Monday, November 30, 2009

New Moon

Aku berjalan menuju ke arah sofa lepas makan tengah hari.Makan lauk sambal memang sedap.Tak terperi orang kata.

Tengah berjalan menuju ke sofa,mata aku mula meliar pilih port nak baring-baring kejap.Tiba-tiba mata aku ternampak sebuah novel tebal bertajuk New Moon.

"Hoh...ni le novel gadis-gadis suka baca.." bisik hati waja.Aku dapat rasa,ni mesti novel anak buah aku.Baru sekolah rendah dah pandai bernew moon.Datang bulan kot.

Aku capai novel tersebut.Aku baring laju-laju.Bila dah selesa,aku buka muka pertama novel tersebut.

Seingat aku,aku baru baca baris pertama,perenggan pertama,muka surat pertama.Lepas baca baris tu ja...tetiba pemandangan menjadi gelap.

Dalam gelap-gelap tu,tetiba aku nampak Lisa Surihani.Apajadah Lisa Surihani ada dalam cerita New Moon.

Ya,kalau aku buang tebiat baca novel omputih,memang aku mudah terlelap sambil disertai dengan pakej mimpi yang merepek-repek.









Oh ya,cantik betul si Lisa Surihani tu.

Saturday, November 28, 2009

Update Penghantaran Blook

Penghantaran tak dapat dilakukan buat masa sekarang.Rumah aku semua balik.Sesak.Xda masa nak sain buku.Aku akan mula pos pada pagi selasa.Harap bersabar kepada sesiapa yang telah membayar.Gila banyak kenduri weh.

Salam. =)

Wednesday, November 25, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha

Ha,minta maaf banyak-banyak kalu ada salah silap.Hati dah girang.

Balik kampung...hooo hooo hoooo balik kampung....





Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha.=)

Tuesday, November 24, 2009

Teka-Teki


Sumber gambar pertama.


sumber gambar ke-2



Soalan:Apakah perbezaan antara dua gambar di atas?

Pagi yang hensem 15

Buka mata.Genyeh-genyeh mata sikit.Menggeliat manja sorang-sorang atas tilam.Tangan meraba-raba cari hp.Jumpa hp,tgk jam.Woh...dah 8 pagi.Aku perlu pantas,ada banyak hal nak setel sebelum sampai opis.

Sebelum bangun,buat senaman kemut-kemut secara solo.Selesai senaman,mula merangkak cari tuala.Capai tuala,masuk bilik air.

Siap mandi,mula pakai baju seluar.Selesai bersiap,aku tengok susunan blook hapacrita berserta sampul pos ekspress yang tersusun rapi.Penat jugak sain buku semalam.Pehtu buat freelance lagi.Humang aih,memang sibuk lah.

Selesai bersiap,aku duduk semula atas tilam.Buka laptop,tgk tempahan baru.Buka cimbclicks nak tengok duit.Cimbclicks lak buat hal.Sangkut.Tutup laptop,kemas-kemas,masuk dalam beg.Dah siap,keluar rumah.

Aku berjalan menuju ke arah PS.Sebelum keluar,tepuk-tepuk Kriss Evo.Takut dia terasa hati tak tegur dia.Penat je aku tepuk,dia buat dekkk ja.Tak guna.

Kepala berpinau-pinau.Berat je.Nak tak nak kena gerak ke pejabat.Sebelum sampai pejabat,aku singgah pejabat pos.Bawak keluar semua buku-buku,masukkan dalam tong pos ekspress.Pandu ke pejabat.

Masuk ke pejabat,badan da tak bley blah.Penat.Buka laptop,update apa-apa kerja yang patut.Dah siap,buka cimbclicks kejap.Aku login masuk dengan longlai.Mata dah stim.Idung dah meleleh.Tetiba selsema.Badan rasa sebu.Kaki rasa lenguh.Otak rasa macam otak nenek-nenek dah.Dah tak rasa pantas.

Aku klik pada 'account enquiry' untuk semak duit baki.Pembayaran oleh pembeli blook hapacrita yang transfer dari bank lain sepatutnya clear hari ni.Dalam wallet ada duit belas-belas ringgit je.Selesai klik,aku diam kejap.

Badan yang sebu rasa sehat.Otak rasa pantas.Idung tetiba mancung.Mata tiba-tiba jadi warna biru.Hazel pun dia jadi jugak kadang-kadang.Bersinar-sinar.Dada dah turun naik.Senyum je bibir.Lidah rasa manis.

Debar-debar pun ada jugak.

Macam ni rupanya nikmat berniaga.

Terima kasih kepada pembeli.Buku anda semua sedang 'On The Way'. Oh ya,terima kasih jugak kepada pembaca blog hapacrita.=p












Apajadah aku tacing sangat hari ni? Macam gadis-gadis.

Sami paling steady pernah aku tgk.



Kredit kepada Hyperbosan sebab bagi email.Oh,blog dia private.keh keh keh.

Monday, November 23, 2009

PS 2

Selepas servis pertama,PS mula menunjukkan kemampuan sebenarnya.Aku memandu sambil berkata 'WOW' ketika menuju ke pejabat tadi.

Gila Nikmat



Budak paling dekat dengan kamera dah nampak macam lepak kat sauna dah.Jangan kata diorang,kalu aku,mesti dah siap pelampung tayar lori.Buat tour satu kampung.

Gila best.

Sumber gambar.

Kriss Evo 10

Aku buka pintu.Pakai kasut.Galas beg laptop.

Mata pendang ke arah pagar.Bersedia untuk memulakan hari yang ceria,gemilang dan terbilang.Bilang apa? Aku pun tak tau.Abaikan.

Tengah sedap berjalan menuju ke pagar,tetiba Kriss Evo bersuara...

"Jamil....hati-hati pegi keja...aku dah takleh tolong tengok-tengokkan ko dah..."
"Tak guna betul,ko jgn la buat pesen sedih gini.Dah,malam karang kita pegi cari bege sama-sama..amacam?"

"Hahaha...ala....sesaja nak bergurau.Okeh..sett!!" balas Kriss Evo.
"Ko rehat elok-elok.Dah lama ko berjasa kat aku.Ni masa ko berehat." aku balas sambil tunjuk isyarat bagus.

