Wednesday, September 30, 2009

RHB Bank Online

Lokasi: Megan Avenue,KL
Tahun: 2007

Aku datang ke pejabat dengan berdebar-debar.Yelah,hari gaji masuk.Mau tak berdebar.Mesti semalam HR dah masukkan gaji.

Duduk ja atas kerusi aku terus buka tenet.Masuk dalam web RHB bank dan terus login laju-laju.

Mata bersinar-sinar bila tengok angka dalam skrin depan aku.Nak jerit 'horey' kuat-kuat malu jugak rasanya.Jadi aku diam-diam dah sambil sengih sorang-sorang.Goyang-goyang badan sikit tanda gembira.Tapi tak goyang kuat sangat,sikit-sikit ja.Gembira betul.Hati dah girang.Rasa nak cium skrin monitor tu.Dinding kosong opis aku nampak berbunga-bunga.

Dalam kepala dah bayang lunch nanti kena makan sedap-sedap.Aku mula tergedik-gedik.Untuk menambahkan lagi gedik-gedik,aku tengok sekali lagi angka di dalam akaun aku tadi.Aku sambung senyum semula.Tersengih.Kaya.

Tetiba mata aku terpandang status yang bertulis, 'float = 2 days'.

Ya,aku mula sedar,cek aku belum clear dalam bank.Kenapa bulan tersebut tak guna cash seperti bulan-bulan lain?Kenapa HR bergurau macam ni? Kenapa tiada pengumunan? Sapa nak bertanggungjawab bila perasaan aku dah tercalar? I tak suka gurauan macam ni. I dah penat makan sardin tau.











Benci.

Down ↓

Mendengar lagu down nyanyian Jay Sean feat Lil' Wayne sangat menyenangkan.Suara dan gaya bertopi Lil' Wayne sangat unik dalam vklip ini.

Saksikan.



LIHAT (Video kualiti baekkkk punya!)




p/s: macam mana nak letak vklip dalam buku ha?

Tuesday, September 29, 2009

Dialog Masyarakat Marhain 16

"Wahh...beli kereta tak cakap kat aku!"
"Haha..ala..baru la seperais sket.Amacam? Lawa kereta aku?"

"Lawa-lawa.Bangga aku jadi kawan ko.Keja berterabur pun buleh beli kereta baru."
"Jimat sikit-sikit,buleh la.Orang kata sikit-sikit lama-lama jadi bukit."

"Betul-betul! Ha,alang-alang aku ada kat sini,buleh aku cuba pandu?"
"Silakan,silakan.Tadahal."

Sunyi...

"Wahh....lancarnya kereta baru ko ni! Sedap dipandu!"
"Biasa lah..kereta mahalll..."

Sunyi...

"Jib..sampai bila kita nak berlakon macam ni.Makan pun tak lepas,mak bapak tanggung.Kerja pun takdak.Tak habih-habih berangan.Tiap-tiap hari lepak pondok buruk dalam kebun ni.Umur da tua."
"Diam lah...buat-buat macam aku beli kereta baru.Berangan pun berangan lah.Janji merasa jugak."

Sunyi...









"Jaga-jaga,ada orang melintas kat depan tu."

Monday, September 28, 2009

Dah buleh mula kumpul duit,jual besi buruk,buat OT,paw budak sekolah,jadi cikgu tuisyen part time.


-Draf cadangan cover blook hapacrita.Ni draf memain je aku buat semalam.Hasil akhir nanti aku publish lain bila buku dah siap.-

Disebabkan ada permintaan,aku pun try le bukukan menda alah ni.Mungkin sepurnama dua lagi baru keluar kot.Sangat terhad.Gila apa nak cetak banyak-banyak.Aku bukan Tamar Jalis mahupun Ahadiat Akashah.Jauh sekali akhbar Metros.Pastikan anda mendapat buku yang tertulis 'cetakan pertama'.Baru 'rare'.

Harga RM20 termasuk harga pos.Nak bayar lebih pun tak apa.Nanti masa solat jumaat,aku doakan korang murah rezeki time antara dua khutbah tu.Tebal dalam 100-1++ mukasurat kot.Ni semua anggaran ja.Harga dan mukasurat,nanti aku info lain.Mana le tau tetiba ada orang sedekah RM1 juta kat aku ke..buleh aku bagi free buku ni semua kat korang.

Lepas ni,kalau komputer meletup ke,harimau belakang rumah terlanggar wayar streamyx ke,tok imam pinjam komputer tak bagi balik ke,posmen tak hantar bil karan sampai kena potong ke dan seribu satu masalah yang menyebabkan korang buleh rindu kat hapacrita,akan berakhir.Diulang.Akan berakhir.

Dengan adanya blook ni,korang baca le sampai lunyai.Nak wariskan ke anak cucu jadi harta pusaka pun tak kesah.Tak da hal.Buat baca kat adik-adik,atau anak-anak time diorang nak tido pun tadahal jugak.

Ok..itu pun kalau aku rajin nak siapkan.

Bubai.

Amacam? Sabtu ni?


-Sila lihat minit ke 1.10. Mat rempit pun buleh gigit jari-

Thunderbirds datang malaysia.Sebelum ni tgk kat youtube ja...peh...berdebar dah dada aku nih.Mesti sesak gila nanti kat airport subang tuh.

Jangan jatuh terhempas atas aku sudah.Berat jugak jet tu.

