Saturday, January 29, 2011

Menda-menda macam ni,kita kena hargai kualitinya.


Dah lama melayan vklip ni.Tapi,rasa kagum aku langsung tak berkurangan.Terbayang dalam kepala,berapa lama diorang ni nak siapkan video klip macam ni.

Baldihell punya gigih nak lukis atas jalan.Siap Chris Martin lak yang jadi pelakon utama.Baekkk punya komitmen.

Ada jugak pihak yang mendakwa,idea vklip macam ni ditiru dari vklip Andy J Gallagher.Tapi,dinafikan oleh Shynola,pengarah vklip coldplay ni.Ini apa yang aku baca dalam Wikipedia lah.

Apapun...aku memang enjoy lah!

Ok.Sambung kerja.


Thursday, January 27, 2011

Semalam Yang Hangat 24

Bawang besar,bawang putih dan sosej dipotong laju.Begitu juga dengan bahan-bahan lain.Selesai memotong kesemua bahan tadi,aku susun ikut kategori.Baru nampak kemas atas papan pemotong tu.Tak la bersepah sangat.

Periuk dipanaskan.Masukkan 'butter'.

Dah nampak 'butter' tu hensem dalam periuk,aku lempar segala bawang dan rempah-ratus.Bau terus naik.Air liur dah kecur.Aku kacau perlahan-lahan dengan penuh kasih sayang.Dah nampak semua sebati,aku lempar sosej masuk ke dalam.

Ni semua gara-gara terlupa beli ayam lah ni.Sosej pun sosej lah!

Bila rasa,bau dan aura bahan-bahan tadi dah selamat di'seal' kan,maka aku pun lempar beras yang dah dibasuh ke dalam periuk.Tambah 'butter' sikit lagi bagi berkilat.Bau mula naik.Harum yarabbi.Dah nampak sebati,aku tabur kunyit.Bagi warna kuning sket.Bukan buleh kacau lama-lama.Kang bertukar jadi risotto,jenuh pulak.Untuk finishing,aku lempar serai masuk pastu kacau-kacau seketika.Wangi sungguh.

Nampak semua macam dah mesra antara satu sama lain,aku masukkan air.Masa masukkan air dalam periuk tu,secara tiba-tiba aku jadi kompius.Kompius berapa banyak air perlu masuk.Memikirkan perut tengah lapar,aku masukkan secara agak-agak.

Aku masukkan periuk tadi dalam rice cooker.

Setel.

Walaweh.Gembira.Sambung masak lauk lain pulak.


*********


Dah setel buat lauk,aku pegi tengok nasi dalam rice cooker.Apa cerita agaknya.

Aku buka perlahan-lahan.

Astagatisma!

Beras da kembang,air yang menggelegak masih banyak bertakung.Aku cemas.Sambil cemas tu,aku dah bayangkan yang aku akan makan bubur ja malam tu.Tak merasa la nak makan nasi.

Tapi,memandangkan spirit nak makan nasi sangat kuat,aku terus memikirkan cara untuk menyelamatkan nasi yang hampir jadi bubur tadi.Penyelesaiannya mudah.Cuma perlu ceduk dan buang air yang lebih.Tapi,dengan cara tersebut,beras tadi tetap akan kembang.Lagipun,aku bukan cerdik sangat bahagian masak-masak ni.

Sedang cemas,tiba-tiba aku dapat idea.




********Tidak lama kemudian*********



Aku ceduk nasi dari periuk perlahan-lahan sambil tersenyum.Nasi masak sempurna.Tak lembik mahupun jadi bubur.Gebu.Wangi.Lemak-lemak sedap.

Sambil ceduk nasi,aku tersenyum.

Tersenyum memikirkan teknik menggunakan kipas angin untuk mengeringkan nasi yang sedang menggelegak dalam 'rice cooker'.

Caranya? Buka penutup 'rice cooker',pastu tala je kipas angin ke arah nasi yang sedang menggelegak tu dengan kelajuan yang mengancam.Pastikan kipas bersih ye.

Haihh...tak tau nak kata pa dah aku ni.Terkenang masa zaman belajar dulu.

Dah la hensem.Genius pulak tu.

Kan?




Demmit! Lagi 10 bulan!


Aku dah tak sabar.Trailer nampak sedap.Effect pun sedap.Harap jalan cerita pun mantap.

Tapi..bulan 11 woooooo baru tayang.

Tskk..tskk...

Maklumat lebih lanjut? Baca SINI.



Tuesday, January 25, 2011

Apa Aku Jumpa Bila Balik Kampung 9

Hehe.Sedap kena garu sampai pejam mata.

Aku berhenti garu-garu dagu dia.Dia dah merajuk.

Bila merajuk,terus pusing belakang.Comel.

Pertembungan hitam dan putih.

Matahari start nak naik dah.Ni kat kebun getah bapak aku.

Bukan.Tu bukan jerebu.Tu kabus.Sejuk yarabbi.

The land of mist.

Ok.Matahari dah bangun tido.

Oh.Kabus lagi.Nampak tak monyet kat kiri gambar tu? Ok..aku tipu ja.Takda pun.haha.

Aku suka awan tu.

Kabus mula menghilang.

Cahaya semakin terik.Suhu maintain sejuk.

Apa? Hensem? Takda lah.Biasa-biasa ja.Tak payah puji ye.Buat susah-susah ajaa...




Bersambung. =)


Pagi Yang hensem 23

"Kecebur!!..kecebur!!...kecebur!!" bunyi aku mandi.

Tak,aku tipu ja.Aku mandi tak bunyi macam tu.Pakai shower mana boleh berbunyi macam mandi kolah.Yang bunyi kecebur-kecebur tu,aku buat bunyi dengan mulut ja.

Yeay.Kena tipu.

Lepas mandi,aku cepat-cepat lap.Pakai ubat ketiak nak bagi wangi.Lepas tu sarungkan baju pejabat.Dem.Baru sarungkan baju,dah nampak hensem.Belum sarungkan yang lain-lain lagi tu.Bluetooth headset contohnya.

Selesai bersiap,aku tengok jam.Dah 8.15 pagi.Ada lagi 15 minit.Kalau naik kereta,kompom paling pantas pun,pukul 9 baru sampai.Jalan sesak yarabbi time-time macam ni.Nasib baik bini dapat masuk maktab.Kalau tak,6.30 pagi dah keluar dari rumah hantar beliau pegi kerja macam biasa.Singa pun tak bangun tido lagi masa tu.

Jadi,disebabkan aku bijak macam arnab,aku ambil keputusan untuk tunggang motor ja.Lama betul tak tunggang motor pegi keja ni.Setahun jugak rasanya.Setakat ke kedai tu,biasa la.

Setelah panas enjin motor lebih kurang,aku bergerak terus.Motor ditunggang laju.Sedikit demi sedikit spirit merempit yang hilang dulu mula meresap ke dalam badan aku.

Mula-mula spirit Loris Capirossi.Lepas tu spirit Mike Dohan.Dah setel dua spirit tu meresap,kemudian datang pulak spirit Rossi.5 Saat kemudian pulak,spirit Casey Stoner meresap masuk perlahan-lahan.Tidak ketinggalan juga,spirit menunggang Kesatria Baja Hitam.Pelengkap citarasa terakhir,spirit Adnan sempit pulak meresap masuk.Oh ya.Spirit local kena ada.Baru sesuai nak merempit dengan trafik tempatan orang kata.