"Jamil...."
"Ye? Ada apa?"

"Nak duit pencen.." Kriss Evo mula ngada-ngada.
"Duit pencen?"

"Ok..ok..aku gurau je.." balas Kriss Evo bila aku mula tunjuk gaya penampar.





Garang jugak aku ni kan?

Pengumuman.

Assalamualaikum.

Kepada sesiapa yang dah order buku,dan payment sekali,minta maaf sebab buku anda semua besok baru aku pegi pos.Hari ini ada hal kecemasan sikit.Besok awal-awal pagi aku lempar dalam tong pos ekspress.Semua sekali.

Seronok jugak bila tgk banyak order.

keh keh keh... maceh maceh...auww....




Ha..yang belum beli....cepat-cepat..sementara stok masih ada. =p

Blook Hapacrita Sudah Mula Dijual!

-Ini entri melekat.-



Memandangkan aku dah takda duit nak beli nasik,aku dah start jual dah blook ni.Cadangnya nak jual masa bersara nanti.Masa tu buleh jugak guna duit jual buku buat blanja cucu-cucu makan eskerim.

Tapi masa tu korang semua mesti sibuk jugak dengan cucu kan,jadi aku jual sekarang lah.

Berminat? Nak Beli? BACA DI SINI.




Friday, November 20, 2009

James Bond

TEBABOMMMMMM!!!!

Satu letupan jelas kedengaran.Sebuah kereta meletup ditembak dengan pelancar roket.Orang awam bertempiaran melarikan diri.

Di satu sudut,James Bond terselamat dari letupan sebentar tadi.Mukanya kekal tenang.Kalau muka gelabah orang kata tak hero pulak.Sambil bersembunyi di satu sudut,James Bond cuba memikirkan teknik untuk melepaskan diri dari kepungan kumpulan pengedar dadah.

Ramai jugak pengedar dadah bersenjata mengejar James Bond.Malangnya tak dapat.Amat pelik sekali walaupun beratus tembakan dilepaskan,sebijik pun tak kena pada James Bond.Nak kata James Bond pakai bomoh,tak jugak.

Sambil mengelak dari letupan dan tembakan peluru,akhirnya James Bond dapat satu idea.Dikeluarkannya satu alat berbentuk seperti Sony Playstation yang kecik tu.Mukanya berseri.James Bond terus menghidupkan alat tersebut.Dengan senang hati,James Bond menekan butang on dalam skrin alat tersebut.

Serta merta kereta James Bond yang sedang bersembunyi di seberang jalan terus hidup secara automatik.Dari kawasan parking seberang jalan,kereta tersebut hanya perlu datang terus ke arah James Bond yang sedang bersembunyi.Tak ada korner-korner.Sengihan James Bond bertambah lebar bila dia memikirkan dia akan blah dari kawasan tersebut dengan mudah.

James bond mengawal keretanya dari jauh dengan menggunakan alat kawalan di tangannya.Kereta tersebut mula bergerak ke hadapan.James Bond bersedia untuk menerpa ke arah kereta tersebut di tepi selekoh tempat dia bersembunyi.

Balaci pengedar dadah menyedari James Bond hampir dapat melepaskan diri.Mereka panik.Pada masa yang sama kagum melihat James Bond mengawal keretanya dengan alat kawalan jauh.

Kereta James Bond menghampiri dengan laju.Pintu sisi kereta dibuka secara automatik.James Bond bersedia untuk melompat masuk.Kereta tersebut semakin menghampiri selekoh.James Bond cuba tunjuk terer dengan membayangkan dia akan melompat masuk ketika kereta tersebut mengambil selekoh dan seterusnya membawa James Bond keluar dari kepungan.

Ketika kereta tiba di selekoh,James Bond menekan butang belok ke kiri sambil beliau melompat ke arah pintu kereta.James Bond terbang dengan bergaya.

GEDEBUK!!

James Bond tergolek atas jalan.Kereta yang dikawalnya tidak membelok seperti yang diharapkan.Kereta tersebut bergerak terus menuju ke arah kumpulan pengedar dadah tadi.

Dari jauh,James Bond dapat melihat dengan jelas,pada stereng keretanya,masih terdapat pengunci stereng.Pengunci yang dipasangnya sebelum keluar dari kereta semasa dia tiba sebentar tadi.

"Celaka,patut la hero-hero dalam tv tak suka kunci kereta." bebel James Bond sambil menutup muka menahan malu.









Di hujung jalan,kelihatan para pengedar dadah sedang gelak bagai nak gila melihat aksi gampang yang dilakukan oleh James Bond sebentar tadi.

Teknik membeli blook hapacrita





Assalamualaikum semua.

Ehem.Inginkan sesuatu untuk dibaca semasa dalam bas balik kampung? Semasa menunggu bas? Semasa tunggu pak imam sembelih korban? Lepas puas makan lauk korban? Ataupun semasa waktu senggang?

Disebabkan besok cuti,mungkin ada yang takda internet kat rumah kan? Ni aku nak cerita siap2.

Sebelum anda memutuskan untuk membeli buku ni,mari kita tengok apa ada di dalamnya.Dalam buku ni ada beberapa bahagian.Kategori cerita yang terpilih adalah:

1.Dialog Masyarakat Marhain
2.Dialog Suami Isteri
3.Jeman
4.Hapacrita Time Machine.
5.Koleksi cerita lain yang terpilih dalam blog hapacrita.

Dan,di penghujung buku,ada satu segmen khas yang dinamakan sebagai NASI TAMBAH.Dalam ruangan ni ada 13 cerita tambahan yang belum pernah ditayangkan di dalam blog hapacrita mahupun di tempat lain.Keseluruhan buku adalah setebal 129 mukasurat TIDAK termasuk penghargaan,komen dari firol,isi kandungan serta cover.

Penat tau aku design cover,susun cerita,pilih cerita,karang cerita baru.Kiranya aku memang puas hati lah untuk buku pertama.Walaupun ada cacat cela,insyaallah,aku akan cuba baiki lagi nanti.

Berminat?

