Aku ada satu Pakej Percutian ke Rebak Island,Langkawi.Aku cadang tak nak pegi ke sini.
Harga hadiah yang aku menang ni,dalam RM2500.Kiranya Rebak Island ni resort 5 bintang lah.Pakej ni untuk 2 orang. Sarapan pagi disediakan.Juga disediakan percuma dinner untuk 2 orang.Bilik adalah Deluxe/Premier Room/Villa.Pergi selama 3 hari 2 malam.Rebak Island ni,kat Langkawi.Resort dia bertempat kat pulau persendirian.Jadi,memang kena naik bot lah pergi sana.Gilababi ekslusif.Rasa macam James Bond.
Jadi,kat sini,aku nak jual pakej ni dalam RM1700-RM2000.Kira sekali dengan harga feri dengan transport la aku tanggung kat sana.Kalau nak AIR ASIA,nanti kita bincang tgk macam mana.Akan dipertimbangkan.Orait?Apapun,harga boleh bincang lagi.Range harga tu,aku letak sebab nak cover transport sekali.So,kalau nak naik kapal terbang,kita nego la tgk macam mana.Mana tau leh blanja korang makan kat sana ke,apa ke.hehe..orait?
Apa? Nak pegi dengan kapal selam? Dah,jgn nak buat aku pening.Aku gedumbek rusuk kiri kang.
Memandangkan pakej ni atas nama aku,kalau korang beli,aku akan follow korang sekali ke resort ni untuk hal ehwal check in bilik.Sambil bergerak ke pulau,boleh sembang lebih kurang.Ye dak? Jangan risau,lepas korang check in,aku tak la ikut masuk tido sekali.Lepas tu aku balik la slow-slow.Kiranya kalau pembaca blog ni yang beli,memang terdedah la identiti aku.Takpa,hanya pembeli sahaja yang tahu.hahaha...
Jadi,kalau ada sesapa berminat,contact aku kat hapacrita@yahoo.com.Tak pun tinggal ja komen kat bawah ni.Kalau korang berjaya cari pembeli,mungkin aku akan bagi sikit ganjaran kat korang.Jangan risau.Tapi kalau korang nak risau jugak,aku nak buat macam mana kan?
Tempahan bilik boleh dibuat bermula bulan May sampai 31 Ogos.Tempahan kena buat 2 minggu sebelum tarikh korang nak check in.Tu kira maksimum lah.Jangan buat hal nak on the spot.Cepat-cepat,dah lama aku tak jalan-jalan Langkawi ni.Sambil hantar korang pegi resort,buleh aku pusing-pusing kejap.
Oh ya,kalau couple berlawanan jenis jantina yang belum kawin nak beli.....aku tak nak jual.Tapi susah jugak kalau couple tu gay atau les.Aku mana tau nak beza.Tak nak aku bersubahat.Ah,karang masa korang sedap-sedap kat resort...buatnya masa aku balik,bot aku tenggelam dalam laut ke,jenuh aku.Mati jenis karam-karam dalam laut lepas buat dosa ni,aku tak gemar sangat.Trend Firaun tu.
Ok...aku berenti membebel.
Assalamualaikum.
14 comments:
wahh... menarik... tapi riban-riban la.. tapi tgk gambaq 2 keping tu pon da tao apahal harga dia riban2..
kata best?
nape ko tanak pegi pulak?
mahaii..x mmpu..
rebak island.
rabak wallet gua..huhu
huhu lom mampu lg..
oh..
menarik...
mmg plan nk g bcuti dgn kazen2 ku bln 7...
hmmm.... *urut2 dagu yg mmg xkan tumbuh janggut*
wahh bestnya.. isk tapi harga tu.. isk .. aku korek tabung jap..kira dulu...
hahah. menarik! utk kapel ehem2 honeymoon x bley ker????
PEDOT: haha..itu la..aku rasa bukan taste aku tempat2 5 bintang ni..lagipun kat kedah ja.aku asal kedah.
daisy:tak kena dengan jiwa kot.haha
solehah:haha..ok..=)
farwalis: pakai wallet keluli. =)
ann: baekk..=)
sha: pikir-pikir dulu.cuba buat review dlu.berminat contact lah. =)
tiger: jgn korek..pecahkan je.haha
purple: dah kawin..nak hanimun..tadahal lah! heheh.. =)
ok gak 31 ogos..
tem2 pose tu...
erm..not sure if u got my earlier respond.
I nak pg langkawi 24/4 - 26/4. Blom buat any booking tp igt nak gamble pg ofis Air Asia this Friday n buat booking semua. Tp ur package offer starts May kan? hmm...
Ur package only consist of accomodation je ke? Or ada snorkelling or island hopping activities included?
Budget wise tu da within my budget range.
dude: buleh terawih kat sana terus kan? hahhaa...
RZ: Alamak..ada ke.Check email x de pun.Yep,start may sebab dia kena booking selewat-lewatnya 14 HARI sebelum tarikh check in. =) Penginapan sahaja,kalau nak topup package,boleh je.Tapi kena topup sendiri. =) email lah ke hapacrita@yahoo.com.Aku bagi phone no kat sana.Tapi kalau 24hb,memang tak dapat lah. =)
Incik, takpe la.. I da tak sabaq nak pi langkawi nih... Next time ada package lain2 .. habaq awal2 lg no.. :D
Dr langkawi nak gi Thai.. tu nak snorkelling kat Koh Lipe (Pg google.. tempat best tuh..)
*Suka tgk ikan dlm air berenang2 dgn aman* :D
rz: wokeh...tadahall....hehe..selamat bercuti...kirim salam kat ikan Nemo.hahaha..cakap stingray(ikan pari?) kirim salam.
Post a Comment