Lagipun...spirit Loris Capirossi bukan biasa sangat dengan jalan Bukit Jalil ni.Begitu juga dengan spirit Kesatria Baja Hitam.

Bila semua spirit dah lengkap,baru boleh merempit tahap maksimum.Sekali lagi,selaku perempit yang berhemah serta licik,sebelum mencilok tak tentu hala,kita kena tau apa yang ada kat belakang kita.Jadi,kena pastikan belakang kita clear.Kat depan takpa,masa rempit boleh tengok.

Daya penglihatan terus aku set paling tajam.Aku kena pastikan semua objek di belakang dapat dilihat dengan jelas.Baru sedap nak merempit.Diingatkan,semua perlakuan ini berlaku dalam tempoh kurang dari 1 saat.

Aku pandang ke arah cermin pandang belakang.

Cemas.

Sebijik kereta mahupun motor pun tak ada.Tak nampak langsung.Yang ada,cuma langit yang tenang,burung-burung berterbangan serta singa yang berlari-lari di sebalik awan.Bukan setakat tak nampak kereta kat belakang,cermin pandang belakang pun tak ada!

Fokus Jamil.....fokus!

Cermin pandang belakang untuk motor... kat handle lah!









Semua spirit dalam badan aku geleng-geleng kepala.

Benci.


Sunday, January 23, 2011

Jamil dan Rambut

Rambut depan dah panjang.Dah boleh selit-selit tepi orang kata.Cuma,kat kiri dengan belakang ja yang kembang.Yang lain dah hensem dah.Dalam fikiran aku,kalau aku nipiskan sikit bahagian tepi dengan belakang sahaja,memang hensem habis lah!

Memikirkan yang aku akan jadi lebih hensem,aku terus pecut PS ke kedai gunting rambut berhampiran.Dah sampai,aku buka pintu dan terus lompat ke dalam kedai menembusi cermin pintu dengan menggunakan hikmat halimunan yang aku belajar di youtube minggu lepas.

Tipu habis.

"Mapley..bagi nipis sikit tepi dengan belakang.Atas,depan,tak payah potong." aku bagi arahan siap dengan tangan-tangan sekali naik.Macam Anwar Ibrahim atas pentas.

Macha tadi angguk-angguk.

"ZRASSSSSS!!!!" bunyi mesin potong rambut.

Astaghfirullahhazimmm...





****Tiba di rumah..selesai mandi,lepak depan tv dengan bini.****


"Hahaha..bujalll....bujallll." bini aku gelak-gelak sambil pegang rambut aku.

"Hahaha..Dr. Rozmey..Dr. Rozmeyy." bini aku gelak-gelak lagi...juga sambil pegang-pegang rambut aku.Dia tarik-tarik rambut depan aku ke dahi.

Aku maintain menonton tv.Remote astro di tangan.Siaran ditukar-tukar.Sedih jugak dengan fesyen rambut yang salah potong ni.Nak suruh pendekkan terus,tak sampai hati.Dah bosan rambut pendek.Aku nak cuba fesyen rambut panjang pulak sekarang.Kalau rambut panjang,baru buleh buat aksi iklan syampoo dalam bilik air.Libas sana,libas sini,bilas sana,bilas sini.

Comel.

Tiba-tiba ada persembahan Noh Hujan dalam tv.

"Eh..rambut abang macam Noh Hujan lah!" bini aku keluar statement.Tangannya berhenti main rambut aku.









Ok.Masih ada cahaya di hujung terowong.

Boyband Korea

Ekceli..aku sebenarnya tak amik port sangat band-band kosmetik korea yang terlalu banyak di pasaran internet.Masing-masing muncul dengan :

1. Muka yang jambu ya'amat,badan mantap tak kira lelaki atau perempuan.
2. Satu kumpulan ramai gila kadang-kadang(nak lawan rabbani ke apa).
3. Fesyen tersendiri.

Bagi aku,penyanyi korea macam ini lebih sesuai kepada remaja-remaja.Senang cerita,kena gaya la.Ok,sejak dua menjak ni,sambil tengah drive PS ke sana sini dengan berhemah,ada satu lagu yang agak kerap dimainkan di radio.

Secara tak langsung,kadang-kadang bila tak ada gadis berbikini di tepi jalan,aku akan menghayati apa yang keluar di radio.Ok.Disebabkan lagu ini agak kerap aku dengar di radio,dan aku rasa macam ada something ja di sebalik lirik koreanya(sixth sense aku memang cemerlang)...maka aku pun google lah lirik yang aku ingat sikit-sikit.Gila susah.Hasilnya aku jumpa penyanyi tersebut berserta liriknya dalam bahasa inggeris.Maksud liriknya tepat seperti apa yang aku jangkakan bila mendengar lirik dan lagu pada mulanya.Gila kentang!

Ini yang aku suka.Walaupun haram aku tak faham apa diorang bebel,tapi emosi dan cara luahan sesebuah lagu tersebut dapat disampaikan kepada aku dengan baik.Itu aku suka.Not bad jugak lah lagu ni,berjaya buat bahu aku ternaik-naik melayan.Well,terpulang lah kepada diri masing-masing ye. =)

Demmit.Banyak pulak aku membebel.Macam ni lah..senang cerita,aku suka layan lagu ini.Lagu di sini,bermaksud lagu dan liriknya.Abaikan penyanyi ramai-ramai rambut macam tomok tersebut jika anda tidak selesa.Seperti aku cakap awal-awal tadi,imej mereka memang untuk remaja.

Tahap abang-abang macam aku ni,tak sesuai dah kot.

Dan bagi aku...selera muzik aku..tak ada yang boleh lawan MUSE! Yeah!




2PM - I'LL BE BACK.



Ha.Apa senyum-senyum!


Friday, January 21, 2011

Zambri Zambra

"Atuk bukan apa Zambri.Atuk cuma rasa,untuk zaman sekarang,susah nak tunaikan syarat-syarat ilmu ni.Bukan macam zaman dulu.Tambah-tambah di kawasan bandar macam ni." ujar Aki Rahman.Guru pertapaan Zambri.
"Takpa tok.Alang-alang dah belajar ilmu macam ni,baik saya belajar segala menda." balas Zambri penuh bersungguh-sungguh.

"Baiklah kalau begitu.Atuk akan turunkan ilmu ni kepada engkau.Lepas atuk baca jampi serapah dalam air mandian kamu ni,kamu bawa balik USB drive ni.Dalam tu ada pantang larangnya yang atuk dah simpan.Buka dan baca.Lagi satu,kamu kena penuhi syarat ilmu ni dalam seminggu sahaja.Ingat?" pesan Aki Rahman.Mukanya ketat-ketat.
"Jangan risau.saya faham tok.Dalam seminggu,mesti setel.Kat bandar kan ramai orang.Mesti mudah kerja saya ni tok.Hehehe.." balas Zambri penuh yakin.





