Thursday, April 15, 2010

Kolam Renang

Semalam,ketika sedang terkial-kial melakukan teknik renangan yang betul,aku lepak sekejap tepi kolam.Selama ni berenang main taram,ni dah tua-tua baru nak belajar berenang dengan betul.Tarik nafas masa berenang pun dah macam ikan paus.

Bak kata tok guru renang aku,si Kadri, 'better late than never'.Kata-kata tu juga sesuai untuk pergi haji aku rasa.

Berbalik kepada situasi tadi,setelah penat berkayuh ke sana sini,aku berenti rehat tapi kolam.Sambil rehat-rehat manja,aku teruskan kayuh-kayuh kaki.Bagi santai sikit.Kat sebelah aku ada 2 orang gadis-gadis juga sedang berehat.Betul,bukan aku sengaja pegi kat diorang.Sedar-sedar dah ada kat sebelah.

Sambil kayuh-kayuh kaki,tiba-tiba aku ada orang panggil nama aku.

"Jamil.....Jamil..."

Aku buat-buat tak peduli.Manada orang kenal aku kat kolam tu selain membe aku yang berenang sekali.Mungkin nama sama secara kebetulan.Lagipun,aku manada membe-membe yang pakai bikini time renang.Aku terus menyelam,hembus nafas,menyelam,hembus nafas di tepi kolam.Kata Kadri lagi,itu juga satu bentuk senaman.Oh ya,Kadri juga boleh mengajar berenang melalui sms.Kalau tak percaya,boleh tanya Macho Man.

"Jamil....Jamilll....."

Panggilan berbunyi lagi.Jelas datang dari 2 orang awek tadi.Aku pandang ke arah mereka berdua.Mereka pandang ke arah aku.

"Awak Jamil eh?" Demmit.Sapa pulak yang kenal aku kat sini.
"Awak Jamil dari Sekolah Menengah Remaja-Remaja Genius kan?" soal salah seorang dari gadis tersebut.Muka macam nak kenal.Aku hanya anggukkan kepala sambil cuba mengenal sapa budak depan aku ni.

"Ko sapa eh?" aku bertanya.
"Ala..aku xxxxxx...budak kelas xx.." balas gadis tersebut.

Masa tu aku teringat terus siapa dia.Rupa-rupanya budak KELAS NI.Budak kelas sebelah aku masa form3 rupanya.Setelah sembang lebih kurang dan bertukar no phone serta ucapkan selamat pengantin baru kat dia,kami pun amik haluan masing-masing.











Renang pakai bikini best tak?

9 comments:

Unknown said...

mesti kau tgh sexy kan??hehehe

iNa aWiE said...

adekah mereka yg m'jerit mase kne air liur tu????huhuhu

Nazz@Purple said...

kalo badan licin best ar..tp kalo bnyak parut duit syilling ngan peta dunia lagi..xleh blah ooo

~gUrL in pUrPle~ said...

wah3

eNaSaN said...

hik3..............

- nalza - said...

hahaha xsangka aku kadd pandai berenang siap bole ajar ko lg..
seb bek dia tak ajar guna MMS.. :D

Yatre Hayati said...

hahaha....jamil2....ada plak kawan skolah kat situ..

Apizolla said...

brenang ktne bro?

StingRay said...

0: oh yeahhh...haha..seksi la sangat.

ina: rasanya.hahahhaa...geng2 dia lah. =p

nazz: haha..tu x sedar diri namanya.=)

gurl: wah wah what?..=)

enasan: =p

cloud:susah jugak masuk kolam pakai handhpone..=p

yatre: itu lah...ahhhaa..x sengaja.

apizolla: putrajaya je beb. =)