Thursday, November 14, 2013

Lampu Isyarat

Bila nak reply mesej penting dalam henpon, semua lampu jadi hijau.

Bila nak cepat, semua lampu jadi merah.



Benci.

Monday, November 11, 2013

Tengah Hari Yang Panas


Aku berjalan dengan tenang.

Aku berjalan di dalam sekumpulan pekerja makan gaji yang di dalam otak masing-masing sedang sibuk memikirkan apakah jenis makanan yang akan dilahap sebentar lagi.

Ketika berjalan,kami tiba di sebuah binaan yang dipanggil tangga.Ketika sampai giliran aku,selaku jejaka budiman,aku bagi geng perempuan di belakang aku untuk naik dahulu.Budiman habis.

Lagipun,tak manis nak berebut dengan perempuan.Kan? 

Apa? Nak manis kena letak gula? Please, jangan buat lawak hambar macam tu.

I tak suka.

Jadi,berbalik kepada situasi tadi,aku memberikan laluan kepada perempuan dahulu.

Bila semua dah lepas,aku pun panjat tangga tersebut.Dalam kepala,dah terbayang kari ikan campur kacang bendi yang masam-masam rasa kuahnya.Makan pula dengan tempe goreng yang digoreng tebal-tebal.Gebu dan berjus rasanya.

Tengah sibuk panjat tangga sambil sedap membayangkan lauk tu,tiba-tiba aku terdiam.

Fokus aku dah lari jauh.

Ikan dalam kari yang aku bayang tadi tiba-tiba hidup dan melompat ke dalam air.Elok je dia berenang macam tak ada masalah langsung.Kacang bendi pun hilang dalam kari tu.Elok je ada kat pokok.Tempe pulak,hilang entah ke mana.

Di hadapan aku.......

Okay,aku ulang.

Di hadapan aku, kelihatan awek tadi sedang terkedek-kedek panjat tangga dengan bersungguh-sungguh sampai ternampak G-string yang dipakainya.








Bahu kiri aku tiba-tiba rasa berat.



Friday, November 8, 2013

Mata

Jam 3 pagi.
Terkebil-kebil.

3:50 pagi - Diharap,dos megi dan 3 biji telur ini dapat menidurkan aku macam bayi-bayi.

Thursday, November 7, 2013

Jamil dan Kerjayanya

Aku duduk mengadap skrin komputer dengan comel sambil memerhatikan baris kod yang merepek-repek. Tiba-tiba aku dapat gambar dari pihak media syarikat.Aku memilih gambar yang sesuai untuk diletakkan di dalam web baru syarikat.

Dalam banyak-banyak gambar tu,ada sorang awek cun.Macam model rupanya.Jadi,untuk jaga imej syarikat,aku pilih gambar dia dan yang lain-lain.Entah gambar pompuan mana le diorang ni cekau.Belasah je lah.

Tengah sedap buat kerja,aku dipanggil untuk sertai satu mesyuarat.Aku bangun dan turun ke bilik mesyuarat di bawah dengan gaya yang tenang.

Aku tiba di bilik mesyuarat dan terus buka pintu selepas mengetuknya dengan sopan.

Pintu dibuka.

Kelihatan awek dalam gambar yang aku terima tadi,sedang duduk dan tersenyum manis di hadapan aku.








Jantung aku gugur ke lantai.


Wednesday, November 6, 2013

Jamil di KFC

Aku beratur seperti mereka yang lain.Semuanya muka lapar.Ada juga yang cuba buat muka tenang,tetapi bila mata terpandang ke menu, lidah terus terkeluar.

Tak senonoh.

Setelah brader depan aku selesai ambil makanan, aku melangkah dengan tenang menuju ke hadapan kaunter.Perut lapar.

Aku disambut dengan penuh mesra oleh awek kaunter.Aku memesan sepinggan nasi beserta seketul ayam dan sedikit sayur.Cukuplah untuk aku yang kerjanya lebih banyak duduk dari berjalan.Kalau kerja aku di sawah bendang,mungkin aku boleh berbincang dengan diri sendiri untuk menelan 5 ketul ayam.

Setelah mengambil pesanan aku,awek tadi terus menyediakan hidangan seperti yang aku minta.

Pelepap.

Sepinggan nasi beserta ayam goreng rangup diletakkan dengan penuh indah di hadapan aku.Awek kaunter tadi berpusing semula untuk mengambil sesuatu.Disebelah awek tadi,ada rakan sekerjanya yang juga sedang sibuk menyediakan pesanan.Jadi,keduanya sedang membelakangi aku.Mereka berdua sedang sibuk menyediakan pesanan pelanggan masing-masing.Ok lah tu.Boleh dikira rakan sekerja yang ngam.Sama-sama ada rupa dan serasi.

Ketika sedang sibuk tu,tiba-tiba awek di sebelah kanan pegang bontot awek di sebelah kiri.

Aku terdiam.

Sambil pegang bontot,awek di sebelah kanan tadi bergerak melintasi awek yang berada di sebelah kiri tadi.