*********Seminggu berlalu.*********



"Atuk dah cakap.Zaman sekarang,tambah-tambah kat bandar ni,susah.Tak macam zaman dulu.Kalau dulu,atuk senang-senang ja boleh setel syarat tu dalam 4 hari.Pegi 2 ke 3 kampung,dah setel.Zaman sekarang..ha..baru kamu tahu.Susah kan? Dah seminggu,nak capai target setengah pun susah." ujar Aki Rahman sambil memandang ke arah Zambri yang kecewa.

"Susah jugak nak cari 40 orang gadis dara dalam bandar ni ye tok.Dapat tangkap ja..check-check tengok,dah tak dara.Ingatkan,ramai orang kat bandar,jadi lebih mudah." balas Zambri sambil membaca manual untuk menjadi orang minyak di dalam laptopnya.Sambil-sambil tu,ada jugak dia buka fesbuk untuk melihat bakal mangsa yang letak alamat penuh dalam profile.

Aki Rahman,selaku orang minyak senior,mengangguk-anggukkan kepalanya tanda setuju.

Zaman sudah berubah.




Thursday, January 20, 2011

DJ Jamil


Layan lagu ni di petang-petang yang cerah macam arini,buatkan aku rasa sangat tenang.

Sungguh.

Sila percaya. (Sambil gentel-gentel taik lalat baru.)



Kemunculan yang tidak dijangka.

Sungguh.

Baru sedar ada taik lalat baru naik dekat bibir atas belah kanan.

Hensem gila i tell you!




Tuesday, January 18, 2011

Pak Talib Pawang Perkasa

Sutinah menggelupur di atas lantai rumah.Habis barang ditendangnya.Sambil menendang,Sutinah tidak berhenti-henti mengilai nyaring.Memang menakutkan betul.Meremang bulu roma 5 jejaka yang sedang memegang Sutinah.Peluh jantan masing-masing terkeluar.

Saudara-mara Sutinah hanya mampu melihat tanpa dapat membantu.Mereka sudah penat berdepan dengan kerenah Sutinah sejak seminggu yang lepas.

Di satu sudut rumah,kelihatan Pak Talib Pawang Perkasa,sedang berjampi-jampa berserta asap kemenyan memenuhi ruang rumah.Penuh dengan asap dalam rumah tersebut.Karim Hanafi,pembantu Pak Talib Pawang Perkasa,dilihat segak dengan topeng kalis asap yang dipakainya.Mencabar juga jadi pembantu Pak Talib Pawang Perkasa ni.Kalau tak pakai topeng kalis asap,tiap-tiap kali kerja,kena hidu asap kemenyan,boleh kena kanser idung.Bukan apa,tempahan bukan main banyak.Hampir setiap hari ada orang dirasuk.

Pak Talib Pawang Perkasa menguatkan jampinya.Secara tiba-tiba Sutinah terdiam.Kaku.Pak Talib Pawang Perkasa hanya tersenyum.Dia tahu,jampi serapahnya memang hebat.Tak sia-sia beliau bertapa di rumah pelacuran selama sebulan.Amat mencabar sekali apabila beliau dilarang melanggani pelacur montok-montok jelita yang berkeliaran di dalam rumah pelacuran selama sebulan.Setelah selesai bertapa di rumah pelacuran,Pak Talib Pawang Perkasa dihantar pula oleh gurunya ke Gunung Jerai untuk melanjutkan pelajaran dalam ilmu pertapaan.

Kini,hasil pertapaan dan semangat rajin belajarnya,telah membuahkan hasil.Sudah ramai pesakit disembuhkannya.

Pak Talib Pawang Perkasa melihat sambil tersenyum kepada Sutinah yang terdiam tadi.Langsung tidak bergerak.Hanya nafasnya sahaja kedengaran.Orang di sekeliling mula kagum dengan ilmu Pak Talib Pawang Perkasa.

"Wahaiiiiii syaitannnirrajimm.Aku perintahkan engkau keluar dari badan gadis itu." sergah Pak Talib Pawang Perkasa penuh garang.Asap kemenyan semakin banyak.

Suasana sepi.Hanya nafas Sutinah yang kasar kedengaran.

"Wahaiiii syaitannirrajimmm...aku tahu asal usulmuuuu....keluarrr sebelum aku bunuh kamu." Pak Talib Pawang Perkasa memberi amaran.



Sepi.



"Apa ni bosss....minggu lepas kat rumah,janji kata nak halau ja.Ni apa main bunuh-bunuh niiii...ini dah melampau ni boss..saya mogok kangg!!! Saya merajuk niii!!! Saya merajukk!! " jerit jin dalam badan Sutinah sambil bergolek-golek di atas lantai.

Orang ramai di sekeliling mula pandang-pandang Pak Talib Pawang Perkasa.

"Ooooooooooooooooo...ini kerja kamu ye Talibb..buat bisness dengan hantu sendiri." ujar Mail Hilmi,ketua pemuda belia 4B kampung tersebut.

Pak Talib Pawang Perkasa mula berpeluh.Orang ramai dah mula mengepung beliau.Bersedia nak bagi hukuman yang setimpal.

"Bertenang...biar saya terangkan kepada saudara-saudari semua...ini semua helah hantu tu aja......" ujar Pak Talib Pawang Perkasa yang cuba mententeramkan orang ramai yang kelihatannya memang dah hilang sabar.Sorang-sorang dah genggam penumbuk.Ada jugak yang capai pedang hiasan di dinding rumah.Tak kurang juga ada yang acah-acah nak jentik telinga Pak Talib Pawang Perkasa.

Karim Hanafi,pembantu Pak Talib Pawang Perkasa dilihat sedang leka bermain kucing peliharaan tuan rumah tanpa rasa bersalah.

Memang tak boleh diharap.












"Checkmate!!!" bisik hantu di dalam badan Sutinah sambil tersengih-sengih melihat Pak Talib Pawang Perkasa yang telah menjadi mangsa fitnahnya,sedang berpeluh mempertahankan diri.



Status 14

Semalam pegi semak keputusan temuduga bini aku bulan lepas.Nampaknya,lepas ni aku kena hantar bini tiap-tiap pagi pegi kelas.

Aku gembira!

Bukan apa,dengar cerita......

dalam maktab ramai makwe-makwe.







Hik Hik Hik...!

Monday, January 17, 2011

Pagi-pagi yang 'ja-ong' macam ni,baru lagu ni 'mek sens'.


Dok dengar lama dah.Tapi tak sangkut-sangkut.Pagi ni..mmg ngam!


"The talk of the town
They say
I've gone mad
Yeah
I've gone mad
But they don't know
what I know

Cause when the
sun goes down
someone's talking back
Yeah
They're talking back"



Saturday, January 15, 2011

Blues Hari Sabtu

Terkial-kial di pejabat.

Mata berair.Muka rasa gatal-gatal.Kepala berpusing-pusing.Berat betul rasanya kepala ni.Badan panas sejuk panas sejuk.Hidung ketat.Leher tak sedap nak telan air liur.

Emm....

Nasib baik ada dua gadis seksi sedang picit badan di kiri dan kanan.








Auww!

