Tuesday, April 13, 2010

Mapley Yang Nakal.

Lokasi: Melaka.
Tahun: 2005 kalau tak silap.

Malam tu ada game bola.Walaupun aku tak minat bola sangat,aku layan jugak la.Antara port terbaik tengok bola masa tu adalah Subaidah Ayer Keroh.Lagipun dekat ja dari rumah.Dulu aku menyewa dekat Taman Tasik Utama tu ja.Masa tu,takda lagi bangunan banyak2 macam sekarang kat MITC tu.

Aku ikut ke Bedah (nama ringkas bagi Subaidah) pun sebab nak makan nasik lauk ayam sayur kubis.Kena pulak kuah banjir,walaweh.Memang sedap.

Dah siap amik nasik,aku ngan budak-budak rumah amik port terbaik.Dah dapat,kami layan makan sambil tengok bola.Masa tu,ramai betul orang.Penuh.Masing-masing fokus kepada perlawanan.Aku tengok tak tengok ja.Mata lebih ke arah nasik.Masa nak makan kena tengok betul-betul.Nanti macam-macam boleh jadi.Kang nak cubit lauk ayam,tercubit betis pompuan ka contohnya....

Tiba-tiba suasana menjadi riuh rendah.Aku tengok ke arah tv besar depan aku.Kelihatan ada sorang mamat mana ntah dalam tv tengah bawak bola laju-laju ke arah gawang gol.Suasana meriah.Penyokong-penyokong di belakang aku mula meriah.Masing-masing dapat bayangkan yang mamat bawak bola tadi akan score.

Aku kunyah nasi sambil mata tengok ke arah tv.Memang jelas.Brader yang bawak bola tu memang bersungguh-sungguh berlari ke arah pintu gol.Aku berani jamin,masa dia jawab soalan exam kat sekolah dulu pun dia tak bersungguh macam tu.

Situasi semakin sengit.Gol hampir menjelma.Brader bawak bola tadi da sampai depan pintu gol.Penyokong kat kedai makan jgn cakap,sampai ada yang siap bangun.Bersemangat betul.Macam brader mat saleh yang bawak bola tu adik dia.Penuh kasih sayang punya support.

Brader dalam tv tadi akhirnya merembat bola tadi laju-laju ke arah pintu gol.Bola tadi terbang dengan kemas dan hensem.Penjaga gol mula menerbangkan badan ke arah bola tadi.Aksi begitu memukau ditunjukkan.Aku memandang penuh minat.Kelihatan bola mula hampir memecah gawang.

Suasana sepi...

Tiba-tiba ada mapley yang baru sudah amik order lintas depan tv yang terpasang.Dia lintas tepat-tepat pada masa bola memecah gawang.Bukan setakat lintas,dia boleh berhenti depan tv tu lagi sambil senyum-senyum pandang ke arah kami semua.








Maki hamun mula berkumandang.

4 comments:

Yatre Hayati said...

hahaha...lawak jer mamak tuh...

aikk...macam pernah jer tercubit peha gadis....kah kah kah

Mimie.Candy Cane said...

gurau2 orang belah2 kampung dia mmg mcm tu kot..tu yg dia nk praktikkan kt sini..dia bajet komedi la tu...

crazy_labelle said...

mapley yg mne satu ni?
haha... da hapal tu muke sekor2...

StingRay said...

yatre: dia mmg gampang....haha..

mimie:hantar balik kampung baru tau.

crazy: kurus2...muka? samaaaa je.haha