Sambil melintas,dia sambung pegang bontot awek tadi dengan tangan kanannya pula.Pegangan yang kemas dan manja.Tak nak lepas.

Aku telan air liur dalam-dalam sebab ayam goreng dan nasi di hadapan aku tu, sedap betul baunya.

Betul.

Aku betul-betul lapar.












Aku tak tipu.

Friday, November 1, 2013

Halim Iskandar

"Ayah ingat lagi dulu,banyak betul cabaran nak membesarkan kamu.Tapi alhamdulillah,kamu jadi jugak anak yang berguna." ujar pakcik Kasim sambil duduk di sebelah Halim Iskandar.Seronok juga melawat sekali sekala ke rumah anak-anak katanya.

"Cabaran macam mana tu ayah?" Halim Iskandar cuba libatkan diri di dalam perbualan.Dia tak nak ayahnya sembang solo.Boleh jadi agak awkward jugak nanti dibuatnya.Halim Iskandar tidak mahu ayahnya tiba-tiba buat aksi tak senonoh di hadapan anaknya nanti kalau dia bosan.

"Ye lah,kamu tu dulu suka bergaduh,ponteng kelas.Balik rumah pulak,nak suruh makan punya la susah.Asyik nak makan makanan ringan aje.Keropok,jajan,gula-gula.Penat nak larang.Jenuh mak kamu dulu nak suruh makan nasi.Menda berkhasiat tak nak makan." Pakcik Kasim mula mengenang kembali memori lama.Satu aktiviti yang Halim Iskandar tidak gemar sangat.Tambah-tambah kenangan beliau tersalah minum minyak tanah yang diletakkan di dalam botol coca-cola.Malu.

"Sekarang pun sama je ayah.Tapi cabarannya macam lagi susah je." Halim Iskandar cuba main tarik tali.Tak nak kalah.

"Zaman serba canggih ni,ayah rasa lagi mudah nak pantau anak-anak.Ada telefon.Senang.Apa yang susahnya? Cuba cerita salah satu faktor, apa masalahnya.Mana tahu ayah boleh salurkan pendapat." Pakcik Kassim cuba menunjukkan kepakarannya.

"Masalah pemakanan jugak." ringkas Halim Iskandar memberi jawapan.

"Maksud kamu?" pakcik Kassim cuba mendapatkan penjelasan.

Halim Iskandar menarik nafasnya dalam-dalam dan melepaskannya dengan perlahan-lahan.

"Sekarang kita hidup di dalam zaman di mana para artis dan tukang masak terkenal sibuk menyuruh kita untuk makan mi segera." balas Halim Iskandar sambil menunjukkan iklan di tv.

Di kaca TV,kelihatan para artis dan chef sibuk betul menyatakan betapa hebat,segar dan sedapnya mi segera yang diwakili oleh mereka walaupun pada hakikatnya ianya adalah tetap mi segera yang tipikal.

Khairul Asyraf,anak Halim Iskandar berusia 11 tahun yang sedang leka menonton tv,perlahan-lahan meletakkan semangkuk mi segera yang sedang dimakannya di atas lantai.

Suasana sepi.












Pakcik Kasim yang duduk di sebelah Halim Iskandar, juga berhenti menghirup semangkuk mi segera yang dipegangnya sejak tadi. 

Halim Iskandar mengeluh panjang...


Monday, June 24, 2013

Hapacrita







Monday, March 18, 2013

Lempeng Kak Jah Cafe




*Aksi bungkus dan makan di rumah.



*Aksi selepas disahkan terkena Vertigo.Haha.Banyak kali jugak aku pekena lempeng kat sini rupanya.


Lokasi: KLIK SINI (Taman Desa Subang,Jalan Musytari Am U5/Am)

*Sedap giler ayam masak merah dan lempeng ( lempeng kelapa dan kosong) beliau.Selamba je aku boleh habiskan 2 keping.Menu lempeng ni sepatutnya kalau ikut dalam menu, dijual waktu petang.Tapi mungkin disebabkan permintaan yang tinggi kot, pagi-pagi hari dah dijual.Nak menunggu pun ambil masa.Ramai yang datang.

**Kalau korang singgah makan di sini, di samping dua orang gadis pelayan,akan ada seorang lelaki yang akan ambil pesanan korang.Dia sangat peramah.Aku rasa mungkin dia pemilik kedai.Bagus.

*** Teringat ayam masak merah dia semula.Empphhh...! Empphh..!!


Friday, March 15, 2013

Benda-Benda Yang Awkward

Aku berjalan dengan tenang. Bayar guna duit syiling dan masuk ke dalam tandas awam.Kelihatan dua jejaka lembut sedang 'make-up' di hadapan cermin tandas.Hanya mereka berdua yang ada di dalam tandas pada ketika tersebut.

Mereka pandang aku, aku pandang mereka.Mereka berhenti 'make-up'.

Aku abaikan mereka dan berjalan melepasi mereka.

"Barang baik! Barang baik!" tiba-tiba bisik salah seorang dari mereka kepada yang seorang lagi sambil menjeling ke arah aku.








