Thursday, August 27, 2009

Bila Ulama Kata Tak Perlu Puasa.

KAHERAH - Institusi agama terbaik Mesir, Dar al-Ifta mengecualikan pasukan bola sepak kebangsaan negara itu daripada berpuasa sepanjang bulan Ramadan bagi mempersiapkan diri untuk menghadapi kejohanan antarabangsa, kata pegawai institusi tersebut.

Namun begitu, pemain-pemain bola sepak tersebut enggan berbuat demikian meskipun telah diberi kelonggaran.

Fatwa itu dibuat bagi memberi keselesaan kepada pemain menjelang Kejohanan Remaja Dunia di Mesir.

Kejohanan antarabangsa itu dijadualkan bermula 23 September ini iaitu selepas beberapa hari berakhirnya bulan Ramadan.

Keputusan yang diambil oleh institusi tersebut telah menimbulkan kemarahan kepada beberapa buah negara yang tidak mahu bertolak ansur dalam isu ponteng puasa.

Dar al-Ifta yang merupakan institusi keagamaan negara tersebut telah menjelaskan peraturan agama mengenai hukum berpuasa dan isu berhubung fatwa tersebut dengan 'membenarkan pemain-pemain untuk berbuka puasa'.

Oleh demikian, amalan berpuasa tersebut tidak akan mengganggu sesi latihan yang dilakukan untuk menghadapi kejohanan bawah 20 itu, kata jurucakap Persatuan Bola Sepak Mesir, Alaa Abdel Aziz.

"Namun begitu, pemain-pemain telah bertindak menolak kelonggaran tersebut. Mereka berkeras untuk meneruskan puasa," kata Alaa.

Dar al-Ifta mengesahkan perkara tersebut telah menimbulkan isu dan menjelaskan bahawa, seseorang pemain itu terikat dengan kontrak bersama kelab mereka dan harus memenuhi tugasnya sebagai pemain.

Jelas institusi itu lagi, jika kerja itu adalah sumber kepada pendapatan mereka dan harus terlibat dengan perlawanan ketika bulan Ramadan, puasa akan memberi kesan kepada tahap prestasi mereka.

Oleh sebab itu, pemain-pemain dibenarkan untuk berbuka puasa, kata jurucakap Dar al-Ifta, Ibrahim Nigm.

Pandangan ulama turut menyatakan bahawa setiap pekerja yang melakukan kerja sukar dan boleh menjadi lemah kerana kesan berpuasa, golongan itu dibenarkan untuk berbuka, kata Ibrahim lagi.

Namun begitu, fatwa yang dikeluarkan oleh institusi tersebut telah menimbulkan kemarahan kepada Barisan Cendekiawan Al Azhar, kumpulan pemikir dasar Islam.

Kumpulan itu menyatakan: "Bermain adalah bermain. Ia bukan daripada bahagian kehidupan yang penting dan membolehkan golongan itu berbuka di bulan Ramadan," katanya. - AFP



SUMBER SINI



-Tersenyum sumbing........dunia duniaaaa... -

17 comments:

Unknown said...

kalau fatwa ni digunakan kat malaysia, makin ramai la yang tak puasa agaknye...

balqissy said...

encik stingray, maaf. walaupun ini bukan dalam blog berat, tapi komen saya mungkin 'memberat' heh~

Fakta: Fatwa ini dikeluarkan oleh ahli ulama' dan mereka bukan mengeluarkan sebarang fatwa mengikut perkiraan dunia. harus diingatkan, yang ini bukan nya cerita di Malaysia.

kenapa fatwa ini dikeluarkan? sebab anda harus ingat. walaupun ini permainan bola sepak, tapi ini bukan permainan semata-semata seperti kamu yang bermain bola di padang pada petang hari. ini ialah PEKERJAAN mereka. tempat mereka mencari nafkah untuk diri, keluarga, dan mungkin akan disedekahkan pada agama. mungkin,kan?
(kalau kita tak buat, tak semestinya orang lain tidak buat)

jadi, Islam itu syumul. bukan memberatkan umatnya. latihan yang diberi mungkin boleh menjejaskan kesihatan mereka, sama seperti seorang buruh kasar yang bekerja. jika dia meneruskan puasanya, boleh dibenarkan dia untuk berbuka. harap kamu boleh nampak relatednya di situ.

saya bukan emo, cuma terkilan kerana ayat terakhir kamu seperti sinis sangat pada pendapat ulama' yang jauh lebih banyak ilmu.

dari saya yang cetek ilmu jua. maaf jika tersensitif pula-balqissy-

kAkUnA_tHe KeLip KeLiP said...

emm..cenggitu pulak kan..macam2..

balqissy said...

p/s: harap kamu faham maksud yang saya sampaikan di sini. kerana cara penulisan kita boleh menyebaban ramai yang buat andaian yang tidak baik juga terhadap institusi dakwah di sana.

kita sebagai Islam, harus menyokong bukan menyebabkan umat lain yang tidak berapa faham tentang Islam ini turut sama terkeliru kenapa fatwa ini dibuat. harap dapat bertindak dengan segera.

Lazyf said...

ikut maner yg baik...