Friday, January 14, 2011

Astra-Astre-Astri-Astro-Astru

Jadi,sekarang ni,Astro tengah buat Astro First.Konsep dia,tak silap aku,lepas dua minggu sesebuah filem tersebut ditayangkan kat pawagam,dia akan publish kat siaran dia.

Alternatif macam ni,agak menarik.

Aku mula terbayangkan,kalau sistem audio kat rumah aku mantap tapi masih tidak mengganggu jiran sebelah,maka..tiada lagi :

1. Kunyahan pop corn super kuat yang boleh didengar semesta alam...krap! krap! krap!.
2. Kapel yang asyik nak berbual dari awal filem sampai habis.Celaka.
3. Individu yang dah ulang tengok banyak kali lepas tu bersemangat nak bercerita setiap bahagian yang ada kejutan."Ha..lepas ni...ada..". "Ha..jap lagi dia akan...". "Ha...ko tengok,ko tengok.Lepas ni...".Celaka kuasa dua.
4. Orang yang masuk lambat dalam wayang bila filem dah start.Cari seat tak jumpa.Terkial-kial depan aku.Dah lindung skrin.Demmit!
5. Gelak kuat-kuat yang dibuat-buat pada babak yang tak sepatutnya gelak(penonton lain rilek je) untuk menarik perhatian makwe atau pakwe di sebelah.
6. Cakap kat handphone macam beliau kat tengah pasar.Satu lagi budaya yang ada pada penonton wayang tempatan yang masih belum berjaya dikikis.Gagal!
7. Menteri penerangan yang sibuk nak menerangkan maksud kepada awek atau pakwe disebelah tentang plot yang sedang ditayang."Orang jahat tu sebenarnya mamat yang beli ayam tadi,dia saja menyamar sebab bapak dia bla bla bla bla......". Focking shaiiittt!
8. Tiada lagi otot pejal-gebu-mantap-kekar kat lengan ni berkerah tenaga pulas stereng nak cari parking! Hahahaha..





Tapi,RM15 untuk 1 movie tu,mahal sket ah.Kurangkan lah sikit.Baru buleh marathon muvi dengan hensem! Aku harap,lepas ni,takda pulak jiran aku yang akan buat bising pasal tonton wayang rumah sendiri.Jangan bergegar rumah buruk aku tu sudah.Cukuplah brader naik motor RXZ selang sebuah rumah aku buat hal.Bising sungguh pagi-pagi dengan malam-malam.


Ok.Baca di sini untuk maklumat lebih lanjut.

Fakta menarik: Wayang pertama yang aku tonton, Finding Nemo, KLCC,2004. =)

Thursday, January 13, 2011

Status 13

Seminggu lepas kawin,bila balik KL,terus aku letak status dekat profile aku.Rasanya,dah dekat 2 bulan aku letak perkataan 'berkahwin' dekat profile aku tu.Ramai rupanya yang tak perasan.

Ish ish ish.

Apa? Gambar kawin? Jangan harap kot.Aku bukan jenis nak tayang-tayang muka.Ya.Aku bukan jenis macam tu.Kalau nak tayang pun,mungkin ia akan dicetak dalam buku aku yang seterusnya.Karang tak habis-habis lagi ni.Bizi betul.Tapi gambar tu,MUNGKIN cetak kecik-kecik sebagai profile penulis.Tanda terima kasih.Itu pun,kalau aku nak lah. =p

Eniwey,bagi aku,blog ni,lebih kepada cerita-cerita gampang aku.Cerita-cerita yang boleh buatkan pembaca aku gembira,happy,teruja,santai,menceriakan dan tidak mendedahkan identiti aku.Aku sangat pemalu tauww!

Lagipun,bagi aku,untuk hubungan yang belum sampai kepada 'aku terima nikahnya',aku tak akan kecoh-kecoh tayang dalam blog.Entah kekal atau tidak hubungan tu,belum pasti lagi.Nanti kalau hubungan tu tak jadi,TAKDA KEJANYA aku nak cari balik entry yang berkaitan,lepas tu nak padam-padam.Jadi kudis pulak dalam blog aku nanti.

Ya.Aku pernah lalui keadaan macam tu.Dulu,hampir saban waktu bercakap pasal seseorang pada teman.Rasa gembira,bangga kerana dapat bersama.Dan,bila dia pergi,terus rasa macam whatthehollyshitfuckinghellisthat!

Jiwa kacau jangan cakap la.Hidup berterabur.Pointer yang cukup-cukup makan, terus jadi tahap kebulur dah.Kriss Evo terabai.Hati waja berserabut.Makan ntah ke mana.Minum ntah ke mana.Teman terpilih menjadi tempat luahan hati.

'Man talk' orang kata.Walaupun masa tu tak berapa nak 'man' lagi.

Menda-menda yang kita suka,bila kita tidak dapat,kita akan kecewa.Dan,kalau tidak berjaya dikawal dengan elok,kita akan cenderung meracau-racau dan buat menda bodoh yang kita tidak sedar menda tersebut akan menampakkan kita sememangnya bodoh.Dapat?

Dan..aku tak nak menda tu jadi kudis dalam blog aku.Kamu semua datang sini bukan untuk bersedih.Itu motto blog ni.Kah kah kah.

Bagi aku,menda 'personal'..biarkan 'personal'.Bagi mereka yang selesa letak dalam blog pasal hubungan masing-masing,itu hak mereka.Kalau mereka bahagia,alhamdulillah.Kan? =)

Cerita yang sedih,yang 'peribadi'...itu semua aku simpan,makan sorang.Jika korang tertanya-tanya KENAPA aku tak ceritakan 'itu'..ceritakan 'ini',faham-faham lah.Ada sebabnya. =) Dey..aku pun orang biasa lah.Haha..tak sempurna. =) Lagipun,kalau aku ceritakan,haram orang tak akan dapat faham.Haha.Even yang dah angguk faham pun,masih tak faham lagi sebenarnya.

Oh ya,ada jugak yang beranggapan.."Jamil kena tangkap basah ke..tetiba kawin.".Hahaha.Aku tibai jugak kang.Apa cer tangkap basah kalau dekat setengah tahun kumpul barang hantaran.Apa barang tangkap basah..sejuk lah.

Cerita aku panjang.

Cukuplah kepada yang mengetahui cerita aku.

Ok.Let's move on! (^_-)

Dah.Aku nak gi balas komen hangpa semua jap.

Ta ta.



Wednesday, January 12, 2011

Jamil dan Isteri

"Abang rasa,nak ubahsuai sikit lah ayat kat baju ni.Nak tambah perkataan." ujar aku sambil melihat t-shirt yang bertulis 'I love Pangkor' yang semestinya dibeli di Pangkor.
"Nak ubahsuai? Nak tulis apa?" balas isteri aku.Penuh kuriyes.

"Nak tulis...I Love Pangkor Girls.."






Emm..takda lah.....manada aku kena tidur kat luar bilik malam tu.

Takda lah.

Takda.

Kecemasan Fesbuk

Ramai orang kecoh pasal fesbuk nak tutup.Pagi tadi,siap ada dibincangkan lagi dalam radio.Hahaha...

Rilek la.Kalau fesbuk tu tutup pun,aku berani jamin kerat serai lah,mesti ada mamat-mamat genius komputer (seperti aku..ehem-ehem) yang akan bangunkan menda yang sama atau semakin hebat.Contoh?