Aku harap, mereka maksudkan alat 'make-up' yang mereka gunakan sebentar tadi.

Aku berharap sangat-sangat.

Berharap sangat.


*Bontot terkemut-kemut ketakukan.

Esok Pagi

Dah lama tak pekena larian 20km.

Apa kata besok kita cuba.

Auw.


Thursday, March 14, 2013

Jamil Di Pejabat

Aircond kuat betul. Aku yang berkemeja lengan panjang,seluar panjang pun boleh menggigil sekarang ni.Sampai kena minum air panas untuk memastikan aku terus hidup (amboih, kronik betul nampaknya).

Menghairankan. Apa jenis tonik yang awek-awek dan amoi-amoi dalam pejabat aku ni dah minum.

Selamba je pakai skirt singkat, baju nipis ketat-ketat di sana sini.

Tak sejuk ke woi!








*Mungkin mereka terasa hangat dengan kehadiran aku yang hot.Hahaha.

Wednesday, March 13, 2013

Antara Astro,Steak Lembu dan .......

Aku duduk penuh comel di hadapan TV sambil menonton "Secret Meat Business".Rancangan yang khusus untuk memasak makanan berasaskan daging yang dihoskan chef Australia yang berjudul Adrian.

Disebabkan aku ni bukan cerdik bahasa inggeris sangat, jadi aku buka subtitle bahasa melayu.Melayan jugak lah tengok si Adrian ni memasak daging. Air liur pun, bukan main galak lagi merembes keluar.Heh.Terus bercita-cita nak masak steak 500g.

Tengah sedap menonton, tiba-tiba si Adrian menyebut "rare meat" iaitu "daging mentah". Maka, secara tiba-tiba juga, subtitle bahasa melayu di bawah menafsirkan "rare meat" tadi dengan perkataan "Daging Jarang" sampai habis rancangan.

Daging Jarang? Seriously?

Aku rasa,daging jarang ni, kalau wujud pun, mungkin ianya sejenis daging yang boleh dilihat disebalik kain pakaian yang jarang.Hahaha.

Aummm!










*Jamil,behave Jamil.Behave....

Tuesday, March 12, 2013

Antara Tarmizi, Kasmin dan Diet Seimbang

"Aku rasa, kita patut tukar diet kita kepada yang lebih sihat." ujar Tarmizi dengan tenang.Matahari terik meninggi di atas kepala mereka.Sudah tengah hari.
"Contoh?" balas Kasmin yang duduk di sebelahnya.

"Kita kena elakkan makan macam sarapan tadi.Aku bedal nasi lemak lauk daging.Karipap. Kuih muih.Air teh tarik.Berat-berat semua tu." balas Tarmizi.
"Ha'ah.Aku pun tak nak kalah.Pulut bersantan lengkap dengan ayam masak merah dan ayam goreng.Telur rebus lagi." ujar Kasmin seolah-olah tersedar dari lamunan.

"Esok kita tukar menu yang menyihatkan.Salad buah contohnya." ujar Tarmizi dengan tegas sambil berehat setelah mereka berdua penat menebang kayu balak di hutan,membajak sawah,menggali parit bendang, membelah gunung dan mengejar kerbau yang terlepas tali sebentar tadi.








Kasmin mengangguk-ngangguk tanda setuju.

Monday, March 11, 2013

Jamil dan Penyakit

Hari Sabtu lepas, aku dah mula rasa pelik.Rasa pening, tak sihat dan mual-mual.Kaki rasa lemah.

Hamaigad.

Selaku jejaka kental, aku cuma persetankan semua perkara di atas.Jadi, dengan tabah dan to'maninah, aku telan ubat demam sambil berharap semuanya akan aman sejahtera semula.

Masuk hari Ahad, aku rasa semacam.Pening tak hilang.Nak berdiri pun rasa bengong.Asal kepala gerak sikit je, satu dunia berpusing.Chorus lagu Kyle Minogue yang berbunyi "I'm spinning around" berkumandang dengan jelas dalam kepala aku beberapa kali.

Oh ya,boleh cari di youtube jika anda tidak pernah mendengar lagu tersebut.

Jadi, pada hari ahad, aku makan ubat sebelum tidur dengan harapan, bangun esoknya, aku dah sihat untuk ke tempat kerja.

(Sila bayangkan Jamil sedang makan ubat dan tidur dengan comel. Cepat bayangkan. Cepat lah.)

Hari Isnin yang gemilang akhirnya tiba.

Aku bangun.Oh Em Ji.Dunia berpusing.Aku dah cuak.Penyakit apa yang aku kena pulak dah ni.Minum air kosong dah banyak.Makan minum semuanya aku jaga.Pegi kedai pun, selalu order air kurang manis.Masak sendiri pun, kurang garam.Sayur mayur, dah berapa lori aku telan.Aku panik.

Walaupun panik, tapi masih hensem. Fakta.

Jadi, setelah buat apa yang patut, aku pakai baju kerja hensem-hensem dan terus memandu ke klinik panel berhampiran.Motif pakai baju pejabat? Ye lah, kang lepas check aku sihat je, kena la terus ke pejabat.Tapi,mencabar gila memandu sambil pemandangan di hadapan anda berputar-putar I tell youuu.

