Sunday, January 23, 2011

Jamil dan Rambut

Rambut depan dah panjang.Dah boleh selit-selit tepi orang kata.Cuma,kat kiri dengan belakang ja yang kembang.Yang lain dah hensem dah.Dalam fikiran aku,kalau aku nipiskan sikit bahagian tepi dengan belakang sahaja,memang hensem habis lah!

Memikirkan yang aku akan jadi lebih hensem,aku terus pecut PS ke kedai gunting rambut berhampiran.Dah sampai,aku buka pintu dan terus lompat ke dalam kedai menembusi cermin pintu dengan menggunakan hikmat halimunan yang aku belajar di youtube minggu lepas.

Tipu habis.

"Mapley..bagi nipis sikit tepi dengan belakang.Atas,depan,tak payah potong." aku bagi arahan siap dengan tangan-tangan sekali naik.Macam Anwar Ibrahim atas pentas.

Macha tadi angguk-angguk.

"ZRASSSSSS!!!!" bunyi mesin potong rambut.

Astaghfirullahhazimmm...





****Tiba di rumah..selesai mandi,lepak depan tv dengan bini.****


"Hahaha..bujalll....bujallll." bini aku gelak-gelak sambil pegang rambut aku.

"Hahaha..Dr. Rozmey..Dr. Rozmeyy." bini aku gelak-gelak lagi...juga sambil pegang-pegang rambut aku.Dia tarik-tarik rambut depan aku ke dahi.

Aku maintain menonton tv.Remote astro di tangan.Siaran ditukar-tukar.Sedih jugak dengan fesyen rambut yang salah potong ni.Nak suruh pendekkan terus,tak sampai hati.Dah bosan rambut pendek.Aku nak cuba fesyen rambut panjang pulak sekarang.Kalau rambut panjang,baru buleh buat aksi iklan syampoo dalam bilik air.Libas sana,libas sini,bilas sana,bilas sini.

Comel.

Tiba-tiba ada persembahan Noh Hujan dalam tv.

"Eh..rambut abang macam Noh Hujan lah!" bini aku keluar statement.Tangannya berhenti main rambut aku.









Ok.Masih ada cahaya di hujung terowong.

10 comments:

Nerzhul said...

pegi salon la wei..baru stail..hahaa

Anonymous said...

haha. at least kau ada rambut dari terpaksa botakkan kalau hilang 1 region kat kepala.

Unknown said...

msti noh hujan pun ptong rmbut kt kedai yg same tu bro.haha

marina anakcikbob said...

perghh...xleh blah la kalo dr rozmeymey..

Anonymous said...

ada dialog suami isteri di situ.bagus2!

Ann said...

boleh lah kalo gaya noh....hehe

mila.ibunajihah said...

suka je da ada watak tambahan dah dlm penceritaan jamil kini...tahniah yee..lambat aku ucap tahniah.

paiseh said...

kdg2 kata2 pompuan ni makan dalam sedare~

KePOMPOM said...

bujal..? haha.. bini ko punya sense of humor boleh tahan..

StingRay said...

ner: mahal la..segan buang duit banyak2...ahha

matahari: sungguh! =p

gain: aku pun..rasa macam tu lah.haha

marina:ahhahhaa..eh..bukan ko suka ke kat dia? =p

capa: haha=p itu je ko eh.=p

ann: tak suka.=p

mila: hahha...tq tq tq...takpa..buat suash2 ja.=p

paiseh: itu lah.nasib baik kadang-kadang.=p