu bergurau.

Honda DC5 kejar Keta Evo Polis.





Tu belum jumpa Kriss Evo aku lagi tu.Rilek je diorang pecut kat DUKE.Haha...ada jugak keta polis yang power2....buleh le kejo keta penjenayah yang mahal2 tuh.

Kredit kepada Robel.Tengok pagi tadi ngan dia.

Sunday, October 11, 2009

Dialog Masyarakat Marhain 19

"Sedap jugak cerita tadi kan?"
"Ha'ah...buleh tahan dia punya kesan khas.Sedap tengok."

"Tu la.Puas hati.Tapi tak best jugak tadi."
"Napa x best?"

"Kan ada 2 orang depan kita tadi tu,sembang kuat bukan main.Nak sembang balik rumah la.Dalam panggung buat apa sembang-sembang.Aku nak tgk cerita tadi pun dah tak fokus dah.Ganggu betul."





Sunyi...










"Aku rasa suara ko lagi kuat masa ko sembang pasal motor masa khatib baca khutbah jumaat bebaru ni..."

Friday, October 9, 2009

Bercuti







Psiko.Tarian agak sama dengan tarian Geng Kapak dalam Kung Fu Hustler.

Blog Wajib Baca

KLIK SINI


Buka mata.Buka Telinga.Buka Fikiran.Buka Hati.

Banyak maklumat.Baca slow-slow.


Update: OITT...ni bukan blog aku la.hahahaha.....ni blog orang lain.

Thursday, October 8, 2009

Sesi berbual di dalam kereta

"Zack,thanx tau belanja makan tadi." ujar Sarina sambil senyum-senyum di dalam kereta.
"Untuk awak sayang,apa pun boleh.Awak kan buah hati saya."
Balas Zack tersengih-sengih.

"Besok awak dah nak balik KL,bila lagi nak jumpa awk ye."
"Alah,nanti saya outstation kita jumpa la.Ok?"
balas Zack.

"Napa susah sangat nak jumpa you,I nak pegi jumpa you kat KL you tak bagi."
"Ala,kat KL I sibuk la.balik keja malam2.Mana sempat nak jumpa you."

"You dah kawin eh?"
"Manada, I bujang lah."

"Ok ok...I percaya.....thanx!"
"Hehe..x pe....eh...bosannya radio ni.Tukar channel lain lah."
Zack mengomel sambil menekan butang.

"Haaa!...channel ni baru best." Zack tersengih-sengih kepada Sarina.
"I layan je...drive elok-elok,jangan dengar radio je..."

"Ucapan SMS seterusnya ditujukan kepada Zakaria bin Zakeri,dengan ucapan...abang,hati-hati ye outstation di luar sana,ayang dengan anak-anak rindukan abang kat KL ni.Balik cepat-cepat ye besok.Love you!."
DJ radio membaca ucapan SMS dengan lantang dan jelas..




Sunyi.....







"Eh Zack! Itu nama penuh you kan! "
Sarina menyinga.

Wednesday, October 7, 2009

Sakit Telinga

Lokasi: KL
Tahun: 1993

Masa cuti sekolah hujung tahun,antara aktiviti aku selain dari mandi sungai sampai merah-merah mata dan melilau dalam kampung sepanjang hari,aktiviti makan angin kat KL adalah antara yang wajib.Setahun sekali mesti datang KL kat rumah akak aku.Seronok jangan cakap la,dah macam orang-orang tua nak ke Mekah.Kedah ke KL bukannya dekat.Masa tu mana ada highway utara selatan ye adik-adik.Bas ekspress tibai jalan kampung ja.Bertolak pagi,sampai dalam kul 5 atau 6 petang.Punya la lama.

Satu hari,masa tengah seronok tengok kartun kat rumah akak aku,tetiba telinga aku sakit.Nak tak nak tahan je lah,aku sorang je kat rumah.Petang nanti baru akak aku balik kerja.Bila akak aku sampai rumah dengan rakan-rakannya,aku pun mengadu.Akak aku tanpa banyak soal,bawak aku ke klinik.Oh ya,aku lepak umah bujang akak aku.Kira semua pompuan la.

Kat klinik,doktor sentuh sikit pun aku dah rasa nak menjerit.Punya la sakit.Last skali,doktor tu bagi ubat titik.Dia suruh titik je dalam telinga.Bagi lembut taik telinga katanya.Dah setel semua,aku ngan akak aku pun pulang.

Sampai kat rumah,akak aku pegi masak lauk ngan membe2 dia.Aku sambung baring je depan tv.Sakit jangan cakap la....berkerut jugak muka.Aku nak pegang telinga sendiri pun tak berani.Tengah menahan sakit tu,tetiba kak Lina turun dari atas.Yaa,kak Lina adalah adik kepada salah sorang housemate akak aku.Dia pun baru sampai ke KL.Jalan-jalan ke KL jugak macam aku.Baru je sampai tadi.