"I'm spinning around,I'm spinning around,I'm spinning around" chorus lagu Kyle Minogue berkumandang lagi.

Walaupun pening, aku masih parking dalam kotak dengan cemerlang.Tanpa buang masa,aku masuk klinik, daftar, hulur kad perubatan dan tunggu giliran.Setelah tunggu beberapa minit, aku dipanggil masuk ke dalam bilik rawatan.

Aku ceritakan apa yang aku alami kepada doktor tersebut.Muka doktor tersebut yang asalnya tenang, tiba-tiba nampak cemas.Demyu, kalau doktor dah nampak cemas, apatah lagi aku selaku pesakit.Mesti lah aku lagi cemas.Bertubi-tubi soalan ditanya kepada aku.

Dah selesai menyoal, tekanan darah aku diambil.Alhamdulillah, semuanya normal dan tip top.Aku lega.Penyakit darah tinggi atau rendah, dah boleh aku letak tepi sekarang.Tak sia-sia jaga kesihatan.Kemudian,dia buat test kepada aku.Antaranya, aku kena pandang mata dia, jari dia, dan dahi dia.Nasib baik dia tak suruh pandang yang bukan-bukan.Suruh pandang mesin kira duit contohnya.

Sambil aku ikut pergerakan jari dia, dia pandang mata aku dalam-dalam bagi mengesan masalah.Dah setel, aku kena berdiri tegak sambil pejam mata.Beberapa test yang dia buat, menyebabkan aku hampir tumbang.Demyu.Hahaha.

Seterusnya, aku diminta berbaring.Dah baring, kepala aku dipegang mengiring dan ditekan ke bawah sambil mata kena pandang mata doktor tersebut.Aku cuak.Sekali pandang, dah macam tengah buat tarian tango.Demyu lagi.Hahaha.

Diikuti seterusnya dengan beberapa ujian yang lain.

"You kena 'Vertigo'." ujar doktor perempuan tadi sambil menerangkan kepada aku tentang apa itu vertigo.Panjang lebar dia terang.Aku puas hati.

"Kalau tak sembuh hari ini, you datang jumpa I semula." ujar doktor tu lagi sambil tulis MC untuk aku.

Nampaknya, Gyroscope dalam badan aku dah messed up.

Boleh tahan jugak kesannya.

















Hai.Nama saya Jamil.Saya tak berapa sihat sangat.
Anda semua di luar sana, kerja elok-elok tau.
Jamil sedang berselimut dengan penuh enak.
Jamil nak berehat.
Muah.
Tata.



xoxo

Thursday, March 7, 2013

Hmetro dan Cerita Sensasi


Antara sebab aku suka HMetro adalah kerana tajuk beritanya yang 'catchy' kadang-kadang.

Cuba cerita sikit, akhbar mana kat Malaysia ni yang ada guna perkataan "Barua" untuk tajuk utama seselamba HMetro?

Hahaha.

HMetro dulu pernah keluarkan tajuk berita "Pedajal Makwe". Hahahaha.

HMetro at its best.


Thursday, February 28, 2013

Jamil, Buyong dan Machoman

Semalam,aku singgah di rumah sahabat aku yang berjudul Buyong.Buyong pernah muncul di dalam entry yang bertajuk "Dewa Rubik".Buyong jugak sahabat yang aku tumpang rumahnya ketika pertama kali aku datang kerja di KL pada awal tahun 2007 dahulu.

Sahabat susah senang kata orang.

Jadi, sebab semalam aku terlupa print surat rasmi yang perlu di hantar, aku singgah di rumahnya sebentar.Dah beli pos ekspress, aku terus menuju ke rumahnya di area Equinne Park.Aku suka betul rumah yang dia duduk.Rumah banglo setingkat.Sebijik-sebijik.Laman luas.Duduk sorang-sorang pulak tu.

Masuk rumah, terjumpa pula dengan Machoman. Machoman baru sampai ke KL dari Sarawak rasanya.Peh, lama betul tak berkumpul macam ni.Dah siap print surat, kami keluar minum sebentar.

Keluar naik kereta Neo si Machoman.Hanya kami bertiga.Dalam banyak-banyak kenangan naik kereta bertiga macam tu, aku hanya ingat dengan jelas 1 kejadian.

Kejadian di mana kami bertiga, menaiki kereta Neo Buyong yang baru dibeli ketika itu, dengan hanya memakai boxer mengelilingi taman perumahan di Taman Sentosa, Jalan Klang Lama, pada lewat malam hari.

Kerezi betul.

Haha.



Rumah Buyong ada 5 ekor anak kucing.Comel-comel.Ibu dan bapak kucing pun bulu jenis tebal dan gebu.Buyong namakan anak-anak kucing ni dengan nama "Floppy,Disket,Folder,Keyboard" dan 1 lagi aku tak ingat nama.Memang budak IT betul lah.