Unknown said...

hmm.. no komen. benda agama nih bukan bley buat main2...silap haribulan bley jatuh akidah. tanya pada yang lebih pakar.. huhu~

Unknown said...

hmm.. no komen. benda agama nih bukan bley buat main2...silap haribulan bley jatuh akidah. tanya pada yang lebih pakar.. huhu~

cik selamah kundang said...

xberani nk ckp..sbb ulama dan aku jauh benar pengetahuan agamaku..

StingRay said...

naddy: tu kat sana...kita sini kena ikut cara sini.haha..

balqissy: haha..no prob beb..semua orang bebas nak komen kat sini.Terkilan dengan ayat last aku eh? hak hak...adoi la....okeh..meh aku terangkan.

ko baca betul2 tak menda yang aku pos tu?

yang aku nak tekankan kat situ...

1.Ulama cakap buleh berbuka utk teruskan latihan.ye lah..aku sekolah rendah dulu pun belajar jugak sebab2 buleh berbuka puasa.Antaranya kerja berat.Ulama tu beb.Diorang tau apa diorang buat.Pewaris Nabi ni.Cuma kadangkala keputusan mereka ikut sosiologi masyarakat mereka TAPI masih atas ajaran islam.Islam kan fleksibel.=)

2.Kumpulan dari al-azhar pulak marah dengan keputusan tersebut.Ni pun bukan geng-geng tepi longkang ni.Ilmuwan la jugak.

3.Pemain sendiri tolak fatwa tersebut dan bertegas nak terus berpuasa.Tak kisahlah,ni hal diorang kan.

Jadi,apa yang aku maksudkan "tersenyum sumbing...dunia duniaaa" tu...adalah perlakuan tiga pihak di di atas satu sebab.

bola(dunia).

aku tak kata aku tersenyum sumbing kat ulama tersebut.juga bukan kepada geng dari al-azhar,juga bukan kepada pemain bola sepak.

aku tak kata mereka salah. =) Aku sekadar tercuit hati dengan kerenah dunia. =)

macam melihat 3 orang budak-budak berebut guli...aku akan kata.. "budak-budak". =)

kalau negatif ja kamu nampak..negatiflah. =)

dapat?
bagus-bagus...teruskan menegur. =)

kakuna: haha..macam-macam. =)

lazyf: betul2... =)

olin: yep..menda agama ni bukan main akal.haha...kena ada dalil dan fakta. =)

Wishing Star said...

salam saudari balqissy,

bukan utk mpertikai institusi agama yang terhormat ttp apa sekalipun kputusan/hukum/fatwa yang manusia ingin laksanakn haruslah berbalik kepada al-Quran.
kalau x, tak kan la cendekiawan al-azhar pn marah?

sememangnya bermain bola merupakan pekerjaan kepada mereka, tapi adakah perkerjaan itu memudaratkannya utk terus bpuasa?jd jenis perkerjaan yg bagaimana pula diwajibkan bpuasa?adakah hny mereka yg di pejabat dan bhawa dingin sahaja diwajibkan?bagaimana pula jika org lain mendakwa pekerjaannya juga penat dan dahaga?

jika 'pekerjaan' dijadikan alasan kemungkinan satu garis panduan harus dibuat jenis pekerjaan bagaimana pula yg dibolehkn tidak berpuasa.

Mengikut al-Quran yg dibenarkan tidak berpuasa HANYALAH
~orang-orang yang sedang sakit - tiada harapan utk sembuh
~musafir yg melebihi 2 marhalah
~lanjut usia - sakit tua yg tidak mampu bpuasa
~sedang hamil atau menyusu
~sedang haid atau nifas
~terlalu lapar dan dahaga sehingga MEMUDARATkan dirinya
~orang yg melakukan *perkerjaan berat SEPANJANG TAHUN

*sila teliti jenis pekerjaan BERAT yg sebenar

Jadi dlm kategori manakah pemain bola itu sekarang utk terkecuali dlm puasa?jika para pemain sanggup meneruskan latihan dan yakin tidak memudaratkn diri, apa perlunya fatwa tersebut dibuat?

Islam itu mmg syumul.jika memudaratkan kesihatan dibenarkan berbuka, pd waktu tertentu.bukannya pengecualian selama sebulan.

mungkin saudari boleh sediakan mana2 terjemahan al-quran, sunnah atau hadis utk menguatkn pendirian kerana kita semua masih belajar dlm soal ni agama.:)

Masy said...

baguslah pemain2 dorg ttp tahan nk pose. salute!!!

kat mesia ni, keje dlm ekon pon ade yg senyap2 gi bli makanan. hmmmm~

Jard The Great said...

=p

ku membaca komen ja kat sini..

Unknown said...

wah~ komen dah macam entri.tapi bagus2..aku suk3

WerT said...

ntah la...zaman nabi dulu org g perang time blan posa..

2 fatwa yg berbeza..tp kalu pemain sndiri menolak kra ok la tue..mgkin diorang tawu yg mna spatutnya...

Anonymous said...

ish2...ada pulak mcm tu ka?

~gUrL in pUrPle~ said...

tulah... sayapun nak ckp mcm syafiq... hehe

Mimie.Candy Cane said...

SAYE SKODENG JE KAT SINI..TUMPANG LALU...