Motivasi

"Ok semua...terima kasih kerana menghadiri mesyuarat pada pagi ini." ujar en Tamim kepada staffnya yang berada di bilik mesyuarat.
"Oh ya,sebelum kita bersurai,seperti anda semua sedia maklum,sebentar tadi bahagian kewangan telah membuat pembentangan di hadapan kita semua,alhamdullillah,syarikat ini akan memberikan bonus kepada anda semua hujung tahun ini..." tambah en Tamim sambil tersengih-sengih.

"Terima kasih boss!!" serentak semua staffnya bersuara.Semua ceria.Gembira.

"Eh...mana Keri? Tadi ada kat sini kan?" tanya en Tamim.
"Dia pergi tandas kejap bos,dia keluar tadi." balas setiausaha syarikat yang bergetah badannya.

"Oooo...patut la rasa macam ada orang keluar,ramai sangat,tak nampak....hehe....oh ya...kalau kamu semua ada masalah peribadi...boleh la datang jumpa saya.Jangan lupa,saya pemegang ijazah dalam kaunseling dan psikologi..." en Tamim mula nak bangga diri.Semua staffnya sudah bersedia untuk menahan diri dari loya.

"Tengok Keri tu,sebelum ni asyik datang lewattt ja....minggu lepas saya bagi kaunseling sikit,terus datang awal,kamu perasan kan seminggu ni awal je dia datang.Kan?" soal en Tamim kepada staffnya.Semua mengangguk.Kena la angguk,kang tak dapat bonus kang.

"Maaf bos,kuar tak cakap tadi...nak terkucil dah..." ujar Keri tersengih-sengih sambil menutup pintu bilik.
"Haa...Keri,ceritakan kepada semua orang dalam bilik ni kenapa kamu mula datang awal dalam seminggu ni.." duga en Tamim sambil bersedia menerima pujian dari Keri.Ye lah,penat-penat dia bagi kaunseling kat Keri minggu lepas.

"Ohhh....depan tu ha...ada kedai nasi lemak.Baru bukak.Awek yang jaga nasi lemak tu....yarabbi....bergetah.Badan mantap.Kembung sana sini.Pakai ketat.Lawa nak mati.Cepat habis nasi lemak kat situ.Kena la datang awal.Buleh tengok awek tu.Datang lewat kang tak sempat pulak nak cuci mata.Lawaaaa bosss.....besok bos pegi tengok sendiri.....seriyess!!!" Keri memberi keterangan dengan penuh perasaan.Penuh emosi.



















"Syarikat kita kerugian tahun ni,tiada bonus." ujar en Tamim bermuka serius.

Semua staff memandang Keri dengan pandangan membunuh.

Wah!

Sudah boleh makan roti canai di kedai mamak waktu pagi tanpa rasa awkward dah.

Sunday, September 27, 2009

Air Terjun

Lokasi: Air terjun SmallVille
Tahun: 1994 - 1995 kot..

Dulu masa aku sekolah rendah dulu,keluarga aku selalu berkelah kat lata smallville.Selalunya hari Jumaat.Tak jauh dari rumah aku.Sekali berkelah jenis ajak semua adik beradik sekampung.Berkumpul ada le dekat 50 orang.Macam-macam acara ada,masak nasi dalam buluh,bakar ayam,sosej dan macam-macam lagi.

Biasanya start dari kul 10 pagi.Semua orang berkumpul kat sana.Dah siap amik buluh,daun lirek,pasang api,panggang-panggang semua,kaum lelaki akan balik untuk solat jumaat.Pas solat jumaat kami datang memang dah terhidang la makanan.Kira port kat lata tu,sekali tengok memang dah nampak macam kem pelarian.Bezanya kat situ ada muka kacak aku,jadi terus tak nampak macam kem pelarian.

Nak dijadikan cerita,kat bahagian atas lata SmallVille ada air terjun.Nak ke air terjun kena berjalan sket.Agak jauh la.Ada jalan kecik naik ke sana.Orang jarang pergi.

Sepupu-sepupu perempuan aku bercadang naik ke sana ramai-ramai.Ada le dekat 10 orang.Budak lelaki ada le dalam 3 orang termasuk aku.Kira aku le budak lelaki paling tua dalam group tu.Kami berjalan kaki dengan gembira.Rilek-rilek.

Selaku lelaki paling kacak,aku kena kawal keselamatan sepupu perempuan aku walaupun diorang dah sekolah menengah.Menda-menda yang membahayakan keselamatan seperti pacat aku tendang jauh-jauh.Baru nampak perkasa.Kat tangan ada sebatang kayu yang entah kat mana aku cekau.Aku jalan depan sekali.Baru rambo.Dah beberapa menet berjalan,akhirnya kami tiba di air terjun tersebut.

Sunyi.Tiada orang.

Tiba-tiba seorang sepupu perempuan aku menjerit.Pada masa yang sama jugak aku dengar jeritan beberapa jantan dari kawasan air terjun.

Kelihatan sekumpulan remaja lelaki dalam 5-6 orang sedang duduk di atas batu dalam keadaan berbogel.Sepupu perempuan aku yang lain yang mula nampak aksi bogel tersebut turut menjerit.Geng-geng remaja lelaki yang berbogel tadi terus terjun ke dalam air sambil menjerit sebab malu.Tak tahu pulak ada acara mandi bogel kat atas tu.Mentang-mentang la tak ada orang.

Kami semua terus berlari semula ke lata sambil menjerit-jerit kengerian.












Aku lari paling depan sekali.

Memang tak buleh diharap.

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Kira kosong-kosong lah ye..

Apa? Duit raya?

Ha...amik sorang satu kat bawah tu...jgn rebut2...











Print elok-elok ye...

Bubaii...

