Friday, August 28, 2009

Tajul si malang

Tajul berjalan perlahan-lahan.Nak mencuri kereta ni bukan buleh bising-bising.Kena diam-diam macam duduk dalam masjid.Baru orang tak sedar.

Sasaran Tajul malam ni,sebuah kereta Toyota Vios yang dia dah target 2 hari lepas.Dia tak target kereta Ferrari,nanti nak bawak lari susah katanya,kereta tu bising.Jam dah menunjukkan pukul 2 pagi.Mesti tuan kereta dah lena tidur.Kereta pulak letak jauh dari rumah.Tu le,sapa suruh duduk rumah murah,sesak,kan dah tak ada parking.Harap kereta je mahal.

Setelah berhempas pulas cuba membuka pintu kereta,Tajul berjaya.Pengalaman mencuri kereta selama 3 tahun digunakannya sebaik mungkin.

"Peh...macam makan kacang.." ngomel Tajul sendirian sambil membuka pintu.Alarm kereta Tajul dah matikan tadi.Memang bijak.

Tajul masuk perlahan-lahan ke dalam kereta.Pintu kereta ditutup.Tajul girang.Tiba-tiba muka Tajul berubah.Mukanya menjadi biru.Matanya bulat.

"ALLAHHUAKBARRR!!!!!" hanya itu yang keluar dari mulut Tajul sebelum pengsan dan terus tak sedarkan diri.







********6 jam sebelum itu*********

Pa'an memandu kereta Toyota Vios kesayangannya dengan tenang.Penat rasanya bekerja seharian.Jam menunjukkan hampir 8 malam.Lewat pulak dia balik malam ni.Selalunya jam 6.30 petang dia dah nangis-nangis depan tv menonton DVD cerita sedih korea sambil peluk bantal.

Elok sampai ja kat kawasan flatnya,parking dah penuh.Nak tak nak terpaksa dia parking luar kawasan flat.Kat bawah pokok tepi pagar.Dah biasa parking kat situ menyebabkan Pa'an tak risau.Nasib baik dia dah makan masa balik tadi.Tak perlu keluar dah.Lagipun pak guard ada.Pak guard pun bukan leh harap.Kadang-kadang tido.

Elok parking kereta,tiba-tiba muka Pa'an kembang.Matanya merah.Mukanya biru.Badannya rasa serba tak kena.Paan mencengkam kuat stereng keretanya.Rasa macam nak mati.







PRROOOOOOOOOTTTTT!!!!! POT! POT! POT!


PRETTTTTTTTTTTTTTT!!!! PET! PET ! PET!


PSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS!!!! SSSSS!! SSS!




Paan langsung tak buang masa.Dia terus buka pintu dan menerpa keluar sambil menahan nafas.Pintu keretanya ditutup semula dengan pantas.

TWIT! TWITT! Bunyi kereta dikunci.

"Peh.....nasib baik sempat keluar...buleh pitam aku kalo tak keluar cepat tadi.....besok pagi hilang lah bau kentut tu.." bebel Pa'an di luar kereta.









Tanpa Pa'an sedari,dia telah menggandakan keselamatan keretanya ke tahap tertinggi.


Malang betul Tajul.

Pakcik Berus



Aku nak nyanyi lagu ni masa salam ngan mak ayah aku bila sampai pagi besok.Tgk kalau-kalau nak kena ketuk ngan mak aku.

Brader Reshmonu



Tadi,aku melayan beberapa vklip.Kualiti agak hampeh.Macam tangkap muat.Banyak video klip yang dibuat di dalam Kuala Lumpur.Tapi,bagi aku,tak ada yang sebaik video klip ni.Seni kamera,kualiti,pencahayaan,mood....semua digambarkan dengan baik.Ini yang low punya kualiti.Cari lah yang HQ,warna terang.Dulu aku ada vklip dia yang lawa-lawa,tapi dah hangus bila hard disk kaput.Video klip Reshmonu ni selalu tak menghampakan aku.Contoh insan seni yang mementingkan kualiti.

Aku suka.

Oh...lagu yang ada 1001 kenangan pada aku.






Aku balik kampung mmgu ni.Bubai..... =)

Kaunter PNB

TRITTTT TRIIITTTTT....

"Helo?"
"Haloooo Leman.Ko ada kat mana?"

"Aku kat kaunter PNB ni haa...."
"Woihhh.....masuk banyak duit ke?"

"Ha ha ha...xda la banyak.Sikit-sikit je.Masuk banyak-banyak kang aku nak makan apa nanti."
"Peh,pegi tak ajak aku.Senyap-senyap je eh.Ni mesti dah berkepuk saham ko ni.Ye dak?"

"Takde la berkepuk mana,buleh la untuk masa depan yang gemilang dan terbilang.Hehe.."
"Tak ganggu ko ke nih?"

"Takda la...bukan aku yang buat kerja.Bagi borang kat kaunter ja,diorang setelkan lah.Ni apahal ko call aku nih? Nak ajak lunch sekali?"
"Ye la...dah waktu lunch ni.Jom ah...aku jumpa kedai baru.Sedap gak."

"Okeh...dah setel dah.Jap eh."
"Seronok la ko,da banyak menyimpan.He he..."







FLUSHHHHHHHH!!!!!!!!

KECEBUR! KECEBUR! KECEBUR!















"Lahanatttttt Leman...!! Kaunter PNB kepala lutut!"

"Ahhhh legaaa......Ha! ha! ha! ha! ha!"

Thursday, August 27, 2009

Pelakar



KONOTASI dah kuarkan blook.Kalu bekenan nak beli buat teman masa balik kampung,buleh klik sini. Ada le sket sumbangan aku dalam ni.

Sikit je lah.


Peperiksaan

"Jadi hari ini.....saya ingin tekankan,peperiksaan SPM yang bakal kamu lalui nanti adalah penentu hidup kamu di masa depan!" bersemangat sekali Cikgu Meli memberikan ucapan kepada calon SPM dalam dewan.

"Kalau kamu main-main,jangan haraplah kamu nak berjaya di masa depan.Kalau berjaya pun,mungkin berjaya dalam suasana yang perit." tambah Cikgu Meli sambil sengih-sengih.Selaku cikgu kaunseling,dia kena main akal sket ngan budak-budak sekolah ni.

"Biar kamu berjaga malam,biar kamu menangis keletihan,ini adalah saat kamu.Selepas ini ke mana kamu pergi adalah bergantung kepada keputusan SPM kamu!" bersemangat sekali Cikgu Meli berbicara.

"Keputusan SPM lah penentu universiti mana kamu akan sambung belajar,dan kerjaya apakah yang akan kamu nikmati di masa depan bergantung sepenuhnya kepada peperiksaan ini." jelas suara Cikgu Meli.Bergema dalam dewan.

"Sekarang katakan kepada saya,peperiksaan apa yang lagi penting selain peperiksaan SPM yang dah nak tiba nih....." Cikgu Meli cuba menduga calon-calon SPM di hadapannya sambil tersengih-sengih.

"Peperiksaan dalam kubur cikguuu!!!" sahut satu suara yang kuat bergema di dalam dewan.Datang dari barisan lelaki yang belakang-belakang.


















"I benci tau terkena lawak ramadhan macam ni....." ujar Cikgu Meli di mikrofon dengan gaya silang kaki dan menongkat dagunya di atas meja sambil memandang jauh ke luar dewan....memandang sejauh-jauhnya....

Bila Ulama Kata Tak Perlu Puasa.

KAHERAH - Institusi agama terbaik Mesir, Dar al-Ifta mengecualikan pasukan bola sepak kebangsaan negara itu daripada berpuasa sepanjang bulan Ramadan bagi mempersiapkan diri untuk menghadapi kejohanan antarabangsa, kata pegawai institusi tersebut.

Namun begitu, pemain-pemain bola sepak tersebut enggan berbuat demikian meskipun telah diberi kelonggaran.

Fatwa itu dibuat bagi memberi keselesaan kepada pemain menjelang Kejohanan Remaja Dunia di Mesir.

Kejohanan antarabangsa itu dijadualkan bermula 23 September ini iaitu selepas beberapa hari berakhirnya bulan Ramadan.

Keputusan yang diambil oleh institusi tersebut telah menimbulkan kemarahan kepada beberapa buah negara yang tidak mahu bertolak ansur dalam isu ponteng puasa.

Dar al-Ifta yang merupakan institusi keagamaan negara tersebut telah menjelaskan peraturan agama mengenai hukum berpuasa dan isu berhubung fatwa tersebut dengan 'membenarkan pemain-pemain untuk berbuka puasa'.

Oleh demikian, amalan berpuasa tersebut tidak akan mengganggu sesi latihan yang dilakukan untuk menghadapi kejohanan bawah 20 itu, kata jurucakap Persatuan Bola Sepak Mesir, Alaa Abdel Aziz.

