- Stesen PETRONAS Hentian Rawang dari arah KL ke Penang.Aku suka berenti kat sini.Sebab dalam stesen minyak ni ada jual Hot dog yang sedap.Aku suka sos dan mayo yang dia letak.Murah pun murah.Selalu aku beli 2 untuk aku sorang.Melayan beb drive sambil pekena hot dog.Kedai dia kecik ja.Hujung-hujung sikit kat dalam stesen tu.Cari lah kalau berenti. =) -
- Hampir tiba di rumah.Hati girang. -
-Pokok dalam gambar tu,dulu aku selalu lepak situ kalau hati kecewa.Adik rampas mainan atau kena marah dengan mak contohnya. -
-Lagi gambar pokok tersebut.Nanti bila pokok padi dah naik hensem-hensem,aku amik gambar lagi ye.-
-Tranquility.-
-Aku balik jauh-jauh dia tak nak layan aku.Kecewa.-
-Pokok belakang rumah.-
-Pokok belakang rumah je berbuah tahun ni.Pokok depan rumah dah merajuk tak nak berbuah sebab tahun lepas banyak makan tak habis.Emo jugak pokok dokong ni rupanya.Macam gothic.-
-Kecik-kecik ja buah yang kat bawah tu.Bandingkan dengan buah saiz original yang aku letak sebijik kat situ.Bandingkan.Bandingkanlah cepat-cepat.-
-Sesi bermanja-manja dengan PS.-
-Siram sekali,pastu nak lagi.Naik lenguh tangan aku melayan PS ni kadang-kadang.Tapi kalau layan bini nanti-nanti,lagi lenguh kot tangan.he he he..-
-Tak sia-sia aku beli PS ni.Senang hati mak ngan bapak aku nak kirim menda ke KL.Oh ya,bau durian tu memang kick.Aku sampai KL muka dah berpinau.Nak buat macam mana.Jenis tak boleh bau durian.Makan boleh pulak.Tapi,sekali makan,payah nak berenti.Ok..mak ngan bapak punya pasal...tadahalllll....sedia berkhidmat.'U named it' bak kata orang.-
-Pengalaman pertama tayar pancit.Aku tak tau tindih apa,tengok2 ada lubang kecik kat tayar.Lepas setel brader PLUS tu tampal tayar,aku hadiahkan sebiji durian yang paling besar tanda terima kasih.Dia punya senyum,aku pun naik senyum tengok.Rezeki depa berdua hari tu.Nasib baik la diorang follow belakang aku masa PS pancit tu.Senang cerita. -
12 comments:
lebih muatan ke sampai pancit tayar. hahaha
terkena kulit durian kot..haha
heheeh....
meh ler kite wat2 bertembung tgh jalan...
(smbil mngharap duriannn..agagaga)
seronok kan jadi orang kampung... hehe..
.
nasib baik ada org tolong tukar tayar kat highway tuh, kalau tak.....
sian PS
mak hang x kirim durian kat aku ke? waaa.....
hehehheeee....
x bawak balik karang kecik hatiii...
bawak jer la... bukan susah pun kannn
Cantiknya kg...rindu ah nak balaik kampung
wahh best nye balik kampung..leh bukak dusun dlm bonet kete tu..emm ngidam nak makan dokong atas pokok..
wah seronok nye balik kampung. lain kali bolehlah kirim manggis.hehe
ner: tak tak..berat hensem-hensem je.aha
afiz: agaknya.sapa le sepah2 kulit durian.ish ish ish..
labuchee: sebjik rm10.orait? =)
gadis: mestilah! =)
jimi: haha..sungguh.nasib baik betul.
naima: dah caact sebelah.=p
leyha: tak.takda.hahaha
zonaku: sedia berkhidmat orang kata.haha
amir:hehe..kg aku memang lawa.sila terima dengan tabah.=)
ct: jom..pi rumah aku.semalam rm5000 ja charge.wahahaaha
ilya: maggis ja? =)stroberi pun ada belakang rumah.nak? hahaa
Post a Comment