Pembetulan: Demmit...macam mana tadi boleh tersalah post cerita nih.
Malam tu,muka Saleh tersenyum-senyum.Mau tak senyum,malam tu dia dinner dengan awek kesayangan.Muka kena manis-manis.
Tengah buat muka syahdu romeo tu,tiba-tiba handphone Saleh berbunyi.Saleh keluarkan handphone dari poket seluar.Dilihatnya Amir,membe serumahnya telefon.Saleh tak angkat.Dia abaikan sahaja panggilan tersebut.
Saleh sambung makan.Berbual-bual mesra dengan aweknya.Muka masih manis.Masih kontrol hensem.
Tiba-tiba handphone berbunyi lagi.Saleh tengok sapa yang call.Masih lagi Amir.Saleh abaikan.Masa-masa penting macam ni mana boleh ada gangguan.Saleh tukar profile handphone kepada mode getaran.Baru senyap sikit.
Saleh sambung makan.
Tiba-tiba handphonenya bergetar di dalam poket seluar.Saleh keluarkan dan didapati Amir masih menghubunginya.Saleh dah naik bengang.Apa penting sangat Amir call dia banyak-banyak kali.Saleh pun jawab panggilan tersebut.
"Bodoh..penat aku call..apahal tak angkat?" jerit Amir di hujung talian.
"Aku tengah dinner ni...apahal?" balas Saleh.
"Lahanat..aku nak bagi berita baik ni.Kita menang pertandingan tu.Tempat pertama beb! Duit RM10,000 tu! Tak sia-sia aku tolong ko aritu.Orang pertandingan tu call ko,tapi tak dapat.Jadi dia call aku.Nasib baik ko letak nombor phone aku sekali dalam borang haritu.Kalau tak,melepas! Nanti bagi sikit duit hadiah tu.Balik rumah kang aku cerita detail...dinner lah dulu.Ciow." ujar Amir laju-laju sambil memutuskan talian.
Saleh tergamam.Matanya bulat.Hampir menyesal dia matikan handphonenya tadi masa charge bateri dalam kereta.Saleh teringat peraduan teka berat tin kosong yang dia dengan Amir sertai bulan lepas.Bukan main gigih diorang teka jawapan.Tak sangka pulak boleh menang.
"Err...selamat malam semua.Saya menang tempat pertama dalam sebuah pertandingan.Disebabkan saya gembira,malam ni saya belanja anda semua.Selamat menjamu selera." ujar Saleh sambil berdiri di tengah-tengah restoran tersebut secara spontan sebab terlalu teruja.
"Bang...kami dah bayar masa amik makanan tadi.Kalau nak belanja jugak,bayar kat kami terus je.Ni ha resit saya.Abang ni macam tak pernah masuk KFC ja." leter seorang brader yang sedang kunyah ayam sambil menghulurkan resitnya.Cashier kat kaunter pun sengih-sengih tgk gelagat Saleh.Saleh nak cover pun tak boleh sebab tak ada orang yang berbaris kat kaunter.
Awek Saleh bersembunyi bawah meja.
Malu.
*****
"Wahahaha...hai sahabatku Amirr...nasib baikkk diorang call ko.So,apa lagi diorang kata? Bila majlis ambik hadiah? Berapa haribulan?" soal Saleh bertubi-tubi selepas buka pintu rumah sambil melemparkan kasut ke sebelah.Tak cukup dengan itu,Saleh pergi peluk-peluk Amir yang sedang leka menonton tv atas sofa rumah bujang mereka.Agak gay perbuatan tersebut.
"Ala..ko ni,aku bergurau ja.Macam la aku tak pernah bergurau dengan ko.Lagipun result dia kan dia akan umum lagi 2 minggu.Kelam kelibut lah ko ni." balas Amir sambil menukar-nukar siaran tv.
Air mata Saleh menitis.

7 comments:
uh uh..
april fool utk saleh...
terajang rusuk amir best jugak ni
DEMMIT AMIR..
Arghh..~
cis. lawak april fool. mainkan perasaan sungguh!
gigih betol dia call bnyk kali semata2 nak kenakan org..huhu
saya saya saya atastu
sedihnye jadi saleh =(
Post a Comment