Friday, August 7, 2009

7 Wasiat Raja Melayu

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat raja-raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:

  • Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
  • Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
  • Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
  • Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.
  • Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.
  • Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
  • Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

sumber : SINI

5 comments:

balqissy said...

jadi? oh---> bush keranji dalam perahu, saya pura-pra tidak faham.

ada said...

boleh refer Federal Constitution untuk lebih lanjut..
atau pun dalam bahasa melayu, Perlembagaan Persekutuan, (the supreme law of the land in Malaysia)

..::Cik Paten::.. said...

wasiat2 tu dipakai lg ke??? keadaan pun semacam da huru hara.klu melayu sama melayu sendiri yg dok bertelagah sakan... berguna lg ke wasiat tu???

Min MH said...

aku paham maksud wasiat tu...
contoh macam tanah ada rezab melayu...
tapi sekarang byk dah wasiat tu yang tergadai macam tu jek...
xtau la nasib melayu akan datang...
akan ada lagi ke lojiknya pepatah "melayu xkan hilang di dunia"

Anonymous said...

Kedaulatan Raja2 Dipertahankan