Thursday, September 17, 2009

Check list

Minyak kereta....PENUHH!

Duit raya dalam bekas.....PENUHHH!!

Barang-barang hiasan ......PENUHHH!!

Baju Raya dalam plastik ........PENUHHHH!!

Kuih Muih......PENUHHHH!!!

Puasa...........PENUHHHHH!!!

Teraweh?.......errr.....aaaa.......aaaa.....anu.....err.......














Wachaaaaaa!!!!

Hai,aku dah sehat.

Hik! hik! hik!...

(^___________________^)

Wednesday, September 16, 2009

Polis,tolong terajangkan dia barang sedas dua..nak tampar laju-laju pun tak apa...

Pengamal ajaran sesat ditangkap
16/09/2009 10:26am

SHAH ALAM 16 Sept. - Pengamal ajaran sesat yang mengaku dirinya 'Rasul Melayu', Kahar Yahaya ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Kajang, pukul 8 pagi ini.

Suspek kini berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang dan akan dituduh di Mahkamah Tinggi Shah Alam, di sini hari ini juga. -Utusan




p/s:Tgh emo...demam kuat.

Tuesday, September 15, 2009

Berehat sebentar...






Aku deadlock! Oh tolongggggg...~~~

Monday, September 14, 2009

Teraweh

"Kalau tak larat buat 20,buat 8 pun dah cukup." lembut mak aku pesan.Aku angguk-angguk sambil pakai kain pelekat,dah terus berlari-lari ke masjid.Tinggal mak dan bapak aku yang tengah bersiap.Bukan dengar sangat pun,seronok je lebih.


*******
Setelah penat rukuk sujud rukuk sujud kat saf kanak-kanak....aku pun stop.Dah cukup 8 dah.Tak larat nak buat habis.Lenguh dah kaki.Umur baru 8 tahun,dah mula lenguh-lenguh.Ada hati nak jadi Rambo.

Aku pegi sandar kat dinding saf belakang.Bagi ilang lenguh kaki.Masa aku sandar kat sinding,aku tgk jemaah solat 2 kali ja..pastu terus masuk witir...

"Eh....kenapa buat 10 ja..mak aku kata masjid ni buat 20... " bisik hati ku.

******





Tiba di rumah...mak aku menerangkan,yang aku dah buat 16 rakaat...bukan 8 rakaat.

Pada masa tu,aku mula sedar betapa pentingnya sifir 2 dalam acara solat sunat teraweh.

Dialog Suami Isteri 9

"Bangggg.....raya tahun ni balik kampung ayang eh..."
"Haa..mula dahh....tahun lepas kan da balik kg ayang....tahun ni kampung abang la pulak..."

"Ala...ayang rindu la kat mak...buleh laa...." rayu si isteri sambil tarik-tarik manja tangan suami..mula nak mengada-ngada.
"Mana boleh..kena adil la....jgn buat macam ni..abang pun ada mak jugak.Raya haji nanti balik rumah ayang pulak.Gilir-gilir...ok?" pujuk suami.

"Tak nakkkkk.....balik la kampung ayangg....buleh la abanggg...."rayu isteri lagi.Sangat mengada-ngada.
"Apa nii..abang kan da janji dengan mak ayah abang....mana bolehh.." balas suami sambil menonton tv.

"Ok lah..kalau abang tamau balik kampung ayang....ayang....." belum habis si isteri menghabiskan ayatnya..tetiba...








"ASSALAMUALAIKUMMMMM....!!! "




Si isteri buka pintu,kelihatan Mak Cik Senah,ibu kepada si suami di muka pintu.

"Ha...apa kena suami kamu tepon semalam suruh mak datang cepat-cepat ni....nasib baik adik ipar kamu kebetulan datang ke kolumpo ni ha...nanti balik kampung awal sikit...mak nak tumpang...adik kamu balik lewat...ada hal apa ntah katanya...beras pulut lemang tak sedia lagi ha....kang tak sempat....raya dah minggu depan..." laju Mak Cik Senah bersuara bila nampak anak menantunya....macam mesin parut kelapa laju dia...

Si suami tersenyum nakal sambil sms terima kasih kepada adiknya.Strategi berjaya.

Si isteri sedar kekalahannya dan mula menyambut ibu mertuanya dengan mesra....

Polis Trafik

Aku memandu dengan tenang dari KL menuju ke Kedah.Bila tiba di kawasan lepas Tanjung Malim,aku mula rasa bosan.Mengantuk pun mula menyerang.Mak ngan bapak aku da lena.Tinggal aku sorang-sorang.Nak ajak sembang kang,sembang solo pulak.

Aku memberikan lampu isyarat ke kanan dan masuk lorong memecut.Aku pecut agak laju.Ye lah...Kedah jauh lagi.

Elok sampai kat satu fly over...aku nampak satu menda pelik kat kaki tiang fly over tu.Warna putih.Bila agak dekat,aku terkejut.Rupanya polis trafik tengah amik bacaan perangkap laju.Aku serta merta perlahankan kenderaaan aku dan memandu dengan tenang semula.Alah,baru 110km/j.Bukan cecah 300km/j pun.

Aku semakin menghampiri lokasi polis tersebut.Muka maintain macho.Buat macam x da papa.Kelajuan dah menurun ke 80km/j.

Aku melintasi polis tersebut dengan kejutan terbesar.

















Tiada polis di situ.Hanya papan lapis yang dilekatkan dengan gambar polis yang beraksi seperti memegang kamera perangkap laju....

Buleh tahan jugak polis perak bergurau...