*Bila aku google, rupanya banyak betul cerita Buyong dan Machoman dalam blog aku.Hahaha.
**Kepada yang beli Blook Hapacrita dulu, cover belakang tu, itu gambar bontot Buyong dan Machoman lah.Yang lagi sorang tu, aku namakan dia dengan "Under18".Hahaha lagi.




Jamil Menghantar Kotak 'Harapan Setinggi Gunung'


Doa dah jenuh.Usaha dah kaw-kaw siang malam sejak tahun lepas sampai timbul urat dahi.
Diharap kotak ajaib comel ni akan sampai dengan hensem esoknya.
Harap-harap ada rezeki.
Amin.

v(^_^)v




*Nazar? Kalau berjaya menda ni, aku tempek muka aku kat hapacrita.Hahaha!


Wednesday, February 6, 2013

Antara Sharif Noor dan Zamin Sarbini

"Ha, laju nampak.Nak ke mana tu?" laung Sharif Noor di kedai kopi.
"Ke pekan sekejap.Ada hal. Napenya?" balas balik Zamin Sarbini sambil berhenti di sebelah meja Sharif Noor.

"Lepak lah minum dulu." pelawa Sharif Noor.
"Tak boleh.Aku kena pos surat ni cepat.Kang tak sempat." balas Zamin Sarbini sambil bangun untuk bergerak semula.

"Kau suruh je si Mail tu hantar.Dia duduk saja je buat apa." balas Sharif Noor sambil teguk air kopi.Kepiahnya dibetulkan sekali-sekala.
"Mail anak Lijah tu? Buat mendenye. Hilang surat aku nanti.Getah di kebun Salim pun disebatnya.Heii..tak nak lah aku." Zamin Sarbini bersuara.

"Tak lah." balas Shariff Noor semula.
"Habis tu?" Zamin Sarbini kehairanan.


"mail.yahoo.com.Nak guna mail google pun buleh." balas Sharif Noor bersahaja sambil gigit lepat pisang.








Zamin Sarbini jadi tak tahu nak marah macam mana sebab dia kena cepat-cepat pergi ke pejabat pos.


Thursday, January 31, 2013

31113

Atau juga dikenali sebagai 31/1/13. =)

Tuesday, January 29, 2013

Antara Rashid si Hantu, Langsuir dan Rusliza

"Iyee..aku cabar kau usik dia. Kalau dia terus lari tanpa sempat buat apa-apa, aku sanggup pergi baring sebelah Al-Quran dalam surau tu." Ujar Rashid dengan penuh berani.
"Ok.Kalau lepas aku usik dia, dia terus lari, kau kena buat apa yang kau cakap." balas si Langsuir penuh semangat.Nak jugak dia tengok si Rashid ni terbakar sekali-sekala.

"Kau pergi je lah.Banyak bunyi pulak.Cepat. Aku nak tengok." balas Rashid bersahaja sambil duduk di atas pintu pejabat.

Hantu Langsuir tadi dengan penuh halimunan menghampiri Rusliza, seorang gadis yang cekal bekerja sehingga lewat petang.Orang ramai dah balik, dia masih cekal menyiapkan kerja.Dekat-dekat maghrib macam ni, langsuir memang suka menyakat orang.

Dengan penuh tenang,Langsuir tadi menjelma di hadapan Rusliza.

Mata Rusliza terbeliak.Dengan sekelip mata, Rusliza berlari dengan pantas menuju ke arah pintu dan terus meluru keluar.

Si Langsuir dah gembira.Usikannya berjaya.Dia berpaling ke arah Rashid dengan penuh senyuman kepuasan.Tak sabar nak tengok Rashid baring sebelah Al-Quran.

"Ha,nampak? Laju je dia lari kan lepas aku usik.Cepat tunaikan janji kau." Langsuir mula berbicara.
"Kau jangan yakin sangat.Cuba kau tengok apa dia buat sebelum dia lari tadi." balas Rashid dengan tenang sambil terbang ke tempat duduk Rusliza.

Mereka berdua melihat ke arah skrin komputer Rusliza.

Dengan jelas, terpampang status fesbuk berbunyi "Ada hantuuuu!!!" di wall Rusliza sambil disertai dengan beberapa 'like' dari peminat tegar Rusliza.













"Sempat lagi tu." bebel si Langsuir sambil tumbuk tapak tangan.

Tak puas hati.

Kiah Top

Zakiah nama diberi.Cantik orangnya.Usianya sudah menjangkau penghujung 40-an.Mempunyai anak seramai 5 orang.Suaminya biasa-biasa sahaja.Orang kampung.

Namun, Zakiah bukan sebarang Zakiah.Walaupun sudah menginjak usia hampir 50-an, gayanya masih seperti anak gadis.Pakaian bling-bling.Solekan tebal di muka, sudah menjadi kewajipan harian hatta mahu keluar mengambil baju di penyidai.Ditambah lagi dengan potongan badan yang jitu dan padu, Zakiah kekal mendominasi carta 'perempuan tercantik' di kampungnya.

Itulah Zakiah, atau nama glamournya, Kiah Top.

