Monday, July 26, 2010

Rahsia Jamil - 2

Jamil tak suka tengok wayang.

Tak suka di sini bukan bermakna aku tak pergi tengok langsung.Kadang-kadang pergi jugak.Kalau aku ada ajak tengok wayang,bermakna aku memang dah tak ada benda nak dibuat.Tapi aku masih terasa tak suka bila menonton jika menda-menda yang aku nak cerita kat bawah ni terjadi.

Ok.Macam biasa.Meh aku ceritakan.

Sebab aku tidak suka tengok wayang:

1. Aku tak suka bila tengah sedap tonton tiba-tiba ada orang tendang-tendang kerusi dari belakang.Rasa nak tendang balik pun ada.(baran betul)
2.Paling annoying bila ada orang,tak kira la depan ke,sebelah ke,belakang ke, yang bercakap-cakap.Tak kira la nak bercakap pasal apa pun.Sangat annoying.
3.Jenis kunyah pop corn kuat-kuat.Aku pernah cari orang yang kunyah pop corn kuat.Hasilnya aku jumpa.Dia berada di hujung barisan kerusi dan aku berada di tengah barisan kerusi.Menakjubkan bukan? Kalah bunyi speaker wayang.
4.Tengah sedap menonton,ada orang lintas-lintas.Nasib baik takda lampu isyarat dalam panggung tu.
5.Sarikata macam haram dia punya terjemahan.Nak jugak aku berkenalan dengan tukang alih bahasa tersebut.Tak nak baca,tapi dia timbul kat skrin.Bila baca rasa nak mencarut.
6.Orang bercerita jalan cerita yang sedang ditonton sebab dia dah tengok awal-awal.Jenis nak tunjuk terer kat awek.Dalam cerita hindustan,orang kata..haram zadeiiii.

Jadi,sebab tu aku lebih suka duduk dalam bilik.Pegi tengok wayang kadang-kadang boleh bagi aku tertekan.Bila dalam bilik,aku kunci pintu.Tutup lampu.Kemudian buka movie yang kualiti BAEKKKKKK PUNYA!.Satu cerita dah bersaiz 8GB.Ok,aku baru ada 2 cerita yang saiz macam tu.Transformers dan Avatar.Hahaha..

Jadi,dengan tenang dan penuh penghayatan,aku menonton seorang diri.Penuh tumpuan.Bagai menatang minyak yang penuh rasanya.Punya la tenang sampai kadang-kadang kalau telefon berbunyi masa tengah menonton tu,sampai rasa nak melatah.

Rasa ja.Tak melatah pun.

7 comments:

~gUrL in pUrPle~ said...

BAEKKKKKK PUNYA!

Misya Idris said...

huhuhu kat umah lek baring2..ilek2. kalau ada call, nak gi minum ke, leh tekan pause..kan? kan?

. said...

wewewewewewewe

sebab tu gua suka dok depan sekali!! baring2 kar depan pon sempoi jugak!

Siti Noor Aminah said...

betui tu. aku pn dah beropa tahun dh tak tgk wayang.kalo tgk kt umah, boleh baring2, boleh pause sat kalo nk ke toilet. hihi

Wanturd™ said...

ececey.. tgok cite ape tuuuu.. haha

kAkUnA_tHe KeLip KeLiP said...

tp ade gak member jenis riak,asl movie baru kuar je,beliau la konon org ptama g tgk.dan beliau jgk la knon terer dh tau cite g cite lak kt kite. kasi baran je~!

StingRay said...

gurl: baekkkk! =p

tiger: ye ye ye...betul betul betul =)

pelat:ah..gila..tak sakit leher ka weh dok depan sekali? haha

gadis: bersenang lenang kat rumah. =p

schomey: cerita 'cara-cara memulakan tarian ballet'. =p

kakuna: dah tampar dia laju-laju?haha..