Monday, July 12, 2010

Jamil Melawat Rumah Nenek.

Lokasi: Rumah Nenek
Tahun: 1993

Kereta berhenti dengan perlahan-lahan.Aku lompat keluar dengan gaya paling comel.Nenek aku dah tersengih depan pintu.Aku pergi bersalaman dengan nenek aku.Mak aku tak ikut.Aku dengan bapak aku ja yang pegi.

Lagipun rumah nenek dekat ja.Setengah jam kalau drive manja-manja.Kalau pecut,15 minit dah boleh sampai.Tapi bergantung la.Kalau nasib baik,sampai la rumah nenek.Kalau nasib tak baik,kena patah balik la ke kampung.Lepas tu pegi masjid,disolatkan.Lepas pegi masjid,terus masuk kubur.

Tu kalau nasib tak baik.Kalau nasib kurang baik,paling-paling pun lepak hospital kerajaan sambil membayangkan kejadian yang tak mungkin akan berlaku.Contoh?

Ok....contohnya nurse muda seksi tolong suap anggur ke dalam mulut sambil buat gelak-gelak paling comel...see? Tak ada kan?

Setelah siap bersalaman dengan nenek aku,aku buat-buat macam budak bandar baru masuk kampung.Tergedik-gedik pegi tengok pokok,pegi belek-belek buah hutan,pegi sana,pegi sini.Dah puas buat aksi jakun,aku pergi pulak ke anak sungai belakang rumah nenek aku.Kalau bernasib baik,mungkin ada gadis berbikini sedang mandi di situ.

Hampa.Tiada gadis berbikini di situ.Hanya sekumpulan kerbau montel yang sedang berkumpul sambil mengumpat pasangan lembu yang melintasi mereka sahaja yang kelihatan.

Dah puas melilau kat situ,aku pergi semula ke depan rumah nenek aku.Aku lintas satu lopak air.Hujan nampaknya kawasan rumah nenek aku semalam.Patut la suasana lembap.Tak menghairankan tiada gadis berbikini nak mandi sejuk-sejuk macam ni.

"Jamil..jaga-jaga.Dalam lopak air tu." tegur bapak aku.Muka beliau betul-betul serius.Aku terus takut.Ye lah,dah bapak aku kata lopak air tu dalam,dalam lah.Takkan dia nak main-main.

"Dalam ka? Tak dalam pun." aku cuba persoalkan kenyataan bapak aku setelah selesai berpikir lebih kurang.Muka nak mencebik.Kening nak kerut-kerut.Dahi buat-buat berlapis.Betul-betul tak puas hati.

"Dalam la lopak air tu.Tengok,dalam sampai nampak langit." balas bapak aku bersahaja sambil masuk ke dalam rumah.

Aku memandang pantulan langit biru dalam lopak air tadi sambil membayangkan aku sedang jatuh lama-lama.

Eh..kena tipu.






Benci.

9 comments:

Lazyf said...

"Kalau nasib tak baik,kena patah balik la ke kampung.Lepas tu pegi masjid,disolatkan.Lepas pegi masjid,terus masuk kubur."

Hahahaha...x leh bla!!!

diraja22 said...

syoknye..

Unknown said...

hahah..baik punya sakat, boleh pekena kat anak saudara aku.

Misya Idris said...

hehehehehehe

Adeqq said...

ahahaha.
lawak oke ayah kamu!

xtahan, siap ade perkataan BENCI kat bawah tu. bayangkan perkataan tu disebut penuh manja. HAHAHA

Siti Noor Aminah said...

pantulan langit biru.





.

-HanaMichi- said...

wa x terer taip kumen smbil lumpat2..tapi lu vote wa jd PM, wa akn soh nurse2 kat spital amek task baru~ suap pesakit anggur smbil gelak2 comel..mau?

Unknown said...

nak tampa ayah tu boleh tak?loyar dia tuuuuuu

StingRay said...

lazyf: betul apa.hahha

diraja: =p

jimi: haha..kena tggu ada lopak air la.=p

tiger: =p

adeq: aku sebut penuh geram.haha

gadis:ada langit hijau? =)

hana: stress diorang nanti kena paksa gelak.hahah

pije: tak boleh..tak boleh.hahaha..