Aku duduk penuh comel di hadapan TV sambil menonton "Secret Meat Business".Rancangan yang khusus untuk memasak makanan berasaskan daging yang dihoskan chef Australia yang berjudul Adrian.
Disebabkan aku ni bukan cerdik bahasa inggeris sangat, jadi aku buka subtitle bahasa melayu.Melayan jugak lah tengok si Adrian ni memasak daging. Air liur pun, bukan main galak lagi merembes keluar.Heh.Terus bercita-cita nak masak steak 500g.
Tengah sedap menonton, tiba-tiba si Adrian menyebut "rare meat" iaitu "daging mentah". Maka, secara tiba-tiba juga, subtitle bahasa melayu di bawah menafsirkan "rare meat" tadi dengan perkataan "Daging Jarang" sampai habis rancangan.
Daging Jarang? Seriously?
Aku rasa,daging jarang ni, kalau wujud pun, mungkin ianya sejenis daging yang boleh dilihat disebalik kain pakaian yang jarang.Hahaha.
Aummm!
*Jamil,behave Jamil.Behave....
4 comments:
makan je keje kaw!
ui jamil...baru nak baik sakit..dh dabel meaning pulak...
control testosterone Jamil, control testosterone...hahaha
jamil is notty u olls! hahaha
Post a Comment