Monday, April 26, 2010

Apa Aku Jumpa Bila Weekend - 3


Satu lagi Char Kuew Teow sedap.Klik sini untuk lokasi.Ye,kat kedai corner lot tu.Kedai mamak,tapi ada stall melayu kat situ.




Kedai ni ada Live Band.Klik sini untuk lokasi.Brader topi hijau tu suara dia aku rasa macam gabungan Ito Blues Gang dengan Sting dari The Police.Serius sedap.Akak baju hijau tu pun suara sedap.Kira bukan jenis cikai la jugak band yang main ni.Makanan..not bad.Cuma banyak minyak sket.Murah2 ja.Macho man yang bawak aku datang sini.





Lokasi klik sini.Rampai Business Park.Cendol dia rasa macam baru.Pulut dia pun sedap.Berkualiti.Nasi ayam dia biasa2 ja,tapi sedap la jugak.



Budak ni dah besar.Baru 9 bulan.Hensem dan manis macam pak sedara dia.hahahaha.. =)



Aku suka rojak brader ni.Beli kat Ampang.Lokasi klik sini.Kedai dia di antara kedai 2 dan ke-3 dari hujung.Ada brader jawa yang jual.Nama rojak dia...rojak Larkin.Oh ya,yang ada kerpok tu,aku suka hati ja letak.Kalau kat kedai rojak tu,takda jual keropok.Jangan peningkan kepala brader tu mintak keropok.Brader rojak tu,nampak aku ja,siap nak salam-salam.Ramah sungguh.Sebab selalu aku pekena rojak dia kot.Biasa la..orang hensem-hensem ni memang orang mudah cam.



Lepak-lepak umah akak kat Nilai pulak.




Nasi Goreng cendawan.Nama kedai aku lupa.Tapi kedai dia kat sini. Ye,kedai lot tepi.Kedai dia interior warna merah.Sedap gak.Penuh dengan bahan.Aku suka.Thanx Macho man bagi pinjam duit tengah-tengah malam buta semalam,balik kang aku bayar ye. =)

16 comments:

Bukan, bukan nama sebenar... said...

pergh... lapar perot aku nengok gambo makanan2 tuh, kalo depan mata aku tak tau la...

Nazz@Purple said...

aik..ni blog jalan-jalan cari makan rupa nya..

Kensi Ell Byle said...

cendol....emmm...

zonaku said...

rupa char kuew teow tu x menarik... mungkin rasa bagus kot

Solehah said...

huhu..aku mmg suka makan rojak buah..

Anonymous said...

budak tu mmg hensemlah.., ngkau, aku katogorikan sebagai..entahlah! susah nak cakap sbb ngko kuat makan

brat2104 said...

kem salam kat macho man.. baik betul dia..

brat2104 said...

oh, by the way.. aku dok ampang tp siyes aku xreti tgk map yg ko bagi.. bagi nama jalan lagi senang aku cari.

Dalila said...

ya Allah sedapnya, hempp

~gUrL in pUrPle~ said...

saya suka rambut baby thaqif... suka suka suka... hik3.. nanti amik gmbr yg xgegarnyer ek.. hehe

Ummi Aini said...

sedapnya cendol..:-)

farwalis said...

perghhhhhhhhh

*sangap makanan

StingRay said...

ustad: ah..mu sokmo lapo.hahaah

nazz: sekali-sekala..haha

leyha: ala..kat idung ko pun ada.=p

zonaku:ya..rasa memang walaweh.hahaha

solehah: rojak buah eh..aku pun.haha..dem..dah kecur air liur.

ain: heh...sila terima dengan tabah.hahaha..dengki dengki.

brat: dia memang baik.tempat tu..ko tanya je orang kat mana 7E Jalan kerja ayer lama.=)depan2 7e tu. =)

lala: hahhaa. =)

gurl: baekkkkkk....=)

shina: cendol mmg sedap.=)

farwalis: sila terima dengan tabah. =)

Misya Idris said...

oh sikit lagi, setiap jumaat malam ada show kat gravyvbaby tu..

Misya Idris said...

gravy baby to fynn jamal n hubby n fren yang punya.

http://fynnjamal.blogspot.com

fynn jamal said...

:)

terima kasih.

yang pakai topi: otam
yang thom yorke: tri
yang hijau: saya

hihhihih