"Namun begitu, pemain-pemain telah bertindak menolak kelonggaran tersebut. Mereka berkeras untuk meneruskan puasa," kata Alaa.

Dar al-Ifta mengesahkan perkara tersebut telah menimbulkan isu dan menjelaskan bahawa, seseorang pemain itu terikat dengan kontrak bersama kelab mereka dan harus memenuhi tugasnya sebagai pemain.

Jelas institusi itu lagi, jika kerja itu adalah sumber kepada pendapatan mereka dan harus terlibat dengan perlawanan ketika bulan Ramadan, puasa akan memberi kesan kepada tahap prestasi mereka.

Oleh sebab itu, pemain-pemain dibenarkan untuk berbuka puasa, kata jurucakap Dar al-Ifta, Ibrahim Nigm.

Pandangan ulama turut menyatakan bahawa setiap pekerja yang melakukan kerja sukar dan boleh menjadi lemah kerana kesan berpuasa, golongan itu dibenarkan untuk berbuka, kata Ibrahim lagi.

Namun begitu, fatwa yang dikeluarkan oleh institusi tersebut telah menimbulkan kemarahan kepada Barisan Cendekiawan Al Azhar, kumpulan pemikir dasar Islam.

Kumpulan itu menyatakan: "Bermain adalah bermain. Ia bukan daripada bahagian kehidupan yang penting dan membolehkan golongan itu berbuka di bulan Ramadan," katanya. - AFP



SUMBER SINI



-Tersenyum sumbing........dunia duniaaaa... -

Pandangan

"Lawa bangunan kat London ni.Besar betul diorang buat.Maju.Hebat."

Diam.Membelek-belek surat khabar.

"Oh...tiada sambutan merdeka kat KLCC tahun ni....hormati bulan puasa.Alah,bina KLCC ni buat bazir duit rakyat je.Bina buat apa bangunan besar-besar."

Wednesday, August 26, 2009

Matrik

Tahun: 2002
Lokasi: Matrik

Bulan puasa dah tiba.Puasa kat matrik arau ni memang best.Masjid memang hidup.Bulan x posa pun hidup.Leh kata solat 5 waktu macam 'wajib' masa tu.Macam je lah.

Salah satu lagi part best,berbuka kat sini memang mewah.Tiap2 hari ada.Sumbangan orang luar memang banyak.Masa hari 1st posa,budak-budak segan2 nak pegi makan.Ye lah,makan free,tgk dari jauh-jauh.Kot-kot makanan tu utk geng2 tabligh ja.Aku pernah 'join' kejap group ni.Cuba kenal cara hidup mereka.Nanti aku ceritakan.

Pada satu malam,macam biasa,aku beli lauk nak sahur.Aku beli nasi lauk sotong masak cili ngan sayur kubis goreng.Lauk semua bungkus asing.Ye lah,nak sahur awal pagi,masa beli baru pukul 10 malam.Dah siap semua,aku pun tido.

Lena.

Azan subuh berkumandang.Aku menggelupur atas tilam.Tak sempat sahur.Kecewa.

Aku merenung sayu nasi dan lauk sotong yang masih berbungkus kemas.Aku simpan elok-elok.Sayang nak buang.

Kat dalam kelas,kepala aku asyik ingatkan lauk sotong tu ja.Memang masakan peberet aku.Pelik,teringat lauk sotong sampai x da mood nak berbuka kat masjid.Mengidam mengalahkan orang mengandung walaupun aku tak boleh mengandung.

Balik dari kelas kul 1...aku bergegas melihat nasi dan lauk sotong yang aku simpan pagi tadi.Sayur dah berbau.Aku buang.Aku buka lauk sotong......humang aiiii......bau sedap gila....tak basi lagi.Memang terer lah tukang masak tersebut.Nasi pun ok lagi.Takda basi-basi.Nasib baik masa letak nasi dalam polisterin semalam tak terkena tangan aku.Kalau tak,mesti basi.

Aku perlu panaskan lauk ni.Koman-koman leh tahan sampai berbuka.Masalahnya,celah-celah mana aku nak panas lauk ni.Lighter pun aku tak ada.

Menggunakan pengalaman hidup di bumi selama 18 tahun,aku mencari idea.Kurang dari satu saat aku dah dapat idea.Cerdas betul minda aku.

Di tengah panas terik depan bilik aku,aku tadah lauk sotong betul2 bawah matahari.Memang nasib baik hari tu panas teramat terik.Masa tu,aku rasa aku lah orang pertama kat Malaysia yang panaskan masakan menggunakan pancaran matahari.Nasib baik budak x ramai balik bilik.Kalau tak jenuh aku nak menipu aku tengah buat eksperimen.

Teknik jemur kena betul,buleh kering kuah kalau tak kena cara.Aku pun kagum dengan diri aku masa tu.Lauk tu betul2 panas,macam kuar dari kuali,cuma tak menggelegak ja.Ehem..ehem...aku rasa dengan jari la..bukan dengan mulut.Posa beb...posa.






















Petang tu,masa azan magrib berkumandang,aku berbuka makan nasi lauk sotong dengan berselera.

Steady lah Nenek!!!



-Hambik sedas..ha ha ha..-

Tuesday, August 25, 2009

Last aku dengar menda ni masa umur 8 @ 9 tahun.



Dengar pun kat radio.Minat.Berkenan.Tapi aku lebih pentingkan lagu-lagu kartun yang aku hafal kat tv pada masa tu.Aku tak amik peduli sangat kat lagu best tadi.Kesudahannya,aku menyesal sebab mengabaikan satu lagu yang sedap.

Akhirnya malam ni,masa aku tenung siling tadi,aku cuba-cuba ingat kembali lenggok lagu dan lirik yang berbaki dalam kepala aku.Paling aku ingat,chorus dia.

"Caravan...oooo...eeeee.....aaaaa.....ooo........" apajadah aku x tau.Tu ja yang aku ingat.

Godek punya godek kat tenet,terjumpa dalam youtube...... Gabungan Kitaro dan Page rupanya.Kitaro selalu la dengar.Page ni mana datangnya pulak.

Teringat plak kat awek sekolah rendah dulu.













Kecik-kecik dah buat perangai romantik.

Dialog Masyarakat Marhain 13

Di suatu petang yang permai...



"Puasa ni bagus untuk kesihatan."
"Ha'ah....ada banyak yang bagusnya.."

"Bila aku puasa ni,rasa tenang ja hati...tak macam hari-hari lain.Tadi sahur rasa seronok ja.Ye lah..setahun sekali je kan.."
"Aku sahur ngan kari ketam pagi tadi.Sedap betul."

"Tak lama lagi nak berbuka dah,kamu tak pegi beli juadah ke?"
"Tak payah.Bini aku tu super power.Semua menda dia buleh masak.Tu yang aku sayang tu.Keja aku cari duit ja.Rumah dia handle."

"Bertuah kita eh...bini aku pun camtu.Tadi kat dapur masak macam-macam..."
"Eh,tu anak ko yang kecik tu datang.Apahal cemas je mukanya?"

"Ye Nini?...nak apa?...napa muka takut-takut ni...alololo cayang-cayang anak abah.."
"Abahh.....Nini mintak maaf..."

"Kenapa ni sayang?.."
"Nini terlanggar bekas pinggan nasi yang abah makan dalam bilik tadi...tak sengaja....dah pecah...mak tengah kemas..."























Wachaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!

Monday, August 24, 2009

Selamat Berbuka

Hik! Hik! Hik!

Pejon

Pejon memandu keretanya perlahan-lahan.Hari masih awal pagi.Pulang dari JB ke Perak amatlah membosankan bila melalui 'highway'.Mata Pejon dah pejam celik pejam celik.Kerja sebagai jurukimpal memang memenatkan.Nasib baik dpat cuti,buleh jugak balik kampung.Lepas area KL,Pejon kuar dari 'highway'.

Memandu di kawasan kampung kurang-kurang ada jugak rumah-rumah boleh ditengok.Untung sabut,buleh tgk awek-awek berkeliaran.Kadang-kadang buleh bergaduh dengan lori yang bawak slow.Last-last Pejon sampai ke satu kampung.Nama kampung tersebut Kampung Astakona.

"Nama kampung jiwang sungguh.Tak pernah aku dengar." bebel hati Pejon.

Pejon perasan minyak keretanya hampir habis.Kebetulan 100 meter di hadapan ada kedai minyak kecil.Kecil pun kecil lah.Janji buleh isi minyak.Buleh sampai rumah.

Pejon turun dan pegi membayar di kaunter.Isi rm60.Nak tunggu sampai rm60 tu amik masa agak lama.Memandangkan kedai tersebut tak ada orang,Pejon mula membuat aksi merepek-repek.Aksi yang bertujuan untuk menghiburkan diri sendiri.