Maaf,dah habis. =)

Operasi.

1.Bila balik kerja,aku akan check email.Kalau rekod yang korang bagi sama dengan apa yang terpapar dalam transaksi akaun cimb aku,aku akan amik buku,tandatangan lawa-lawa,masuk dalam sampul pos ekspress,besok pagi aku pos masa nak pegi kerja.Setel.
2.Aku akan reply email korang kalau aku dah siap masuk dalam sampul.Tanda aku dah terima pembelian korang.=) Dlam email tu juga aku akan bagi kod sampul,senang korang nak track dalam pos ekspress nanti.Kalu tak sampai lebih dari 5 hari,tunjuk email tu semula kat aku.
3.Korang leh antar email bukti pembayaran sebelum pukul 12 malam.Lepas 12 malam,cimbclicks akan berehat.Jadi aku tak boleh proses pembelian korang.
4.Terima kasih. =)


Ada apa-apa masalah,letak dalam komen.Aku takda akaun maybank.



UPDATE: Hani,gila cepat ko.Pembeli pertama.tq.

Thursday, November 19, 2009

Hah..aku dah berdebar tunggu anak sulung.



Buku dah siap cetak.Memang edisi terhad lah.Lepas ni kalu cetak balik,dah keluar edisi tak terhad pulak.

Terima kasih tukang cetak.

Bila aku blur...




Fort Minor - Believe me.

Aku suka menonton video klip yang kreatif biarpun video tersebut dah lama.Video klip ni adalah contoh yang aku suka.Flow kamera sesuai dengan lirik.Pergerakan gaya dan sebutan Mike yang sedap serta jelas.Effect yang buat aku seronok.Pilihan warna effect dalam video yang cantik pada pandangan aku dan beberapa faktor lain.

Semua ni nampak kreatif walaupun hanya kat parking je background dia.Kena pulak lagu sedap,tambah lagi dengan versi high definition,gambar terang berseri.

Peh,memang melayan lah.

Joging

Lokasi: Sedim
Tahun: 2001

Cuti hujung minggu,aku dan Kriss Evo agak kerap pergi ke Sedim.Aku pergi ke salah sebuah rumah membe sekelas aku.Selain tarikan air terjun Sedim,ada awek cun di sini yang bernama Sofea.

Kalau aku pergi ke rumah membe aku ni,memang kompom aku akan tidur kat rumah dia.Selalu aku sampai dalam petang jumaat.Bila sampai petang tu,aku dan membe aku terus ke jeram Sedim.Mandi kat situ memang masyuk.Air sedap.Sejuk.Awek yang dada timbul pun ramai jugak.Masing-masing nak menayang orang kata.

Setel mandi-manda,malamnya ada acara wajib.Acara wajib tersebut adalah memanggang ayam kampung.Ayam kampung ni tak heran.Sumber dia banyak.Mak membe aku ni memang banyak bela ayam.Kira kalu aku datang,mesti ada acara korban macam ni.Setel tangkap ayam,lepas magrib aku dan membe aku panggang ayam tepi anak sungai kat rumah dia.Memang marbeles.

Kadang-kadang kalau kami naik sheikh,sebelum pegi mandi jeram pun dah tangkap ayam.Pegi panggang kat jeram.Lagi nikmat.Awek badan timbul seksi pun kami dah tak layan masa tu.Buang masa je.

Nak dijadikan cerita,pada satu pagi,lepas subuh,membe aku ajak berjoging.Aku pun ok je.

Dah siap semua dengan pakaian bersukan,kami pun mula berjoging.Ada le dalam 5-6km jugak trek dia.Keliling kampung.Pemandangan memang asyik.Hutan dan sungai.Kobinasi yang menyegarkan mata.Badan pun rasa gagah semacam.

Dah puas berjoging,kami berdua patah balik menuju ke arah rumah membe aku.Sebelum sampai rumah membe aku,kami akan melintasi sebuah kedai kopi.Bila kami berdua melintasi kedai kopi tersebut dengan kadar larian seperti atlit(atlit ke atlet ha?) marathon Kenya,tetiba ada sorang pakcik yang sedang lepak sambil minum memberikan ulasan kepada perlakuan kami berdua pada pagi tersebut...

"Buang tebiat ke hapa...." ujarnya kepada rakan-rakan sekopi sambil memandang ke arah kami berdua yang sedang berjoging.









Tersentap perasaan I tau.

Notty kan pakcik tu?

Wednesday, November 18, 2009

Hapacrita All Star

"Mann......sini kejap." laung Mak Piah.
"Ada apa mak?" balas Jeman yang muncul secara tiba-tiba di pintu dapur.

"Pergi kedai sekejap.Belikan bunga cengkih." balas Mak Piah sambil menghulurkan duit.
"Baik mak!" balas Jeman sambil berlari ke arah kedai.

Jeman menukar pergerakan daripada larian kepada berjalan.Penat jugak paru-parunya bila berlari laju-laju tadi.Sambil berjalan Jeman tengok tepi-tepi jalan.Kadang-kadang terjumpa jugak benda-benda menarik.Silap hari bulan boleh terjumpa IC Lisa Surihani yang tercicir.

Ketika berjalan,bas Hok Seng,satu-satunya bas yang memasuki Kampung Kembang Semangkuk,melintasinya.Bas tersebut tiba-tiba berhenti.Tidak lama kemudian,kelihatan seseorang turun dari bas tersebut.

Jeman memerhatikan dengan penuh minat penumpang tersebut.Mula-mula hanya kakinya yang kelihatan menjejakkan tanah.Ya,kakinya sangat putih.Gebu.Bila kakinya jejak di tanah,barulah Jeman dapat melihat susuk tubuh tuan punya badan.Seorang gadis yang cantik bak bidadari.Mukanya bersih.Berpakaian kebaya.Badannya bak model.

Jeman tergamam.Air liurnya menitik bercucuran.Duit dalam tangannya melayang entah ke mana.Tak pernah dia lihat gadis secantik itu secara langsung.Selalu banyak tengok dalam tv ja.

Gadis manis berbaju kebaya kuning tersebut berjalan menuju ke arah Jeman.Di tangannya ada beg besar berisi pakaian.Gaya macam nak tinggal lama ja kat kampung tu.

