Lokasi: Sungei Wang,KL.
Tahun: 1991 @ 1992.
Seperti biasa,setiap hujung tahun aku mesti akan bercuti ke KL.Bila loceng kelas terakhir berbunyi,hati aku dah berdebar.Berdebar memikirkan nak bercuti ke KL.Masa tu lupa dah kat Alam Ria Cuti Sekolah kat TV.
Aku rasa,tahap berdebar dia,dah nak sama tahap orang tua yang berdebar nak naik kapal terbang ke Mekah.
Dipendekkan cerita,setelah senyum tak lekang masa naik bas ekspress sambil ditemani akak aku,aku tiba di Kuala Lumpur.Masa tu,kalau dah naik bas Ekspress Seri Mutiara,dah kira tahap memang seronok sampai tak tahu nak cakap.Rasa macam tak nak turun dari bas pun ada.Seronok tengok tingkap dia yang luas tapi tak boleh buka.Bas kampeni yang ulang alik dari rumah aku ke pekan manada tingkap macam tu.
Bila sampai KL,antara aroma yang paling aku suka bila keluar dari bas masa tu,tak lain tak bukan ialah bau KFC.Masa tunggu akak aku yang sorang lagi datang jemput,selalunya aku akan pergi ke KFC.Masa tu SmallVille tak ada KFC lagi.KFC terdekat masa tu,kat Sungai Petani ja.Jadi,pikir la sendiri macam mana perasaan aku masa tu.Memang sah lah masa tu tak ingat mak ayah kat kampung dah.
Aku mula mengerti perasaan Tanggang.
Satu hari,akak aku ajak pegi Sungei Wang.Aku yang tengah sibuk minum nescafe sebab tak boleh minum air kosong sebab tak biasa bau klorin,terus angguk.Walaupun aku haram tak tau menatang apa Sungei Wang tu,aku angguk ja.Mana boleh tak jalan-jalan sampai KL.Nanti balik kampung,macam mana aku nak bercerita kalau tak pegi jalan-jalan.
Setelah bersiap hensem-hensem,aku dengan akak-akak aku bergerak menuju ke arah Sungei Wang.Tertanya-tanya jugak apa Lisa Surihani tengah buat masa tu,dah makan nasik ke belum.Risau jugak.
Setelah mata bulat menonton bangunan Maybank yang tinggi tu,dan beberapa bangunan lain,kami tiba di Sungei Wang.Akak aku pimpin tangan aku masuk ke dalam Sungei Wang.Orang bukan main ramai.Bilangan dia aku rasa lagi ramai berbanding orang yang datang solat jumaat kat masjid kampung aku masa tu.Sekadar perbandingan.
Elok masuk ja ke dalam,aku dah mula jadi kompius.Dalam kepala aku dah bermain macam-macam soalan.Semua soalan datang serentak.Aku mula jadi rimas.Masa berjalan dalam Sungei Wang,mata aku melilau-lilau tengok sana-sini.Akhirnya aku tak tahan.Aku kena tanya jugak akak aku.Mana boleh pendam-pendam.Setelah menyusun perkataan sehabis indah,aku pun bertanya.
"Kak Nani.......mana sungainya?" soal aku sambil mata melilau mencari sebatang anak sungai yang mungkin terselit dalam kompleks beli-belah tersebut.Berfantasi jugak aku masa tu dengan menafsirkan Sungei Wang dengan gambaran sebatang sungai yang dipenuhi dengan wang.
Alololololololo........comelnya.....

8 comments:
Hahahahaha...sengal la ko Jamil...hahahahaha
heheheh sungai banyak wang. heheheh
dah agak dah..
dah agak..
erk.. lisa surihani da jadik pelakon ek masa tuh???
lisa surihani time tu masih menyusu lagi aku rase...hoho
Alalalalala...comel kerrrr?????
kakak ko x gelak guling2 dalam keadaan sopan ker?
lazyf: budak2...mana tau.=p
tiger: boleh mandi2...=p
purple: hahahaaa..
miss: masa tu dia kecik lagi.ahhahah..=p
alharies: ahaa..ye kot.=p
bunga: mesti lah.hahaha
zoaku: muka dia macam kelu..ahahaha...
Post a Comment