Kak Lina ni jgn cakap la,lawa nak mampos.Putih melepak.Umur dalam 17 tahun.Dia tingkatan 5 masa tu.Aku? Baru darjah 3.Tahun lepas aku dah jumpa dia.Tahun ni jumpa lagi.

"Eh eh..kesiannya...sakit ke?" sapanya lembut sambil duduk sebelah aku.Aku dah tak tentu arah.
"Ha'ah...sakit telinga.." balas aku sambil muka dah blushing...

"Ye ke,mari nak tengok" sapanya lagi lembut sambil pegang-pegang telinga aku yang mana aku sendiri pun tak berani nak pegang sebab sakit.

Ajaib....tiada langsung rasa sakit masa dia tengah belek-belek telinga aku.Aku rasa sedap je.Rasa berbunga-bunga.Rasa indah.Rasa hangat-hangat badan.Rasa nak bangun lompat-lompat sebab bersemangat.Nak lari naik turun tangga laju-laju sambil tahan nafas pun buleh jugak.



















Inikah yang dinamakan cinta?

Tuesday, October 6, 2009

Pejabat

Semua staff dah balik.Aku nak gerak balik malas lagi.Jalan sesak.Nanti kematu tapak kaki tekan clutch sapa nak jawab.

Duduk dengan tenang sambil dengar lagu.Buat kerja apa yang patut.Tetiba...

TRUTTTT TRUTTTTTT! TRUTTTTT TRUTTTTTT!!

Telepon meja HR berbunyi.Aku yang sedang duduk atas kerusi gaya billionaire kelam kelibut bangun menuju ke arah telefon tersebut.Elok aku sampai kat telefon....

CRETTTTT!!! CRETTTTTT!!! TEEEEETTT!!! TETTTTTT!!! bunyi mesin faks tengah print laju-laju borang claim staff dari planet marikh...

Tak guna betul.Pandai jugak telefon ngan mesin fax ni bergurau dengan aku.Letih jugak main terpa-terpa ni.









Malam ni kena korek telinga sikit.Ada volunteer?

Jeman buat hal lagi - 7

"Maaannnnn....oooooo Mannnn....." laung Mak Piah dari dalam rumah.
"Ye mak!" balas Jeman dengan pantas.Disiplin macam askar Jerman.

"Pegi kedai.Belikan beras segantang.Ni duitnya."
"Baik mak!"

Jeman berlari dengan pantas.Permintaan Mak Piah tak buleh dibuat main-main.Sambil berlari,Jeman sempat memandang ke arah TV yang masih terbuka di ruang tamu.Jeman berhenti dengan pantas dan meluru ke arah TV.TV ditutup dengan segera.Hatinya pasrah walaupun sedang menonton cerita Kesatria Baja Hitam.Permintaan Mak Piah perlu diutamakan.

Jeman berlari dengan laju-laju ke arah kedai runcit yang berdekatan.Ketika tiba di kedai,Jeman masuk ke dalam.Orang agak ramai.Tokey kedai sibuk melayan pelanggan.

Tetiba Jeman nampak anak tokey kedai tengah layan cerita Kesatria Baja Hitam kat sudut kedai.Mata Jeman terpukau.Apatah lagi cerita dah sampai babak pertarungan akhir.

"Tendangan padu mauuuutttt...." jerit Kesatria Baja Hitam sambil terbang di udara.

Jeman berdebar.Gembira.Teruja.Seminggu sekali cerita ni tayang kat TV,mau tak sangap.Nak tengok lagi,kena tunggu minggu depan lah gamaknya.

"Adik nak beli apa?" Soal tokey kedai kepada Jeman yang sedang kusyuk menonton TV apabila pelanggan sudah beransur kurang.







********

"Mak....ni dedak ayam yang mak suruh beli tadi.." ujar Jeman dengan muka berseri-seri kepada Mak Piah.


















PIAPPPP! PIAPPPPP!! PIAPPPPPP!!!

Jeman menggelupur kesakitan tanpa sebarang bunyi.

JATUH HATI!



Dengar lagu ni masa tengok cerita perang.Cuba hayati lirik dia,kemudian cari guna google.Pas jumpa,cari lam youtube lak.Walllaaaaaa! Jumpa! Oh,aku suka lirik dan lagu dia.

Rasa sedap macam nak duduk bawah pokok kelapa tepi bendang sambil layan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa.Nak lagi sedap ada awek mengenyit-ngeyit mata di hujung batas sawah.....ajakan menggoda untuk bermain air di tali air......peh.

VERSI WARNA TAPI AUDIO SLOW.

