Monday, November 16, 2009

Seli

Jam loceng berbunyi.Seli menggeliat malas.Dia bangun dan terus ke bilik air.Selepas selesai mengangkat wudhuk,dia solat subuh.

Selesai solat subuh,Seli akan ke reban ayam belakang rumah.Digagaunya telur ayam kampung 2 bijik.Dah dapat telur ayam,dia pegi menyibuk di dapur.Maknya tengah buat sarapan pun terganggu dengan perangai Seli.Pagi-pagi sibuk suruh buat telur separuh masak.Itu lah rutin hariannya setelah cuti semester bermula dua minggu lepas.Ada lagi dua bulan lebih cuti nak habis.

"Sibuk bebeno nak makan telur pagi-pagi.Biawak pun tak macam ni." Mak Munah cuba bergurau lebih kurang dengan Seli sambil menggoreng nasi.
"Ala...Seli nak jadi macam abah.Tgk badan abah tu,berketul-ketul." ujar Seli sambil mengangkat dumbbel yang dibawa balik dari kampus.

"Ikut kamu lah.Jangan sampai ayam tu mogok tak nak bertelur sudah." balas Mak Munah.
"Abah pegi mana mak?" Seli cuba menukar topik.

"Pegi masjid.Kejap lagi baliklah tu."

Seli terus mengangkat dumbbell tanpa henti.Bila telur separuh masak siap,cepat2 Seli makan.Lepas tu angkat dumbbell lagi.Begitulah rutin hariannya sejak dua minggu lepas.

Bila dah puas hati,Seli pegi pasang vcd cara-cara untuk bina otot badan.Berejam jugak dia senaman depan tv ikut apa yang diajar dalam vcd tersebut.Sekali tgk dah macam anak gadis yang bersenam depan tv.Bezanya Seli muka berbulu.Langsung tak nampak macam gadis-gadis.

Pakcik Kholid baru pulang dari surau.Bila sampai depan ruang tamu,dilihatnya Seli tengah tunggang terbalik bersenaman.Pakcik Kholid hanya geleng kepala.Rasa nak tampar jugak tengok Seli bersenaman dengan pakai kain pelekat.Tak senonoh langsung.Dasar anak tunggal manja.

"Udah le tu,jom sarapan sekali." bebel Pakcik Kholid kepada Seli.

Seli yang sedang tekun bersenam terkejut dengan sapaan mengejut tersebut terus tergelincir dan tersembam.Kainnya terselak.Beliau tak pakai seluar dalam.Mata Pakcik Kholid terbuka luas.

"Munah oi...aku tak jadi sarapan.Takda selera." jerit Pakcik Kholid dari ruang tamu.

Seli dan abahnya tiba di meja makan.Pakcik Kholid hanya menghirup teh O panas.Seleranya terus padam bila melihat aksi lucah Seli tadi.Seli hanya diam.

"Abah,apa rahsia badan abah berketul?" Seli cuba mengorek rahsia.
"Apa yang abah makan sampai badan berketul-ketul macam ni?" Seli mengutarakan soalan kedua sambil menghirup teh O panas.

"Abah minum susu mak kamu tu ha." selamba Pakcik Kholid bersuara.Teh O dalam mulut Seli berterabur keluar.
"Kamon dad...cerita lah betul-betul." Seli mula mengada-ngada.

"Abah kamu tu pagi-pagi keluar ke kebun.Menoreh.Balik buat sawah pulak.Petang-petang lepas asar pegi kebun buah.Angkut buah kat kebun pegi jual.Tak pun,kalau takda buah,angkut kayu-kayu bawak balik rumah.Tebas lalang.Ada masa lapang pegi masuk hutan,cari rotan ke,buah-buah hutan pegi jual.Takda masanya abah kamu tu nak angkat besi kecik macam tu hari-hari.Senaman depan tv la,apa la.Cuba kamu ikut abah kamu tu ke kebun.Ada jugak pekdahnya.Angkat besi halus-halus,tapi badan nak berkotak-kotak.Orang utan pun lagi kuat dari kamu." panjang lebar Mak Munah berleter sambil hidang nasi goreng.Tak tahan melihat Seli senaman depan TV agaknya.

Seli terdiam.












"Thanks darling." ujar Pakcik Kholid kepada isterinya sambil mengenakan pakaian untuk pegi menoreh.

11 comments:

joegrimjow said...

errr
cam tu je ke?

Anonymous said...

seli tu lelaki lembut ke?

Solehah said...

haha..adeh..nak gelak dulu..tu la cara sebanr nk sihat..kene keje kuat..

Ann said...

moral of the story..rajin2 la tlong bapak tu hehe..

Unknown said...

Mati terus selera pakcik kordi? wakakaka!

kAkUnA_tHe KeLip KeLiP said...

hahahaahaha....ambik kau ubat seli..!! heheeh..gile kentang goreng bapak die badan ketul2..huhuh..

pucek_85 said...

tak pernah aku dengar org angkut kayu balak bwk balik umah....
kayu api aderla.....mesti bpk dier badang....

Faizul said...

kah kah kah.
seli keje gomenkah?
opssss ;p

Anonymous said...

aduhai wei.. kelakar gila hahahha...

miss nina said...

har..har..har..
seli oh seli...
pergi je lah celebrity fitness :)

Ain bintu Amir said...

hahaha kiut gile!

sian Seli dah kene ceramah ngn mak apak pagi2. itu la, salah cara nk jage badan.. matlamat dah bagos, just cara tak berape efektif. kih2.