Jeman dah macam nak rebah.Gadis tersebut datang sambil tersenyum.

"Adik,tumpang tanya.Di mana rumah Mak Som Mak Andam kampung Kembang Semangkuk?" soal gadis manis tersebut dengan lembut.

Jeman terus rasa macam nak menggelupur.Suaranya gadis tersebut sangat halus.Lembut.Menggoda.Jauh bezanya dengan suara Mak Piah.

"Hujung simpang tu kak.Tapi kena jalan jauh sikit.Rumah paling hujung sekali." jawab Jeman sambil mata tak berkelip.Hairan jugak apa kaitan gadis tersebut dengan Mak Som.Satu kampung macam tak bergaul dengan Mak Som.Mak Som banyak buat hal sendiri.Ada orang kata Mak Som selalu guna sihir.Ada jugak yang cakap orang dengki sebab Mak Som pandai mekap muka bakal pengantin.

"Terima kasih ye dik.Oh ya,nama akak Aishah..." balas gadis tersebut smbil mengeyitkan mata kepada Jeman.

Air liur Jeman mengalir semakin laju.


BAMMMM !!!!


Jeman dan Aishah pandang ke belakang.Kelihatan motor yang ditunggang oleh tok ketua kampung terbabas ke dalam parit di tepi jalan.Walaupun berada di dalam parit,mata tok ketua kampung tidak berkelip memandang ke arah Aishah.Mulutnya terlopong.

Jeman dapat merasakan,kampungnya akan bergolak dengan kehadiran gadis secantik Aishah.







Siapakah Aishah?
Siapakah Mak Som?
Siapa yang dapat meminang Aishah?
Apa kaitan Aishah dengan Mak Som?
Adakah Pejon berjaya mengorat Aishah?
Apakah yang akan terjadi kepada Jeman?
Adakah Cikgu Meli akan tumpang mengorat Aishah?
Adakah Ali Agogo berjaya dalam ternakan lembunya?
Apakah nasib anak gadis lain di kampung Kembang Semangkuk?
Adakah tok ketua kampung akan pergi ke klinik setelah eksiden?
Adakah Bidin akan menukar seleranya dari Sheila kepada Aishah?
Adakah Seli akan selalu ke kebun untuk tunjuk kuat kepada Aishah?
Bolehkan tok imam kampung handle masalah berbangkit di kampungnya?
Adakah Jeman berjaya membeli bunga cengkih yang dipesan oleh Mak Piah?
Apa yang terjadi bila semua watak dalam blog hapacrita bergabung di dalam satu kampung?
Adakah takhta gadis kampung tercantik yang dipegang oleh Kamsiah anak bilal masjid akan tergugat?
Adakah Kriss Evo mampu mengekalkan juara sebagai motor paling laju dalam kampung Kembang Semangkuk?
Adakah jejaka Kampung Kembang Semangkuk akan berusaha semaksimum mungkin untuk mengorat Aishah?



Persoalan terbesar...Apakah yang akan terjadi kepada Kampung Kembang Semangkuk akhirnya?





Banyak lagi watak-watak akan terlibat.Nantikan kemunculannya.

Next Project selepas Blook Hapacrita.



P/S: Insyallah,blook hapacrita akan mula dijual ahad ni.Terima kasih untuk yang menempah samada melalui sms,email dan juga melalui mulut.Dah lebih setengah dari jumlah cetakan.Baki ada lagi kurang dari setengah.Alhamdulillah.

Terima kasih semua.

Tuesday, November 17, 2009

Iklan Kereta

Sesapa nak beli kereta proton?

Contact No ni: 0176661380 (Rahmat).Cakap kat dia korang dapat nombor ni dari blog hapacrita.

Brader ni bagi banyak jugak free gift kat aku masa aku beli keta bebaru ni.Ada promosi banyak sekarang nih.Maklum la,hujung tahun.

Dialog Suami Isteri 13

"Dah berapa jam abang nak basuh kereta ngan motor tu? Ayang tgk dah berkilat dah."
"Sikit je lagi.Ala,seminggu sekali je abang buat camni.Hari lain kerja."

"Habis tu,ayang ajak pegi jalan-jalan semalam,tak jadi la?"
"Kan awal lagi.Nanti kita keluar la ok?"

"Sayang sangat kereta ngan motor abang tu.Isteri sendiri pun abaikan."
"Ish...apa ayang merepek ni."

"Ye lah...apa bezanya motor kereta tu dengan ayang?"
"Beza?"

"Ye...apa bezanya?"



Diam..




"Kereta ngan motor ni,kalau basuh,dia jadi berkilat,bersih,licin."
"So?" soal si isteri sambil mencucuk potongan buah dengan garfu di meja kecil luar rumah.

"Ayang kalau dibasuh,tambah-tambah kat muka tu, semua jerawat timbul.Kawah pun banyak.Harap mekap je tebal..keh keh keh..." balas si suami dengan senyuman paling nakal.





Si isteri mengambil garfu dan bersedia untuk menyucuk laju-laju di pinggang suaminya yang sedang tekun mengelap motor.

WOW



Hai Kak Nora..

PS 1

"Jamil..."
"Ye?"

"Dah lama ko pakai Kriss Evo?"
"Lama jugak.8 tahun lebih rasanya."

"Lama tu.Dia banyak meragam tak?"
"Takdelah..superb.Takda rosak besar-besar.Ada sekali enjin leaking.Yang lain banyak pancit tayar je."

"Oooo.......kenapa letak nama Kriss Evo?"
"Sebab dia laju."

"I pun nak jugak lah nama spesel macam dia.Boleh?"
"Hoh..ko pun nak jugak?"

"Nak nak nak.....bagi la nama best-best macam dia.U kena la adil.Dia ada nama,I pun kena ada nama jugak..."
"Ah sudah....apa nama aku nak letak ni.."

"Apa-apa je lah..dia dah ada Evo kat belakang nama dia.."






Sunyi...





"Takda nama ke?.."
"Humm...."

"Bagi le apa-apapun...I tak kesah.."
"PS boleh?"