Masa tengah angkat 'nozzle' minyak tu,Pejon melilit-lilit badannya dengan hos getah pam minyak tersebut dan kemudian berpura-pura cemas seperti dibelit anakonda.

Psiko.

Setelah puas 'bergurau' dengan diri sendiri,Pejon mengisi minyak keretanya.Posisi masih seperti tadi.Badannya masih dililit dengan hos getah pam minyak. Apa nak heran,tak ada orang.

Sambil mengisi minyak,Pejon pusing ke arah jalan.

Kelihatan sekumpulan pakcik dan bebudak kampung berkumpul di tepi jalan.Mereka semua memandang tanpa berkelip ke arah Pejon.Kantoi.Gaya mengisi minyak cara Pejon telah menarik perhatian mereka.Otak Pejon ligat berfikir.Nasib baik dah nak siap isi minyak.

"Apa tengok-tengok? Aku engineer yang buat paip isi minyak ni.Ni le cara nak bagi dapat minyak lebih." auta Pejon sambil masuk ke dalam kereta dan terus blah dari situ laju-laju.

Malu.

Keesokan paginya di kampung,Pejon buka surat khabar Metros kat kedai kopi.Cerita sensasi memang banyak dalam surat khabar ni.Mata Pejon bulat apabila melihat antara tajuk utama.


















"KECOH,PENDUDUK KAMPUNG ASTAKONA ISI MINYAK GAYA PELIK."

"Engineer paip ni cakap isi macam ni buleh dapat minyak lebih.." komen sorang penduduk kampung Astakona dalam surat khabar Metros.














Pejon tepuk dahi.

Sedap

Tahniah kepada Limkokwing Sound and Music Design Academy sebab hasilkan satu lagu yang aku rasa....berkualiti.Aku suka bila dengar kali pertama,beberapa minggu lepas.Hari ni saja,dari tadi ulang-ulang brapa kali dah.Oh ya,ni telinga aku lah.Telinga korang aku tak tau.

Tahniah kepada penyanyi2 'besuara sedap' ini:

Ronnie
Ernie
Limkokwing Choir


DENGAR DI SINI.

Cibaikia bukanlah sama dengan Nokia (Wah....mencarut di bulan puasa! )

Aku menunggu witir dengan tenang.Tenang dia pelik sungguh.Rasa tenang dia campur rasa seronok.Rasa seronok tu pulak rasa macam bila pegi ke mesin ATM tgk gaji dah masuk darab dengan 1000 kali.Rasa macam nak lompat-lompat tapi masih dalam keadaan tenang.Boleh bayangkan?

Tengah tenang tu tetiba di luar surau,ada sebijik kenderaan 4WD lintas.Kereta jenis masuk keluar hutan rasanya.Penuh dengan sticker penaja.Aku duduk dalam sangat,x nampak plak pemandunya.

Elok sampai depan-depan surau,pemandu tersebut menekan-nekan minyak dengan kuat.Bunyi bising mula bergema.Ala,tekan-tekan minyak macam nak race tu.Berulang-ulang kali.Mungkin tak senang dengan aktiviti surau yang meriah.Mungkin laungan azan dan bacaan al-quran semasa tarawih membuatkan beliau tak puas hati.Mungkin menggangu beliau agaknya.Lepas terawih ada jugak aku pusing taman aku kejap,tgk kalau-kalau jumpa 4WD celaka tu.

Nasib baik aku tak ada kat luar masa tu.Kalau tak....






















Aku tangkap mamat tu,aku ngaji panjang-panjang kat telinga dia.

Sunday, August 23, 2009

Sedang Mengkarate Tilam

Jiran sebelah dah mula masak.Baunya sedap yarabbi.Aku berani jamin,semut depan aku ni pun meleleh air liur.Nampak semut tu jalan dah tak betul.Terhuyung-hayang.Takkan semut pun puasa.Peh....sedap betul bau.Rasa nak pegi hulur pinggan macam iklan nasi goreng adabi dulu-dulu.Serius bau sedap.

Penyelesaiannya?
















Aku sembur penyembur nyamuk Fumakilla dalam bilik aku.Terus hilang bau sambal.Pastu pasang kipas angin laju-laju.Biar bau pegi jauh.

Jiniyes kan aku?

Dialog Masyarakat Marhain 12

"Jamil....bagi tips sket camna nak bagi pembaca blog suka kat blog aku.."
"Tips?...ko ingat blog aku popular sangat ke? Baik mintak tips kat pipiyapong"

"Alaa....bak le sedas dua yang ko tau..."
"Camni lah.......kalau ko nak tulis blog......ha....dengar la elok-elok...apahal hidu ketiak plak."

"ok ok.......apadia?"
"1. Jadi diri sendiri."

"Lagi?.isi yang sesuai?."
"2.Jangan selalu buat cerita sedih-sedih....pembaca akan rimas....sekali sekala ok la.....Sedih humor dan sedih betul-betul ada bezanya."

"Lagi...kalau nak buat cerita kelakar?"
"3.Kalau nak buat kelakar,jgn meleret-leret sangat.Bayangkan kalau cerita sampai part orang tengah tersengih....full stop kat situ.Bagi momentum kelakar dia berhenti kat situ.Buat macam orang rasa nak jerit mintak 'nak lagi!' 'nak lagi!'....."

"Tapi kan.....kalau orang x suka gak baca cerita yang aku tulis?"
"Apa nak heran.....tuhan pun tak semua orang terima....ini pulak kan ko....HA! HA! HA! HA! HA!"










Suasana sunyi...







"Kenapa ko gelakkan kat aku Jamil?"
"Zip ko tak tutup..."

Saturday, August 22, 2009

Pengalaman pertama saya mengerjakan ibadat sahur pagi tadi..

Terjaga jam 4.53 pagi.Agak menggelupur sebab salah tengok jam.Ingatkan dah 5.53 pagi.Kalau 5.53 pagi,alamatnya teguk air mineral je lah.Tu pun kalau sempat.

Dah bangun,aku kejutkan membe aku yang tengah sedap tido.Ajak pegi sekali.Tak nak plak dia.Tadi ye ye je kata lapar gila.

Dah bersiap semua,aku turun dengan tenang.Ada banyak masa lagi.Nak makan kat kedai bawah tu je.Bukan nak pegi kat restoran berputar menara KL.Nak solat subuh dalam restoran tu tak ngam.Yelah,hampar sejadah mengadap kiblat,baru angkat takbir,dah lari dah kiblat.Ok...aku suka merepek-repek.Kita kembali ke cerita asal ye.

Setelah panaskan enjin kereta,aku bergerak perlahan-lahan.Turun bukit,belok kiri,belok kanan dan terus menuju ke arah rumah kedai berdekatan.Dalam kepala dah bayang macam-macam menu.Lauk masak lemak ke,ikan goreng ke.Pekena tom yam pun macam best.Baru caraaaa!! Aku tiba di lot rumah kedai tersebut dengan tersengih-sengih.

Sengihan aku tak lama bertahan apabila aku dapati semua restoran di kawasan tersebut tutup.

Cemas.

Baru nak menggelabah.Jam dah dekat 5.30 pagi.Subuh 5.53.Tak kan aku nak telan bege McD pepagi buta ni.Perut aku perut nasi.Kat Kedah nun orang panggil jelapang padi,bukan jelapang bege.Ahhh..tak buleh jadi.Aku terpaksa mengaktifkan pemikiran genius aku.

Jumpa penyelesaian.Aku bercadang pergi ke restoran mamak yang aku biasa makan.Lokasinya kira-kira 7km dari tempat aku cemas tadi.Setelah menukar mode pemanduan lampi kepada mode pemanduan rally,aku tiba di kedai mamak tersebut dengan selamat.Jam sudah 5.30.Ada lagi dua puluh menet lebih nak subuh.Waktu imsak? Pandai-pandai la korang tengok sendiri jadual berkala sahur.Aku tak sempat,tengah cemas ni.

Aku buka pintu,dan terus menuju ke arah lauk pauk kedai mamak tersebut.

"Lauk sudahh habissss...." ujar seorang mapley yang bertugas.Ya,tempat lauk tu semua tak ada.Licin.Semua bekas lauk dah diangkat.Nak order goreng-goreng memang lambat dah.Aku mintak nasi lemak satu.

"Nasi lemak belum masakkk.Sikit jam lagi baru siap..." balas mapley tu lagi.Apa gila kedai makan 24 jam leh abis semua lauk? Aku da buntu.Nak ke kedai lain rasa cam x sempat dah.Nak makan roti canai,peh...tak menarik langsung.Tak kenyang.

"Nasi putih ada?" aku tanya.
"Adaaaaa...." balas mapley.