Mungkin ada pembangun aplikasi online di Malaysia akan bangunkan menda macam fesbuk jugak.Cuma nama lain sikit.Buku tiga-lima contohnya.

Tempias fesbuk dah banyak diaplikasikan dalam sistem lain.Kalau buka friendster,dah nak sama dah.Buka Yahoo pun,dah jadi macam fesbuk sikit-sikit.Sapa kawan dengan sapa pun nak tunjuk kat wall.

Kecoh.

Macam era awal 10-an dulu,fesbuk mana garing macam sekarang.Yang 'femes',friendster dengan myspace.Ye dak? Oh ya, 10-an di sini,bermaksud sela masa antara tahun 2000 hingga tahun 2010.Jangan dok buat-buat muka pelik.Tibai kang.

Ok.Jamil nak pegi sarapan.

Nak ikut?

Emmm....

Emm...

Bai bai.


Tuesday, January 11, 2011

Bye Bye

Saya balik dulu ye....

Hik Hik Hik.


Saja nak letak entry sebab harini 11/01/11

Ha..tengok.Jam pun 11.11 pagi (stail ubah jam sebelum post.hahaha).

11/01/11 ..11.11 pagi.





*Memang takda keja sungguh.

Monday, January 10, 2011

Pagi yang hensem 22

Pagi Sabtu tiba lagi.

Dari jauh,aku nampak dua orang sahabat aku sedang terkial-kial depan koleksi lauk nasi lemak.

Aku parking kereta dengan tenang.Kelihatan dalam-dalam sedang melihat-lihat lauk nasi lemak.Picisanku pula secara tiba-tiba kelihatan sedang duduk tenang di atas kerusi.Beliau kusyuk sekali membaca akhbar sensasi kegemaran ramai,akhbar Metro.

Aku menghampiri tempat nasi lemak.Perancangan aku pada pagi sabtu tersebut,ambil nasi lemak,letak lauk sikit,lepas tu pegi duduk bersama dalam-dalam dan picisanku. Banyak benda yang boleh dibualkan dengan dua jejaka bujang yang unik ini.

Karekter dalam-dalam yang penuh dengan 'intellectual jokes'nya yang mana kadang-kadang mengambil masa beberapa saat hingga kadang-kadang setengah hari untuk dihadamkan maksudnya...manakala picisanku pula sarat dengan luahan 'luar kotaknya' yang sekali-sekala akan membuatkan hati aku mencarut kegeraman.Mereka berdua kadang-kadang membuatkan aku tertanya-tanya sendiri.Apakebertuah aku mempunyai sahabat seperti ini.

Ehem.

Iklan bermula.

Ada yang berminat? Mereka berdua kamel (kacak + comel),bergaya,berkereta dan berkerjaya stabil.Serta,baik orangnya.

Iklan tamat.

Ehem.

Jadi,setelah mengambil nasi dengan kiraan yang secukupnya,aku letak telur goreng sebijik.Cukuplah,buat apa telur banyak-banyak.Orang lelaki tak perlu banyak-banyak menda ni.

Di depan aku pada masa tersebut ada seorang budak perempuan.Masih sekolah rendah rasanya.Beliau bertindak sebagai pembantu kakaknya.Aku buat-buat muka manis depan budak tu.Ye lah,buat muka garang-garang kang,menangis nanti budak tu,sapa yang susah.Kakak beliau jugak yang susah.

Lagipun,pagi yang cerah dan gemilang macam pagi tersebut,kena diselami dengan sifat mesra.Baru ngam orang kata.Cuaca cerah campur individu kacak macam aku.Memang ngam habis!

Jadi,melihatkan aku sudah selesai ambil lauk,budak tadi pun dengan ramah dan penuh senyuman serta lantang bertanya kepada aku.

"Minum apa pak cik?"











"Aaaaaaaa...!!!" jerit budak tu bila aku lempar dia jauh-jauh.


Petang Yang Tenang 10

Aku bergolek-golek manja di depan TV.Selesai buat 'rally' menonton sebanyak 3 filem memang memenatkan.Hampir terbabas solat zohor aku dibuatnya.Menda-menda terbabas ni bukan boleh dibuat selalu sangat,nanti 'allignment' dia boleh lari.

Jadi,aku off mode HDMI,dan bertukar ke channel percuma. Channel 1,2,3,ntv7 dan TV9.

Demmit! Kalau Astro tak buat hal,mesti weekend aku akan penuh dengan ilmu-ilmu baru dari learning channel.Masa pasang 4hb Dec lepas,2 hari ja boleh tengok.Lepas tu,sampai sekarang,tak boleh tengok lagi.Alasannya,'registration system' untuk Astro Beyond sedang dalam proses naik taraf.Naik taraf pun,naik taraf la jugak.Baran pelanggan jangan bagi naik taraf sekali.Nak maki hamun operator tu pun,takda pekdah jugak rasanya.Diorang cakap ikut skrip.Cakap macam mana pun,skrip yang sama akan diulang-ulang.Jadi,melihat decoder astro yang tidak boleh berfungsi,kadang-kadang boleh mendatangkan stress.

Gotdemmit Astro!

Tap.Tap.Tap.

Bunyi butang remote ditekan.Hampa.Semua rancangan sangat 'tak boleh bla' dengan selera aku.Aku tukar channel sana sini.Kelihatan Mila 'Authentic' sedang dijamu dengan maggi.Tak sihat betul iklan tersebut.Kalau aku ada anak nanti,sampai iklan artis makan megi,aku nak tutup mata dia.(Padahal,kat dapur ada sebungkus besar maggi.Hahaha.)

Tap.

Tv ditutup.Tak.Maksud aku,aku matikan TV tu.Aku tak tutup dengan kain.Jangan nak buat lawak bodoh.

Pukul nak?

Aku buka pintu dapur.Muka senyum-senyum.Pokok yang ditanam tumbuh dengan hensem.Rasa bersemangat nak berkebun.Jam dah dekat-dekat 5 petang.Boleh la kot main tanah sekejap.Barang seminit dua orang kata.

Aku menghampiri petak tanaman yang aku buat minggu lepas.Petak tanaman tu,buat dengan kayu ja.Ala-ala macam dalam cerita Jamie At Home punya konsep tu.Jenis tak payah buat batas dah.Nampak kemas sikit.Aku buat kecik ja.Kira-kira 4 kaki lebih je panjangnya.

Aku ambil peralatan berkebun.Aku pilih penggembur tanah.Dengan mesra,aku garu-garukan tanah dalam petak tanaman.Muka manis-manis.Tengah sedap-sedap garu tanah,serta merta aku tercarut perkataan yang mencarut yang penuh dengan bahasa carutan.Dapat?

Iblis bersorak riang.Pantang aku terbabas sikit.Celaka.

Dalam petak tanaman aku tadi,kelihatan lingkaran taik kucing yang masih fresh,basah,berwarna kuning dan masih pejal tertanam indah dalam tanah yang subur dan gebu.Ya,petak tanaman yang dipenuhi dengan tanah yang subur,gebu dan penuh dengan humus-humus yang berkhasiat untuk tanaman,telah dicemari.

