Saturday, November 14, 2009

Pengalaman saya menaiki bas di Ampang.

Dalam perjalanan menuju ke PJ,aku naik bas dari depan opis aku.

Kelihatan bas bernombor 7 tiba dengan tenang.Aku lambai-lambai macam dalam ending cerita bersiri Incredible Hulk kat tv dulu-dulu.

Bas berhenti.

Aku naik dengan was-was sebab takut salah naik bas ke selatan Costa Rica.Aku duduk di tepi tingkap.Ramai jugak orang dalam bas.Warga asing pun ramai jugak.Bas terus menjalankan tanggungjawabnya dengan bergerak menuju ke hadapan.Kalau bas bergerak mengundur itu namanya bas yang tersalah masuk gear.Boleh jugak nak kata bas tersebut sebagai bas yang tak bertanggungjawab.

Tengah jalan tu,tetiba ada road block.Bas berhenti.Sorang anggota polis naik.

"Keluarkan semua kad pengenalan." lantang suaranya.

Penumpang-penumpang mengeluarkan kad pengenalan dan passport antarabangsa masing-masing.Ada jugak yang bawak keluar kertas saiz A4..teringat aku masa nak dapat mykad dulu.Kena usung kertas tu dalam wallet.Oh ya,aku pun turut serta kelam-kelibut keluarkan IC.

Bila polis tu sampai kat aku,langsung dia tak check IC aku.Aku agak kecewa sebab penat-penat bawak keluar tadi.Mungkin disebabkan muka aku iras-iras macam Legolas,aku diabaikan.Mungkin terlalu kacak.Mula-mula nak marah jugak,kenapa golongan kacak perlu didiskriminasikan dari syak wasangka.Kalau muka kacak,semua nak pikir baik-baik je.Memikirkan aku nak pegi amik kereta,aku abaikan amarah tadi.

Bas meneruskan perjalanan.Tapi kan...heran tau.Dalam ramai-ramai yang keluarkan IC pelik-pelik dan passport besar-besar tadi....






kenapa hanya aku seorang yang hulur mykad? Orang tempatan lain rilek je.

18 comments:

zaiMi said...

adeh la.. ko ni rakyat malaysia ke x sebenarnye? prasan foreigner..haha

LanaBusyBee said...

tau la nk pi amek buah ati pun kan, toksah kalut sgt hehehe

Firol said...

amik ati ke? hekelehh

bokbon said...

ceh..dapat kereta baru dah perasan diri tu indon, keh keh..!

Chaireel Azizee Mohamed @ Ayub said...

biasa la...orang hensem macam kita je ada mykad...

Siti Nur Aminah said...

hensem ke u ni STINGRAY??gua xrasa cmtuh

Unknown said...

Aku kene macam ni masa kat Syria, nasib baik bawak passport n visa.. selamat.. Cuak gak sebab sorang2.. hohoho

Anonymous said...

ic ko palsu tak? kakaka

Solehah said...

ko konfius dengan kewarganegaraan ko ke?hehe..tapi btl ah dia suruh keluarkan ic..identiti card tu mycard la jgk kan..ko jeling org yang tak keluarkan ic tu..

paiseh said...

polis tu begurau sket lu dah siriyes~

Ann said...

adeh perasan hensem lg..

Lazyf said...

keperasanan kesungguhan la engkaw neh!!!

hans said...

betul ker ko ada ic nih?hahahah

Faizul said...

rajin lu naik bas ek.

StingRay said...

zaimi: haha..teka lah.=)

lana: kalut woo..=)

firol: ada jugak amik ati ayam makan nasik tadi..sedap..nak? haha..

bokbon: nasib baik aku x perasan jadi helikopter lagi kan? =)

chairell: calit sikit! haha

aminah: mmg le..pernah ke ko tgk muka aku? hahaha....

komander: kalu tak masuk lam penjara..hahaa...ada simpan dadah dalam bontot tak?

fatt: ori..apa barang palsu-palsu..tak jentelmen lah.haha

solehah: kompius sebab hensem sangat.haha

paiseh; wonderpet pun tau serius.haha

epal: mestilah..haha..aku tgk x
da iklan lagi..nanti aku klik.tq =)

ann: sila terima dengan tabah.=)

lazyf: manada perasan..menda betul tu.haha

hans: bukan setakat IC,kad perpustakaan awam pun ada.haha

dude: nama pun masyarakat marhein.hehe

Ebbedolloh said...

Kesian. haha. :)

Anonymous said...

ko terasa diri ko warga asing ke

brat2104 said...

aku adalah warga ampang.. tp xpenah lak kena gitu.. bagus la dorang wat camtu.. aku dah xlarat dah naik bas.. kdg2 rasa mcm kat dhak pon ye.. bandung pon ye..