"Bagi satu.Makan aaaa...." ujar aku sambil memikirkan nak makan dengan apa nasi tersebut.

Mapley bagi aku nasi tersebut.Aku pegi ke sudut kedai,dan nampak ada kuah kari yang diletakkan dengan sambal nasi lemak.Peh...macam menarik.

"Bagi telur goreng dua..."ujar aku sambil tuangkan kuah kari banyak2 atas nasi....Sambil tunggu telur goreng siap,aku makan je nasi kosong ngan kari dulu.Dah sampai telur goreng,aku masuk gear 5 terus untuk kunyahan yang cemerlang.












Besok aku cadang nak sahur kat kepulauan Hawaii la.Kat sana ada lauk kot.

Friday, August 21, 2009

He he he helikopter....

Hati setenang-tenangnya.........

Bagai dipeluk ibu.................






Nikmat sungguh malam pertama.






(^____________________________^)

Basikal BMX

Hari jumaat tu,aku pegi ke masjid solat jumaat dengan senang hati.Lepas dapat keputusan peperiksaan,ayah aku beli sebijik beskal.Nama beskal tu BMX.Tapi aku panggil basikal aku tu dengan nama airwolf walaupun basikal tersebut tidak pernah terbang.

Lepas solat jumaat,aku lepak2 depan masjid.Lepak atas batang paip.Best lepak situ.Batang paip tu sejuk.Ye la,dah air yang lalu kat dalam batang paip tu,mesti la sejuk.Kalau teh o panas yang lalu dalam paip tu,mesti paip tu panas.

Dah le sejuk,ada pulak pokok besar kat situ,redup sungguh.Kalau kat padang pasir,dah boleh dikira macam oasis dah.Tak tahu oasis? Sila google.Terima kasih.

Berbalik kepada cerita tadi,tengah sedap-sedap ushar beskal sendiri sambil menerima pujian dari kawan yang berbasikal buruk dan tak laju,aku dikejutkan dengan satu situasi.Dihadapan aku,ada sorang budak.Nampak gaya macam budak bandar.Sebab tak pernah pulak aku nampak dia sebelum ni.Bayanya lebih kurang aku.Oh ya,lupa plak,aku darjah 3 masa tu.Bezanya dia duduk dalam kereta.Kat bahagian pemandu.Bahagian pemandu tu beb.

Aku tergamam.

Tak semena-mena budak tadi rilek je gostan kereta,pastu terus keluar dari parking,dan slow-slow ke jalan besar.Mana aci macam ni,aku baru buleh bawak beskal,dia dah bawak kereta.Buka kereta mainan plak tu,kereta betul weh.Aku rasa habih la saham aku pasni.Dah jatuh menjunam rasanya.

Kereta tersebut melintasi kami yang sedang lepak.Aku nampak dengan jelas budak tadi rilek je memandu kereta tersebut.Sampai pulak kaki nak tekan minyak kereta.Teka hati aku.Kereta tadi terus meninggalkan kami.Aku terdiam.

Di belakang kereta tersebut,dengan jelas tertulis...















"AWAS.PEMANDU DI SEBELAH KIRI!"


"Ohh....drebar kat sebelah kiri rupanya...patut la orang sebelah budak tu yang terkial-kial pandang sana sini.." ujar hati aku sambil mendengar pujian dari membe-membe yang ada hati nak pinjam beskal baru aku....

Selamat Menyambut Ramadhan....

Salam.

Sebelum aku posa besok....ni ha..aku nak mintak maaf la ye kalau aku ada salah silap kat korang semua.Sesapa yang kenal aku,sesapa yang tak kenal aku,aku nak minta maaf jugak.


Seronok betul nak ramadhan ni......hati automatik tenang.......











Setenang ikan tilam yang berehat di bawah daun buluh dalam air sungai masjid yang jernih dan bersih tatkala arwah che hamzah mengazankan azan asar..............(abaikan..korang x akan paham statement yang ni...agak peribadi..)

(^_-)

Thursday, August 20, 2009

Aku rasa tenang bila aku tgk kucing




Sumber: Email dari hyperbosan. oppss...blog dia private.Ha ha ha..

Kisah Sardin 2

Tahun: 2 tahun lepas (2007)
Lokasi: JKL (Jalan Klang Lama)


Gaji masuk petang besok.Kerja baru nak masuk 2 bulan.Biasa la,mula hidup kat KL nih,starting dia senak skit.Duit keluar sana sini.Malam tu duit ada rm2.Minyak motor dah nak kering masa aku balik keja tadi.Aku ada dua pilihan.

1. Guna duit rm2 pegi beli nasi lemak.Esok tak gi keja sebab motor x da minyak.
2. Tak yah makan.Guna duit tu isi minyak motor pegi keja.Tunggu gaji petang besok baru makan.

Malam tu,aku pilih pilihan ke-2.Mula teringat mak ayah kat kedah nun.Nasi lauk apa diorang makan kat rumah time tu.Kalau buleh nak mintak sket.Bodoh,macam orang gila.

Mintak duit kat mak ayah?Takkan nak mintak duit kot.Anak lelaki mana bley camtu.Kalau aku anak perempuan mungkin buleh buat-buat muka kesian mintak duit.Dah keja apa barang nak mintak duit kat mak ayah.Nak mintak kat membe pun,masing-masing baru kerja.Takkan nak aku nak susahkan membe sekali.

Peh,baru rasa camna la orang yang miskin gila babas kat luar sana.Yang ada anak-anak sampai tak makan berhari-hari.Aku tersengih-sengih dalam selimut.Tahan lapar.Baru je telan air kosong tadi.Kenyang le sket.

Malam tu,aku bayangkan aku tengah makan nasi lemak lauk ayam dengan penuh berselera......aku bayangkan sampai aku terlelap.












Besoknya,lepas dapat gaji,aku gigit cizi wejes kat KFC sampai keluar air mata.

Nuffnang

"Heran aku.Sehari pelawat cecah ratus-ratus.....nuffnang nak naik 25 sen pun sakit.Camna aku nak bagi duit raya kalau bisness slow camni......" ujar aku sambil cekak-cekak pinggang,muka kerut-kerut.

Wednesday, August 19, 2009

Lagenda Kopiah Putih

Tahun: 1991 (Darjah 1)
Lokasi: Kampung SmallVille.

Masa aku darjah satu,rambut aku ada kutu.Mak aku amik keputusan yang mudah untuk selesaikan masalah tersebut.

Cukur rambut.

Tindakan mak aku yang drastik seperti itu membuatkan aku mengalami kejutan rupa paras apabila melihat mukaku di cermin.Aku jadi cemas.Mukaku mirip kepada alien yang aku selalu tengok kat tv.

Aku memberontak tak nak ke sekolah.Malu.Nanti apa awek-awek kata pulak.

Ayah aku mengambil tindakan bijak untuk memujuk aku.Beliau meletakkan kopiah putih atas kepala aku,dan suruh ke sekolah.Aku mencuba cadangan tersebut dengan rasa tak puas hati.Rasa memberontak tetap ada.Hari pertama memakai kopiah amatlah rasa tak kena.Rasa macam makan nasi dengan keju.Haram tak ngam.

Aku bising hari pertama ja.Tetiba aku rasa macam best pakai kopiah.Sejak pakai kopiah,secret admirer pun semakin bertambah.Maklumlah,muka hensem tambah sket dengan cahaya keimanan,mau tak menggelupur budak-budak pompuan bila tengok.

Dari memberontak pada hari mula pakai kopiah kat sekolah,ha,amik ko...dari darjah 1 sampai darjah 6,kopiah tak lekang dari kepala aku.Masa acara larian pecut sukan antara rumah ja aku tak pakai kopiah.

Road Runner pun tak pakai kopiah masa lari.Agak-agak la.











-Darjah 6.Sumpah aku rindu saat ni.-


Hint: Cari muka paling innesen.

P/s: Bila tengok muka aku pakai kopiah dulu...dan bandingkan perangai aku sekarang yg macam setan....aku insaf....sob sob....

Pagi yang hensem 10

Aku memandu dengan tenang seperti biasa ke pejabat.Tak ada apa yang perlu dicemaskan.Tak ada apa yang perlu dirisaukan.Aku bukan nak bersalin.Jalan sederhana sesak.

Tetiba idungku rasa gatal.Aku mengorek-ngorek hidung aku sendiri dengan tenang,mencari-cari lokasi yang gatal sebentar tadi.Agak kusyuk.Sedap.Nikmat.Aku letak kedudukan aktiviti korek idung ni di tangga kedua.Tangga pertama aktiviti korek telinga.Kalau dah kawin nanti,tangga pertama mungkin aku akan letak aktivi menggigit bibir dengan bini secara berganti-ganti.