Benci.








Benda-benda bodoh macam ni yang buat aku rasa nak start enjin kereta,balik kampung,baring atas riba mak sambil mengadu ni.




Comel.


Saturday, January 8, 2011

Status 12

Berjaya menyarungkan seluar jeans yang digunakan pada sekitar tahun 2001-2002,merupakan satu pencapaian yang membanggakan bagi perut dan peha.

Ok.Target seterusnya.......







Pakaian zaman bayi-bayi.

Status 11

Kerja..kerja..kerja....






Friday, January 7, 2011

Gardeniaaa..sungguh enak dimakan begitu saja.


Ini adalah satu-satunya lagu yang berjaya membuatkan aku teringat kepada:

1. Bau angin laut Selat Melaka.
2. Keluar malam naik kereta Amar cari nasi pattaya depan Melaka Sentral.
3. A' Famosa.
4. Assigment bertimbun.
5. Kedai Jus Buah bukit beruang.
6. Merempit bersama Kriss Evo di serata jalan bandar Melaka.
7. Sakit kepala lepak bilik kunci pintu senyap-senyap.
8. Ponteng kelas tanpa pedulikan rekod kedatangan dan ujian serta 'carry mark'.
9. Tozza.
10. Kad Topap Meksis RM30 yang keras dan besar macam kad bank.
11. Air terjun buatan dekat Graha Makmur,Melaka.
12. Jusco Melaka yang lama.
13. Bau dalam wayang di KLCC.
14. Bau dalam tren kat KL.Bau dalam menara KL.
15. Pening bermain roller coaster dalam taman tema Time Square.
16. Kehancuran.




Oh.Selamat berhujung minggu.

Ta ta.

Kecemasan Hairul Hashim

"Saya buntu encik Kamal.Saya buntu." ringkas luahan Hairul Hashim.
"Jangan cepat mengalah Hairul.Awak kena kenangkan masa manis bersamanya." balas Encik Kamal.Seorang kaunselor rumah tangga.Hanya mereka berdua di dalam bilik.Radio dipasang perlahan agar suasana nampak tenang dan santai.

"Itu semua saya dah lakukan.Semua saya dah buat.Perasaan saya sudah tidak ada lagi padanya." balas Hairul.
"Cuba awak bayangkan semula saat-saat dulu.Saat dia 'iron' baju awak untuk dipakai ke pejabat." Encik Kamal memujuk.

"Tiap-tiap hari,saya yang 'iron' baju saya sendiri."
"Emm..ingatkan saat-saat dia masakkan untuk awak malam-malam."

"Tiap-tiap hari saya yang masakkan untuk dia.Dia hanya tahu menonton tv sahaja."
"Cuba ingatkan pula waktu baju kamu dibasuh,dilipat dan dijaga olehnya."

"Semua baju kami dihantar ke dobi.Kadang-kadang saya yang membasuhnya."
"Humm..cuba ingatkan waktu kamu berdua bermesra di bilik tidur.

"Asyik saya yang puaskan dia.Saya yang terabai."
"Wow...serba-serbi awak dah buat.Termasuk kerja rumah.Semua kerja rumah awk buat?"

"Ya.Itu saya tidak kisah sangat.Yang utama..saya sudah tidak berasa hati lagi kepadanya."
"Hummm....menarik awak ni.Jarang saya jumpa lelaki yang berkebolehan macam awak."

"Terpaksa Encik Kamal.Terpaksa."
"Tapi awak boleh dikira hebat."

"Hummm....."
"Hummmmm.....perempuan ni,kadang-kadang mereka tidak menghargai lelaki."

"Betul.."
"Jadi......"

"Jadi....?"
"Apa kata awak tinggal dengan saya."

"Ha...?"
"Awak tinggal dengan saya.Saya akan jaga awak.Mulakan hidup baru jika awak tidak boleh teruskannya lagi.Mulakan hidup awak dengan saya."

"Haaa...?"
"You berminat nak stay dengan I?"

"Haa...you? I? Apa ni Encik Kamal?"
"Takkan you tak faham lagi.I sedang pelawa you ni.I serius ni."

"Encik Kamal jangan main-main."
"Saya serius.Sudah lama saya mencari lelaki macam awak.Ada rupa.Berkebolehan menguruskan rumah.Jika isteri awak tidak menghargai awak lagi,saya boleh gantikan tempatnya." ujar Encik Kamal sambil memintal-mintal misainya.

"Maaf.Saya tidak berminat." balas Hairul Hashim tegas.Bulu romanya mula meremang.
"Berdasarkan kebolehan you menguruskan rumah tangga,apa kataaa......I top...youuuu......bottom.." bisik Encik Kamal lembut sambil mengenyitkan mata kanannya.Misainya digentel semakin laju.Nafasnya turun naik.Tangannya yang sebelah lagi perlahan-lahan menghampiri tangan Hairul Hashim yang berada di atas meja.

Segala liang rongga di badan Hairul Hashim,terkemut rapat dengan sendirinya.

Suasana sepi.


"Hope you have a lot of nice things to wear
But then a lot of nice things turn bad out there

Chorus:
Oh, baby, baby, it's a wild world
It's hard to get by just upon a smile
Oh, baby, baby, it's a wild world "

Lagu berjudul 'Wild World' nyanyian Yusof Islam a.k.a Cat Steven berkumandang lembut dalam radio di sebelah mereka.


*******











Hairul Hashim lari laju-laju.

Thursday, January 6, 2011

Kalau lah aku jadi jurulatih beliau.....

epic fail photos - Running the Hurdles FAIL gif
sumber: sini.



sumpah....aku akan lempang beliau laju-laju lepas game.

Dari awal-awal game dah buat hal.

Paling kelakar sekali,apahal mamat belakang dia tu lompat jugak pada palang yang terakhir? Padahal palang tu dah jatuh dah.

Hahahahahahahahaha!

Awesome!


Ouch !! Epik habis!!


Sumber: Sini.

Pakai pakaian yang mudah macam tu pun boleh tersangkut lagi.hahaha.

Ouch!!


Jatuh Hati !!


Astrid mmg Comel !!

Dah dah...jgn dok pelece aku.

Gigit kang.


Kasbi Sarbini yang baik hati.

Hujan mencurah-curah turun.Memang lebat habis lah!

Kasbi Sarbini memandu keretanya dengan berhati-hati.Nak tukar laluan,signal diberi.Nak brek pun,brek slow-slow.Risau terbabas.Begitu teliti sekali pemanduannya pada pagi tersebut.Nasib baik beliau keluar awal.Jadi tak perlu tergesa-gesa menuju ke tempat kerja.

Tengah sedap memandu,tiba-tiba kelihatan seorang tua sedang terkial-kial berjalan di dalam hujan.Dia hanya menggunakan surat khabar untuk melindungi kepalanya dari terkena hujan.Dengan beg berat yang dikendongnya,orang tua tadi kelihatan termengah-mengah berjalan di dalam hujan.

