Tuesday, September 1, 2009

Bas Ekspress

Semalam aku tiba di hentian bas kat SmallVille jam 10.10 malam.Apa nak heran.Bas aku pukul 10.30 malam.Ada lagi 20 menet.Aku cakap kat abang aku,x yah tunggu lah.Nanti bas sampai la tu.Aku lambai-lambai kepada anak buah aku yang comel.Mereka bergerak pulang.

Aku berjalan ke kaunter tiket yang aku beli.Nak kompemkan bas.

"Belum sampai lagi,jap lagi bas sampai." balas brader kaunter tiket.

Aku duduk atas deretan kerusi sambil buat-buat gaya Ronan Keating.Tak kan nak buat gaya nari-nari macam Maikel Jeksen.Kang kena pelangkung dengan masyarakat setempat susah jugak.

Aku menunggu kedatangan bas sambil mengenang kembali peristiwa-peristiwa di stesen bas masa aku bersekolah dulu.Banyak betul kenangan.Kenangan diserbu peminat perempuan.Kenangan terjumpa duit sejuta di dalam beg.Kenangan kereta Ferrari aku hilang kat parking belakang stesen bas.Oh...sungguh nostalgia.

Jam hampir 10.30 malam.Aku semakin berdebar-debar.Debar aku tu ada maksud rupanya.










Bas tiba jam 1.35 pagi.


Pandai kan mereka menguji penumpang macam aku dalam bulan ramadhan ni? Rasa macam nak mintak ja salinan jadual berkala perjalanan bas syarikat tu.

Nasib baik aku ni penyabar macam burung helang.

15 comments:

ada said...

lain kali jangan minta jadual berkala.. mintak je bas seketul kat pengusaha bus tu... senang.. hahah

Anonymous said...

nasib baik ko jenis penyabar..kalo aku, mntk ganti rugi rumah banglo 1 bijik dan kete ferrari..

Jard The Great said...

padan muka.. ;p

bokbon said...

lu naik bas kat mana weh? kolumpo ke? pudu ke putra?

helang penyabar ya? baru gua tahu, hah..ha..

Puan Ninie said...

hehehehe
sabar cam burung helang ye?

;p
bary tau arini..
hehehe

MuHaMMaD86 said...

Kenangan diserbu peminat perempuan

ada ker?...ke hg dok berangan ja bdk perempuan dok serbu hg?

joegrimjow said...

hehe
cek kat internet la


klu ada

Unknown said...

gaya apa lagi ko buat sampai kul 1.35 tu?

Lazyf said...

mesti ko bajet hensem mse tgh tunggu bas tuh kan...

StingRay said...

ada: x nak lah.susah parking wooo..

life:peh...beli tiket x sampai 50..hahaha..

jard: dengki.haha

bokbon: smallville turun pudu.haha..

meiz: kalau x sabar..camna dia nak buru makanan? ye dak? =p

mad: x pernah kena serbu? kesian.haha

joe: ni bas cap apam punya.tenet pun dia x tau rasanya.haha..

naddy: gaya penari ballet. =)

lazyf: x yah bajet.mmg dah hensem. =)

kAkUnA_tHe KeLip KeLiP said...

owh..aku pn penumpang setia bas ekspress..tp lom pnah lagi jadi cenggini...cis btol!!
cian ko..

cik selamah kundang said...

hang tetidoq dak??

~gUrL in pUrPle~ said...

huhu... sian dia...

fizzahyahiya said...

Kalau sikap pengusaha bas sedikit tidak bermoral sebegitu rupa, elok lapor je ke LPKP.

Tapi sempena Ramadhan, elok juga kalau aok maafkan saje dosa beliau. *insaf*

StingRay said...

kakuna: sian aku kan? =)

selamah: segaq bugaq...haha

gurl: btol2.. =)

scha: da maafkan dah.haha.. =)