-Setiap kotak bapak aku dah tulis nama anak masing-masing.Memang tak boleh buat aksi rebut-rebut.Kiut sungguh.-
Weekend lepas aku balik kampung.Memang banyak kiriman dari kampung aku bawak ke KL.Salah satu menda rare mak aku letak dalam kotak untuk aku ialah...daun kesom.
Ok.Semalam aku ke rumah akak aku kat Shah Alam.Sebelum sampai,aku singgah kejap kat Carrefour Kota Kemuning.Aku singgah nak beli ikan kembung.Dah setel aku blah.Bila sampai kat rumah akak aku,setelah setel solat maghrib semua,aku pun terus ke dapur.Akak aku tengah sibuk masak.Aku pulak dalam akal dah plan nak buat satu menda yang sangat sedap.Menda yang aku dah plan dari pejabat lagi.
Aku amik mangkuk.Aku tuang kicap pekat,letak cili padi,potong daun kesom halus-halus dan potong bawang besar.Dah siap semua,aku campur dalam mangkuk tadi.Lepas tu aku picit-picit bagi semua sebati.Dah berbau wangi,aku bagi penamat dengan perahan limau nipis.
Air liur aku mengalir laju.
Setelah semua lauk siap dimasak,aku terus makan dengan berselera.Ikan kembung goreng cicah sambal kicap teragung yang aku buat.Tambah pulak,aku bawak sekali bekal sambal belacan yang mak aku buat.Memang aku makan sambil mengalirkan air mata.Super sedap.Kesudahannya,aku makan tak ingat punya banyak.Rasanya 5 kali kot tambah.Sambal kicap tu,aku buat sampai 2 kali.Habis makan,aku dah tak boleh bergerak.Gila betul.Tak pernah aku makan sampai macam tu sebelum ni.Aku berjalan perlahan-lahan menuju ke sofa.Duduk dengan tenang.Perut dah sendat.Memang ikut nafsu betul.
"Ambil senduk nasi tadi.Buat gaya macam ceduk keluar dari perut.Buat 3 kali.Sambil selawat." ujar abang ipar aku yang berasal dari N9 memberi petua sebelum dia ke surau.
Akak aku yang berada di sebelah gelak bukan main.Adik aku pun gelak.Macam kelakar pulak teknik dia.Pelik-pelik betul petua.Kalau ada ENO memang setel lah.Masalahnya tak ada.Untuk mencuba,akak aku pegi ambil senduk nasi tadi.
Aku buat macam abang ipar aku suruh tadi.Aku buat sambil kena gelak dengan akak aku.Adik aku pun tumpang sekaki.Tak guna.Aku buat gaya mencedok keluar dari perut sambil diiringi dengan selawat.Setelah selesai,aku bagi senduk nasi tu balik kat akak aku.
"Tak sangka kena kat ko.Orang bidang sains komputer." gelak akak aku.Mungkin dia ingat aku tak pandang dengan petua pelik-pelik macam ni.Aku layankan sahaja.
Ajaib,tak sampai 15 saat,semua sakit dalam perut hilang mendadak.Siap aku buleh buat gaya lipat badan lagi bila akak aku cakap aku tipu.Tadi punya la sendat,adik aku nak sentuh perut pun aku marah.
Bila abang ipar aku balik dari surau,dia tersenyum sinis setelah melihat muka aku tidak lagi berkerut-kerut.
Eiiii....I heran tau.

13 comments:
hehehe.... amalkan petua.......
selagi x syirik...lynkan ajer
petua sambil baca selawat..
elok la tuh..
=)
mesti abg ipar hang selalu kena camtu.
ai pong heran...
apsal ek..
lapor balik x lepas tu?
ahahahha...
uih seyes jadik ek?
petua orang dulu2 adda gak gunanya..
bro, petua ni bole guna untuk buang lemak2 kat perut tak? hahahaha..
ya Allah jamillll.....durian tu bai....tolonglah singgah kat aku ni ha kat cheras bagi durian tu sebiji...tolonglah...waaaa...
huhuhu.. boleh try a pasni tiap kali gi buffet.. lalala
Bolehlah nak cuba nanti, takdelah muka ayam berak kapur lepas makan 5 pinggan...heheh

Hohoho.. orang N9 mmg banyak petua.. Hohoho.. tapi cedok keluar nasik dari perut memang tak pernah dengar la..
tu sebahagian petua pelik orang nogori yg mujarab. Ada lagi, mcm gantung tali kasut kat leher kalau muntah2, dan yg plg klaka klu nak tarik baby dengan tilam kecik dia kena cakap hujan lobek, hujan lobek, hujan lobek. Unbelievable??? Believe it..
pelik tapi benar ;)
zonaku: tu la pasal.tak syirik takpa.=p
nor: tak tanya dia pulak.hehe..
marina: i lagi heran you knowww....auww.hahaha..
tiger; menjadi.tu yang heran tu.haha
nalza: ha.tak try pulak.hahahha..
leyha: tak nak ...tak nak..hahhaha
brat: mana ko nak cekau senduk? haha
fakhrul: setakat 5 pinggang sushi..apadahal..haha
komander: ha..tak betul2 n9 lagi ni.haha
suria: haha..bujan lobek hujan lobek..sungguh kiut.ye..sedang percaya ni. =)
faryn:sungguh. =)
Post a Comment