Wednesday, January 5, 2011

Jamil dan dapur rumahnya yang comel.

Jam sudah menunjukkan 6.30 petang.Aku turun dari tingkat atas.Pakaian pejabat yang gila 'awesome' tadi sudah ditukar.Aku hanya memakai seluar pendek santai ala-ala hawaii (bukan hawau) bersama t-shirt bodoh.T-shirt bodoh di sini bermaksud,tshirt yang boleh digunakan samada untuk berkebun mahupun untuk lentai(lepak + santai) di rumah.

Setelah turun dari tangga,aku terus menuju ke dapur.

Peti ais dibuka.Daging kisar dikeluarkan.Nasib baik semalam aku dah keluarkan dari plastik dan keluarkan dari tempat beku.Kalau tak,jenuh jugak nak tunggu daging beku tu lembut.Takda kejanya aku nak hangatkan daging kisar tu dengan pelukan aku sampai lembut.Aku letak mangkuk daging tadi di sebelah dapur.

Buka almari bawah dapur,aku keluarkan segala rempah,bawang dan lada hitam.Pisau diambil dari tempatnya.Buka peti ais lagi,ambil segala sayur yang sesuai.Papan pemotong tersedia kemas.Tangan siap steady memegang pisau.

Demmit.Lelaki gagah beraksi di dapur.Satu kombinasi yang membuatkan semua gadis di dunia cair.Nasib baik tak pakai tali leher lagi.

Resepi aku pada petang tersebut adalah,'burger black pepper KLCC'.Aku letak KLCC tu sebab cadangnya nak buat burger yang bertingkat-tingkat.Bagi cepat sikit kena sakit jantung.Hahaha.

Kenapa aku masak burger? Well.Maklumlah,sebelum-sebelum ni dah buat nasi daging lah,nasi ala-ala beriani ayam lah.Jadi,sekali-sekala,kita ke western sikit lah.Ye dak? Lagipun,home made burger ni,yang bestnya,saiz daging tu,kita boleh set sendiri.

Yabedabedu.

Ok.Mari kita sambung memasak.

Aku masukkan 'secret recipe' aku ke dalam daging kisar tadi.Aku uli-uli sampai nampak hensem daging tu.Eksaited sikit.Maklumlah,kali pertama buat burger sendiri.Setelah semua ramuan sebati,aku pecahkan telur ke dalam daging tadi.Lepas tu,sambung uli-uli sampai pejal.Baru senang nak bentukkan sikit.Tak perlu dah pakai ekstrak usus b**i.haha.

Kuali leper dipanaskan.Mentega tanpa kolestrol dimasukkan.Bau dah naik.Pada masa yang sama,satu tangan lagi sibuk mengacau kuali yang penuh dengan bawang dan kubis yang dipotong dadu bersama 'sos rahsia' hasil adunan Jamil sendiri.

Handal kan?

Bawang dan kubis yang sedang ditumis sampai berkaramel tadi,kiranya macam 'topping' lah dalam burger aku tu.Baru meriah sikit.Takkan nak letak timun dengan tomato sahaja kan? Cliche sangat jadinya burger aku tu nanti.

Aku pergi semula ke arah daging burger aku.Aku ambil seketul,leperkan atas bekas.Untuk membuat bentuknya bulat,aku tekap dengan mangkuk kecil.Lebihan daging di sekelilinya aku buang dengan teliti.Hasilnya,perfect! Sebijik-sebijan macam daging burger yang dikeluarkan dari kilang tu.

Tanpa membuang masa,aku letak daging burger yang aku potong tadi dalam kuali.

Bunyi daging bertemu dengan kuali panas memang mengasyikkan.Apatah lagi melihat daging tadi bertukar menjadi warna macam daging burger McD.Kelabu.Air liur aku dah mula tak tentu arah.

Setelah 2 minit dalam kuali,aku mula was-was pada daging burger tadi.Semakin lama-bentuknya semakin bertukar.

Akhirnya,daging yang selebar mangkuk tadi,bertukar menjadi saiz biskut meri.

Dem!

Aku masak daging burger ke...masak begedil?????










Benci.






*Daging seterusnya,aku buat saiz sama lebar dengan kuali youuuu....hasilnya, macam quarter pounder McD.haha...



10 comments:

m.a.n.n.e.q.u.i.n said...

Pehh..tercair juga aku. Kehkehkeh

nad said...

haha
dri besar gedabak last2 dpt burger size biskut marie ;P
begedil..dah lama xmkn..hurm terliur pula

alien said...

kah2
daging kalau digoreng mmg kecut lah dia

KePOMPOM said...

bodoh betul diriku kerana baca entry ko ni di pejabat pada pukul 11pagi. meleleh-leleh you~

Faaein Himura said...

hahaha.. best apa.. ok lah tu..percubaan yang menarik!..

Linlin said...

lelaki memasak mmg hensem, wpun daging burger jd begedil.

Firol said...

Di..pasni aku order kat hang lah hehehe

Anonymous said...

ko mmg takde bakat kat dapur

brat2104 said...

hurm.. mmg la dia akan mengecut.. water content dia dah kurang masa masak.. belum lagi kira lemak dia yg mencair.. =)

pasni try masak burger dlm rice cooker.. ko letak je dlm rice cooker, tekan cook.. bila dah warm ko balikkan.. xyah letak minyak.. sedap weh..

StingRay said...

hidney: dari cair..terus jadi wap.haha

mann: see? kn da cakap.haha.

hamba: ha..pegi cari cepat.=)

alien: tau x pa.=)

kepompom: aku tak tau..aku tak tau.haha.

fain: best mmg best.Tapi leceh sket.banyak keja.=)

nil:tambah2 pulak..macam aku kan? haha

firol: sebijik rm10.Ada bran? haha.Meh tido umah aku.kita lepak kl.

puan capa: haip haip...nak lawan? haha

brat: aku takut aku terlelap.haha