"PS? Apa tu?"
"Persona Scuderia.."

"Awww....I suke I suke..."
"Dah..jgn gedik..."

Monday, November 16, 2009

Seli

Jam loceng berbunyi.Seli menggeliat malas.Dia bangun dan terus ke bilik air.Selepas selesai mengangkat wudhuk,dia solat subuh.

Selesai solat subuh,Seli akan ke reban ayam belakang rumah.Digagaunya telur ayam kampung 2 bijik.Dah dapat telur ayam,dia pegi menyibuk di dapur.Maknya tengah buat sarapan pun terganggu dengan perangai Seli.Pagi-pagi sibuk suruh buat telur separuh masak.Itu lah rutin hariannya setelah cuti semester bermula dua minggu lepas.Ada lagi dua bulan lebih cuti nak habis.

"Sibuk bebeno nak makan telur pagi-pagi.Biawak pun tak macam ni." Mak Munah cuba bergurau lebih kurang dengan Seli sambil menggoreng nasi.
"Ala...Seli nak jadi macam abah.Tgk badan abah tu,berketul-ketul." ujar Seli sambil mengangkat dumbbel yang dibawa balik dari kampus.

"Ikut kamu lah.Jangan sampai ayam tu mogok tak nak bertelur sudah." balas Mak Munah.
"Abah pegi mana mak?" Seli cuba menukar topik.

"Pegi masjid.Kejap lagi baliklah tu."

Seli terus mengangkat dumbbell tanpa henti.Bila telur separuh masak siap,cepat2 Seli makan.Lepas tu angkat dumbbell lagi.Begitulah rutin hariannya sejak dua minggu lepas.

Bila dah puas hati,Seli pegi pasang vcd cara-cara untuk bina otot badan.Berejam jugak dia senaman depan tv ikut apa yang diajar dalam vcd tersebut.Sekali tgk dah macam anak gadis yang bersenam depan tv.Bezanya Seli muka berbulu.Langsung tak nampak macam gadis-gadis.

Pakcik Kholid baru pulang dari surau.Bila sampai depan ruang tamu,dilihatnya Seli tengah tunggang terbalik bersenaman.Pakcik Kholid hanya geleng kepala.Rasa nak tampar jugak tengok Seli bersenaman dengan pakai kain pelekat.Tak senonoh langsung.Dasar anak tunggal manja.

"Udah le tu,jom sarapan sekali." bebel Pakcik Kholid kepada Seli.

Seli yang sedang tekun bersenam terkejut dengan sapaan mengejut tersebut terus tergelincir dan tersembam.Kainnya terselak.Beliau tak pakai seluar dalam.Mata Pakcik Kholid terbuka luas.

"Munah oi...aku tak jadi sarapan.Takda selera." jerit Pakcik Kholid dari ruang tamu.

Seli dan abahnya tiba di meja makan.Pakcik Kholid hanya menghirup teh O panas.Seleranya terus padam bila melihat aksi lucah Seli tadi.Seli hanya diam.

"Abah,apa rahsia badan abah berketul?" Seli cuba mengorek rahsia.
"Apa yang abah makan sampai badan berketul-ketul macam ni?" Seli mengutarakan soalan kedua sambil menghirup teh O panas.

"Abah minum susu mak kamu tu ha." selamba Pakcik Kholid bersuara.Teh O dalam mulut Seli berterabur keluar.
"Kamon dad...cerita lah betul-betul." Seli mula mengada-ngada.

"Abah kamu tu pagi-pagi keluar ke kebun.Menoreh.Balik buat sawah pulak.Petang-petang lepas asar pegi kebun buah.Angkut buah kat kebun pegi jual.Tak pun,kalau takda buah,angkut kayu-kayu bawak balik rumah.Tebas lalang.Ada masa lapang pegi masuk hutan,cari rotan ke,buah-buah hutan pegi jual.Takda masanya abah kamu tu nak angkat besi kecik macam tu hari-hari.Senaman depan tv la,apa la.Cuba kamu ikut abah kamu tu ke kebun.Ada jugak pekdahnya.Angkat besi halus-halus,tapi badan nak berkotak-kotak.Orang utan pun lagi kuat dari kamu." panjang lebar Mak Munah berleter sambil hidang nasi goreng.Tak tahan melihat Seli senaman depan TV agaknya.

Seli terdiam.












"Thanks darling." ujar Pakcik Kholid kepada isterinya sambil mengenakan pakaian untuk pegi menoreh.

Kriss Evo 9

"Jamil..."
"Ye? Ada apa?"

"Best ke bawak dia?"
"Biasa la..menda baru.Mesti la sedap."

"Laju tak dia."
"Stended ja.Aku bawak slow-slow."

"Sedap seat dia?"
"Not bad la.Kenapa?"

"Takdela..dia besar...ada bumbung...nak banding dengan aku,serba-serbi kurang."
"Ko jeles eh?"

"Eh..manada..manada.."
"Betul ni?"

"Ada la jeles jugak..."
"Ala...rilek la...ko dah teman aku 8 tahun.Pegi sekolah sama-sama ngan aku.Rempit laju-laju.Naik highway keliling semenanjung.Tergolek sama-sama.Potong motor awek.Korner baring.Minyak habis tengah jalan.Tayar pancit atas highway.lagipun,ko yang tolong aku masa aku mula-mula kerja kat kl ni.Takkan aku nak lupa semua tu.kan?"

"Ha'ah..betul jugak."
"Lagipun....dia tak leh cilok-cilok macam yang kita selalu buat masa jalan jem."






"Ha'ah kan Jamil?..dia mana buleh cilok-cilok time jalan jem kan? kan? kan?...hik hik hik hik..."

Saturday, November 14, 2009

Pengalaman saya menaiki bas di Ampang.

Dalam perjalanan menuju ke PJ,aku naik bas dari depan opis aku.

Kelihatan bas bernombor 7 tiba dengan tenang.Aku lambai-lambai macam dalam ending cerita bersiri Incredible Hulk kat tv dulu-dulu.

Bas berhenti.