Sunday, September 13, 2009

Letih jugak mereply komen...

Sebab sayang kat pembaca blog ni...tadahal punyaa.....(bapak bodek ayat...hahaha....)

Dialog Masyarakat Marhain 15

"Waahh...ko jalan dengan makwe tiga pat orang...terus tak tegur aku kat bazaar ramadhan eh semalam..buat tak nampak jeee...."
"La..ko pun pegi jugak eh semalam....bila ko selisih dengan aku? Tak perasan pun."

"Alaa....tu la ko..dah awek ramai-ramai ikut,bukan nak perasan membe sendiri..."
"Alaa...sori la..ramai orang....kat mana ko selisih dengan aku? Aku tanya x jawab pun.."

"Aku yang pakai baju merah semalam.Selisih masa kat kedai jual bunga api tuuu.....aku pakai topi ngan pakai mask.Pakai cermin mata hitam sekali.Tak perasan?"
"Perangai macam lahanat,dah ko tutup semua muka ko dengan mask,topi,cermin mata bagai....pastu bising-bising kata aku tak tegur ko...mana aku nampak muka ko camtu!"






















"Ko tak cam bau aku?"

Saturday, September 12, 2009

Dialog Masyarakat Marhain 14

"Eh...nak tanya sket...ko ingat tak warna apa baju melayu aku pakai raya tahun lepas?"
"Tak ingat pun....napa?"

"Tak da papa....tak payah beli baru la...orang bukan ingat pun...hahaha.."

Kat Sekolah dulu tak da pulak TAG ni dalam buku teks..

TAG dari wishingstar!

1. Siapakah nama kawan rapat anda sewaktu kecil?
Ramai wooo....salah sorangnya nama Azam.

2. Apakah permainan masa kecil yang anda ingat?
-Perang dalam hutan.Pakai senapang kayu.peluru biji kopi.tak pun 'terung cheweng'.
-Main kejar-kejar AKA main jet.Main kat padang.Kena keja membe,dapat sentuh,dia lak kena kejar.
-Tuju selipar.Meriah gila.
-Main sembunyi batu dalam sungai.
-Main kejar-kejar AKA 'jet' dalam sungai.Versi ni sangat taff...nak lari dalam air sangat sukar...perlu gunakan teknik belut.

3. Kalau anda gaduh dengan kawan anda, apakah yang akan anda cakap kpd mereka?
-Diam ja.Rilek-rilek.

4. Di kawasan manakah tempat feveret anda bermain?
-Selaku budak kampung,semua tempat boleh.Ikut kesesuaian permainan.Tak kan nak main polo air kat padang sekolah pulak kan? hehe..

5. Apakah cita-cita anda semasa kecil?
-Orang datang repair lampu kat rumah...aku nak jadi tukang repair lampu.Orang datang betulkan paip kat rumah...aku nak jadi tukang paip.Membe bapak aku yang askar datang rumah...aku nak jadi askar.Paling tabley bla...nak jadi suria baja hitam.Sampai sekarang tak dapat interview camtu lagi.

6. Apakah rancangan katun yg anda gemari dan masih ingat sampai skrg?
-Road runner.
-Bugs bunny.
-Duffy duck.
-Sylverster si kucing.
-Speedy gonzales..yariba yaribaaa..andreeii...andreii...

7. Makanan ringan apakah yg anda akan borong di kedai?
-Keropok keju yang bulat-bulat tu.Nama dia SUPER RING.jenis makan sembunyi-sembunyi.Mak bapak aku tgk jenuh kena marah.Pewarna dia banyak sangat.Heaven gila bila dapat makan sambil duduk atas beskal pekena ushar awek main gelang rotan kat padang....Peh.

8. Nyatakan seorang rakan zaman kanak-kanak anda yg anda teringin jumpa skrg?
-Faizal ali.

9. Apakah gelaran anda semasa kecik?
-Dipanggil dengan nama sebenar,sebab,bila diorang sebut nama sebenar aku,diorang akan rasa berseri-seri..bahagia..gembira...lari-lari lompat....sebab nama aku sangat sedap.

10. Siapa yg mahu ditag?
Tak da sapa2.. =)

Friday, September 11, 2009

Semalam yang hangat 8

Aku bersedia di dalam helikopter.Bersenjatakan senapang tercanggih,aku dijatuhkan di sebuah pulau.Aku perlu bertahan dengan keadaan di pulau tersebut selama sehari.Banyak juga musuh yang datang,semua aku kalahkan.Tak kurang juga hantu yang datang serang,boleh tahan seram dia.Last-last aku berjaya keluar dari pulau tersebut.Memang penuh aksi!




POFFF!!! terjaga.Jam 5.30 pagi.Demmm..x sempat sahur.Teguk air kosong.



Pergi bilik air,mandi wajib,dan tunggu waktu subuh.














Tengah tunggu waktu,aku termenung sambil terbaring,macam mana aku buleh mimpi basah? Tadi bukan main sakan perang-perang.

Heran tau..

Petronas

Berjalan dengan manja menuju ke ATM dalam petronas.Tepuk-tepuk mesin tu sket.Bagi kuar duit.

Dah setel,keluar.Bila buka pintu,buat-buat terlupa untuk bayar minyak.Aku menuju semula ke arah kaunter.Selesai bayar.Psiko.

Tiba di kereta,pakcik yang jaga pam dah tolong isi.Elok nak setel dah pakcik tu isi,aku ucapkan terima kasih dengan penuh manis.

