Thursday, January 6, 2011

Kasbi Sarbini yang baik hati.

Hujan mencurah-curah turun.Memang lebat habis lah!

Kasbi Sarbini memandu keretanya dengan berhati-hati.Nak tukar laluan,signal diberi.Nak brek pun,brek slow-slow.Risau terbabas.Begitu teliti sekali pemanduannya pada pagi tersebut.Nasib baik beliau keluar awal.Jadi tak perlu tergesa-gesa menuju ke tempat kerja.

Tengah sedap memandu,tiba-tiba kelihatan seorang tua sedang terkial-kial berjalan di dalam hujan.Dia hanya menggunakan surat khabar untuk melindungi kepalanya dari terkena hujan.Dengan beg berat yang dikendongnya,orang tua tadi kelihatan termengah-mengah berjalan di dalam hujan.

Kasbi Sarbini mula berbelah bagi.Nak berhenti kang,habis lencun 'seat' keretannya nanti.Nak dibiarkan,nampak kesian sangat.Namun,bila memikirkan iklan Petronas yang beliau tonton dalam youtube minggu lepas,Kasbi Sarbini segera memberhentikan keretanya di hadapan pakcik yang sedang berjalan tadi.Dalam iklan tu,menunjukkan sorang mamat yang tak nak tumpangkan seorang pakcik dalam keadaan hujan lebat.Lepas blah,mamat tu eksiden.Keretanya kena hempap pokok.

Kasbi Sarbini tak nak kena hempap dengan pokok.Sakit.

"Masuklah pakcik.Saya hantarkan." ujar Kasbi sambil membuka tingkap.Titisan hujan mula membasahi 'seat' kereta.Pakcik tadi bergegas masuk ke dalam kereta.Mukanya berseri.Tersenyum manis ke arah Kasbi Sarbini.Kasbi Sarbini membalas senyuman pakcik tadi.

"Hantarkan pakcik ke stesen bas depan tu ye nak.Terima kasih lah." ujar pakcik tadi.
"Baiklah pak cik.Saya hantarkan.Pakcik nak ke mana ni?" ujar Kasbi Sarbini ramah.

"Pak cik nak balik kampung.Saja datang melawat cucu.Tadi tak ada pulak hujan.Oh ya,nama Pak Cik,Mamat." ujar pakcik tadi sambil menghulurkan salam.Salam pakcik tadi disambut oleh Kasbi Sarbini.

Perjalanan diteruskan.Akhirnya mereka berdua tiba di stesen bas.Sebelum keluar,Pak Cik tadi menghulurkan sesuatu di dalam sampul kepada Kasbi Sarbini.Kasbi Sarbini menerimanya setelah dipaksa oleh pakcik tadi.Upah katanya.

"Buka sampul itu hanya apabila jika kamu sampai di destinasi kamu nanti.Itu syaratnya." pesan pakcik tadi kepada Kasbi Sarbini.Kasbi Sarbini hanya mengangguk.Setelah bersalam,mereka berpisah dengan haluan masing-masing.


********


"Sampul apa tu dolll..." soal Karim,teman sekerja Kasbi Sarbini.
"Tadi aku tumpangkan pakcik mana ntah.Dia bagi sampul dia.Ni aku baru nak buka.Upah katanya." balas Kasbi Sarbini kepada sahabatnya sambil duduk di kedai mamak sambil menghirup teh tarik.

Sampul dibuka.Kelihatan not RM50 sebanyak 4 keping.Kasbi Sarbini terkejut.Karim juga terkejut kerana memikirkan sarapan pada pagi tersebut tidak perlu dibayar lantaran beliau akan menge'pow' Kasbi Sarbini sebentar lagi.

"Mesti pakcik tu ada karamah.Takkan pakai buruk-buruk macam tu ada banyak duit." duga Kasbi Sarbini sambil mengira-ngira duit.Karim hanya mengangguk-angguk tanda kagum terhadap 'luck' teman sekerjanya.Kasbi Sarbini menghirup teh tarik penuh kelegaan.Karipap panas disuap penuh selesa ke dalam mulut.Murah rezekinya pada pagi tersebut.Berkat menolong orang yang dalam kesusahan.

Pagi yang mendung bertukar cerah.Matahari memancarkan sinarnya.Burung-burung berkicauan.Semut-semut bersahutan.Ultraman berterbangan.

Sempurna.

"Suspek yang terlibat dalam kejadian semalam masih belum ditemui.Diharap sesiapa yang menemui suspek seperti di dalam gambar,diharap dapat menghubungi balai polis berdekatan dengan segera untuk membolehkan usaha mengesan pencuri kedai emas ini berjalan dengan lancar." lancar pembaca berita menuturkan kata-kata di kaca TV.

Serta merta karipap panas dan air teh tarik di dalam mulut Kasbi Sarbini tersembur ke udara apabila melihat gambar Pak Cik Mamat terpampang di dalam TV.

Semburan teh tarik tadi tersebar ke udara di dalam bentuk butiran yang halus,lalu dibiaskan oleh cahaya mentari pagi,dan seterusnya membentuk pelangi yang cantik dan comel.

Burung-burung berkicauan.

Semut-semut bersahutan.

Ultraman berterbangan.

Sempurna.

5 comments:

Anonymous said...

hahhaha. sengal.

noorafzan.blogspot.com said...

hampeh!

Unknown said...

purfect pelangi tu...

Anonymous said...

sedap karipap panas makan time hujan

StingRay said...

matahari: =p

afzan: =) =) =) =p

hy: mmg purfect!

puan capa: sungguh!