Hari yang panas terik, tidak menghalang Kiah Top untuk berjalan penuh gigih ke rumah Mona Harun,rakan baiknya sejak dari bangku sekolah.Kiah Top perlu ke sana memandangkan beliau dijemput untuk mengikuti rombongan pengantin.Bukan orang lain, anak Mona Harun juga.

Selaku individu cantik, beliau boleh dikatakan wajib menyertai perarakan sebegini.Tiba di rumah Mona, nampaknya masing-masing sudah bersedia untuk bergerak. Selaku antara orang yang terakhir, Kiah Top terus masuk ke dalam kenderaan yang tersedia.Pemandu kereta telan air liur.

"Kiah, hantaran ada dalam bonet kereta ni.Kau bawak je.Aku cadang nak suruh kau bawa bunga telur,tapi kau lambat.Mak Som dah rebut dulu.Aku bagi je lah.Malas nak kecoh-kecoh." panjang si Mona Harun bagi penjelasan kepada rakan baiknya.Kiah Top hanya mengangguk.Dia faham sangat, Mak Som tu memang tak nak kalah.Walaupun cutting badannya mirip Tenuk Sigaraga, namun tiap-tiap hari masih nak berkebaya.

Annoying betul.

Rombongan pengantin bergerak menuju ke rumah pengantin lelaki dengan aman.

Setelah satu setengah jam perjalanan, mereka tiba di hadapan rumah pengantin lelaki.Suasana meriah.Paluan kompang, bunyi DJ yang ceria, bunyi orang ramai berbual, semuanya serba kena.

Selaku veteran, Kiah Top sangat tahu bila masa yang sesuai untuk keluar.Pengalaman yang ada, digunakan sebaik mungkin untuk nenarik perhatian orang ramai.Kiah Top tak pernah gagal menarik perhatian orang ramai di rumah kenduri.

Pintu kereta dibuka.Kiah Top menghulurkan kaki keluar.Kain belah mula memainkan peranannya.Betis Kiah Top yang disapu air beras setiap hari, kelihatan begitu ranum dan gebu sekali.Baru betis keluar, pandangan para hadirin terus beralih dari Mak Som yang bangga mengusung bunga telur di hadapan, terus kepada betis Kiah Top.

Mak Som bengang tapi masih kekal tenang dalam barisan rombongan.

Kiah Top terus menerjah keluar dan terus menuju ke arah bonet kereta.Kalau keluar perlahan-lahan, Kiah Top tahu dia akan dilihat seperti sengaja nak tayang diri.Jadi, dia kena buat sedikit gaya 'tidak peduli' untuk mendapatkan perhatian. Bijak macam arnab.

Tukang masak di khemah memasak, berhenti sebentar.Masing-masing datang memerhatikan rombongan pengantin, atau, lebih tepat lagi, memandang Kiah Top.

Kiah Top sedar semua itu.Dengan tenang, Kiah Top buka bonet kereta dan bersedia untuk mengangkat bekas hantaran pengantin.Selaku orang terakhir mengambil bekas hantaran, Kiah tidak risau.Angkat le apa pun hatta gubahan Apollo Roka sekalipun, orang tetap akan memandangnya.

Bonet kereta diangkat dan Kiah Top melihat bekas hantaran terakhir yang berada di hadapannya.Dah tak boleh lari.Nak suruh orang lain bawak, budak-budak je yang tinggal.Memang tak sesuai.Selain budak-budak, makcik-makcik dan pakcik-pakcik sahaja yang ada.

Kiah Top terkelu.

Kiah Top cuma bersabar.Peluh menitik laju di dahinya.Perjalanan 20 meter ke rumah pengantin dirasakannya sangat jauh.







"Macam gadis litar siottttt...fewittt!" jerit anak muda penuh geram dari bawah khemah pengantin.

Dengan tabah, Kiah Top cekal membawa bekas hantaran yang berisi seketul sport rim tayar kereta 15 inci yang kemas diikat reben.

"Dajei.." ujar Kiah Top penuh ringkas antara dengar tak dengar.



Wednesday, January 23, 2013

Aku rasa lah kan..


Kat Malaysia ni, aku rasa kerajaan patut bagi potongan 20%(bergantunglah asalkan ada potongan) untuk cukai jalan dan insurans kenderaan kepada pemandu yang LANGSUNG TIADA saman jalanraya dalam tahun tersebut.

Yang ada saman walaupun hanya SATU, wajib bayar harga penuh.

Itu jam, kita boleh tengok la berapa ramai jadi baik atas jalan semata-mata nak dapat 20% potongan harga.Kita semua, suka kan diskaun.Dak gitu?

Yang rasuah polis nak elak saman tu, kalau nampak, kita pakat-pakat bagi penendang ke polis dengan pemberi rasuah tu sekali.Tendang sampah tak apa.Tak salah.Kalau dia marah, kita sambung tendang lagi.



Wednesday, January 16, 2013

Nasi Ayam Medan Selera Precint 9



Nasi ayam kat sini, memang awesome! Datang Putrajaya, mesti singgah pekena.Lokasi, Medan Selera Precint 9. Dia punya sedap tu,sampai aku tak sempat ambil gambar.Sampai kena order otak-otak untuk dimakan bersama kuah kicap dan sos nasi ayam.