Aku naik dengan was-was sebab takut salah naik bas ke selatan Costa Rica.Aku duduk di tepi tingkap.Ramai jugak orang dalam bas.Warga asing pun ramai jugak.Bas terus menjalankan tanggungjawabnya dengan bergerak menuju ke hadapan.Kalau bas bergerak mengundur itu namanya bas yang tersalah masuk gear.Boleh jugak nak kata bas tersebut sebagai bas yang tak bertanggungjawab.

Tengah jalan tu,tetiba ada road block.Bas berhenti.Sorang anggota polis naik.

"Keluarkan semua kad pengenalan." lantang suaranya.

Penumpang-penumpang mengeluarkan kad pengenalan dan passport antarabangsa masing-masing.Ada jugak yang bawak keluar kertas saiz A4..teringat aku masa nak dapat mykad dulu.Kena usung kertas tu dalam wallet.Oh ya,aku pun turut serta kelam-kelibut keluarkan IC.

Bila polis tu sampai kat aku,langsung dia tak check IC aku.Aku agak kecewa sebab penat-penat bawak keluar tadi.Mungkin disebabkan muka aku iras-iras macam Legolas,aku diabaikan.Mungkin terlalu kacak.Mula-mula nak marah jugak,kenapa golongan kacak perlu didiskriminasikan dari syak wasangka.Kalau muka kacak,semua nak pikir baik-baik je.Memikirkan aku nak pegi amik kereta,aku abaikan amarah tadi.

Bas meneruskan perjalanan.Tapi kan...heran tau.Dalam ramai-ramai yang keluarkan IC pelik-pelik dan passport besar-besar tadi....






kenapa hanya aku seorang yang hulur mykad? Orang tempatan lain rilek je.

Friday, November 13, 2009

Aku cinta padamu.

Mula-mula aku tekel dia,bulan 3 tahun 2008.Tak dapat.Gila kecewa.

Pastu aku tekel lagi hujung tahun 2008.Tak dapat.Semakin kecewa.

Bulan Ogos 2009 aku tekel dia lagi.Tak dapat jugak.

Hujung bulan lepas,aku cuba tekel sekali lagi.

Tadi,aku berjaya tekel dia sampai dapat.Siap dapat pakej percutian percuma ke mana-mana destinasi popular dalam negara selama 3 hari 2 malam lagi.Aku rasa gembira gila H1N1.

Tadi aku blanja dia minum Petronas.Blanja minum Primax95.

Kriss Evo,jangan gaduh-gaduh dengan madu kamu ya nanti? Dua-dua aku sayang.










Kalau tuhan tak bagi apa yang kita nak,mungkin dia akan bagi yang terbaik di masa yang sesuai.Ya,perancangannya yang paling hebat.

Seronok sampai rasa nak sedut oksigen banyak-banyak.

Thursday, November 12, 2009

Dah lama dengar dari radio.Hari ni baru jumpa.



Lighthouse Family- High.

Dari zaman sekolah lagi rasanya dok dengar kat radio.Sedap jugak melayan petang-petang macam ni.Rasa sedap macam makan pisang goreng panas cicah ais krim vanilla.

Snorkling

"Aku dengar banyak jugak ikan cantik-cantik kat situ". Mail bersuara lantang dekat kedai kopi.
"Ha'ah...aku dengar pun macam tu jugak.Memang menarik la jugak kalu nak pergi hujung minggu ni." Tajul pulak menambah.

Mereka berdua memang kaki menyelam.Dah banyak port diorang pegi kat Malaysia.Petang tu diorang berdua lepak-lepak kat kedai mamak.Minum-minum selepas kerja sambil menunggu kedatangan sorang lagi rakan mereka.Halim.

Halim yang tiba dapat mendengar perbualan mereka berdua tadi.Mail pulak jenis bersuara kuat,kalau tak dengar satu kedai tak sah.Halim tersenyum apabila mendengar ada 'port' baru yang dibualkan oleh Mail dan Tajul.

"Ha! Cantik sangat! Aku memang plan nak pegi snorkling hujung minggu ni.Mana lagi kita nak pegi? Tioman? Pangkor? Sipadan?" Sergah Halim sambil menepuk bahu Mail.Mail terkejut.

"Tak guna...tak boleh ke bagi salam.Terkejut aku." Mail mula marah-marah sayang.
"Ala..usik sikit dah bising.Ha,port mana korang sembang ni Tajul? Best ke? " Halim mula menyoal.

"Ko nak ikut ke?" Tajul menyoal semula.
"Mesti la.Aku kan lelaki air.Cakap je pulau mana aku tak pergi.Lautan mana aku tak menyelam.Lesen berkeping-keping.Ha ha ha..." Halim balas dengan bangga.

"Ha,besok dah sabtu.Ko siap barang,besok aku dengan Mail datang ambik ko.Port ni banyak ikan orang kata.Kami dah prepare dah." Tajul bagi arahan.Muka penuh serius.
"Heh...meriah la aku main dengan ikan hujung minggu ni." Halim dah teruja.


Hari sabtu pun tiba.Mereka bertiga tiba di lokasi yang telah dirancangkan.


"Ha....Halim...pakai la baju mandi tu cepat.Yang ko tercegat kat situ buat apa.Kang malam susah.Dah lewat ni." Mail meninggikan suara melihat Halim yang degil tak nak pakai pakaian khas untuk snorkling.
"Ntahnya,ko kenapa hari ni? Semalam bukan main beria-ia.Banyak ikan ni.Kang ikan pegi tidur,buat rugi ja kita datang." ujar Tajul sambil matanya meliar melihat ikan.

Halim hanya termenung di satu sudut sambil memegang sut pakaian menyelam.Dia betul-betul tak sangka lokasi pada hari tersebut betul-betul berbeza berbanding lokasi menyelam sebelum ini.Matanya hanya mampu melihat dengan sayu ke arah Tajul dan Mail yang sedang rakus melihat ikan-ikan di dalam air.











Halim betul-betul tak sangka dia akan dibawa ke Aquaria KLCC.

Wednesday, November 11, 2009

Dialog Suami Isteri 12

"Bangg...terima kasih bagi rantai emas ni.Cantik.Ayang suka."
"Sama-sama."