Setelah selesai melombong hidung sendiri,aku meneruskan pemanduan dengan selesa.Aku lap tangan aku dengan tisu.Kereta semakin kurang.Aku masih memandu dengan tenang.Di kiri kanan jalan penuh dengan perempuan berbikini yang melompat-lompat...ok..aku tipu.

Lampu isyarat bertukar merah.Bosan.

Menunggu lampu isyarat kembali hijau kat simpang tiga kat kawasan opis aku ni,keadaannya seperti menunggu giliran di hospital kerajaan.Sangat lambat.Aku menyelongkar dashboard kereta,tengok kot-kot ada pizza hut atau sebarang kudap-kudapan mahupun cikedis.Tiada.Hampa.

Tiba-tiba aku terpandang ada sekotak kecil gula-gula terselit di sebalik penutup muka H1N1 berdawai aku.Wah,gula-gula.Walaupun aku kurang suka dengan benda manis,tapi bila keadaan bosan camtu,aku tibai jugak.Aku ambil dengan rakus,buka pembalut dan menyuapkannya ke dalam mulut aku.















Masalahnya,kenapa gula-gula tersebut rasanya masin?

Usaha Tangga Kejayaan



Tapi x tau la sampai bila dia ni nak berjaya.

Kartun-kartun camni,masa starting kan dia ada tulis sapa pengarah,sapa voice character dan pelbagai lagi......bagi aku,kalau ada ciri-ciri yang aku senaraikan kat bawah ni,kartun tersebut mesti best:

1. Voice Characterizations -Mel Blanc
2. Music Direction - Carl Stalling
3. Directed by - I. Freleng
4. Supervision - Charles M. Jones

Aku suka tgk muka coyote ni bila dia menyampah.Ha ha ha..

Dialog Masyarakat Marhain 11

"Kamu kena berfikir di luar kotak Mail....baru dapat idea bernas.."

"Masalahnya,ko yang masih kat dalam kotak,aku dah kat luar kotak dah."ujar Mail yang bertungkus lumus berfikir cara nak setelkan masalah kewangan kepada Pian yang masih lepak dalam kotak kayu besar sambil isap rokok.

Tuesday, August 18, 2009

Dari tengah malam semalam aku gelak..



Hari ni pun aku sambung gelak lagi bila tengok menatang nih.

Kalau terer cuba sebut laju-laju.

Mr. See owned a saw.And Mr. Soar owned a seesaw. Now See's saw sawed Soar's seesaw Before Soar saw See, Which made Soar sore.Had Soar seen See's saw Before See sawed Soar's seesaw, See's saw would not have sawed Soar's seesaw. So See's saw sawed Soar's seesaw.But it was sad to see Soar so sore Just because See's saw sawed Soar's seesaw.....







Apa bersembur air liur ni...H1N1 betullah korang ni.

Topeng H1N1

"Topeng muka ada jual tak kat sini kak?"
"Ada...nak brapa?" jawab jurujual tersebut sambil tersenyum...

"Bagi saya 5 keping."
"Nak yang ada dawai ke yang tak ada dawai?"

"Yang ada dawai..."
"Nak yang ikat ke yang jenis cangkuk?"

"Yang cangkuk kat telinga.."
"Nak fabrik yang macam mana?"
















Peh....dawai le....cangkuk le.......fabrik le........dah macam nak beli bra..

Monday, August 17, 2009

Helikopter



Walaupun dah dekat 20 tahun aku tengok menda ni,bila tengok sekarang pun masih ada rasa debar dia.Teringat lepas tengok cerita ni mesti pegi padang sekolah...main lari-lari....tak pun kayuh beskal laju-laju macam Airwolf....

Dengar muzik dia pun dah bersemangat.Rasa macam nak makan nasik.

Ramadhan bakal menjelang tiba,iblis sibuk buat OT




Serangan Teragung

Jalak dan rakan-rakannya berkumpul di sebuah lorong.Mereka menunggu Karim dan kumpulannya.Malam ini mereka ada pertarungan.Pertarungan antara kumpulan yang akan menentukan wilayah kuasa mereka.

Setelah sekian lama menunggu,akhirnya Karim tiba.Jalak mula mengeluarkan batang kayu dan pisau.Bersedia untuk bertempur.Pelik,hanya Karim sahaja yang datang.Berseorangan.Gila hapa nak pertahankan kawasan datang sorang-sorang.Macam menempah maut.

"Aku nak tengok serangan teragung kamu! Dalam telefon tadi bukan main lagi cakap ada hikmat teragung." jerit Jalak kepada Karim.

"Rilek la brader.Nanti aku tunjuk la." balas Karim.

"Badan kurus kering,ada hati nak gaduh.Dah la datang sorang.Aku tak kira ni kawasan sapa,kalau aku cakap aku nak,aku nak.Pegi mati sapa nak halang." jerit Jalak yang berbadan sasa dengan angkuh.

"Ko ni,dah le masuk kawasan aku,sesuka hati nak rampas.Jom kita gaduh dulu,satu lawan satu.Tak payah nak lawan ramai-ramai.Kita tgk ketua sapa yang kuat dan bijak." balas Karim sambil mengunyah kek coklat HERO.

"Tak ada masalah..cepat,aku dah tak sabar nak belasah ko." balas Jalak sambil tersengih-sengih.

"Jom..." balas Karim sambil minum air mineral.

Karim dan Jalak berada di tengah-tengah.Di belakang,penyokong Jalak bersorak meriah.Jalak memegang batang kayu dan pisau.Di tangannya juga ada kerambit.

"Aku nak tengok serangan terhebat ko..." Jalak tersengih-sengih..

Karim pula hanya bersahaja.Jalan rilek-rilek.Bila sampai di depan Jalak,Karim menyeluk poketnya.Jalak cemas,risau jugak kalau Karim bawak keluar pistol.

Karim mengeluarkan satu kotak kecil.Jalak kehairanan.Menatang apa si Karim ni bawak.Penyokong-penyokong semua terdiam.

Karim mengeluarkan serbuk dari kotak tersebut dan menghidunya.Mukanya tiba-tiba merah.Matanya berair.















"AAAAACCCCHHOOOOOOOMMMMMMMM !!!!" bersembur air liur Karim ke arah Jalak.

Jalak terkejut dan mengelap-ngelap mukanya.Bila dia melihat ke arah Karim,Karim telah hilang.Kelihatan Karim telah jauh melarikan diri sambil menjerit...

"Aku pesakit H1N1 woiiiii....selsema babiiiiiiii....ha ha ha ha"..

Pengikut Jalak kaget.Kaku.Terdiam.Kelihatan kotak yang dipegang Karim tadi terjatuh di atas jalan.Kat kotak tu tertulis "serbuk lada putih cap ayam".















Jalak yang berbadan sasa menggelupur cemas di atas jalan.

Pagi yang hensem 9

Bangun pagi.Mandi-mandi.Keringkan badan.Letak deodorant.Pakai tshirt.Pakai cawat besi.Pakai seluar.Pakai uniform kerja.Amik tali pinggang.Pakai tali pinggang.

Tarik nafas panjang-panjang,cuba kempiskan perut semaksimum yang mungkin.Kemudian setting seluar dan tali pinggang sambil berkata dengan gembira dan teruja...

"Wahhh.....seluar dah longgar!" ...

Kembalikan saiz perut seperti sedia kala.Pakai tali pinggang dengan betul semula,dan terus pergi kerja.













Akal ni kena tipu sket..baru dia nak ceria.

Mulakan hari anda dengan positif.

Sunday, August 16, 2009

Kolam Renang

Aku sampai rumah akak aku pada satu petang.Dah salam semua,aku lepak depan tv.Layan cerita petang-petang.Tengah sembang ngan akak aku,tetiba anak buah aku ajak pegi mandi kolam.Aku layankan aja.

Dah siap pakai short ngan tshirt,aku pun temankan anak buah aku pegi mandi.Pakai spender? Gila,geli ahhh aku.Apa gedik mandi pakai spender.Sampai je kat kolam,aku tgk x ada orang sangat.Ada sorang je budak mandi.Tu pun dalam kolam kanak-kanak.Kolam orang dewasa tak ada orang.

Anak buah aku pun terjun ke dalam kolam orang dewasa.Pakai pelampung berani la dia terjun.Bila aku tengok dia terjun,terus aku teringat zaman masa aku muda-muda dulu kat kampung.Time aku amik lajak kat tebing sungai,lari-lari laju,terus terjun ke dalam sungai.Masa kat udara tu,aku dapat rasa angin yang bertiup lembut,dapat dengar bunyi desiran daun pokok buluh,dapat rasa nyaman yang mucul secara tiba-tiba dan disudahi dengan terjunan paling bergaya ke dalam air sungai yang jernih dan bersih.Peh!