Wahhh...dah kecur air liur.

Kena pergi wiken ni nampaknya.

KLIK DI SINI untuk peta.

*Ok.Dah 3 entry pasal makan-makan.Harus berhenti.Haha.


Kak Nor Nasi Campur Seksyen 7 Shah Alam





Kedai ni, aku dapat tahu 1 1/2 tahun yang lepas masa aku kerja di MOLPAY berlokasi di I-City.Sejak dari dulu,orang beratur, ramai gila.Naik kesian pulak tengok kedai sebelah.

Beberapa minggu lepas, aku singgah semula di kedai Kak Nor ni.Peh,ayam goreng dia masih terbaeekkk I tell you.Masih besar, garing rangup, berjus di dalam dan sedap seperti dahulu.Ayam dia, aku rasa jenis belah 8.Sepinggan nasi macam dalam gambar tu beserta air limau ais, baru dalam RM5-RM6.50.Bahagia betul.

Banyak siotttt!

Lokasinya, bertempat di Mutiara Food Court.Depan-depan pintu masuk ke I-City dari arah gate UITM.Nak tengok map, sila KLIK DI SINI.

Sini memang port student UITM.

Hauli shit.Aku dah mula lapar.


*Dah 2 entry pasal makanan berturut-turut.Dua-dua nama Nor dan Noor.Hahaha.



Tuesday, January 15, 2013

Noor Rojak dan Cendol





Rojak dia, masyaallahhhhhh.

SEDAP SUNGGUH!

Untuk MAP, sila KLIK DI SINI.

Lokasi: Dekat PETRON dan CALTEX jalan lama sungai buloh.Lepas simpang 3 menuju ke arah highway GUTHRIE. 

Kalau dari Airport Subang, terus je sampai nampak Caltex di sebelah kiri.Dah nampak Caltex tu,jangan segan-segan,terus belok kiri dan teruskan perjalanan sampai melepasi Petron. Kedainya hanya di tepi jalan besar.

Serius sedap.

Datang jangan tak datang!

Monday, January 7, 2013

Kata-Kata Semangat.Aiwah!


Mek sens jugak.



Perbezaan Ketara

Pergi kedai, beli barang.

"Ye bang, nak beli apa? =)" ramah penjaga kedai menegur.Begitu juga dengan si gadis tukang isi barang.

Balik rumah.Selang beberapa hari,cukur misai.Simpan janggut dan kumis kemas-kemas.Trim hensem-hensem.

Pergi kedai, beli barang.

"Ye dik, nak beli apa? =) " ramah penjaga kedai menegur.Begitu juga dengan si gadis tukang isi barang.


Jamil dan Minyak Wangi

Hari pertama mencuba minyak wangi baru.Sembur di lengan dan leher.

Kemudian,berjalan di luar pejabat menuju ke arah kafeteria.

Perempuan-perempuan yang melintas di sebelah, terus pandang semula ke arah aku.Tersenyum-senyum.Ada juga yang pandang muka aku tak lepas-lepas sambil melintasi aku.Macam dalam iklan minyak wangi dah.

Tak pasti samada mereka menoleh semula kerana faktor wajah aku, ataupun kerana faktor bau minyak wangi baru.







Aku rasa kedua-dua faktor tersebut adalah penyebabnya.

Friday, January 4, 2013

Bahana Menonton Man vs Food


Siri Man vs Food yang ni,memang jebon dan hantu! Menggoda aku selaku penggemar daging.Jadi,untuk mengubat kegelisahan diri sendiri, aku terpaksa buat steak sendiri versi tebal-tebal.Nak harap kedai steak dekat rumah, harap harga je mahal.Daging nipis ya aw aw.

Nak makan daging banyak-banyak,takut kena kanser usus pulak.Alah,sekali sekala.



*Menyesal guna non stick pan. Nak buat sos bekas masak daging memang susah.Tak banyak perasa daging yang tertinggal di kuali.Lain kali,pakai kuali leper biasa.

**Demmit.Rasa macam blog kaum ibu-ibu pulak buat posting macam ni.

***Ah.Pigi la dead.


Antara Dua Darjat

"Siti, cuba Siti pikir.Siti ni cantik,lawa,berpelajaran.Siti patut bersama dengan orang yang setaraf.Bukan macam ni." Kamal Azam mula berbicara sambil bersandar di sisi keretanya.Di hadapannya,Siti masih diam membisu.Di tangan Siti, ada helmet motor.
"Biar lah abang Kamal.Siti bahagia dengan pilihan Siti." balas Siti tenang.Tak mahu bergaduh panjang.

"Tengok lah.Duduk tepi jalan,pegang helmet.Orang macam Siti ni,patut cari yang sekhufu dengan Siti.Sama darjat.Apa ni Siti.Cuba Siti fikir.Kalau Siti terima abang, bila-bila masa je Siti boleh naik kereta abang ni.Kereta abang pun nama dah mirip macam nama Siti dah.Honda City namanya.Comel kan? Mirip kan? " Kamal Azam cuba buat kelakar lebih kurang.Namun,Siti tetap dingin.