Kasbi Sarbini mula berbelah bagi.Nak berhenti kang,habis lencun 'seat' keretannya nanti.Nak dibiarkan,nampak kesian sangat.Namun,bila memikirkan iklan Petronas yang beliau tonton dalam youtube minggu lepas,Kasbi Sarbini segera memberhentikan keretanya di hadapan pakcik yang sedang berjalan tadi.Dalam iklan tu,menunjukkan sorang mamat yang tak nak tumpangkan seorang pakcik dalam keadaan hujan lebat.Lepas blah,mamat tu eksiden.Keretanya kena hempap pokok.

Kasbi Sarbini tak nak kena hempap dengan pokok.Sakit.

"Masuklah pakcik.Saya hantarkan." ujar Kasbi sambil membuka tingkap.Titisan hujan mula membasahi 'seat' kereta.Pakcik tadi bergegas masuk ke dalam kereta.Mukanya berseri.Tersenyum manis ke arah Kasbi Sarbini.Kasbi Sarbini membalas senyuman pakcik tadi.

"Hantarkan pakcik ke stesen bas depan tu ye nak.Terima kasih lah." ujar pakcik tadi.
"Baiklah pak cik.Saya hantarkan.Pakcik nak ke mana ni?" ujar Kasbi Sarbini ramah.

"Pak cik nak balik kampung.Saja datang melawat cucu.Tadi tak ada pulak hujan.Oh ya,nama Pak Cik,Mamat." ujar pakcik tadi sambil menghulurkan salam.Salam pakcik tadi disambut oleh Kasbi Sarbini.

Perjalanan diteruskan.Akhirnya mereka berdua tiba di stesen bas.Sebelum keluar,Pak Cik tadi menghulurkan sesuatu di dalam sampul kepada Kasbi Sarbini.Kasbi Sarbini menerimanya setelah dipaksa oleh pakcik tadi.Upah katanya.

"Buka sampul itu hanya apabila jika kamu sampai di destinasi kamu nanti.Itu syaratnya." pesan pakcik tadi kepada Kasbi Sarbini.Kasbi Sarbini hanya mengangguk.Setelah bersalam,mereka berpisah dengan haluan masing-masing.


********


"Sampul apa tu dolll..." soal Karim,teman sekerja Kasbi Sarbini.
"Tadi aku tumpangkan pakcik mana ntah.Dia bagi sampul dia.Ni aku baru nak buka.Upah katanya." balas Kasbi Sarbini kepada sahabatnya sambil duduk di kedai mamak sambil menghirup teh tarik.

Sampul dibuka.Kelihatan not RM50 sebanyak 4 keping.Kasbi Sarbini terkejut.Karim juga terkejut kerana memikirkan sarapan pada pagi tersebut tidak perlu dibayar lantaran beliau akan menge'pow' Kasbi Sarbini sebentar lagi.

"Mesti pakcik tu ada karamah.Takkan pakai buruk-buruk macam tu ada banyak duit." duga Kasbi Sarbini sambil mengira-ngira duit.Karim hanya mengangguk-angguk tanda kagum terhadap 'luck' teman sekerjanya.Kasbi Sarbini menghirup teh tarik penuh kelegaan.Karipap panas disuap penuh selesa ke dalam mulut.Murah rezekinya pada pagi tersebut.Berkat menolong orang yang dalam kesusahan.

Pagi yang mendung bertukar cerah.Matahari memancarkan sinarnya.Burung-burung berkicauan.Semut-semut bersahutan.Ultraman berterbangan.

Sempurna.

"Suspek yang terlibat dalam kejadian semalam masih belum ditemui.Diharap sesiapa yang menemui suspek seperti di dalam gambar,diharap dapat menghubungi balai polis berdekatan dengan segera untuk membolehkan usaha mengesan pencuri kedai emas ini berjalan dengan lancar." lancar pembaca berita menuturkan kata-kata di kaca TV.

Serta merta karipap panas dan air teh tarik di dalam mulut Kasbi Sarbini tersembur ke udara apabila melihat gambar Pak Cik Mamat terpampang di dalam TV.

Semburan teh tarik tadi tersebar ke udara di dalam bentuk butiran yang halus,lalu dibiaskan oleh cahaya mentari pagi,dan seterusnya membentuk pelangi yang cantik dan comel.

Burung-burung berkicauan.

Semut-semut bersahutan.

Ultraman berterbangan.

Sempurna.

Wednesday, January 5, 2011

Jamil dan dapur rumahnya yang comel.

Jam sudah menunjukkan 6.30 petang.Aku turun dari tingkat atas.Pakaian pejabat yang gila 'awesome' tadi sudah ditukar.Aku hanya memakai seluar pendek santai ala-ala hawaii (bukan hawau) bersama t-shirt bodoh.T-shirt bodoh di sini bermaksud,tshirt yang boleh digunakan samada untuk berkebun mahupun untuk lentai(lepak + santai) di rumah.

Setelah turun dari tangga,aku terus menuju ke dapur.

Peti ais dibuka.Daging kisar dikeluarkan.Nasib baik semalam aku dah keluarkan dari plastik dan keluarkan dari tempat beku.Kalau tak,jenuh jugak nak tunggu daging beku tu lembut.Takda kejanya aku nak hangatkan daging kisar tu dengan pelukan aku sampai lembut.Aku letak mangkuk daging tadi di sebelah dapur.

Buka almari bawah dapur,aku keluarkan segala rempah,bawang dan lada hitam.Pisau diambil dari tempatnya.Buka peti ais lagi,ambil segala sayur yang sesuai.Papan pemotong tersedia kemas.Tangan siap steady memegang pisau.

Demmit.Lelaki gagah beraksi di dapur.Satu kombinasi yang membuatkan semua gadis di dunia cair.Nasib baik tak pakai tali leher lagi.

Resepi aku pada petang tersebut adalah,'burger black pepper KLCC'.Aku letak KLCC tu sebab cadangnya nak buat burger yang bertingkat-tingkat.Bagi cepat sikit kena sakit jantung.Hahaha.

Kenapa aku masak burger? Well.Maklumlah,sebelum-sebelum ni dah buat nasi daging lah,nasi ala-ala beriani ayam lah.Jadi,sekali-sekala,kita ke western sikit lah.Ye dak? Lagipun,home made burger ni,yang bestnya,saiz daging tu,kita boleh set sendiri.

Yabedabedu.

Ok.Mari kita sambung memasak.

Aku masukkan 'secret recipe' aku ke dalam daging kisar tadi.Aku uli-uli sampai nampak hensem daging tu.Eksaited sikit.Maklumlah,kali pertama buat burger sendiri.Setelah semua ramuan sebati,aku pecahkan telur ke dalam daging tadi.Lepas tu,sambung uli-uli sampai pejal.Baru senang nak bentukkan sikit.Tak perlu dah pakai ekstrak usus b**i.haha.

Kuali leper dipanaskan.Mentega tanpa kolestrol dimasukkan.Bau dah naik.Pada masa yang sama,satu tangan lagi sibuk mengacau kuali yang penuh dengan bawang dan kubis yang dipotong dadu bersama 'sos rahsia' hasil adunan Jamil sendiri.

Handal kan?

Bawang dan kubis yang sedang ditumis sampai berkaramel tadi,kiranya macam 'topping' lah dalam burger aku tu.Baru meriah sikit.Takkan nak letak timun dengan tomato sahaja kan? Cliche sangat jadinya burger aku tu nanti.