Tetiba aku jadi tak sabar nak terjun dalam kolam.

"KECEBUR!!!" aku berjaya terjun.Peh..melayan jugak.

Dalam kolam tu,aku dah tak peduli dengan anak buah aku.Aku terus buat aksi macam-macam.Kuak lentang.Renang berirama.Gaya bebas.Gaya terkongkong.Renang katak.Renang anjing.Kuak lentang.Peh....memang beraksi sakan.Aku tgk anak buah aku dah naik.Dia pegi ke arah shower.Bersihkan badan.Aku masih bergedik dalam kolam.Dari blok sebelah,aku perasan ada orang tengah tengok-tengok aku mandi.Pedulikan.Aku nak enjoy.











"Woiii....naik naik....kolam ni baru tabur klorin.Mana buleh mandi lagi! Lagi 1 hari baru buleh mandi." jerit sorang pakcik dari luar kolam.Penjaga kolam rasanya.Badan pun mula la ngada-ngada.Baru nak rasa gatal-gatal.

Cilakak...apasal tak letak papan tanda.

Korang tanya apa perasaan aku time tu?








Rasa macam fakking eshol.

Friday, August 14, 2009

Dah Macam Optimus Prime Dah!



Pakai topeng ni rimas lah.Tapi best.


ps: aku da buang gambar,Ramai sangat blogger letak muka dengan topeng..dah tak unik.Lagipun aku geli tgk muka aku dalam blog sendiri.Rasa nak tampar-tampar.Nak pijak-pijak.Ada sapa nak join pijak?

Ahh.....jgn nak ngada!

Burger

"Bang,bagi bege ayam spesel cheese satu..." ujar aku sambil pusing-pusing kunci kereta.Bukan coli.
"Okeh...siappp!! " balas brader jual bege.Padahal dia dok lepak atas kerusi lagi.

Brader tadi mengeluarkan daging bege,dan terus masak sambil buat-buat gaya pro.Aku layankan saja.Bagus jugak kalau dia berbangga dengan skill yang dia ada.

Tengah sedap melayan brader tadi buat show,tetiba datang sorang mamat naik motor.Brek nak bunyi-bunyi.Terkejut aku.Berbeg galas.Helmet tak buang.Baru balik keja rasanya.Macam aku jugak.Spesis balik keja malam-malam.Apa nak heran,bukan ada bini pun kat rumah.

"Bege biasa brapa ringgit ye bang?" tanya brader yang baru sampai tadi.
"RM2.30 je bang." balas brader jual bege.

"Bege spesel ni macam mana eh?" tanya brader tu lagi.
"Bege letak telur."balas brader jual bege.

"Bege yang ada cheese dengan telur tu bege apa eh?" dia bertanya lagi.
"Tu bege special cheese.." balas brader jual bege sambil masak daging bege aku.

"Bege double special ni macam mana pulak ye?"dia bertanya lagi...
"Tu bege yang ada 2 daging,bungkus dengan telur....."brader jual bege tadi menjawab dengan tenang.....aku dah mula amik perhatian kat brader ni.Mungkin ini pengalaman pertama beliau beli bege rasanya.Tak pun dia tengah buat research pasal bege.

"Bege special tak ada cheese kan?" dia tanya lagi.
"Tak ada,bege special letak telur ja." brader jual bege tadi agak ketat menjawab.

"Bege special berapa ringgit eh?"dia bertanya lagi walaupun harga jelas terpapar di kedai tersebut.
"RM 3.20..." balas brader jual bege.

"Kalau tambah cheese berapa ringgit?" dia bertanya.
"Tambah cheese rm1.20 sekeping." balas brader jual bege.

"Bagi saya bege special lah.Daging ye.Bagi satu." akhirnya dia membuat pesanan.
"Okeh....siappp!" balas brader tadi pantas.Lega.Aku pun lega.Banyak sungguh soalan.Soalan yang berpusing-pusing.









Suasana sunyi.








"Bang,bege saya tadi tak ada cheese kan?" dia bertanya lagi.










Wacchhaaaaaaaaaaaaaa!!!!

Thursday, August 13, 2009

Malam Yang Blues

Memandu dengan tenang.Jam 11 malam,kereta bukan banyak sangat kat MRR2.Penat bekerja,jadi aku perlukan terapi.Dalam kes ni aku perlukan muzik.Aku hidupkan radio.

Satu-satu stesen aku bukak.Semua pasang lagu yang tak ngam dengan mood aku.Kecewa.

Aku tutup radio.

Aku tarik nafas panjang-panjang,dan menyanyikan sendiri lagu-lagu yang aku suka.Sekali-sekala aku selit dengan berzanji.Aku melalak sampai puas.














Diam sebentar.Berfikir sendirian.

Sedap jugak suara aku rupanya.

Saya Ingin Bertanya



Sapa pelawat yang tinggal kat sini ha? Da banyak kali aku tgk pelawat ni online.Negara apa nih? Jenuh nak cari dalam wikimapia.

Bonus Beb.Tak Nak Rebut?



-Klik gambar untuk baca-

Pergi Tak Kembali Lagi



Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, vokalis kumpulan nasyid Rabbani da meninggal tadi.Allahyarham rebah dalam sidang media program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10.30 pagi.

Al-Fatihah.

Kotak Carian

Setelah dirayu-rayu serta dibayar RM3 juta oleh LanaBusyBee,dan selaku tuan blog yang agak fleksibel, aku dah letak kotak carian kat sebelah kanan kamu.Kalau nak cari apa-apa entry aku yang lepas-lepas,taip je kat situ,pandai2 la dia tolong carikan.Aku dah bayar gaji pakcik google tu mahal-mahal,kalau dia tak carikan,memang saja-saja nak kena hentak.

Ok..sambung buat kerja.Agak bz. =)

Ada sebarang cadangan lagi?









Aku kan fleksibel.

Oh ya...mungkin malam nanti aku akan balas semua komen kamu.Banyak kerja sekarang.=)

Wednesday, August 12, 2009

Wah...!



"Selamat Hari Ulangtahun Pertama HapaCrita?"


Terima kasih kepada pembaca,pengomen,pelawat.

(^_-)


Mimpi ngeri

Badan aku berpeluh.Hati berdebar-debar.Posisi tidur dah tak ngam.Kejap pusing kiri kejap pusing kanan.

Terjaga.

Rasa macam real.

Bangun cepat-cepat,tgk objek dalam boxer.

Lega.Bersyukur.














Apa gila punya mimpi.Ada ke patut dalam mimpi aku bertukar jadi perempuan.

Setan punya setan.

Tuesday, August 11, 2009

Darjah Enam

Lokasi: Sekolah Rendah Kanak-Kanak Genius.
Tahun: 1996 (Darjah 6)

Aku dan rakan-rakan berlari liar ketika waktu rehat.Walaupun dah darjah 6,perangai seko-seko mengalahkan budak-budak darjah satu.Ah,budak darjah satu mana faham tekanan yang dialami oleh senior-senior mereka nih.Masalah bekal nasik tumpah,air kantin tak sedap,ketagih tengok cerita suria perkasa hitam,kalah game laga biji getah,rungsing bila cikgu bagi duduk sebelah pompuan dalam kelas,gian nak mandi sungai dan pelbagai menda lagi bermain kat kepala time belajar.

Nak 'melepaskan tensen',aku dan rakan-rakan main kejar-kejar.Main dalam kawasan sekolah kena profesional sket.Masa lari tu setting langkah kaki kena gaya-gaya atlit sket.Nanti anak ustazah tengok baru tergoda.Kalau nak main ganas-ganas,kejar-kejar macam setan,yang tu kena main kat sungai.Baru thrill.Baru boleh tengok sapa yang menjerit bagai nak gila bila kena kejar.Kat sekolah nak menjerit? Nak kena tibai buat la.

Masa kejar-kejar kat depan kelas aku,aku bayangkan aku sebuah helikopter.Secara tepatnya helikopter Airwolf.Ya,rancangan kegemaran spesis budak lelaki pada masa tersebut.Budak perempuan tau tgk cerita ntah hapa-hapa masa tu.Apa namanya....JAM? macam jem rambutan.Sikit-sikit menari.Bosan.

Tengah sedap kejar 'musuh' aku,tetiba aku rasa masa depan aku terus gelap.Rasa gelap bila nampak Sir Karuna Moorthi(SKM) berdiri tegak memerhatikan kami yang seko-seko berlari macam orang hilang akal.

Habis.Terjebak.Tak boleh lari.

"Mari sini!" SKM mula bersuara.Tegas.

Aku dan rakan-rakanku pergi ke arah SKM.Padeli berada di hadapan sekali.Diikuti aku dan 4 orang yang lain.

"Sapa suruh lari-lari?" tanya SKM marah-marah.