Kamal panas hati.

"Siti, apa yang hebat sangat mat rempit yang Siti baru kenal tu.Cuba cakap sikit kat abang ni." Kamal betul-betul geram.Dia perlukan kepastian.Siti yang tenang berdiri tadi,terkejut dengan perbuatan Kamal.

"Cuba cerita sikit.Mana hebatnya mat rempit yang Siti tergila-gilakan sangat tu.Baru je kenal.Dah lupa dunia.Minyak dagu jenis apa dia pakai ni?" Kamal mula geram.

"Tapi abang Kamal..." lembut Siti bersuara.
"Tapi apa?" bentak Kamal.

"Tapi...dia ada 2 buah motor..." lembut balas Siti.
"Abang boleh belikan Siti 4 buah motor kalau Siti nak." balas Kamal tak nak kalah.

"Tapi...dia ada motor yang bertajuk Ducati 1199 dan BMW." ujar Siti dengan tenang.

Kamal Azam tersentap.

"Dan,harga sebiji motor dia lagi mahal dari kereta abang Kamal.Itu baru motornya,belum harga keretanya lagi." ujar Siti lagi yang tiba-tiba teruja.
















Kamal Azam tersentap-sentap.


Thursday, January 3, 2013

Jamil dan Subang Perdana - 2

Jadi, setelah melalui kejadian yang menggeramkan di dalam kedai jual aneka barang, aku sambung pilih barang yang aku nak beli.Setelah memilih beberapa barang dengan teliti, aku ambil keputusan untuk bayar.

Aku berjalan menuju ke arah kaunter. Di sebelah aku,ada seorang brader sedang menunggu barangnya dikira oleh kakak kaunter.Setelah kakak kaunter tadi mengira dengan penuh cermat, jumlah nilai yang perlu dibayar,terpapar dengan kemas di skrin mesin kaunter.

Brader tadi, tunduk ke bawah.Dengan penuh ketenangan,dia selak baju dia sampai dada, dan terus membelek-belek sambil mengira duit di dalam beg pinggang yang dipakainya.

Dalam 30 saat jugak lah dia selak baju.









Jangan tanya macam mana aku tau saiz buncit perut, warna nipple dan dada dia ada banyak bulu.

Jangan tanya.


Wednesday, January 2, 2013

Petang Yang Tenang 14

Peluh merembes keluar dengan penuh rakus di dahi aku.Aku perlahankan larian.Petang cuti tahun baru semalam, ramai jugak yang keluar berjoging.Aku cuma buat 6km sahaja.Dekat pukul 6 petang baru nak keluar,nak buat 10km,memang tak lah.Kaki bukan kuat sangat nak lari laju-laju.Lagipun,aku nak lari-lari santai.Nak panjat bukit tangki air tu,kalau salah perhitungan,terjelir jugak lidah dibuatnya.

Rumah dah nampak di depan mata. Aku berjalan-jalan sambil membiarkan angin meniup badan aku yang sedang berpeluh.Biar peluh kering sikit, nak mandi kang mudah.Takde la dapat penyakit kulit berjudul panau nanti kalau mandi dalam keadaan berpeluh-peluh.

Sambil menuju ke rumah aku,aku melintasi kereta jiran-jiran.Tengah sedap melayan perasaan,tiba-tiba aku ternampak seekor kucing putih.Comel.Kucing tu sedang berbaring manja di atas bumbung kereta.Aku menghampiri kucing tadi dengan penuh tenang.Sambil tersenyum,aku buat-buat gaya nak belai dia.

Elok sampai dekat, kucing comel tadi bangun dan terus mengiau-ngiau.Tak bagi aku kacau dia lah tu kononnya.Aku buat-buat degil.Nak jugak belai dia.Dia berundur ke belakang.Masih mengiau.

Ok lah,fine! Aku berundur.Malas nak paksa-paksa.Sombong.

Elok aku pusing ke belakang, kelihatan ada seekor kucing jantan berdiri di hadapan aku.Badannya sasa.Kucing jantan tu tenung aku tajam-tajam.Badannya sengaja dibuat sasa-sasa.Matanya betul-betul pandang ke arah aku.

Selaku seorang lelaki,aku faham peranan dan perlakuan yang cuba dilakukan oleh kucing jantan tadi.Dia cuma menjalankan tanggungjawabnya untuk melindungi pasangan ataupun anak daranya sahaja.Jadi,dengan penuh hati-hati, aku berundur sambil buat-buat muka takut.Biar dia nampak hebat di mata pasangannya ataupun anaknya tadi.





Cilakak.

Muka dia betul-betul nampak puas bila aku berundur.

Tuesday, January 1, 2013

Hah! Dah masuk tahun 2013 dah!

Hensem je update blog tepat-tepat masuk tahun baru.


*Berguna betul pakai schedule kat blog ni.Entah menda la aku tengah buat waktu ni sebenarnya.