"Eh,abang dapat bonus ke ni? Tetiba je beli rantai kat ayang."
"Manada bonus,abang jual cincin kawin yang abang punya.Rimas nak pakai."

"Haaaa!!! Abang biar betul!!"
"Tak la..abang gurau ja...hehe..."

"Abes tu...banyak duit abang.."
"Tu rantai mas celup ja..bukan mas betul..abang beli kat pasar malam.."

"Haaa!!! Betul ke ni bang?!!! "
"Tak la...abang gurau ja....tu emas betul....hahaha.." si suami semakin gelak besar bila dapat kenakan isterinya...



Sunyi....



"Bangg..."
"Ye sayang...?"

"Pagi tadi ayang buat test....ayang dah berbadan dua.Ayang pegi klinik senyap2 tadi,doktor kata dah 3 minggu.Ni dapat pulak rantai emas..ayang rasa murah sangat rezeki kita..." ujar si isteri sambil bersandar manja di bahu suaminya.
"Haaa!!! Ya ke? Alhamdulillah..syukur...mak dah tau?" si suami teruja.

"Belum lagi,ayang nak abang yang tau dulu.." si isteri tersenyum manja.
"Okeh..abang nak cakap kat mak sekarang.Mesti diorang gembira." ujar si suami dengan rasa penuh teruja sambil mencapai telefon bimbitnya.

"Tak yah la bang.....ayang tipu je....terkena jugak abang arini..keh keh keh.." ujar si isteri sambil berlari manja masuk ke dalam bilik..
"Oooo...nak preknen sangat yee....jaga..!!" ujar si suami dengan muka merah padam sambil mengejar dari belakang..




Malam tu,jiran mereka,Pakcik Kassim tak dapat tidur lena.Banyak nyamuk katanya.

Bising bunyi nyamuk.

Hujan - Kau Harus Ada



Agak menenangkan.Rasa macam nak tidur bawah pokok buluh tepi sungai.

Rasa macam nak suruh mak dodoi pun ada jugak.

Lagu INI pun sedap. Lagu INI pun sedap jugak.

Pengajar PHP dan ASP part time diperlukan segera!

Ada sapa berminat nak ngajar PHP dan ASP beginner kat MMC Taiping? Ajar budak-budak diploma. Sejam RM70.

Berminat? Untuk maklumat lanjut,hubungi azwa.mcsb@gmail.com dengan kadar yang laju-laju! Menda urgent nih.

(^_________^)





Menda tak berkaitan: Cantik kan tarikh hari ni.. 11/11... auww..

Tuesday, November 10, 2009

Semalam yang hangat 9

Aku nampak seorang awek cun.Memang cun gila.Dia datang menghampiri aku.

Masa tu aku ada tepi sebuah bangunan.Bangunan di tepi air terjun.Memang cantik.Pemandangannya memang lawa lah.Aku berbual mesra dengannya dan di juga sangat mesra dengan aku.Dilatari dengan pemandangan yang cantik,suasana romantis sekali.

Sedang asyik memadu asmara,tiba-tiba air terjun melimpah.Banjir besar berlaku.Aku lantas menyelamatkannya dari lemas.Aku berjaya.Aku membawanya menuju ke tebing sungai.Dia memelukku erat.Mulutnya menghampiri mulutku.Hampir bercium.Jantung aku berdebar kencang.

Tiba-tiba badan awek tersebut kembang jadi belon yang besar gila.

Terus mati selera nak bercium.













Aku tak suka iblis memperkotak-katikkan perasaan aku dalam mimpi camni.

Monday, November 9, 2009

Pertandingan Hapacrita

Ok.Aku ada satu pertandingan.Disebabkan aku tengah sibuk dan rasa tensen,aku perlukan sesuatu untuk digelakkan.Menda yang boleh buat aku ceria.Menda yang buleh buat aku gelak.Satu benda yang asli.Yang rare.Yang aku tak pernah tengok atau baca.

Korang boleh bagi apa sahaja.Cerita.Gambar.Yang penting,semua tu asli dari korang.Tak leh amik dari youtube ke..video mat salih ntah memana.Aku nak yang asli.Gunakan kreativiti anda sebaik mungkin.

Oh ya,jgn hantar video lucah 3gp anda bersama teman anda ya.

Pemenang dengan hasil terbaik buleh buat aku gelak gila-gila,aku akan bagi hadiah.Hadiahnya apa? Jeng jeng jeng....hehee...

Korang akan dapat BLOOK HAPACRITA secara percuma.Siap sekali dengan pos.Tandatangan jejaka kacak ini semestinya disertakan sekali.


Tarikh tutup = Bila buku sampai ke tangan aku.







Selamat mencuba kepada sesiapa yang berminat.

Ingat.

HANYA SEORANG PEMENANG SAHAJA!



Update:Sesapa nak buku ni,kena beli.Harga dan lain2 perincian,akan diberitahu bila semua urusan cetak selesai. (^_______^)

Friday, November 6, 2009

Selamat berhujung minggu. =)

He he he...

Thursday, November 5, 2009

Entri bergambar


-"Bang,kita singgah kedai emas tu pulak ya? Boleh?".



-"Ibuuu...ibuuu....engkaulah...ratu hatikuuu..."



-"Burppp....alhamdulillah....lepak kat daun perisa lain pulak."



-"Buai laju-laju..sampai cucur atap......oppss...terlepas..."



-"I janji Sofea,I tak akan ulangi lagi kesilapan yang lalu...maafkan I...eh..kenapa tanduk you ada satu je....you selalu makan megi eh?"



-"Ayang dah cakap tadi..bawak termos air panas,abang degil tak nak bawak.Nak berjalan pun dah krem betis ni.."



-"Sapa kata anak ramai pinggang tak boleh ramping?"



-"Pegi balik..pegi balik....ni sarang aku..."



-"Opocottttt!!!"



-"Apahal idung saya macam ada sesuatu yang mencurigakan? Sniff..sniff.."



-"Saya belajar aksi ni dari makhluk bernama Ostrich."



-"Muuahhh...mmuah...muahhh...hati-hati pegi keje ye bang..nanti ayang masak sayur rumput.."



