Lokasi: Sekolah Rendah Kanak-Kanak Genius.
Tahun: 1996 (Darjah 6)
Aku dan rakan-rakan berlari liar ketika waktu rehat.Walaupun dah darjah 6,perangai seko-seko mengalahkan budak-budak darjah satu.Ah,budak darjah satu mana faham tekanan yang dialami oleh senior-senior mereka nih.Masalah bekal nasik tumpah,air kantin tak sedap,ketagih tengok cerita suria perkasa hitam,kalah game laga biji getah,rungsing bila cikgu bagi duduk sebelah pompuan dalam kelas,gian nak mandi sungai dan pelbagai menda lagi bermain kat kepala time belajar.
Nak 'melepaskan tensen',aku dan rakan-rakan main kejar-kejar.Main dalam kawasan sekolah kena profesional sket.Masa lari tu setting langkah kaki kena gaya-gaya atlit sket.Nanti anak ustazah tengok baru tergoda.Kalau nak main ganas-ganas,kejar-kejar macam setan,yang tu kena main kat sungai.Baru thrill.Baru boleh tengok sapa yang menjerit bagai nak gila bila kena kejar.Kat sekolah nak menjerit? Nak kena tibai buat la.
Masa kejar-kejar kat depan kelas aku,aku bayangkan aku sebuah helikopter.Secara tepatnya helikopter Airwolf.Ya,rancangan kegemaran spesis budak lelaki pada masa tersebut.Budak perempuan tau tgk cerita ntah hapa-hapa masa tu.Apa namanya....JAM? macam jem rambutan.Sikit-sikit menari.Bosan.
Tengah sedap kejar 'musuh' aku,tetiba aku rasa masa depan aku terus gelap.Rasa gelap bila nampak Sir Karuna Moorthi(SKM) berdiri tegak memerhatikan kami yang seko-seko berlari macam orang hilang akal.
Habis.Terjebak.Tak boleh lari.
"Mari sini!" SKM mula bersuara.Tegas.
Aku dan rakan-rakanku pergi ke arah SKM.Padeli berada di hadapan sekali.Diikuti aku dan 4 orang yang lain.
"Sapa suruh lari-lari?" tanya SKM marah-marah.
Padeli dah ketar.Dia yang kat depan sekali.Masa SKM panggil tadi punya la laju dia pergi.Orang rilek-rilek sudah.Kan dah kena duduk depan sekali.
SKM mula melipat lengan baju.Padeli dah ketar.Kami semua sangat pasti.SKM akan membuat hikmat teragungnya sebentar lagi kepada kami.Hikmat yang sangat mengerikan.Terlalu ngeri sampai kalau teringat secara automatik terus tak lalu nak makan nasik.
"Mari sini!" SKM memanggil Padeli.Padeli pasrah.Kini Padeli berada betul2 di depan SKM.
SKM mengangkat kedua-dua belah tangannya tinggi-tinggi.Bila dah sampai tahap tertinggi,tangan tadi terus menuju ke arah muka gebu Padeli.Ya,sasarannya pipi kiri dan kanan Padeli.
Teknik ini dinamakan penampar timur dan barat.Sejenis penampar yang datang dari dua arah iaitu dari pipi kiri dan kanan secara serentak.Ala,macam mamak tepuk-tepuk roti canai tuuu.Si mangsa nescaya tidak dapat melarikan diri lagi bila serangan ini dilancarkan.Nak angkat kepala,dah tak sempat.Nak tunduk,lutut dah lemah menggigil.Nak gostan ke belakang memang tak daya dah.Lari ke kiri penampar ada.Lari ke kanan penampar ada jugak.
Serangan ini perlu dihadapi dengan tabah.
PAP! Selesai hukuman Padeli.Berpinau.Giliran mereka yang lain pulak.
PAP! PAP! PAP! PAP!
Aku dikecualikan.
Kenapa?
Berani dia nak tampar muka ketua pengawas sekolah yang paling hensem merangkap pelajar kesayangan kumpulan cikgu perempuan seksi di sekolah aku?
Jangan harap...
Pengalaman singkat saya bersama GISB?
3 weeks ago
38 comments:
macam citer bohong.Adik, tak elok kecik2 da tipu orang.
balqissy: x dapat terima kenyataan.ha ha ha.. x tido lagi?
waaa.. awal nya hang hapdet..
cek confius la ngn ending hapacrita ni?xbek tau dok bohong2 reader yg setia membaca ni...tp okla buat org tersenyum di pagi yang hensem ni...hik3...gostan?nice word..lm xdgr
p/s:ingat ke SKM tu majlis shuhakam malaysia...igt pasni blh la tuntut keadilan coz ditipu oleh "seseorang"!!!hahahahaha
e'eleh!!!! diskriminasi!!!
hmmm ghitewww.. ehehe, salammm
Nak panggil mende ek..yuki panggil sting karang..kedengaran amat ganas...panggil RAY bley??walaupun kedengaran agak GAY, hehehehehehe...
