Friday, July 30, 2010

Tolong la....aku dah tak larat nak gelak dah.

Superman



Selain lagu Superman nyanyian Five For Fighting,aku rasa,lagu ni lah yang kena dengan jiwa aku.

Tak Guna! Berjurai air mata aku - 6



Agak-agak la.Takkan guna Windows Media Player kot cari data.

Hahhahahaha!

Ok..berpikiran positif.Mungkin dia baca dari CD.

Hahahahhahahaha!

Dewa Rubik


Dewa Rubik berbaju merah.Dewa programming dan DOTA pula sebelah kanan.Oh ya,mereka adalah adik beradik.Selain pintar bermain rubik,dewa rubik juga pintar bermain gitar.Dewa rubik juga seorang akauntan.


Setelah bosan bermain rubik 3x3 dan 4x4,kini dewa rubik mencabar dirinya bermain rubik 7x7.


Pusing-pusing.Kilas-kilas.


-Hampir siap.-


-Siap.-



Fakta menarik: Slash yang main gitar tu anak murid dewa rubik.

Wednesday, July 28, 2010

Cemas macam musang.

Jam menunjukkan 8.02 malam.Aku masih terkial-kial depan laptop kat opis.Buat apa yang patut.

8.02 malam? Tersedar.Demmit!

Capai kunci kereta.Turun tangga laju-laju.Masa turun tu ada jugak pikir nak langkah 8 anak tangga sekaligus,tapi memikirkan kebarangkalian untuk muka kacak aku ni tersembam kat bucu tangga adalah tinggi,jadi aku batalkan niat tadi.Lagipun masa aku habis pikir tu,aku dah sampai bawah dah.

Pantas betul pergerakan.Macam Matlan Marjan pemain bola sepak zaman 90-an.

Sambil berlari,aku kenyitkan mata kanan aku ke arah PS.Secara automatik,kunci pintu dibuka,enjin dihidupkan serta radio channel Hitz FM berkumandang.Kereta korang boleh buat?

Aku pandu laju-laju.Elok sampai,aku berhenti tepi jalan.Mata aku memandang penuh amarah.Lepas tu aku genggam tangan kuat-kuat.Geram.

Dobi sudah ditutup dengan hensem sekali nampaknya.

Cuma lewat beberapa minit.











Arghh..tak boleh pakai uniform tido wangi-wangi malam ni.

Dobi-dobian

Tadi,masa hantar baju-bajuan ke kedai dobi,aku rasa macam ada menda yang tak kena.

Something wrong somewhere orang kata.Sekarang aku dah ingat.Aku terlupa letakkan tuala mandi sekali tadi.Bukan,bukan tuala wanita.Aku tak pakai menda-menda pelik macam tu.

Terlupa jugak.Cis.Mungkin sebab tengok diri sendiri tak berpakaian tadi.

Tak senonoh.Dah dekat seminggu tak cuci tuala tu.Tuala satu lagi tak sedap.Bukan..bukan tuala wanita.Tuala mandi lah.Berapa kali nak cakap ni?

Degil.






Bukannya apa...I cuma tak nak rasa itchy-itchy ja kat badan I nanti.

Rimas.

Tuesday, July 27, 2010

What kejadah is dis?




Tengok kat bahagian berlipat tu dah macam mulut batu belah batu bertangkup.

Ni buah apa ni weh? Macam mana nak makan? Kena masak dalam kuali dulu sebelum makan?Pokok dia macam mana? Pokok dia akar tunjang ka akar serabut? Daun berurat ke daun selari? Asal dari mana? Sapa yang tanam? Mak Cik Limah tepi dapur kedai Seman belakang parit suka makan ka buah pelik ni?

Dan...yang paling 'what kejadah is dis' sekali,nama buah ni pun dia tak tulis.

Tulis jenama Grace Cup sahaja.

(Dahi tengah berkerut-kerut)

Monday, July 26, 2010

Adik Lady Gaga rasanya dia ni.

Tak lama bebaru ni,aku dengar dalam radio lagu dia.Bila tengok vklip dia,macam lady gaga dah.

Tapi aku suka lagu bullet proof dia.

Unik.

"This time baby I'll be bulletproof,
This time baby I'll be bulletproof."

Aku suka ulang-ulang rangkap ni sampai lebam.


Rahsia Jamil - 2

Jamil tak suka tengok wayang.

Tak suka di sini bukan bermakna aku tak pergi tengok langsung.Kadang-kadang pergi jugak.Kalau aku ada ajak tengok wayang,bermakna aku memang dah tak ada benda nak dibuat.Tapi aku masih terasa tak suka bila menonton jika menda-menda yang aku nak cerita kat bawah ni terjadi.

