Tuesday, July 13, 2010

Jeman buat hal lagi - 12

Jeman dan Mak Piah tekun menonton rancangan nyanyi-nyanyi di kaca TV selepas makan nasi.Masing-masing diam tanpa berbicara.Pakcik Leman pulak keluar ke kedai.Cari ubat nyamuk yang nak dipakai untuk menoreh besok pagi.

"Sedap betul suara budak ni.Ni mesti pakai buluh perindu ni." Mak Piah mula bersuara.Matanya fokus ke tv.Jeman mengerut-ngerutkan dahinya.
"Buluh perindu tu apa mak?" soal Jeman dengan manja sambil bergolek-golek di hadapan tv.

"Menda tu orang pakai nak bagi suara sedap." balas Mak Piah.
"Jadi,pompuan mat saleh yang kita tengok semalam tu pun pakai buluh perindu jugak?" soal Jeman.

"Yang mana?" soal Mak Piah semula.
"Keli kelaksen tu.Semalam mak cakap suara dia sedap." balas Jeman.Mak Piah terdiam.Tak terpikir jugak kat negara orang putih sana nun ada ke tidak buluh perindu.

"Dia pakai buluh macam ni ke mak? Cuba mak nyanyi-nyanyi sikit.Man nak dengar" ujar Jeman sambil meletakkan tabung buluh di leher Mak Piah yang otaknya masih ligat memikirkan jawapan untuk soalan Jeman tadi.
"Alahai dongdang sayangggggg....." Mak Piah cuba menyanyi lebih kurang.Saja nak ambil hati Jeman.Kang tak buat,takut digelar tak sporting pulak.Layankan saja bak kata orang.

"Buruknya suara mak.Tak macam Keli Kelaksen semalam." balas Jeman bersahaja sambil meletakkan tabung buluh tadi semula.Kemudian sambung bergolek-golek manja.

Tersedar.Terlambat.

Mak Piah menjeling tajam ke arah rotan yang tersangkut di dinding.

Jeman pasrah.Jeman betul-betul buntu memikirkan teknik bergurau yang paling sesuai dengan Mak Piah yang berhati halus.



Sepi...








PIAPP! PIAPPP!! PIAPPPP!!!

Jeman menggelupur kesakitan tanpa sebarang bunyi.

4 comments:

Anonymous said...

mak piah ni kuku besi tul la..takde kebebasan bersuara!

Imma Yusri said...

apsal jeman kena rotan??? xpham beb...

qishie said...

tak sporting betul aa mak piah ni. ahaha

StingRay said...

fnd: memang kuku besi.haha

naima: mak piah abstrak orangnya.haha

qishie: nasib la.haha