Padeli dah ketar.Dia yang kat depan sekali.Masa SKM panggil tadi punya la laju dia pergi.Orang rilek-rilek sudah.Kan dah kena duduk depan sekali.

SKM mula melipat lengan baju.Padeli dah ketar.Kami semua sangat pasti.SKM akan membuat hikmat teragungnya sebentar lagi kepada kami.Hikmat yang sangat mengerikan.Terlalu ngeri sampai kalau teringat secara automatik terus tak lalu nak makan nasik.

"Mari sini!" SKM memanggil Padeli.Padeli pasrah.Kini Padeli berada betul2 di depan SKM.

SKM mengangkat kedua-dua belah tangannya tinggi-tinggi.Bila dah sampai tahap tertinggi,tangan tadi terus menuju ke arah muka gebu Padeli.Ya,sasarannya pipi kiri dan kanan Padeli.

Teknik ini dinamakan penampar timur dan barat.Sejenis penampar yang datang dari dua arah iaitu dari pipi kiri dan kanan secara serentak.Ala,macam mamak tepuk-tepuk roti canai tuuu.Si mangsa nescaya tidak dapat melarikan diri lagi bila serangan ini dilancarkan.Nak angkat kepala,dah tak sempat.Nak tunduk,lutut dah lemah menggigil.Nak gostan ke belakang memang tak daya dah.Lari ke kiri penampar ada.Lari ke kanan penampar ada jugak.

Serangan ini perlu dihadapi dengan tabah.


PAP! Selesai hukuman Padeli.Berpinau.Giliran mereka yang lain pulak.

PAP! PAP! PAP! PAP!

Aku dikecualikan.

Kenapa?






















Berani dia nak tampar muka ketua pengawas sekolah yang paling hensem merangkap pelajar kesayangan kumpulan cikgu perempuan seksi di sekolah aku?

Jangan harap...

Monday, August 10, 2009

Kereta wira hijau.

Opismate aku tumpang masa balik.Aku pandu dengan cermat.Dah sampai kawasan rumah opismate aku,aku pun bagi signal dan parking dengan penuh tertib dan to'maninah.

Opismate aku keluar dari kereta sambil mengucapkan terima kasih.

Sama-sama.

Aku memberikan lampu isyarat,memasukkan gear satu,dan bersedia untuk keluar ke jalan besar.Sempurna.

Tiba-tiba sebuah kereta wira hijau mencilok pantas dan berhenti di hadapan aku tanpa sebarang tanda amaran apatah lagi perbualan.Aku panas.Terbakar.

Aku keluarkan bom tangan.Bersedia untuk membunuh pemandu biadap tersebut.Pandu macam orang gila.Sampah.Tak cukup dengan bom tangan,aku sediakan sekali senapang patah dan senapang tak patah.Tunggu nak serang ja bila dia keluar dari kereta.

Pintu kereta wira tersebut dibuka.Aku bersedia dengan senapang dan bom tangan.Serius.

Aku bersedia untuk menerpa keluar.

Kelihatan seorang gadis yang bertudung,cantik jelita keluar dari kereta tersebut.Dia menutup pintu keretanya,dan terus berjalan ke arah kedai makan di seberang jalan.
















Hati aku yang panas membara tadi tiba-tiba bertukar menjadi berbunga-bunga.Lari-lari lompat.Nafas wangi-wangi.Senapang dan bom tangan yang aku pegang tadi pun tetiba hilang.

Heran.

Pagi yang hensem 8

TRUTT TRUTTT..

"Jamil...tolong amik aku kat Stesen Putra pagi besok.Boleh?"
sms bilangberapa dari Terengganu menyusul ketika aku sedang sibuk mengira duit tabung.Hasil nilai tambah terakhir dalam kepala aku terus hilang.Terpaksa kira semula.Short term memory betul.

"Okeh,besok aku amik." aku balas sms sambil megira semula duit tabung tadi.Selesai menghantar sms,aku memerhatikan semula duit yang aku kira tadi.Sekali lagi hasil tambah terakhir dalam kepala aku hilang.


Wachaaaaaaaaa!!!!







************

Jam 4.30 pagi tadi,memandu honda city putih milik bilangberapa.Aku pergi dengan sorang lagi housemate aku.Pandu dengan gaya santai.Santai macam nak ke pantai.Sampai di hentian Putra.Tuan punya kereta berjalan tenang menuju ke arah aku.Dia buka pintu.Masuk.Duduk.

Kereta bergerak.

"Jom aku belanja.Kita pegi kat 24 hours.Mcd ke...KFC ke....." bilangberapa mula bersuara.

Aku dah sengih sampai telinga.Pagi yang hensem.














Orang yang hensem-hensem ni selalu murah rezeki orang kata.


Orang kata lah.

Friday, August 7, 2009

Penari jalanan,berusaha untuk membantu ibunya hidup senang...



Datang kali pertama.Cuba mengubah nasib keluarga.Menari di jalanan untuk mendapatkan duit.Dia gagal pada percubaan pertama.Datang semula setahun kemudian.



Dan dia berjaya.



Kini sudah mempunyai video klip sendiri. Happy ending? =)





Lagu 'Mint Royale-Singing in the rain remix' dalam persembahan 'final' budak ni sangat membuatkan aku rasa teruja dalam tenang.

Ah! Nak cari gergaji lah lepas ni!



-So inspiring!..oh..oh....sob sob... -

Roket Mak Timah meletup di Halaman 2




Ada 48 lagu x silap aku mamat ni nyanyi.Memang sedap.Berbakat.

Roket Mak Timah meletup di Halaman


Lagu yang terasa ringan bila didengar.Rilek.Cool.Senyum.Ceria.Rasa nak terbang tinggi.Menjelajah ke tempat menarik.Berseorangan.Persetankan dengan semua masalah.Pentingkan diri sendiri.Hiburkan dan tenangkan hati semahu-mahunya.


Lagu idaman aku sepanjang zaman. =) Kita semua selera berbeza kan? =)


Lagu yang mengingatkan aku kepada arwah.




Al-fatihah. Terima kasih.

Pukau

Sejak akhir-akhir ni,kejadian pukau banyak lak aku tengok kat KL.Macam-macam taktik.Tulis nombor la,hembus asap rokok la,tenung mata la.Kesan dia pun lama lak tu.Mau makan jam jugak baru nak sedar.

Saranan aku lah.Aku rasa,geng2 pukau ni elok masuk tentera @ polis.Ditubuhkan unit khas.Unit Pukau.

Tujuannya?




Masa perang,pukau je tentera musuh.Pukau musuh suruh berlakon jadi beruk sarkis ke.Lari dalam guni ke.Bom negara diorang sendiri ke.Tembak diri sendiri ke.Nak lebih rare,pukau diorang suruh jalan kaki balik negara diorang sambil berbogel.Kena negara seberang laut,jenuh la berenang.

Nak pukau suruh nyanyi lagu Siti Nurhaliza pun buleh jugak.




Amacam?

7 Wasiat Raja Melayu

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat raja-raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:

  • Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
  • Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
  • Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
  • Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.
  • Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.
  • Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
  • Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

sumber : SINI

Thursday, August 6, 2009

Semalam yang hangat 7

"Sudah la tuuu...."

Degil.Tidak dihiraukan.Aku bersabar.

"Sudah laaa....."

Masih degil.Tak pedulikan larangan aku.

"Sudah la tuuuuuuuu........aku rimas..tak rela tau! AUWWW...."

Seperti biasa,tidak dipedulikan.

Aku panas.Amarahku mula datang.Aku tak datang bulan.Aku bangun,pergi ke sebelah almari.Aku amik senjata aku.Aku memegang kemas senjata tersebut.Mengelakkan dari dirampas.Perjuangan mesti dihabiskan.




















PSSSSSSSSSSSSSSTTTTTTTTTTTTTTT!!!!!



"Ha...mampos ko nyamuk.Ingat darah aku ni free? Nak tido pun susah."











Aku tido lena macam bayi lepas tu.

Wednesday, August 5, 2009

Ohhhhh......

Aku padam entry ni.Tetiba rasa malu.Sapa sempat baca tadi tu kira nasib lah.


Ha ha ha...











Cam cibai lah ko Jamil.

Pagi yang hensem 7

Setelah mandi wangi-wangi,aku bersiap ke tempat kerja.Pakai semua pakaian,cawat,baju besi untuk perlindungan,senapang patah,pisau,kerambit,bom asap,letak minyak rambut,deodorant...tetiba aku terkejut.

"Mana jam tangan aku kat sini td?..." aku berteka-teki dengan hati waja.
"Ntah..." mudah betul hati waja balas.Gampang.Tak membantu langsung.Pagi-pagi memang lemau hati waja nih.

