Friday, January 14, 2011

Astra-Astre-Astri-Astro-Astru

Jadi,sekarang ni,Astro tengah buat Astro First.Konsep dia,tak silap aku,lepas dua minggu sesebuah filem tersebut ditayangkan kat pawagam,dia akan publish kat siaran dia.

Alternatif macam ni,agak menarik.

Aku mula terbayangkan,kalau sistem audio kat rumah aku mantap tapi masih tidak mengganggu jiran sebelah,maka..tiada lagi :

1. Kunyahan pop corn super kuat yang boleh didengar semesta alam...krap! krap! krap!.
2. Kapel yang asyik nak berbual dari awal filem sampai habis.Celaka.
3. Individu yang dah ulang tengok banyak kali lepas tu bersemangat nak bercerita setiap bahagian yang ada kejutan."Ha..lepas ni...ada..". "Ha..jap lagi dia akan...". "Ha...ko tengok,ko tengok.Lepas ni...".Celaka kuasa dua.
4. Orang yang masuk lambat dalam wayang bila filem dah start.Cari seat tak jumpa.Terkial-kial depan aku.Dah lindung skrin.Demmit!
5. Gelak kuat-kuat yang dibuat-buat pada babak yang tak sepatutnya gelak(penonton lain rilek je) untuk menarik perhatian makwe atau pakwe di sebelah.
6. Cakap kat handphone macam beliau kat tengah pasar.Satu lagi budaya yang ada pada penonton wayang tempatan yang masih belum berjaya dikikis.Gagal!
7. Menteri penerangan yang sibuk nak menerangkan maksud kepada awek atau pakwe disebelah tentang plot yang sedang ditayang."Orang jahat tu sebenarnya mamat yang beli ayam tadi,dia saja menyamar sebab bapak dia bla bla bla bla......". Focking shaiiittt!
8. Tiada lagi otot pejal-gebu-mantap-kekar kat lengan ni berkerah tenaga pulas stereng nak cari parking! Hahahaha..





Tapi,RM15 untuk 1 movie tu,mahal sket ah.Kurangkan lah sikit.Baru buleh marathon muvi dengan hensem! Aku harap,lepas ni,takda pulak jiran aku yang akan buat bising pasal tonton wayang rumah sendiri.Jangan bergegar rumah buruk aku tu sudah.Cukuplah brader naik motor RXZ selang sebuah rumah aku buat hal.Bising sungguh pagi-pagi dengan malam-malam.


Ok.Baca di sini untuk maklumat lebih lanjut.

Fakta menarik: Wayang pertama yang aku tonton, Finding Nemo, KLCC,2004. =)

13 comments:

Artzlizan said...

waaa...astro dan banyak duit la tu skarang...ermm..best jugak camtu ye... penerbit kena buat acara pujuk2 ngan astro la lepas ni...

Anonymous said...

sweet je tgk finding nemo kat klcc.haha

miss nina said...

amboi jamil, layan nemo tu, jiwa halus ni :)

Anonymous said...

wah tak sabau. murah le tu RM15 boleh tengok ramai-ramai. last time nak tengok hklbr satu family tak tercapai sebab kami bertujuh, parking lagi...

ada lcd 100" beh gak neh

nad said...

setuju gila dgn kelapan-lapan tu...
finding nemo? haha..best x?
saya pun belum tengok lagi cite kartun tu ;)

miloaiskurangmanis said...

RM15 per movie???
mahal siot!

nemoo??? pilem kegemaran anak2 nehh!
hiks

Ann said...

bab gelak2 tu aku nyampah eh.....gelak xhengat dunia.....sakit telinga ak dgr bila satu geng gelak ramai2 kt seat belakang aku..

Anonymous said...

lepas 2 minggu nak tyg? cerita melayu je tu bebbb

Firol said...

tang fakta tu nak sama di...cuma aku kat amcorp je..hahah

zulkoa said...

nemo muvi 1st?..menarik..:p

Nerzhul said...

kene letak signboard kat panggung : "amaran, duduk diam² dan ketawa bila ada joke". hahaha

Imma Yusri said...

pe kate ko korek bawah umah ko, ko pasang audio kat situ.. mesti jiran2 ko x terganggu punyer... pendek kate ko wat sarang tikus bawah tanah... brilliant kan idea aku??? muahahaha

StingRay said...

prince:haha...sungguh.kena bodek la.

capa: sweet tak sweet la.hahaha

miss: tibai nak? haha

damme: kalau sorang2? haha

jejentik: bleh tahan la cita tu.haha..

milo: tu la.mahal jugak. =)

ann: ko sergah je diorang balik.hoho

bukan: semua kot aku rasa. =)

firol: cis.dalam hati ada jongkang jongkit.haha

ubi: anda pula? haha

ner: haha...sungguh2..

imma: tak nak la.susah.penat pulak tu.baik aku golek2 sambil makan pizza.lagi best.(takda kaitan)haha