Kite pon ketua pengawas gak darjah 6..hihi
hehhehehe
macam karuttttttttt je
;)
hehehhe
ape pun darjah 6 mmg best kan?
;p
"Berani dia nak tampar muka ketua pengawas sekolah yang paling hensem merangkap pelajar kesayangan kumpulan cikgu perempuan seksi di sekolah aku?"
x leh bla...hahahahahaha
lu tipu...tipu...lu pun kena skali kannnnn....
ek elee..
tak boleh blah..
hahahahahah
ketua pengawas tu sbnrnya belakang hang kan?tp hang buat2 mengaku hang..eleh..tipu
adehh.. ending mcm tue pun boleh ker??
muka lawa tapi nakal?..ermmm...
iyolahtu... amik2.. saya bagi... haha
ahh..ini tidak adil...mana boleh pilih kasih, biasanya cikgu grang camni semua dia tibai...kecuali la kalau budak tu buat muka kesian tahap dewataraya. tak adil!!
tolong byk sikit eh..aku minat citer airwolf tau masa kecik..
heran ek nape ko tak kena penampar ngan skm tu? aku syak la..ko mesti ada 'skandal' ngan dia kan? ko jgn mcam2 hapacrita...
hahahhaa!!! ketua pengawas skolah lari lari? kalau guru disiplin sekolah kita nmpk ketua pengawas, mahu dia kasik penampar, pecat je teros!!!
nak caye ke tak cte ni??? agak mustahil pada pembacaan..
musykil. mesti SKM tu xbetul. kalu aku jadi SKM, aku bagi penampor kat ko dulu. hahaha~
tipuuuuuuuuuuuu
meh cni no tepon SKM, nk tanye dia sendri...
Xde plak org lain pertikaikan plak ek? HAHAHA... Pandai main politik macam ni la bro.... Hebat2.... Saya salute!!!
berbohong tu kan berdose besa
hahahahahaha
poyo la hang
Pergh, ko ingat laghi kejadian tu? Gila ah, kuat aku kena penampar timur barat tu. Tapi aku memang tak puas ati sama kau,dendam sampai sekarang ni.
Apa macam, ok tak gua berlakon jadi Padeli, ada goyang tak?
Peace, hahaha
huih sepak style tu silap2 boleh berdarah telinga!
cikgu mana ada yg seksi...tipu
Perghhh...ayat last tak tahan
eh...iyo ko?
kalu wa ... sekadar ketua pengawas ... kasik lempang triple beb ... sbb tak tunjuk cth elok ... hahaha! tp lu ye blog mmg best bro ... thumbs up!
ceyy budak fofuler aa ni
biar pun dirimu seekor kucing gemuk...
tp lawakmu mcm cipan pakai helmet gaban
biar pun dirimu seekor kucing gemuk...
tp lawakmu mcm cipan pakai helmet gaban
ye ye je die nih..huhuh....
rasa nk pengsan dgn ayat yg terakhir!!!! sungguh sadis....
penampar kiri dan kanan tu skill aku tu!!!sunggu bangga gile bile wat...mmg btol..penampar tu mengerikan dorg2 kan.....
jard: bangun tahajjud tadi...(ehem ehem.....batuk batuk.....)
muhammad: sila terima kenyataan. =)
life: ha ha ha
en_me: hai..lama x jumpa.hehe
koyuki: wohh...aku jantan tulin lah.hehe....hai rakan sejawat. =)
meiz: percayalah. =)
lazyf: kenyataan tuh.ahhahaa
lili: x kena lah. =)
ije: hek eleeee....haha
mannequin: bleh blah la. =)
mooney: sijil ada kat aku.nak tgk? =p dengki dengki.hahaha
miss: bulehhhh..haaha...
qaseh: pembetulan....kacak dan hensem. ha ha ha
gurl: bagus3...sila percaya.haha
amirah: aura aku kuat beb...x berani dia.hahaha
mimie: aku hanya berskandal dengan perempuan seksi. =p hahahhaa
elena: ketua pengawas darjah 6...bukan perdana menteri lah.hahaha
ada: sila percaya. =p
olin:malangnya kamu bukan SKM. =p
john: haha...manada main politik. =p
shikin: sila terima kenyataan ini dengan tabah. =)
penanam sayur: aku tak goyang.Padeli cakap best kena penampar.ahhaha
tiger: tu la...buleh pecah dara telinga.hahaa
naddy: skm x da phone.haha
aminah: ada lah. =)
firol: ha ha..kenyataan tuh. =p
aku pentoi: ye...betul. =)
beemer: kang ketua merusuh...susah.hahaha....datang melawat selalu. =)
lala: dah hensem..mesti lah.hahaha
meo: cipan? gaban? wah...macam pantun.haha
kakuna: =p x caya?
fatin: ayat last tu kenyataan tuh.ahahaa
cane ko jadi ketua pengawas n kawan ni?
sanggup ko tgk kwn2 ko kena belasah gitu ajek? xtry bela dorang ke?
Post a Comment