Aku kalau tak pakai jam tangan,rasa kosong woo.Mesti pakai.Senang nak tgk masa walaupun semayang tak pernah tepat waktu.Aku kemudiannya mengaktifkan segala tenaga batin dan tenaga tak batin untuk mengesan jam tangan tersebut.

Aku masuk ke bilik air,tgk2 kalau ada kat situ.Hampa.

Aku selak-selak bantal atas tilam.Hampa.

Aku seluk dalam poket seluar.Tak ada.

Aku tengok ke arah mangkuk tandas.Mustahil.

5 menet berlalu...buntu...

Aku toleh ke tangan kiri aku.Kelihatan jam aku kemas tersemat di situ.














Bila masa aku pakai jam tu?

Benci.

Tuesday, August 4, 2009

Jeman buat hal lagi - 5

"Mannnnnn..." lembut Mak Piah memanggil sambil memegang bahu Jeman yang leka membaca buku cerita.Selalunya rotan je hinggap,kali ni macam pelik.Lembut bebeno suara Mak Piah.

Jeman tak sedap hati.

"Napa mak?" balas Jeman tanpa menoleh ke belakang...

"Tolong mak jap sayang......" suara Mak Piah bertambah lembut.

Jeman tambah berdebar.Ahhh....apa nak jadi jadi la...Jeman dah tak kisah.Jeman beranikan diri pusing ke belakang.



Terkejut.













Kelihatan Mak Piah berdiri sambil mengangkat kipas angin.Rambut Mak Piah yang panjang mengurai tersangkut di dalam kipas angin rupanya.Mukanya dah tahap macam jembalang tanah.Walaupun tu maknya sendiri,keadaan Mak Piah seperti itu agak 'horror' bagi Jeman yang baru berumur 10 tahun.

"Macam mana laaa kipas tu boleh terjatuh...." bebel Mak Piah sambil menahan sakit

Jeman hanya berdiam diri sambil otaknya mengimbas kembali macam mana dia terlanggar kipas angin masa lari-lari tadi dan menyebabkan kipas tersebut terjatuh ke atas rambut panjang mengurai Mak Piah yang sedang lena tidur.Lepas tgk rambut Mak Piah bergulung dalam kipas,Jeman terus masuk bilik buat-buat baca buku.

Licik.

Monday, August 3, 2009

Tol

Aku memandu dengan tenang menuju ke Nilai.Sejak mak ayah aku datang umah akak aku ni,Nilai macam port aku lak.Sikit-sikit ke Nilai.Rajin bebeno.Pegi masjid pun tak rajin macam ni.

Elok masuk ke simpang Nilai,aku mula amik kad 'sentuh dan pergi' kat dashboard.Aku pandang lorong tunai kat sebelah dengan sebelah mata.


"Pakai kad senang,tak yah berbaris..." bisik hatiku.

TETTTT !!! Mesin menjerit bila aku sentuh kad.Geli lah tu gamaknya.

Elok masuk gear nak blah,tetiba aku terpandang kaunter tunai kat sebelah kiri aku.

Mak datuk...awek cun melecun jaga kaunter.Orang yang berbaris pun berseri ja muka.Mau tak berseri kalau muka awek tu dah iras-iras sofea jane.






Hari tu aku dapat satu pepatah baru.

"Terlajak perahu boleh diundur,terlajak sentuh kad 'touch and go' memang tak boleh undur dah."

Eh eh...

Aku ingat aku da pos entry untuk arini.Rupanya belum lagi... he he he






Besok-besoklah..... bizi nizi lazzzy nih... =)

Sunday, August 2, 2009

CSL i-100

Skrin hp aku rosak.Aku perlu hp gantian sementara.Segera.Aku cadang nak rembat HP termurah di Malaysia... CSL i-100.



Amacam?

Demonstrasi



Majoriti hadir ke demonstasi - Melayu
Majoriti pihak berkuasa - Melayu
Pemimpin - Melayu
Kena tangkap - Melayu

Aku termenung jauh.

Tahu la aku sekarang kat Malaysia,tempat ramai Melayu.

Letak tepi Kerajaan.Letak tepi pembangkang.

Fikir dengan neutral dan logik.Buang emosi.


Bila jadi gini,siapa yang untung? Siapa yang tersengih? Siapa yang tertawa? Siapa yang ditertawakan?

"Oleh kerana sekatan dan kekangan polis yanga agak ketat, menyebabkan tiada siapa dari pimpinan GMI dan Pakatan Rakyat yang bolos ke Istana Negara. Sebaliknya semua kumpulan penyokong berpecah dan akhirnya menuju ke Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut."
-Petikan dari pembangkang.(HARAKAH)

"Ditanya tindakan kumpulan terbabit termasuk pembangkang yang terus berdegil di sebalik amaran keras kerajaan serta polis, Perdana Menteri menegaskan, mereka kena berdepan dengan apa-apa tindakan yang akan dibuat oleh polis."
-Petikan dari kerajaan.(UTUSAN)

Tak boleh ka diadakan majlis rasmi,aman damai.Mintak pihak istana hadir.Pihak kerajaan hadir.Pihak pembangkang hadir.Dan serahkan memorandum kamu?Kenapa perlu lumpuhkan ibu negara kita? Kamu semua(PEMIMPIN) diangkat untuk memimpin.Memimpin dengan akal.Jika begini kesudahannya,jelas dilihat perbincangan dan rundingan kamu semua telah gagal.Persis seperti artis yang hebohkan masalah rumahtangga di dada akhbar.Menjadi gelakkan dan bahan bualan orang.Tiada sumbangan langsung kepada negara,dunia apatah lagi.












Nak ja aku panggil dia ni datang.

Dialog Masyarakat Marhain 10

"Semalam ada lagi demonstrasi..."
"Tu lah.....nak mansuhkan ISA katanya."

"Kedai tutup abes.SOGO pun tutup."
"Kesian aku tgk orang yang datang nak jalan-jalan ujung minggu,terjebak sama."

"Aku rasa kita kena buat menda demonstrasi ni sebagai acara tahunan lah...masuk dalam kalendar.Macam raya puasa,raya cina,deepavali."
"Ha'ah kan?....ada menda rasa nak demo,datang demo ramai-ramai.Bagi tarikh khas.Demo 3 hari 3 malam tanpa gangguan.Buat satu jalan khas,untuk demonstrasi.Pastu tarik ramai pelancong asing pakat tgk.Amacam? Bertambah menarik dan meriah la KL nanti.Demo sekarang ni bersepah ja aku tgk,tak teratur.Jalan pun jam teruk.Orang nak masuk KL pun malas."

"Cantik gak.Masa tu buleh la kita jual sirap ke...bandung ke..mesti laku."
"Aku nak jual banner.Aku nak jual kipas angin kuasa bateri.Mesti laku."

"Kita buka syarikat la...syarikat untuk menguruskan demonstrasi.Siap buat pakej lagi.Pakej 10,000 orang,kita bagi makan free.Amacam?"
''Menarik!"

"Promosi kat TV sekali la....astro ke,memana ke."
"Bernas la idea kita kan?"

"Bernas-bernas jugak.....ni ha,kita kena siapkan kerja sekolah ni dulu,besok Cikgu Kasim tanya kita nak jawab apa..."
"Soalan no 5 ni susah laa......."

Pembelian secara pos

Lokasi: Rumah
Tahun: 1995 ( darjah 5)

Aku lepak-lepak sambil baca majalah Ujang.Tengah baca,tup-tup aku ternampak koleksi buku yang aku bekenan,yang x ada dijual kat kedai buku kat Smallville,diiklankan dalam majalah tadi.Selama ni aku tak amik port sangat,tapi hari tu aku betul2 berkenan.

Aku pergi ke arah tabung dan katil aku.Aku buka penutup tabung aku.Korek sikit-sikit.Amik syiling 50 sen.Pastu campur dengan duit yang aku sorok bawah tilam dan bawah bantal...aku dah x ingat brapa jumlahnya.

Aku pergi ke kedai,beli sampul surat.Dah balik ke rumah,aku gunting borang tadi,tanda buku mana yang aku bekenan,pastu aku tutup sampul surat tu.Aku pergi ke arah beskal dengan senang hati.Sampai ja kat beskal,aku terus set kepala aku untuk pergi ke peti pos surat yang berdekatan.

"Hoiii....nak kemana?" tetiba sepupu yang berjiran dengan aku menegur.
"Pos borang,nak beli buku." jawab aku tersengih-sengih.

"Orang beli buku manada letak duit dalam sampul,kena pakai wang pos.Letak duit camtu nanti posmen amik la." balas beliau balik.







Aku tercengang-cengang memikirkan apa itu wang pos sambil memandang ke arah sampul surat yang aku pegang.Sampul surat yang berat serta kembung dengan duit syiling dan kertas.