Aku Sebatang Pen (update laju-laju orang kata)

Aku sebatang pen. Nama aku ialah Faber Castle. Saya dilahirkan di sebuah kilang pada tahun 1975. Aku berwarna merah. Badan aku diperbuat daripada plastic. Pada suatu hari, aku dan kawan-kawan aku di bungkus di dalam kotak.

Kami dibawa ke sebuah kedai manaiki van. Setelah kami tiba di kedai peralatan menulis, kami di pamerkan di sebuah rak kaca. Seorang guru bernama Puan Siti membeli saya dengan harga RM 2.90. Beliau selalu membawa saya ke sekolah. Beliau menggunakan saya untuk menandakan buku lathihan pelajar. Beliau juga amat sayang akan saya.

Setiap hari sebelum balik, beliau mesti memastikan saya berada dalam begnya. Setelah tiga bulan, darah saya yang berwarna merah itu kehabisan. Saya tidak dapat menolong tuan saya lagi. Saya berasa sangat sedih. Beliau membeli

sebatang pen merah yang baru. Saya gembira kerana dapat kawan baru. Tetapi, tuan saya telah membuat keputusan untuk membuang saya. Walaupun saya berasa sedih, namun berasa gembira kerana dapat berjasa untuk tuan saya selama ini dengan rajin.

Sumber:http://karangan.upsr.net/show.php?n=883






p/s: Ni contoh karangan UPSR.Aku tengah bayang camna tugas cikgu BM kat sekolah.Buleh naik ngilu nak baca karangan semua anak murid macam ni.Bosan jugak.Gaya penceritaan kanak-kanak sekolah perlu dirombak rasanya.Takkan nak tgk cerita camni sampai tahun 2020.

Update: Maksud aku,tak kira lah cerita sebatang pensel ke..aku sehelai ubat gigi ke...tapi GAYA PENCERITAAN mesti diubah.Jalan cerita terlalu klise.

Cadangan ending:

"Setelah aku dibuang,aku dikitar semula bersama rakan-rakan yang lain.Setelah dikitar semula,aku digunakan semula untuk menghasilkan bahagian kereta Ferrari.Kini aku bangga dengan tugas baru aku."

Amacam? Sedikit sentuhan dah jadi lain.Rite? Kesian cikgu-cikgu perempuan yang cantik nak baca karangan yang boleh diagak endingnya.


Abaikan,aku dah melalut.

Sisters In Islam



Nak naikkan martabat kaum wanita,aku tak kesah.Aku pun sokong.Wanita pun ada hak kan.Tapi kalau dah mandai2 komen hukum islam,da tak boleh bagi muka.Dah le dulu siap bawak apa nama imam jumaat pompuan tu..yang wadut wadut tu...ha...nampak sangat la sekular korang ni.

Malas banyak cakap.Haramkan je lah.Kang gempa bumi kat indon sampai sini,runtuh lagi MRR2.Macam mana aku nak pegi keja nanti klau dah runtuh.Tak gempa pun dah retak.

Korang nak amik gambar ni? Amik je lah.Letak merata-rata.

Monday, October 5, 2009

Petronas 2

Minyak kereta dah nak abes.Masa nak pegi keja la dia nak habis.Suka sangat nak buat aku kelam kelibut.Tanpa buang masa aku pun singgah kat stesen minyak PUJ9.

Seperti biasa,aku masuk ke stesen minyak macam Maikel Shumeker.Parking kena ngam-ngam dengan pam.Baru sedap nak isi minyak.Parking jauh-jauh kang bila isi minyak nampak tak menarik bila orang tengok.Gaya macam takut pam minyak meletup.Tak ngam langsung dengan gaya macho aku.Keluar dari kereta,aku berjalan bersahaja ke arah kaunter.Walaupun bersahaja,ramai mata memandang.

Biasa la,bukan senang orang nak jumpa makhluk kacak macam aku.

"Pam 12 bang eh.." ujar aku sambil hulur duit dan terus menuju ke arah kereta aku.

Aku buka penutup minyak kereta,dan mengangkat pam minyak.Aku mengamalkan teknik seperti iklan dalam tivi.

Angkat.Tolak.Masuk.Picit.

Memang dah ikut tertib.Macam amik air semayang dia punya 'precision ngan timing'.Rasa bangga sekejap.Sambil kawal kadar kembangan hidung dan tahap kacak,aku memandang ke arah pam.Nombor-nombor kat pam tak bergerak.

Agak cemas.

Aku mula menekan-nekan picu pam tadi.Tiada minyak yang keluar.Aku pandang ke arah pam sekali lagi untuk mengesan apa yang tak kena.Jumpa.Aku mula rasa nak tampar diri sendiri sebab tak berhati-hati tadi.

Pam 12 berada di sebelah pam yang aku tengah guna.

Macam mana aku nak jawab kat diri sendiri kalau dah diperhatikan ramai dalam keadaan macam ni.Segan jugak nak main-main tukar pam.






