Masuk dalam kereta,bersedia untuk bergerak.Menunggu pakcik tu tutup tangki minyak.Selesai.Pakcik tu pandang aku,dan tunjuk isyarat bagus sambil tersenyum lebar.Muka manis-manis.Kalau tukar senyuman tu dalam bentuk makanan,semut pun tak berani nak sentuh.Manis sangat.




















Wah! dah macam iklan petronas dalam tv!

Thursday, September 10, 2009

Alam Ria Cuti Sekolah

Lokasi: Sekolah Rendah Kanak-Kanak Genius.(SRKKG)
Tahun: 1994 rasanya... (darjah 4)


Cuti tahunan sekolah dah habis.Maknanya aku tak boleh lagi merayau-rayau hampir setiap pagi kat tepi sungai.Kat Kedah,dalam seminggu cuma cuti hari Jumaat ngan Sabtu.Mana cukup untuk kanak-kanak yang baru nak mengenal dunia macam aku ni nak jelajah semua tempat.Setakat nak minum Dumex hari-hari,bukan buleh cerdas pun.

Aku berjalan dengan malas ke sekolah pada awal hari persekolahan.Masih berat nak ke sekolah.Yelah,cuti punya la panjang,sampai dah lupa muka cikgu.Rasa macam nak tertukar muka cikgu ngan muka tukang kebun.Kadang-kadang bila tengok sekolah,terus rasa nak balik.Nak lagi rare..bila masuk sekolah,bayangkan sedang masuk pasaraya...nak sedapkan ati.

Hati rasa tak best,malas bangun pagi.Rasa macam nak masuk hutan kopi Tok Kedai,main kombat.Rasa macam nak pegi terjun sungai hari-hari tanpa rasa serabut nak susun buku dalam beg ikut jadual.Rasa nak main lari-lari tanpa memikirkan kerja sekolah.Tapi semua tu mustahil.

Aku meneruskan perjalanan.Semangat nak pegi kelas memang dah luntur.Kawan tegur pun buat layan tak layan.Serius takda mood....sehinggalah.....

"Hai Jamil.....hensem arini....." aku ditegur oleh awek ranking pertama tercantik kat sekolah aku ketika berselisih dengannya di koridor kelas...















Hujung tahun tu,aku naik ke pentas untuk terima hadiah bagi kategori kedatangan penuh ke sekolah.




Di sebalik kejayaan lelaki...ada 'wanita' di belakangnya.(cam aram ayat).

Wednesday, September 9, 2009

Usolli Sunnatal Li'Idil Fitri Rak'ataini Makmuuman Lillaahi Ta'ala..

Lokasi: Masjid
Tahun: 1993 rasanya..(darjah 3).


Ya,raya telah tiba.Aku pakai pakaian paling hensem.Baju melayu lengkap bersampin.Sekali tgk macam hero-hero melayu.Dua kali tengok pun macam hero-hero melayu.Dalam perjalanan ke masjid aku dah dapat rasa mesti ramai mak-mak anak dara dah booking aku nak buat menantu.

Tiba di masjid,aku berjumpa dengan rakan-rakan sebaya.Rakan-rakan tak sebaya sibuk sembang pasal motor.Baru sekolah rendah dah sembang motor.Naik beskal pun buleh terbalik lagi.

Sebelum solat,macam biasa,imam akan bagi penerangan dan peringatan sket.Maklumla,solat Aidilfitri ni bukan macam makan nasik yang buleh dibuat tiap-tiap hari.Mungkin ada yang lupa.

Selesai bagi penerangan,imam bersedia angkat takbir pertama.

Aku dah ready kat saf budak-budak.Malik(bukan nama sebenar) duduk sebelah aku.Hati aku dah debar-debar.Debar-debar pikir duit raya yang nak dapat nanti.Sambil dalam kepala tengah rancang peta perjalanan ke rumah-rumah orang kampung.Perjalanan disusun mengikut kepentingan.Jika ada awek cun,diutamakan.


"Allahhuakbar!" imam angkat takbir pertama...

"Allahhuakbar!" aku dan Malik angkat jugak....

"Allahhuakbar!" imam angkat takbir kedua.....

"Allahhuakbar!" aku angkat takbir kedua.....Malik dengan bersahaja terus rukuk.

Tersedar.Malu.

Malik lari turun dari masjid dan terus menghilangkan diri dengan pantas.Macam kartun.

















Dari takbir ke-3 sampai bagi salam,aku letih tahan gelak.

09/09/09

Wow....kacak betul tarikh hari ni.

Tuesday, September 8, 2009

Sel Otak Mula Susut

Aku berjalan manja ke arah surau opis aku.Dah 6 petang lebih.Asar belum lagi.Mesti malaikat pencatat amal dah mula cekak pinggang dah.Aku buka pintu,masuk.Tutup semula pintu.Berjalan ke tengah sedikit,dan mula buka butang seluar.

Terhenti.

Kenapa aku buka butang seluar di dalam surau?













Kalau aku yang jadi tukang catat amalan....aku dah letak kosong markah.

Jangan Pandang Belakang!




Cantik-cantik hantu kat malaysia ni.

Lembu

Mail Karan,Lebai Sarip,Man Senget dan Ali Agogo berhenti pekena kopi di kedai Jali lepas subuh kat masjid.Ritual biasa sebelum ke kebun masing-masing.Ritual yang dilakukan mereka sejak muda.

Seperti biasa,meja tepi kedai jadi port mereka.Setelah memesan air kegemaran masing-masing,mereka pun mengunyah apa yang ada atas meja tu.Cucur kodok,lepat liat,kuih bingka,kuih lopes...macam-macam juadah ada.Kalau rasa nak berat sikit,diorang order mee goreng ke,bihun goreng ke,nasi lemak ke.