-"Boleh tak you jgn gedik sangat?"



-"Kenapa muka ibu macam beruang kutub?".


Pagi yang hensem 14

"Jamil,cukup la tu...aku tak tahan." hati waja mula mengomel.
"Ala..sikit je lagi.Untuk kebaikan kita jugak." balas aku.


Sunyi..


"Lambat lagi ke?" hati waja bertanya lagi.
"Dah nak sudah dah..sabo..sabo....." balas aku balik.Muka aku dah tak tertahan.Kadang-kadang tersengih sorang-sorang.Ada masa macam nak gelak kuat-kuat.Mencabar jugak.Tapi aku melakukan perkara tersebut dengan tabah.











Sapa kata cukur bulu ketiak tak geli?

Wednesday, November 4, 2009

Demm...lagu dah lekat dalam kepala aku.



Wonder Girls - Nobody




Kriss Evo 8

Sudah agak lama aku tak basuh motor.Basuh di sini bermaksud aku mengambil baldi dan mengelap serta mencuci sendiri kotoran dengan penuh kasih sayang.Selama ini aku hanya tau hantar ke kedai ja.

Semalam disebabkan aku tak sehat,aku tak pergi kerja.Petangnya aku buat keputusan untuk basuh kriss evo.Basuh sendiri.

Isi air dalam baldi,letak sabun,terus lap badan motor kilat-kilat.Berpeluh jugak basuh motor ni.Aku tak pasti air yang menitik dari muka aku tu peluh atau percikan air basuhan motor.Aku rasa peluh, sebab rasa dia masin-masin.Air sabun tak masin rasanya.

"Dah bertahun ko tak basuh aku camni kan? Last aku rasa kat melaka dulu je ko basuh aku camni.Masa belajar dulu.Dah 3 tahun dah tu." Kriss Evo mula bersuara.

"Ha'ah..tak sempat la beb.Sori." balas aku.

"Ah..dia malas tu..aku tau." hati waja menyampuk.

Aku terus mencuci segala celah-celah Kriss evo dengan berhati-hati.Setiap kawasan aku lap,gosok-gosok bagi berkilat.Peh,tabley bayang macam mana aku selongkar badan bini aku bila dah kawin nanti.

Ehem.Abaikan.

Dah cuci semua part,aku menuju bahagian paling malas sekali nak buat.Cuci bilah-bilah ranting rim tayar.Sayang punya pasal aku cuci sebatang demi sebatang bilah-bilah ranting rim tayar.Tengah sedap-sedap cuci celah-celah batang rim,tetiba...

"Ahhh....tickle....tickle.......gelii...geliii......" Kriss Evo tergedik-gedik...

"Macam setan jugak kadang-kadang perangai Kriss Evo ni kan Jamil?" hati waja berbisik kepada aku.

"Biarlah..ini hari dia.Layankan aja...." aku dah malas nak amik port.

















"Ahhh..tickle....tickle......."

Tuesday, November 3, 2009

Petang yang tenang 4

Aku beli nasi lauk ayam kat makcik yang menjual tepi jalan tadi.Sedap jugak bau dia.Ayam berempah.

Bila tiba di rumah,aku buka grill pintu.Kat depan rumah aku ada sekor kucing betina warna putih gebu.Heran jugak aku,mana2 aku tinggal mesti ada kucing putih.Rumah lama kat BK5 dulu pun ada kucing putih.

Sebab jiwa aku penuh dengan kasih sayang sesama makhluk..aku pun panggil kucing tersebut dengan suara paling sedap.Kucing tersebut tak layan langsung panggilan aku.Celaka.

Aku malas nak melayan.Masuk rumah,makan nasi tadi dengan berselera.

Selesai makan,aku keluar rumah.Nak buang bungkusan nasi tadi.Aku ternampak kucing putih tadi masih melepak kat depan rumah.Aku menghampirinya.Dia lari.Aku memanggil-manggil manja.Dia tak peduli.Aku memandangnya.Dia tak layan.

Aku keluarkan baki ayam yang aku makan dari dalam plastik tadi.Serta-merta kucing tersebut datang dengan muka paling manis tanpa disuruh mahupun dipanggil.









Dasar kucing materialistik.

Pagi yang hensem 13

Aku keluar dari bilik mandi dengan perasaan segar.Lap-lap badan,pegi pakai apa yang patut.Kemudian selongkar koleksi baju yang dilipat rapi.Tak susah nak pilih baju sebab ada sehelai ja yang dilipat.

Sebelum pakai baju,pekena deodorant dulu.Wangi ketiak.Selepas deodorant,aku capai body spray.Baru wangi badan.Tengah sedap nak tekan penyembur tu,hati waja sound aku.

"Jamil...ko nak mampus?"

Terkejut dengan teguran tersebut maka aku pun pandang ke arah tangan aku.









Kelihatan tangan aku sedang memegang botol spray racun serangga Fumakilla Aerosol -T yang sedang ditala baekkkkk punya ke arah badan aku.

"Hati waja,nanti aku belanja ko makan zikir-zikir."

Monday, November 2, 2009

Dialog Suami Isteri 11

"Sayannggg....nak tanya sikit boleh?"
"Apadia bang?" balas si isteri sambil melipat kain di depan tv.

"Abang ni hensem tak?"
"Ntah.Biasa je ayang tgk.Ayang kawin dengan abang bukan sebab rupa abang."

"Ye ke abang tak hensem?"
"Takkk...."

"Humm...baru je cadang nak kalungkan rantai emas yang abang baru beli ni kat ayang...tak jadi lah.Rasa macam nak pegi jual balik." ujar si suami sambil mengeluarkan rantai emas yang berkilau-kilau dari dalam poket baju..

"Tak hensem punnnnn.....tak hensem langsungggg.......tak hensemmmmm!!!" si isteri berkata dengan suara separa menjerit dengan nada agak sebak sambil mata memerhatikan tajam ke arah rantai emas yang berkilau-kilau.

Matanya sudah berkaca-kaca.











Si suami tersenyum nakal.

Selalu jugak dengar menda ni kat radio lepas balik tadika dulu-dulu.



Sheena Easton - Telephone.