Thursday, August 27, 2009

Peperiksaan

"Jadi hari ini.....saya ingin tekankan,peperiksaan SPM yang bakal kamu lalui nanti adalah penentu hidup kamu di masa depan!" bersemangat sekali Cikgu Meli memberikan ucapan kepada calon SPM dalam dewan.

"Kalau kamu main-main,jangan haraplah kamu nak berjaya di masa depan.Kalau berjaya pun,mungkin berjaya dalam suasana yang perit." tambah Cikgu Meli sambil sengih-sengih.Selaku cikgu kaunseling,dia kena main akal sket ngan budak-budak sekolah ni.

"Biar kamu berjaga malam,biar kamu menangis keletihan,ini adalah saat kamu.Selepas ini ke mana kamu pergi adalah bergantung kepada keputusan SPM kamu!" bersemangat sekali Cikgu Meli berbicara.

"Keputusan SPM lah penentu universiti mana kamu akan sambung belajar,dan kerjaya apakah yang akan kamu nikmati di masa depan bergantung sepenuhnya kepada peperiksaan ini." jelas suara Cikgu Meli.Bergema dalam dewan.

"Sekarang katakan kepada saya,peperiksaan apa yang lagi penting selain peperiksaan SPM yang dah nak tiba nih....." Cikgu Meli cuba menduga calon-calon SPM di hadapannya sambil tersengih-sengih.

"Peperiksaan dalam kubur cikguuu!!!" sahut satu suara yang kuat bergema di dalam dewan.Datang dari barisan lelaki yang belakang-belakang.


















"I benci tau terkena lawak ramadhan macam ni....." ujar Cikgu Meli di mikrofon dengan gaya silang kaki dan menongkat dagunya di atas meja sambil memandang jauh ke luar dewan....memandang sejauh-jauhnya....

15 comments:

Jard The Great said...

cikgu meli gedik?? ehehe

Unknown said...

kene sebijik cikgu meli..

name tak bleh tahan.hehe

k.e.r.i. said...

lawak ke?
bukan benda betul ke?

Hazerin said...

heh!

tp mmg betul pon cikgu meli ckp.
skrg nk cari keja kerjaan pun, dia tgk result SPM. apakah?

Meooo Comicore Club said...

cikgu meli xpose kot huhuhuhu


kucing!!!!!!

Kensi Ell Byle said...

pergh...

cikgu meli pon cam slow motion jer..huhu

hady said...

auuwwwwww....

Anonymous said...

hahaahhahhaa!!cikgu meli..cikgu meli

Lazyf said...

nakal sunggoh budak2 lelaki itew...hahaha

kAkUnA_tHe KeLip KeLiP said...

cam cite zombie kmpung pisang,ayat awie..

"ye la,kite ni tade SPM.."

hahaha..spm mmg pnting ape..heheh...smpai msuk filem..hehehe.

noorafzan.blogspot.com said...

haha~
kesian cikgu meli itu..

salam ziarah yer..
saya jumpa link nih from firol..
lalal~

Mimie.Candy Cane said...

hahaha..kesian cikgu meli...

Siti Nur Aminah said...

cikgu yang sangat...awwww.....xle blah u

loti mukhtar said...

hahahaha...cikgu meli gostan gohed....hak...hak..hak...

StingRay said...

jard: agak2 la.haha

nadd:napa ngan nama dia? haaha

keri: anda x dapat mesej.sila baca sekali lagi. =) jika x berjaya,tabahkan hati anda. =)

hazerin: apakah? haaha

meo: posa weh..posa. =)

leyha: da kena sedas. =p

hady: auuu...

life: =)

lazyf: nama pun budak lelaki. =)

kakuna: betul2.. =)

afzan: sila sila... =)

mimie: =)

aminah: auuwwww...hahaha

loti: haha..panjang gelaran. =)