Karim mengelap-ngelap peluhnya.Senapang yang dipegangnya masih tidak dilepaskan.Hujan masih renyai-renyai.Di belakangnya ada Zarif dan Hanif.Mereka bergerak perlahan-lahan ke arah semak yang bergoyang sebentar tadi.
Selaku tentera komando,mereka amat terlatih dalam taktik penyamaran.Mereka semakin menghampiri pihak musuh.Zarif dan Hanif mengikuti dengan tekun arahan Karim.Karim adalah ketua mereka.Mereka perlu patuh kepada ketua.
Walaupun bertiga,mereka yakin dapat menumpaskan musuh di hadapan mereka.
Di celah-celah daun,Karim memerhatikan 4 orang musuh yang sedang bergerak perlahan-lahan di celah-celah anak sungai.Mereka mara ke arah utara.Karim memberikan isyarat kepada Zarif dan Hanif untuk bersedia dalam posisi menyerang.Mereka menunggu detik yang sesuai untuk menumpaskan musuh mereka.
Kehadiran mereka tidak disedari oleh musuh yang sedang bergerak perlahan-lahan.
Akhirnya masa yang ditunggu telah tiba.Karim mengangkat tangan,dan bersedia untuk memberikan isyarat untuk menyerbu musuh.Gaya Karim sungguh macho.Persis hero dalam cerita-cerita perang.Zarif dan Hanif memegang erat senjata masing-masing.....bersedia untuk bertempur sehabis-habisnya........
"Abanggggggggg!!!!.....mak suruh balik.Makan Nasik.Lauk sardin ngan telur dah masakkk..." jerit Salini yang masih belajar di tadika sambil berpayung dari luar semak ke arah Karim yang sedang meniarap atas tanah.Karim tanpa membuang masa terus bangun dan memikul senapang kayu mainannya sambil berlari-lari comel ke arah Salini........mereka berdua berpegangan tangan dan terus pulang ke rumah.
"Celaka punya ketua Komando,buleh lagi dia balik makan nasik tengah berperang camni...." bebel Hanif di hadapan Zarif sambil mereka di kelilingi pihak musuh yang tersenyum puas......musuh ketat mereka dari kelas darjah 3 Anggur.
Istighasah, boleh ke tak?
1 day ago
16 comments:
hahahaha...comel glee ending die...aku da suspen2 ape laa ending cte nih..hahaha...kreatip ar ko, mat!
Hang ni mesti score kalau jawab esei penulisan yang bermula dengan
Tiba-tiba.....
Kalau aku, sanggaplah kot nak fikir story line..
hanif??karim????macam nama paiseh jer..hehehehe :P
komando pon lapar nasik...
aku ingat komando suvivor makan biawak je..huhu
aku rasa si jasni mau tgelak guling2 baca ni...
matching dow lauk sardin ngn telor goreng...
hadoi..nak terkeluar juadah berbuka puasa aku td bace entry ni..hampagas tol!
gerek beb..!! hehehe...
I loike! cute cute!
paling best part pegang tgn! ngeee!
suka je baca cite ko ni la
kuang2..ingat betul2 perang td...karim cmna skrg? hensem x? kalo ensem kem slm
ooo... diorg ni 3 strawberry kan? musuh dia 3 anggur? hehe... tapi saya suka 2-2, anggur and strawberry... xleh musuh2... =p
jamil xdeker? jamilpn 3 strawberrykan?
rasanyer kalo ada exam hapacritani... saya dah bleh score kot? xmcm exam aritu... warghhhh...
akmar:haha..jgn saspen sgt. =)
scha:main tibai je beb.haha
aim:ko ni...paiseh je di hati.hahaa
naddy: sungguh. =)
cik: McD pun diorang makan. =)
rona: jasni kental.x da guling2... =)
aminah:betul2..nikmat. =)
mimie: nak terberak? hahahaaa
kakuna: gerek dikenali sebagai basikal di Kedah. =)
syaz: bab pegang2 ko suka eh.hahaa
min: sila sila..free je. =)
ezzati: karim hanya watak rekaan.=p
gurl: beso2 pun main exam lagi.Tak fun lansung.hahaaha
aku terus terliur dgr lauk sardin tu!
comey citer nih...suko den...huhuhu
Post a Comment