Wednesday, November 18, 2009

Hapacrita All Star

"Mann......sini kejap." laung Mak Piah.
"Ada apa mak?" balas Jeman yang muncul secara tiba-tiba di pintu dapur.

"Pergi kedai sekejap.Belikan bunga cengkih." balas Mak Piah sambil menghulurkan duit.
"Baik mak!" balas Jeman sambil berlari ke arah kedai.

Jeman menukar pergerakan daripada larian kepada berjalan.Penat jugak paru-parunya bila berlari laju-laju tadi.Sambil berjalan Jeman tengok tepi-tepi jalan.Kadang-kadang terjumpa jugak benda-benda menarik.Silap hari bulan boleh terjumpa IC Lisa Surihani yang tercicir.

Ketika berjalan,bas Hok Seng,satu-satunya bas yang memasuki Kampung Kembang Semangkuk,melintasinya.Bas tersebut tiba-tiba berhenti.Tidak lama kemudian,kelihatan seseorang turun dari bas tersebut.

Jeman memerhatikan dengan penuh minat penumpang tersebut.Mula-mula hanya kakinya yang kelihatan menjejakkan tanah.Ya,kakinya sangat putih.Gebu.Bila kakinya jejak di tanah,barulah Jeman dapat melihat susuk tubuh tuan punya badan.Seorang gadis yang cantik bak bidadari.Mukanya bersih.Berpakaian kebaya.Badannya bak model.

Jeman tergamam.Air liurnya menitik bercucuran.Duit dalam tangannya melayang entah ke mana.Tak pernah dia lihat gadis secantik itu secara langsung.Selalu banyak tengok dalam tv ja.

Gadis manis berbaju kebaya kuning tersebut berjalan menuju ke arah Jeman.Di tangannya ada beg besar berisi pakaian.Gaya macam nak tinggal lama ja kat kampung tu.

Jeman dah macam nak rebah.Gadis tersebut datang sambil tersenyum.

"Adik,tumpang tanya.Di mana rumah Mak Som Mak Andam kampung Kembang Semangkuk?" soal gadis manis tersebut dengan lembut.

Jeman terus rasa macam nak menggelupur.Suaranya gadis tersebut sangat halus.Lembut.Menggoda.Jauh bezanya dengan suara Mak Piah.

"Hujung simpang tu kak.Tapi kena jalan jauh sikit.Rumah paling hujung sekali." jawab Jeman sambil mata tak berkelip.Hairan jugak apa kaitan gadis tersebut dengan Mak Som.Satu kampung macam tak bergaul dengan Mak Som.Mak Som banyak buat hal sendiri.Ada orang kata Mak Som selalu guna sihir.Ada jugak yang cakap orang dengki sebab Mak Som pandai mekap muka bakal pengantin.

"Terima kasih ye dik.Oh ya,nama akak Aishah..." balas gadis tersebut smbil mengeyitkan mata kepada Jeman.

Air liur Jeman mengalir semakin laju.


BAMMMM !!!!


Jeman dan Aishah pandang ke belakang.Kelihatan motor yang ditunggang oleh tok ketua kampung terbabas ke dalam parit di tepi jalan.Walaupun berada di dalam parit,mata tok ketua kampung tidak berkelip memandang ke arah Aishah.Mulutnya terlopong.

Jeman dapat merasakan,kampungnya akan bergolak dengan kehadiran gadis secantik Aishah.







Siapakah Aishah?
Siapakah Mak Som?
Siapa yang dapat meminang Aishah?
Apa kaitan Aishah dengan Mak Som?
Adakah Pejon berjaya mengorat Aishah?
Apakah yang akan terjadi kepada Jeman?
Adakah Cikgu Meli akan tumpang mengorat Aishah?
Adakah Ali Agogo berjaya dalam ternakan lembunya?
Apakah nasib anak gadis lain di kampung Kembang Semangkuk?
Adakah tok ketua kampung akan pergi ke klinik setelah eksiden?
Adakah Bidin akan menukar seleranya dari Sheila kepada Aishah?
Adakah Seli akan selalu ke kebun untuk tunjuk kuat kepada Aishah?
Bolehkan tok imam kampung handle masalah berbangkit di kampungnya?
Adakah Jeman berjaya membeli bunga cengkih yang dipesan oleh Mak Piah?
Apa yang terjadi bila semua watak dalam blog hapacrita bergabung di dalam satu kampung?
Adakah takhta gadis kampung tercantik yang dipegang oleh Kamsiah anak bilal masjid akan tergugat?
Adakah Kriss Evo mampu mengekalkan juara sebagai motor paling laju dalam kampung Kembang Semangkuk?
Adakah jejaka Kampung Kembang Semangkuk akan berusaha semaksimum mungkin untuk mengorat Aishah?



Persoalan terbesar...Apakah yang akan terjadi kepada Kampung Kembang Semangkuk akhirnya?





Banyak lagi watak-watak akan terlibat.Nantikan kemunculannya.

Next Project selepas Blook Hapacrita.



P/S: Insyallah,blook hapacrita akan mula dijual ahad ni.Terima kasih untuk yang menempah samada melalui sms,email dan juga melalui mulut.Dah lebih setengah dari jumlah cetakan.Baki ada lagi kurang dari setengah.Alhamdulillah.

Terima kasih semua.

12 comments:

Anonymous said...

mau gak blook hapacrita, bhai

Solehah said...

huhu..bnyk watak terlibat lg panjang citer..tahniah..i think u berjaya..very intresting..fantastic, bombastic..

matt said...

all star tu..

joegrimjow said...

ku baca je ni
hehe
slagi boley gelak
ku gelak

missnina said...

wah..meriahnya rakyat kampung kembang semangkuk..
memang all star lah

FyDa MajiD said...

salam
mau tempah macam mana blook tu
kna send tempahan tru emel ka
berminat nk beli

kAkUnA_tHe KeLip KeLiP said...

ala...lupe nak tempah..cane?? cane?? cane..????

StingRay said...

ultraman: nanti sampai aku iklan kat blog ni.jgn risau.hehe

solehah: thanx! =) terharu..sob sob sob..

matt: macam kasut converse plak kan? haha

joe: layan je joe apa aku merepek tu.hahaa

miss: sungguh.hahaah

phid: nanti ada iklan kat sini.jgn risau ya? =)

kakuna: sabtu atau ahad nanti aku iklankan. =)

Lazyf said...

ko mmg brilien...tamsap!!!

Unknown said...

fuyooo...projek dasat nih~

Anonymous said...

uiks!!cter tak abis!


aku nak tempah 1!!!plis...camne nak tempah????

dark said...

ayat menggoda sungguh!
booking 1 !