Hamid bertugas seperti biasa.Tugasnya sebagai anggota polis kadang-kadang membuatkannya bersemangat.Semangatnya bertambah bila menonton power rangers di tv di kala bosan.Tugas power rangers mirip betul kepada tugasnya yang menjaga keamanan.
Tengah sedap bermain-main dengan angin kipas meja yang menderu-deru,Hamid dikejutkan dengan pemandangan seorang brader sedang berlari-lari anak ke arah balainya.Hamid bersedia.Nampaknya ada orang di dalam kesusahan.
"Encik,saya nak buat laporan." ujar pemuda yang berlari-lari anak tadi setelah tiba di kaunter.
"Laporan apa encik?" balas Hamid dengan penuh berhemah.Sambil memberikan senyuman.
"Wallet saya kena ragut.Semua kad saya dan duit hilang." balas pemuda tadi tercungap-cungap.Beliau cuba menarik nafas.Penat betul beliau berlari.
"Kat mana kena ragut tu?" tanya Hamid sambil menyediakan borang laporan.
"Kat air terjun sana tu.Tak terlawan saya.Cepat betul tangan dia curi dari poket saya."balas pemuda tu lagi.Tangannya mengelap peluh yang menitis.
Berdasarkan keterangan brader tadi,Hamid mula mencatatkan laporan pada borang.Hamid tak dengar sangat apa brader tadi cakap.Selalunya semua kes ragut ni sama saja.Dah banyak kes dia ambil.Selepas memberi laporan,brader tadi kelihatan sangat penat.Dia terus terbaring di atas kusyen di dalam balai.
Kesian betul Hamid lihat brader tersebut.Mesti penat sangat berlari tadi.Selalu sangat kes-kes ragut dan rompak ni berlaku.Hamid betul-betul panas.Balai polis dekat pun jenayah masih menjadi-jadi.Ini tak boleh jadi.Hamid perlu lakukan sesuatu.Jika pantas,mungkin Hamid boleh mengejar peragut tadi.Semangat power rangers mula membara di dalam diri Hamid.
"Oi...cepat sikit makan.Aku nak keluar ni,balai kosong.Ganti aku kat balai.Ada hal kecemasan." jerit Hamid di telepon kepada rakan setugas yang sedang makan di gerai berhampiran.
"Encik jangan risau,mari kita pergi sekarang.Mana tahu kalau kita sempat kejar peragut tu." ujar Hamid sambil mengambil pistolnya.Muka Hamid betul-betul bersemangat.
"Kalau jumpa,dia tak boleh lari,saya tembak kaki dia." tambah Hamid lagi sambil buat gaya angkat pistol macam James Bond dalam tv.Kaki ke depan sikit,muka garang-garang.
"Nak kejar apanya.Encik tak dengar ke saya cakap tadi.Yang amik wallet saya tu monyet-monyet liar kat air terjun tadi ha.Banyak pulak tu.Muka semua dekat-dekat nak sama.Mana kenal monyet mana yang ambik.Lagipun menatang tu semua dah bawak lari masuk hutan wallet saya tu.Boleh buasir kalau nak kejar menatang tu encik." ujar brader tadi panjang lebar sambil terus tidur di atas kusyen tanpa rasa bersalah.
Hamid kekal dengan posisi gaya James Bond tadi tanpa bergerak.

6 comments:
hahahahahaha....seb bek la Hamid tuh x btukar costume mcm Power Rangers...hahahahaha
moral of the story: jgn terover semangat..
bole tahan cute hamid ni.
haha~
nampak sngt tak prihatin pada aduan, tahu isi borang aduan je.
hilang semangat waja!
lazyf; kalau bertukar...ko nak join? =)
nazz:hahaa...semangat tu beb..=p
kepompom: nak berkenalan dengan dia? haha
adzim: leka kadang2..haha
zonaku: hahaaa...down sekejap.
Post a Comment