Air yang dipesan tiba.Masing-masing menghirup dengan tenang.Sambil minum,mereka berbual-bual.Macam-macam perkara dibualkan.Dari proses pembentukan berlian yang dilakukan di makmal,sehinggalan kepada rumus-rumus dan teori fizik tahap tinggi dibincangkan bersama.Tak kurang juga tentang fesyen terkini.Hasil menonton rancangan Estero.

Tengah sedap-sedap berbual,tiba-tiba ada sekor lembu melintas kedai.Lembu tadi masuk ke dalam kebun Mak Mah yang berada tidak jauh dari mereka.Lembu tersebut menyondol-nyondol pagar buluh kebun Mak Mah hingga runtuh.Lepas tu lembu tersebut blah dengan tanpa rasa bersalah.Pagi-pagi dah samseng.




"Lembu sapa lah tu...bukan reti nak ikat.Biar ja ceroboh kebun orang...melilau sana sini...." Mail Karan bersuara.

"Ntah-ntah lembu ko kot Mailll......" Man senget mengusik.

"Ntah...tak nak ngaku pulak...." Ali Agogo menambah....

"Woiii....lembu aku kat kandang la...aku kenal la lembu aku.." Mail Karan membela diri sendiri sambil hirup kopi.

"Aku tengok lembu tadi macam bingai ja...nampak macam terencat....terencat macam tuan dia aku rasa...." Lebai Sarip yang diam dari tadi mula bersuara.....

"Oiii....sapa kata aku terencat!" laju Ali Agogo mencelah....














Lebai Sarip tersengih nakal...

Kantoi...

Monday, September 7, 2009

Gedik Ramadhan

Bila aku merayau-rayau dalam internet,banyak betul aku jumpa gambar orang yang amik gambar ala-ala 'myspace'.Jenis dongak atas tepi kiri (45 darjah), muncungkan mulut, muka buat-buat kiut.Nak lagi gampang,jenis berduet ramai-ramai.Biarkan.Malaysia kan negara demokrasi,semua orang buleh bergambar sukati diorang.

Jadi selaku individu yang mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi,aku cuba bergambar dengan cara tersebut.Sendirian.

Aku dongak ke atas kiri,letak kamera tinggi sket,muka buat-buat kiut,bibir muncungkan sket,tambah gaya senyum-senyum,kepala botak.....

SNAPPP!!

Lepas amik gambar,aku view semula gambar yang aku amik tadi.















Macam banduan terencat.

Besok cuti.

Yeah!!!

Sunday, September 6, 2009

Bunga Dari Liverpool

Tadi,aku menonton sebuah cerita berjudul "bunga dari liverpool".Buleh baca review dari SINI.

Aku layan jugak cerita tu.Last-last bila sampai babak agak akhir,pelakon utama yang memegang watak orang baik-baik mengucapkan dialog yang berjaya membuatkan aku bingung sekejap..

"Sedangkan Allah ampunkan umatnya........"

Duhh....tak buat semakan dialog?











Sia-sia aku nangis-nangis masa babak sedih.

P/S: Ada 2 x silap aku yang betul:

"1.Sedangkan nabi ampunkan umatnya".
"2.Sedangkan Allah ampunkan hambanya".

Kan? Kan? Kan?

Ke aku yang salah dengar?










Ah!...da macam mama juwie punya laporan dah. Auuwwww....!

Saturday, September 5, 2009

Sahur Solo

Jam 3 pagi.Aku tak dapat tidur.Perut pun lapar.Bukak posa tadi aku tibai bun ikan bilis ngan air kotak coklat ja.Tu pun da kenyang.Pelik.

Selesai bersiap aku pegi makan kat kedai Amine(map) kat Taman Equin.Membe serumah baru je balik minum.Takkan nak paksa diorang minum sekali lagi kot.Oh ya,kedai ni aku suka makan kuew teow kungfu dia.Bapak sedap! Semalam ja 4 eko udang besar dia lempar dalam kuew teow kungfu aku......mau aku tak menggelupur gembira.

Sambil makan slow-slow (sebab panas),aku menonton tv yang diorang bukak.Diorang buka cerita Nick and Tuck.Pasal 2 orang doc pembedahan plastik x silap aku.Sambil-sambil tgk aku minum air limau ais aku.

Aku menonton cerita tersebut dengan tenang,straw dalam mulut sedut air,tangan goyang2 straw....tetiba terpacul pompuan seksi dalam cerita tu buat gaya yang buleh buat jantung aku tercicir.Aku maintain perasaan,maintain emosi walaupun dah tak tentu arah.Leher dah rasa gatal-gatal.Takkan sebab gambar kat tv pun aku buleh hilang kawalan kot.Tak Nasir Bilal Khan langsung.

Kemudian aku rasa tak sedap hati.Macam ada yang tak kena.

Aku pandang ke arah straw yang masih dalam mulut yang aku pegang tadi.


















Hujung straw tersebut berada jauh di luar gelas.

Friday, September 4, 2009

Komando

Karim mengelap-ngelap peluhnya.Senapang yang dipegangnya masih tidak dilepaskan.Hujan masih renyai-renyai.Di belakangnya ada Zarif dan Hanif.Mereka bergerak perlahan-lahan ke arah semak yang bergoyang sebentar tadi.

Selaku tentera komando,mereka amat terlatih dalam taktik penyamaran.Mereka semakin menghampiri pihak musuh.Zarif dan Hanif mengikuti dengan tekun arahan Karim.Karim adalah ketua mereka.Mereka perlu patuh kepada ketua.