Boleh tahan jugak gurauan gampang macam ni.

Dialog Masyarakat Marhain 18

"Akhir zaman macam sekarang ni macam-macam jadi eh.."
"Ha'ah.Bencana la,gempa bumi sana sini....peh.."

"Itu lah.Macam-macam petanda pelik sekarang ni."
"Dulu-dulu tak ada pulak camni kan.Kalau ada pun jarang-jarang.Ni gempa tiap2 bulan."

"Itu lah pasal.Tadi pun dah ada sekor kambing boleh bercakap..."
"kambing kat mana?"













"Kambing cerita kartun dalam TV.........."

Pagi yang hensem 11

Berjalan dengan tenang menuju ke kereta.Masuk,idupkan enjin,pasang lagu,buka air cond,reverse,dan menuju ke arah hadapan yang penuh gemilang dan terbilang.

Sempurna.

Time tengah drive,perut lapar.Kebetulan aku menghampiri gerai peberet aku.Gerai ni ada jual nasi putih pagi-pagi.Gerai lain semua nasi lemak ja,mau tak muak.Dah tu gerai peberet aku ni lak ada jual macam-macam jenis lauk.Tu yang best.

Aku bagi signal,masuk ke kiri.Matikan enjin dan keluar dengan gaya sehabis macho.Biar akak-akak kat gerai tu kagum sket.Biar diorang rasa bersemangat bila nak cedokkan nasi dan lauk kat aku.

Aku menghampiri deretan lauk-pauk tersebut sambil mengawal air liur.Kang meleleh keluar tak mecing pulak dengan gaya macho tadi.Dalam kepala dah berkira-kira nak amik lauk mana.Sementara menunggu akak-akak gerai yang sibuk bancuh air kat belakang deretan lauk-pauk tadi,aku keluarkan wallet dan bersedia untuk keluarkan duit.

Tiada duit di dalam wallet tersebut.

Check kat poket kiri kanan depan belakang,juga tiada.Yaa...duit belen semalam ada dalam poket baju kat rumah.Aku terpaksa menggunakan taktik angkat telefon dan buat-buat sembang gaya muka serius sambil masuk ke dalam kereta dan pergi dari situ sepantas yang mungkin.














Sampai bank..aku tekan nombor pin laju-laju.

Friday, October 2, 2009

Dialog Masyarakat Marhain 17

"Ramai orang lelaki datang masjid time solat jumaat ni kan?"
"Ha'ah.."

"Agak-agak ko lah kan,kalau mamat gay datang solat jumaat ni,mata dia rambang tak ha?"





*****


"Shhhh......diam...khatib dah nak baca khutbah tu."

Sisters In Islam



Said Zainah in an interview with The Star:

It’s as if in Islam, women don’t have any rights at all. One woman asked, if the house were on fire, would she then have to seek her husband’s permission to flee! Women cannot even use their common sense to save their (own) lives. This cannot be Islam. God is just. Islam is just.




Kenapa contoh yang diberikan oleh 'kepala' SII ni ultra gampang? Kenapa memperbodohkan kaum wanita? Ilmu hutan pun,kalau dah rumah terbakar,kuar je lah.

Rasa nak penampar.



Apa pandangan anda?


Wikimapia

Semalam,ketika bersiar-siar di Cary,Amerika,aku ternampak pantulan cahaya yang pelik.Cahaya apa ni ye? Pemanas air yang kat bumbung? Nak tgk klik SINI.



[klik gambar untuk besarkan]

Tak kan cermin bedak mekap yang kecik tu kot.Ye dak?

Thursday, October 1, 2009

Dialog Suami Isteri 10

"Selamat pagi sayangg...wah..awal bangun.Masak apa tu?"
"Buat nasi goreng ja.Boleh kan?"

"Abang takda masalah,masak je...hehe"
"Mana le tahu,kalau-kalau nak makan menda lain ke...cakap je."

"Hummm.....buat la sandwich sekali.Sandwich yang macam sepupu abang buat kat kampung aritu sedap jugak.Tuna campur lada hitam kisar."
"Sandwich? Yang Mira sepupu abang buat tu eh?"

"Ha'ah..sedap kan...orangnya pun cantik.Lawa.Berkenan abang nak buat......oppsss.." si suami terlepas cakap....tak sempat lari....



PAPPPPP!!!!



Badan si suami melentik-lentik kepedihan setelah dilibas dengan sudip panas yang masih dipenuhi nasi goreng.

"Rasakan...gatal!!" bebel si isteri sambil mencapai roti untuk dibuat sandwich.






*******





"Nanti kita pegi shopping rantai untuk sayang yee..." ujar si suami ketika disuapkan sandwich di meja makan.

Eh Ehh.....

Dah masuk bulan 10 dah....cepat betul tahun ni.