Aku pergi semula ke arah daging burger aku.Aku ambil seketul,leperkan atas bekas.Untuk membuat bentuknya bulat,aku tekap dengan mangkuk kecil.Lebihan daging di sekelilinya aku buang dengan teliti.Hasilnya,perfect! Sebijik-sebijan macam daging burger yang dikeluarkan dari kilang tu.

Tanpa membuang masa,aku letak daging burger yang aku potong tadi dalam kuali.

Bunyi daging bertemu dengan kuali panas memang mengasyikkan.Apatah lagi melihat daging tadi bertukar menjadi warna macam daging burger McD.Kelabu.Air liur aku dah mula tak tentu arah.

Setelah 2 minit dalam kuali,aku mula was-was pada daging burger tadi.Semakin lama-bentuknya semakin bertukar.

Akhirnya,daging yang selebar mangkuk tadi,bertukar menjadi saiz biskut meri.

Dem!

Aku masak daging burger ke...masak begedil?????










Benci.






*Daging seterusnya,aku buat saiz sama lebar dengan kuali youuuu....hasilnya, macam quarter pounder McD.haha...



Tuesday, January 4, 2011

Status 10

Tahun baru.

Hoh..baru dapat surat kompemesyen semalam.Banyak benefit jugak rupanya keja kat sini.Macam-macam ada.Siap ada servis urutan badan ke badan (B2B) oleh gadis seksi manja lagi pada waktu lunch.Ok,yang itu aku tipu.Jangan dok buat-buat percaya.Tampar laju-laju kang.

Dan...yang terbaik sekali....semestinya..

Gaji baru.

Rasa nak cium mulut sendiri pun ada sebab terer sangat.





Hik Hik Hik.

Monday, January 3, 2011

Hey Melaka! Wassup! (Gila gampang tajuk entry)

Aku berjalan-jalan di hadapan kota A' Famosa,Melaka.

Ramai betul orang datang melawat kat sini.Bermacam jenis orang yang aku jumpa.Ada yang bawak keluarga.Ada yang bawa awek.Ada yang bawa bini.Ada yang pakai jaket tebal tengah-tengah panas,ada yang pakai dedah sana sini.Ada jugak yang berbikini depan A'Famosa pada masa tu.Tapi..yang berbikini tu,cuma dalam imaginasi aku sahaja lah.Imaginasi yang hanya boleh dicapai oleh orang yang cerdas-cerdas orang kata.Kalau orang yang tak cerdas sangat,mesti tengah pikir nak beli cincalok dan 'key-chain' pada masa tu.

Kan?

Jadi,sambil berjalan bersama keluarga aku ramai-ramai(ya..memang ramai.Dekat 30 orang rasanya),aku melihat-lihat sekeliling.Bladihel,banyak betul kenangan dekat Kota A'Famosa ni.Sampai nak keluar air mata sedih kalau di'flashback' kan semula.

Tengah sedap berjalan-jalan,tiba-tiba aku nampak kakak sulung aku sedang bersalaman dengan seseorang di hadapan.Aku perhatikan betul-betul.

Dem!

Macam mana boleh terjumpa sepupu aku pulak kat situ.Haram tak berjanji.Sepupu aku tu,umur dia macam kakak sulung aku.Geng-geng 4 series orang kata.Aku masih 2-series.Tak lama lagi masuk 3-series pulak.Sepupu aku ni,biar aku kenalkan dengan nama Kak Mah.Kak Mah aku tu siap datang dengan anak-anak gadis beliau yang sedang meningkat remaja.

Ehem-ehem.Kering pulak leher ni bila bercerita.

Bersama mereka pada waktu tu,ada seorang budak lelaki.Gaya macho habis.Bertopi.Aku menghampiri Kak Mah.Salam dihulurkan.Muka setting manis-manis.Selesai salam Kak Mah,aku terus melintasi anak-anak gadis Kak Mah,dan terus menuju kepada budak lelaki yang ada dalam geng diorang tadi.Sambil bersalam,aku diberitahu budak lelaki tersebut adalah membe kepada anak Kak Mah.Mamat tu yang bawak diorang semua jalan-jalan kat Melaka.

Aku bagi senyuman paling manis sambil salam budak lelaki tadi.Aku tak salam anak gadis Kak Mah.Mana buleh.Bukan muhrim.

Ehem-ehem.Ishh..kering lagi leher ni.Emm..

Selesai bersalaman semua,kami berbual-bual meriah.

Tengah 'pung-pang-pung-pang' sembang tu,baru aku tau,mamat yang aku salam tadi...adalah seorang polis....bekerja di bukit aman...dan yang paling anbelivebel sekali adalah....beliau merupakan seorang gadis!

Emmm.....

Emm....

Em...








Batal wudhuk I.



Saturday, January 1, 2011

Benda-benda di luar tabii.


Sumber: klik sini


"We have fulfilled a dream in finally becoming parents, and are so happy and excited at this very special time. Zachary is a gorgeous little baby and we are so proud of him," John tells UsMagazine.com.

The music superstar met Furnish, a film director and producer, in October 1993 at a dinner party held at his home. "He was very well dressed, very shy," John says of their first meeting. Noting that he was "instantly" attracted to Furnish, the singer says their relationship took off from there. "The next night we had dinner...We fell in love very quickly."


Selesai baca artikel ni...bontot aku terkemut dengan sendirinya secara tiba-tiba.




TWACKKKK !!!!!!


Hik! Hik! Hik!

Awek 'drive thru' kat KFC Jalan Kuchai Lama........cun.Baru tengok pukul 2 tadi.

Nama dia Zuraidah.Ha,kepada yang bujang-bujang tu.Apa lagi.Pegi temankan dia.Sian dia kena keja hari cuti camni.

Pegi lah tengok cepat.

Pegi lah cepat!

Pegi cepat!







Hik hik hik..

Tips untuk mereka yang malas.

Ok.Kalau korang pegi komen mana-mana page yang ada 'word verification',mesti korang malas nak taip huruf yang pelik-pelik tu kan?

Ok.Jadi,di sini,abang Jamil nak bagi petua-petui untuk mereka yang malas nak taip semula perkataan tersebut.Ini berdasarkan pengalaman abang Jamil di tahun-tahun yang lepas lah.Caranya?

Caranya,klik kotak pangkah kat penjuru kanan atas browser,lepas tu pegi blog lain.

Sekian.


*********


Ok ok..abang Jamil bergurau sahaja.Hik hik hik...

Macam ni,masa 'word verification' tu keluar,korang nampak kan link yang tulis 'edit' kat sebelah komen korang? Ha...klik link edit tu,lepas tu terus post semula.Nescaya anda akan terlepas dari perangkap offside 'word verification' tersebut.

Oh ye.Untuk 'word verifiaction' tertentu sahaja.Tertentu macam mana,ha,itu yang kita tak tahu.

Cubalah.Anda pasti nak lagi.

Hik hik hik..






-Abang Jamil? Apahal tiba-tiba aku rasa meremang ni.

Oh.Jadi ini lah tahu baru ye?

Takda apa pun.Sama ja.(Mata melilau kiri kanan..atas bawah)