Walaupun bertiga,mereka yakin dapat menumpaskan musuh di hadapan mereka.

Di celah-celah daun,Karim memerhatikan 4 orang musuh yang sedang bergerak perlahan-lahan di celah-celah anak sungai.Mereka mara ke arah utara.Karim memberikan isyarat kepada Zarif dan Hanif untuk bersedia dalam posisi menyerang.Mereka menunggu detik yang sesuai untuk menumpaskan musuh mereka.

Kehadiran mereka tidak disedari oleh musuh yang sedang bergerak perlahan-lahan.

Akhirnya masa yang ditunggu telah tiba.Karim mengangkat tangan,dan bersedia untuk memberikan isyarat untuk menyerbu musuh.Gaya Karim sungguh macho.Persis hero dalam cerita-cerita perang.Zarif dan Hanif memegang erat senjata masing-masing.....bersedia untuk bertempur sehabis-habisnya........














"Abanggggggggg!!!!.....mak suruh balik.Makan Nasik.Lauk sardin ngan telur dah masakkk..." jerit Salini yang masih belajar di tadika sambil berpayung dari luar semak ke arah Karim yang sedang meniarap atas tanah.Karim tanpa membuang masa terus bangun dan memikul senapang kayu mainannya sambil berlari-lari comel ke arah Salini........mereka berdua berpegangan tangan dan terus pulang ke rumah.


"Celaka punya ketua Komando,buleh lagi dia balik makan nasik tengah berperang camni...." bebel Hanif di hadapan Zarif sambil mereka di kelilingi pihak musuh yang tersenyum puas......musuh ketat mereka dari kelas darjah 3 Anggur.

Jeman buat hal lagi - 6

"Mannnnn.....datang sini kejap..." lembut sekali suara Mak Piah.

Jeman tak buang masa,sekelip mata dah muncul depan Mak Piah.Hukuman rotan rejim Mak Piah yang agak brutal selama ini berjaya mendisiplinkan Jeman.Mak Piah tersengih-sengih melihat kepatuhan Jeman.

"Tolong bagi juadah ni kat Mak Som rumah hujung tu..." pesan Mak Piah lembut-lembut sambil menyerahkan pinggan berisi mee goreng panas.Puasa-puasa tak leh garang.

"Baik mak...." pantas sekali Jeman membalas sambil berlalu pergi.Mak Piah tersenyum.










Malamnya ketika di masjid...

"Eh Piah...sejak bila kamu berniaga ni? Petang tadi,anak kamu,si Jeman datang jual mee goreng kat aku.Sepinggan singgit katanya.Aku pun beli lah.Tak sampai hati tgk Jeman datang penat-penat." Mak Som cakap kuat2 kat ruang sembahyang wanita.Mak Piah dah ketap-ketap gigi.Geram.Tangannya dah genggam-genggam penumbuk.

Malam tu,lepas teraweh.....




PIAPPP!!!! PIAPPPPP!! PIAPPPPP!!!!







Jeman menggelupur kesakitan tanpa sebarang bunyi.

TQ Firol !




Aku dah dapat buku.Terima kasih banyak2!

(^________________^)

Ha,korang bila lagi?

Astagatisma.....





Wachaaaaaaaaa!!!!

Thursday, September 3, 2009

Kemalangan

Aku cuba gostan keta bos aku.Depan sana banjir.Air dah naik.Kereta tak buleh lalu.Tengah sedap-sedap gostan,tetiba ada kereta kat blakang.Datang straight ja.Bukan nak berenti.Tak perasan aku tengah mengundur agaknya.Aku tak sempat nak brek.




BAMMMM !!!!!!! hambik sedas.



Aku turun dari kereta.Aku terus rasa tensen sebab kereta remuk gila.Dah le baru je eksiden.Apa aku nak jawab ngan bos aku lagi ni.Orang yang langgar dah bebel2 macam.Aku da buntu.Seriyes cemas.Orang ramai da mula datang.Nak tak nak aku kena amik jalan pintas untuk blah dari masalah tu.Bukan apa....risau kena pukul dengan tuan kereta yang aku langgar walaupun dia yang salah.




"Cepat sedar...cepat sedar!" kataku sendirian dengan cemas....
















POFFFF!!!!! ......terjaga dari tidur petang.

Aku tersegih-sengih atas sofa opis

Selamat.

He he he..























Sama?


Undian Di Buka Sekarang

Dulu aku ada masuk Pertandingan Nescafe kan? So,kalau korang berminat nak undi aku,silakan.Aku ada post 4 cerita. Alhamdulillah,semua cerita lepas ke top 100.Sekarang diorang nak cari top 20.Kalau aku tersenarai dalam top 20,orang yang undi aku akan dapat tiket wayang.Nescafe yang bagi.Kalau nak undi,ada link kat bawah ni,tapi korang kena register dulu sebagai member kat web yang sama.Free je.Senang diorang nak bagi tiket kat korang nanti. =)

Kepada Rona Realiti,aku da janji dulu,aku akan bagi habuan kat ko sket kalo aku menang kan? Sebab ko cerita kat aku pasal pertandingan ni.Janji tu aku akan tunaikan,kalau aku menang lah.haha..

KLIK KAT LINK NI.Pastu KLIK JE VOTE. =)

1.Jeman dan Nescafe

2.Engku Tamrin dan Tin Nescafe

3.Antara Sani,Aisyah dan Tin Nescafe Mocha

4. Perjalanan Terakhir



Server dia slow sikit.Harap bersabar ye. =)

Wednesday, September 2, 2009

Ramadhan

Ada orang rasa gembira bila menjelangnya Syawal.

