Thursday, April 1, 2010

Buat Pertama Kalinya

Aku rasa sunyi sangat bila datang kerja.

Tiap-tiap pagi,dalam jam 9,aku masuk dalam kereta.Bersedia ke pejabat.Lepas hidupkan enjin,aku terus on radio ERA.Terus terang,aku dengar ERA hanya kerana ada Aznil dan Din Beramboi.

Masa on the way ke opis,elok dah sampai area Tasik Selatan,masa tu dah dapat dengar Din jadi macam-macam.Dari Doktor,jaga parking,sampai le nasi lemak,semua dia jadi.Idea macam gampang.Kadang-kadang aku berdekah sorang-sorang,kadang-kadang aku tersenyum,kadang-kadang aku tiada reaksi sebab lawak dia biasa-biasa sahaja.

Kadang-kadang bila ada ulangan sesi dia bertekak dengan pemanggil pun aku suka.Bertekak dengan Azwan Ali,Didie Alias...oh dem..sangat kecoh.

Pagi ni,aku tak dengar lagi dah semua tu.Serius,pagi aku agak mandom.

Terasa gak 'kehilangan' Din ni walaupun baru beberapa hari.

Harap-harap sangat dia boleh sembuh.Harap-harap sangat.

Amin.



2 comments:

Sky0ne said...

sama la bro...dah la pagi tadi dengan paknil pun takde...bosan je dgr dj ntah mane2 tu berceloteh...

nasikputeh said...

harap2 sumenye ok...