Tuesday, July 20, 2010

Rahsia Jamil - 1

Dalam siri mari mengenal Jamil dulu dan siri bila Jamil menggedik,hangpa semua dah tau dan nampak pasal aku sikit-sikit.Jadi,aku nak bercerita rahsia-rahsia aku pulak. =)

Aku suka nugget KFC yang sejuk.Nak tahu kenapa? Ok,mari aku ceritakan.Duduk elok-elok ye.Ha,yang perempuan jangan duduk atas riba lelaki.Aku malas nak beli hadiah untuk baby 9 bulan lagi.

Ok..begini ceritanya.

Dulu,masa aku sekolah rendah (1991-1996) Pekan Smallville masih belum ada KFC.Jika disebut KFC,mesti berdebar-debar.Kat Kedah masa tu,yang ada cuma kat Alor Star dan Sungai Petani tak silap aku.Disebabkan bapak aku sibuk bekerja,maka,amat susah untuk ke Alor Star mahupun Sungai Petani.Sadis kan?

Jadi,kebetulan,masa tu pulak,kakak aku kerja di KL.Dalam beberapa bulan sekali,akak aku akan balik kampung.Antara yang dibawanya ialah KFC.Aku paling suka nugget KFC.Aku tak suka nugget yang berbentuk huruf ABC tu.

Jadi,perjalanan dari KL ke Smallville memang lama.Akak aku selalu ambil bas malam.Jadi,kesejukan aircond dalam bas memang berjaya menyejukkan nugget KFC idaman aku.Dalam pukul 4 pagi macam tu,akak aku akan sampai kat pekan SmallVille.Aku dengan bapak aku pegi jemput akak aku dengan kereta.

Selalunya,bila dah amik akak aku,masa dalam perjalanan balik,aku mesti terlelap.Setelah sampai,aku terus masuk tido.Disebabkan aku memang tido jenis tak sedar punya,maka nugget KFC tadi akan diletakkan di dalam peti ais.Bila bangun subuh nanti,lepas bersiap nak ke sekolah,aku akan buka peti ais.

Bila buka peti ais,aku mesti nampak kotak KFC punya.Hati berdebar-debar.Aku keluarkan kotak nugget KFC bahagian aku.Untuk adik aku 2 orang lagi,ada part diorang.Aku tak kacau.Aku bawak ke depan TV.Aku tak suka nugget tu dipanaskan.Nanti rasa dia lain.Dah tak sedap.

Lepas pasang video tape kartun kegemaran,aku terus kunyah nugget sejuk KFC tadi sambil cicah dengan sos cili secara perlahan-lahan.Masa suap ke dalam mulut tu,bau rempah ayam KFC mula meliar dalam mulut.Rasa pedas-pedas manis serta masam sos mula sebati di dalam mulut.Hasilnya,terciptalah satu gabungan rasa yang amat lazat yang hanya dapat dirasakan beberapa kali sahaja dalam setahun.Nak makan laju-laju,takut cepat habis.Nikmat dia masa tu,jangan cakap.

Sampai terpejam-pejam mata.

Emmmmmm.....

Emmmm....

Emm.....








P/S:Sekarang aku makan panas-panas sebab kat rumah sewa takda peti ais.Tapi,bila dapat makan yang sejuk,memang nostalgia habis! Oh,yang dah tau perut jenis manja sangat tu,jgn cuba.Kang sia-sia je sakit perut.Orang 'taff' macam aku takpa.

22 comments:

Misya Idris said...

so sampai skrang kalau beli nugget kfc, ko masukkan dalam peti ais ke?

Unknown said...

perghg..nikmat sangat tuh...terasa aku dr sini nih.

Shafa said...

fuh, tetiba rasa nak try nugget kfc sejuk2...

Anonymous said...

tekak ulor!

Wanturd™ said...

nugget sejuk? biar betul. haha. aku kalau dapat ayam kfc sejuk, mmg nak terajang tengkuk sendiri. tak sedap yok.

Nerzhul said...

nostalgi value tu yang penting. hehe

PurPLe LaDy AiFA said...

siot je. trus aku yg pose ni nak g beli nugget kfc ptg ni. cet!

Tijah said...

nugget sejuk ni...jika diselet dgn whipped potato sejuk juga sedap!

alien said...

yeh, naget tu kalau sejuk rasa die lain macam ah~
rasa macam... iskh2 susah nak cakap la
mmg terangkat ooo

Unknown said...

ni kira macam feel aku bila makan tofufa sejuk la ni, kalau mak aku beli 3, ktrg akan simpan semangkuk dalam peti ais, pastu makan untuk breakfast sebelum pergi sekolah esok pagi. pehh, feel tak yah cakap la weh, tofufa tu macam cair dalam mulut, ditambah dengan air gula yang macam jadi lebih pekat sikit, serius sedap oh wa cakap sama lu;p

farwalis said...

nanti ang propose lah kfc buat nugget ice.

'Nugget Jamil'


perghhhh femes ko Jamil

Rona Realiti said...

baru gua tau pekan smallville tu kat kedah... kalo roswell ke...wisteria lane ke... kat mana ek...!?

marina anakcikbob said...

aku suke beger sejuk..
mmg mantap..
beli malam,simpan kat bhgn sayo..
pastu esok seblom g kelas,makan..
perghhhh...mmg nostalgia sbb wat ms study dulu..
skg xleh nak wat sbb diorg da jnji nak masukkan aku dlm hospital giler kalo aku wat cmtu..

loti mukhtar said...

pekan smallville ang...aku tau dimana
:-D
jangan risau...
sekarang KFC sudah ada disana

kucingorengemok said...

hihi, terharu baca... sila kenang jasa kakak membelikan adik²nya nuget

Siti Noor Aminah said...

teringin aku nak pi pekan smallvile hang tu, jamil.

sia2 aku jadi orang kedah tapi tak tau pekan smallville kt mana.



huhu.

limauais said...

penah try mkn popia sejuk(yg x abes mkn 2 hari lepas) smbil tgok muvi 3 idiots?syokk..haha.

Firol said...

perghh 'Kool' la jamil

kAkUnA_tHe KeLip KeLiP said...

dan dan ni jugak aku blik keje beli naget kepsi..~~!!!

gunturina said...

btl la kfc 2 kalo dh sejuk dia lg nyam2, ska ayam ori sejuk rempah dia mmg terasa..

StingRay said...

bt: tak dah. =p

jimi: mudah terpengaruh. =)

sweet: sila sila..cuba cuba lah. =)

ain: tampar nak?

schomey: lain manusia lain selera.haha

purple: haha..cepat cepat pegi beli. =p

tijah: peh..lagi advance..siap calit calit potato sejuk lagi.haha..

alien: sungguh. =)

makcik: wah..pagi pagi sarapan tofu.

frwalis: euww..nugget ice? haha...

rona: wallahualam.hahaha

marina: haha..tibai sudah... =p

lotikus: ssshh..diam diam diam.. =p

kucing: ye..sedang mengenangkan jasa mereka. =p

gadis: hang kedah tang mana? =p

limau: 2 hari? mak aihhh.hhahaa.

firol: kool la sangattttt...haha..

kakuna: sila sila..=p

gunturina: stuju stuju. =p

loti mukhtar said...

gila kental tak aku baca komen entry ang semua.hehehehehe...muleh..muleh diam...bak det raya!!!hahahahahahaaha