Friday, April 16, 2010

Karim dan Stesen Minyak Kesayangannya.

Karim menekan-nekan skrin sesentuh.Matanya begitu fokus kepada kerjanya.Malam-malam macam tu memang sunyi.Kat luar sana ada 2 orang bangla yang menjaga pam minyak.Suasana di stesen minyak sunyi seperti malam-malam sebelumnya.Kadang-kadang ada beberapa buah kenderaan datang mengisi minyak.Karim meneruskan tugasnya seperti biasa sambil mendengar radio.Malam tersebut sangat tenang.

Tiba-tiba Karim mendengar satu bunyi yang sangat dia kenali.

"Demmit...dia ni datang lagi.Brapa kali aku nak sound dia ni.Bebal." bebel Karim sendirian.

Tanpa membuang masa,Karim memberikan isyarat kepada pekerja bangla yang berada di luar pam.Mereka faham.2 hari lepas,mereka terpaksa menghalang brader sorang ni dari masuk isi minyak.Nasib mereka baik sebab brader ni faham bahasa dan blah dari situ tanpa banyak soal.Namun malam ni dia datang balik.

Kelihatan pekerja bangla tadi cuba menghalang di laluan masuk ke stesen minyak,tapi brader tadi degil jugak nak masuk isi minyak.Karim tak boleh berdiam diri.Sebagai pengurus stesen minyak,dia kena bertanggungjawab.Karim lantas bergegas menuju ke arah mereka.

"Mintak tolong encik,encik tak boleh masuk ke kawasan ni." ujar Karim dengan lembut.Penuh sopan sebaik tiba.Pekerja bangla yang ada bersama hanya mengangguk-anggukkan kepalanya sahaja.

"Ala,boleh la...minyak nak habis dah ni.Aku tak nak tolak motor ni nanti.Penat aku.Tolong la." rayu brader tu lagi.Tak nak kalah.
"Tak boleh,encik dan motor encik ni dilarang masuk.Saya tak bagi." tegas Karim.

"Apa salah saya encik.Saya nak isi minyak je.Ada hal kecemasan ni ha.Urgent." rayu brader tadi atas motor.
"Urgent pun agak-agak la.Bawak-bawak la sedar diri.Ko tu Ghost Rider.Badan berapi-rapi.Motor berapi-rapi.Ko nak stesen minyak aku meletup masa ko isi minyak?Dah tahu tangki motor tu kecik,sedia la minyak spare siang tadi sebelum ko bertukar jadi menda api-api ni.Kalau payah sangat,pakai ja skuter,jimat minyak.Efek tak nak kalah...api sana sini,maunya minyak tak cepat habis." bebel Karim sambil membakar hujung rokok dengan api yang sedang menyala-nyala kat lutut brader Ghost Rider tadi .

"Tak nak." balas brader Ghost Rider tadi.Degil.Tak nak kalah.
















"Simbah kang!!" ugut Karim sambil memegang baldi cuci cermin kereta yang dipenuhi oleh air yang dibawa oleh bangla tadi.

Ghost Rider pecut laju-laju meninggalkan mereka berdua.

12 comments:

nasikputeh said...

haha.
aduhai karim..

stesen minyak mane ni?
batu caves?
haha

ej@l said...

tahniah..anda memang bijak


karim....

~gUrL in pUrPle~ said...

hahaha... kikiki...

Misya Idris said...

huhuhuhu besh besh

jimah said...

adoi~~ adoi~~ x larat da nk gelak..

Aidi-Safuan said...

hahahaa....besh sungguh cerita ini!

Qiha Aziz said...

wah. ugut simbah je dia lari. cuba kalau dia ugut balik, sembur api karang. tak ke kalah gak.

Aku said...

hak..hak...
tau takut..

Lazyf said...

Karim bermimpi di mlm ari jer tuh...hahahahahahaha

eNaSaN said...

lalalala.....

Yatre Hayati said...

hahaha.....aiyak...mana dapat idea??

StingRay said...

nasik: puncak jalil.hahahaa

ejal: hahaaa...well..karim mmg cemerlang.

gurl: kikikiki..=)

tiger: =p

jimah: bertahan..bertabah...bersabar..haha..

aidi: haha..layann...=p

qiha: dia takut kena sembur dengan pemadam api lepas tu. =)

daisy: takut weh..haha

lazyf: ini semua bukan mimpi. =)

enasan: lalallala.. =)

yatre: entah...spontan. =)