Aku parking kereta dengan cermat.Dah parking comel-comel,aku keluar dan menuju ke sebuah kedai jual barang.Masuk ja depan kedai tu,aku perhati barang satu persatu.
Tengah sedap tengok barang, tiba-tiba...
"Dik, tikar ni, berapa harga 1 meter?" tanya seorang brader.Muka dia penuh serius nak tahu harga tikar getah yang bergulung kat tepi aku.Selepas aku cakap yang aku pun kastemer macam dia, dia tersipu-sipu pusing ke arah lain.
Nampak sangat dia tak pandai menghargai orang yang berwajah Pan Asian seperti aku nih.
Benci.
Dah setel dengan brader tu,aku terus masuk ke dalam sikit.Tengok barang-barang lain pulak kat dalam.Ada bateri.Ada alatan rumah.Ada pasu bunga.Ada kamera AES.Wah,meriah betul kedai ni.Banyak betul barang.Seronok jugak nak main pilih-pilih barang kalau dah banyak pilihan ni.
"Dik,harga kerusi ni berapa?" soal seorang makcik di sebelah kepada aku sambil tersenyum.
Nampak sangat dia tak pandai menghargai orang yang berwajah.....
Umm..dah la.Nak balik lah.
Benci.
3 comments:
Sebab baju kot. muka pan asian tu tak nampak sangat rasanya.
wah gittew
hahahaha....hang pakai baju style same ngan pekerja kat situ ke??huhuhuhu
kedai mana ni jamil? byk kedai kt sbg perdana tu..yg seberang jln ke? ahahahaha
Post a Comment