Ada orang yang menangis bila perginya Ramadhan.




Anda yang mana satu? =)

Baju Raya



Aku dapat bulan 7 lepas.Sempena besday aku bulan 5.Baju dalam kotak lagi.Tak buka-buka.Bagi nampak baru.Tak sangka plak main blog ni dapat hadiah macam2....

Tq beb bagi hadiah ni(dia x nak dikenali).Aku pun x penah jumpa dia.Tau pulak saiz badan aku eh ko ni.Ngam-ngam.Tq lah sekali lagi.

Aku buat baju raya lah senang.Tak pernah aku beli baju stylo camni.Nak pakai pun segan.Selalu pekena tshirt kosong je.Mungkin aku akan pakai baju ni paling kurang 5 tahun kot.Stended aku la,payah beli baju baru.Harap badan x naik dah.Harap je lah.haha..








Pakai pegi semayang raya amacam?


Tuesday, September 1, 2009

Anda Pernah Dengar Rasul Palsu?

Dia dah pandai main blog dahhhh.......
Gila bodoh hujah dia.Macam mana la orang buleh ikut dia.Jenis malas solat rasanya.Tapi nak masuk syurga.

Masuk blog ni...klik FLAG BLOG kat menu atas tu.

FLAG RAMAI-RAMAI!.

Nak tgk camna nak flag,tgk kat blog ni.









Dengan ini,secara rasminya,hapacrita mengisytiharkan perang kepada orang tua nih.

Hiyahhh!!!

Kalau jumpa kat memana bazar ramadhan....siap la....sula dengan buluh ayam percik tu.



Poll pagi tadi aku buang sebab ada prob.

Ni ada poll baru kat kanan korang.Cakap le apa korang nak cakap.


Bas Ekspress 2

Setelah bas tiba,aku naik dan duduk kat tepi tingkap.Sebelah kerusi aku ada 2 orang awek agak cun.Diulang,sebelah kerusi aku ok...bukan atas riba aku.Sila jgn notti-notti.

Bas bergerak dengan laju menuju ke metropolitan Kuala Lumpur.(tabley bla ayat).

Jam 4.20 pagi,bas berhenti.

"Setengah jam!" jerit pemandu bas.Aku terjaga dari tidur.

Yess!!....masa bersahur.Aku pun bergegas bangun dan turun dari bas.Dalam kepala dah bayang lauk panas-panas kat RnR.Elok aku jejak kaki ke tanah,aku rasa nak terbalikkan ja bas tu.Sekali lagi,aku sabarkan diri aku macam burung helang.

Di depan aku,ada sebuah kedai minyak dan barisan kedai makan yang telah ditutup.

Aku rasa burung helang pun buleh hilang sabar camni.Tak Ramadhan betul brader bas ni.Aku redah masuk kedai minyak,beli keropok dan roti inti kelapa.Air barang setitis dua.Selalu sahur tibai nasi.Ni makan keropok.Nabi pun tak ajar sahur makan keropok.

Naik atas bas ja,humang aiii.....pakcik kat seat depan siap bawak nasik.Awek sebelah kerusi aku pun bawak nasik.Cuma aku tak jumpa orang yang masak nasik dalam bas.Kalu ada aku memang tabik.Masa aku kunyah keropok,sumpah terliur nasi yang awek tu bawak.Diulang,aku terliur nasi,bukan awek tu.Masalahnya,awek tersebut makan dengan tekun tanpa pedulikan aku.

Di sini,hipotesis yang aku dapat dari eksperimen tersebut menunjukkan,perempuan,bila lapar,semua derianya akan ditumpukan kepada proses pengunyahan dan penelanan.Walaupun ada jejaka kacak dan hensem di sebelahnya.














Apa aku nak ceritakan sebenarnya ni? Tak sahur nasi la ni.Barai dah aku ni....baraii....

Bas Ekspress

Semalam aku tiba di hentian bas kat SmallVille jam 10.10 malam.Apa nak heran.Bas aku pukul 10.30 malam.Ada lagi 20 menet.Aku cakap kat abang aku,x yah tunggu lah.Nanti bas sampai la tu.Aku lambai-lambai kepada anak buah aku yang comel.Mereka bergerak pulang.

Aku berjalan ke kaunter tiket yang aku beli.Nak kompemkan bas.

"Belum sampai lagi,jap lagi bas sampai." balas brader kaunter tiket.

Aku duduk atas deretan kerusi sambil buat-buat gaya Ronan Keating.Tak kan nak buat gaya nari-nari macam Maikel Jeksen.Kang kena pelangkung dengan masyarakat setempat susah jugak.

Aku menunggu kedatangan bas sambil mengenang kembali peristiwa-peristiwa di stesen bas masa aku bersekolah dulu.Banyak betul kenangan.Kenangan diserbu peminat perempuan.Kenangan terjumpa duit sejuta di dalam beg.Kenangan kereta Ferrari aku hilang kat parking belakang stesen bas.Oh...sungguh nostalgia.

Jam hampir 10.30 malam.Aku semakin berdebar-debar.Debar aku tu ada maksud rupanya.










Bas tiba jam 1.35 pagi.


Pandai kan mereka menguji penumpang macam aku dalam bulan ramadhan ni? Rasa macam nak mintak ja salinan jadual berkala perjalanan bas syarikat tu.

Nasib baik aku ni penyabar macam burung helang.