Sunday, September 27, 2009

Air Terjun

Lokasi: Air terjun SmallVille
Tahun: 1994 - 1995 kot..

Dulu masa aku sekolah rendah dulu,keluarga aku selalu berkelah kat lata smallville.Selalunya hari Jumaat.Tak jauh dari rumah aku.Sekali berkelah jenis ajak semua adik beradik sekampung.Berkumpul ada le dekat 50 orang.Macam-macam acara ada,masak nasi dalam buluh,bakar ayam,sosej dan macam-macam lagi.

Biasanya start dari kul 10 pagi.Semua orang berkumpul kat sana.Dah siap amik buluh,daun lirek,pasang api,panggang-panggang semua,kaum lelaki akan balik untuk solat jumaat.Pas solat jumaat kami datang memang dah terhidang la makanan.Kira port kat lata tu,sekali tengok memang dah nampak macam kem pelarian.Bezanya kat situ ada muka kacak aku,jadi terus tak nampak macam kem pelarian.

Nak dijadikan cerita,kat bahagian atas lata SmallVille ada air terjun.Nak ke air terjun kena berjalan sket.Agak jauh la.Ada jalan kecik naik ke sana.Orang jarang pergi.

Sepupu-sepupu perempuan aku bercadang naik ke sana ramai-ramai.Ada le dekat 10 orang.Budak lelaki ada le dalam 3 orang termasuk aku.Kira aku le budak lelaki paling tua dalam group tu.Kami berjalan kaki dengan gembira.Rilek-rilek.

Selaku lelaki paling kacak,aku kena kawal keselamatan sepupu perempuan aku walaupun diorang dah sekolah menengah.Menda-menda yang membahayakan keselamatan seperti pacat aku tendang jauh-jauh.Baru nampak perkasa.Kat tangan ada sebatang kayu yang entah kat mana aku cekau.Aku jalan depan sekali.Baru rambo.Dah beberapa menet berjalan,akhirnya kami tiba di air terjun tersebut.

Sunyi.Tiada orang.

Tiba-tiba seorang sepupu perempuan aku menjerit.Pada masa yang sama jugak aku dengar jeritan beberapa jantan dari kawasan air terjun.

Kelihatan sekumpulan remaja lelaki dalam 5-6 orang sedang duduk di atas batu dalam keadaan berbogel.Sepupu perempuan aku yang lain yang mula nampak aksi bogel tersebut turut menjerit.Geng-geng remaja lelaki yang berbogel tadi terus terjun ke dalam air sambil menjerit sebab malu.Tak tahu pulak ada acara mandi bogel kat atas tu.Mentang-mentang la tak ada orang.

Kami semua terus berlari semula ke lata sambil menjerit-jerit kengerian.












Aku lari paling depan sekali.

Memang tak buleh diharap.

23 comments:

bungacahaya said...

Huh?! Mandi bogel? Jantan sumer...?

Ha?!!!

OMG!

Hehehehehhe... tercemar la lata tu. Tahun dpn ko pegi tmpt lain la plak.

Anonymous said...

eeeiiiuu
geli gilak
haha

Anonymous said...

Haha.. Macho abis..

cik selamah kundang said...

bogel??hahahaha.seksi tuh..ahaha

Unknown said...

tak rambo dah la camtu.ish~

Anonymous said...

perghh..menjerit keriangan ke.tanyangan free.

tapi rasanya perempuan zaman 2009 dah tak macam 1994...hahaha.

~gUrL in pUrPle~ said...

wuit... dgn segera update.. huhu

Firol said...

Huuuu..kalu aku pun lari paling depan..tapi kalau jantina sebaliknya....hehehe

Mimie.Candy Cane said...

maklum balas kepada komen firol di atas

"ahh firol..ko nakal"

hahaha

Meooo Comicore Club said...

KUCING!

Hazerin said...

ko dpn sekali? nmpak sgt ko paling pemalu

shahirahkhairudin said...

hah! giler ar wei. pesta bogel ke ape..btw, biler rambo lari paling depan tu memang sangat 'hero'
hahaha=)

Firol said...

uikk mimie..heheheh

kecik said...

Selaku lelaki paling kacak,aku kena kawal keselamatan sepupu perempuan aku walaupun diorang dah sekolah menengah.Menda-menda yang membahayakan keselamatan seperti pacat aku tendang jauh-jauh.Baru nampak perkasa


pitam aku baca statement ko ni. pitammmmmm

green said...

ye ke ko lari??

paiseh said...

petama kali gua rasa nak join kecik.
hahahaha...!!

joegrimjow said...

eiiw
pompuan ok jugak

joegrimjow said...

eiiw
pompuan ok jugak

Anonymous said...

aku da agak da. heh.

eh aku ingat kau gay :D

jgn marah haa~

Anonymous said...

kalo aku tgk...aku tak jerit..aku rakam..hahaha

Lazyf said...

ahhhh...tidak.....vogellll....hahaha

StingRay said...

bunga: omaigod.haahaa

damme: eleh..yeke..haha

lof: macho tak macho la..berterabur.haha

selamah: amboih.hhaaha

naddy: rambo la jugak. =p

fnd: sungguh.hahaha..

gurl: tak la segera sangat. =}

firol: aku sokong.haha

mimie: lelaki tulen.haha

meo: yess?=}

hazerin: aku takut beb.haha

shaira: rambo la sangat..berterabur.haha

kecik: nak kena penampar? haha

gren: lari beb..larii..

paiseh: haih...main tag team nampak.haha

joe: tu la pasal.hehe

ateeka: aku straight lah.hehe

life: rakam suami ko dah la.haha

lazyf: arghhhh...haha

brat2104 said...

aku rasa semua pakai spender skin kaler la... tu yg nampak mcm bogel.. tul ni...