Ok.Macam biasa.Meh aku ceritakan.

Sebab aku tidak suka tengok wayang:

1. Aku tak suka bila tengah sedap tonton tiba-tiba ada orang tendang-tendang kerusi dari belakang.Rasa nak tendang balik pun ada.(baran betul)
2.Paling annoying bila ada orang,tak kira la depan ke,sebelah ke,belakang ke, yang bercakap-cakap.Tak kira la nak bercakap pasal apa pun.Sangat annoying.
3.Jenis kunyah pop corn kuat-kuat.Aku pernah cari orang yang kunyah pop corn kuat.Hasilnya aku jumpa.Dia berada di hujung barisan kerusi dan aku berada di tengah barisan kerusi.Menakjubkan bukan? Kalah bunyi speaker wayang.
4.Tengah sedap menonton,ada orang lintas-lintas.Nasib baik takda lampu isyarat dalam panggung tu.
5.Sarikata macam haram dia punya terjemahan.Nak jugak aku berkenalan dengan tukang alih bahasa tersebut.Tak nak baca,tapi dia timbul kat skrin.Bila baca rasa nak mencarut.
6.Orang bercerita jalan cerita yang sedang ditonton sebab dia dah tengok awal-awal.Jenis nak tunjuk terer kat awek.Dalam cerita hindustan,orang kata..haram zadeiiii.

Jadi,sebab tu aku lebih suka duduk dalam bilik.Pegi tengok wayang kadang-kadang boleh bagi aku tertekan.Bila dalam bilik,aku kunci pintu.Tutup lampu.Kemudian buka movie yang kualiti BAEKKKKKK PUNYA!.Satu cerita dah bersaiz 8GB.Ok,aku baru ada 2 cerita yang saiz macam tu.Transformers dan Avatar.Hahaha..

Jadi,dengan tenang dan penuh penghayatan,aku menonton seorang diri.Penuh tumpuan.Bagai menatang minyak yang penuh rasanya.Punya la tenang sampai kadang-kadang kalau telefon berbunyi masa tengah menonton tu,sampai rasa nak melatah.

Rasa ja.Tak melatah pun.

Humm.....



MUSE.

Terima kasih kerana menghasilkan muzik dan lagu yang sedap.Bagi aku,mendengar hasil seni muzik MUSE,sama seperti berasmara dengan muzik.

Puas.

Tuesday, July 20, 2010

Rahsia Jamil - 1

Dalam siri mari mengenal Jamil dulu dan siri bila Jamil menggedik,hangpa semua dah tau dan nampak pasal aku sikit-sikit.Jadi,aku nak bercerita rahsia-rahsia aku pulak. =)

Aku suka nugget KFC yang sejuk.Nak tahu kenapa? Ok,mari aku ceritakan.Duduk elok-elok ye.Ha,yang perempuan jangan duduk atas riba lelaki.Aku malas nak beli hadiah untuk baby 9 bulan lagi.

Ok..begini ceritanya.

Dulu,masa aku sekolah rendah (1991-1996) Pekan Smallville masih belum ada KFC.Jika disebut KFC,mesti berdebar-debar.Kat Kedah masa tu,yang ada cuma kat Alor Star dan Sungai Petani tak silap aku.Disebabkan bapak aku sibuk bekerja,maka,amat susah untuk ke Alor Star mahupun Sungai Petani.Sadis kan?

Jadi,kebetulan,masa tu pulak,kakak aku kerja di KL.Dalam beberapa bulan sekali,akak aku akan balik kampung.Antara yang dibawanya ialah KFC.Aku paling suka nugget KFC.Aku tak suka nugget yang berbentuk huruf ABC tu.

Jadi,perjalanan dari KL ke Smallville memang lama.Akak aku selalu ambil bas malam.Jadi,kesejukan aircond dalam bas memang berjaya menyejukkan nugget KFC idaman aku.Dalam pukul 4 pagi macam tu,akak aku akan sampai kat pekan SmallVille.Aku dengan bapak aku pegi jemput akak aku dengan kereta.

Selalunya,bila dah amik akak aku,masa dalam perjalanan balik,aku mesti terlelap.Setelah sampai,aku terus masuk tido.Disebabkan aku memang tido jenis tak sedar punya,maka nugget KFC tadi akan diletakkan di dalam peti ais.Bila bangun subuh nanti,lepas bersiap nak ke sekolah,aku akan buka peti ais.

Bila buka peti ais,aku mesti nampak kotak KFC punya.Hati berdebar-debar.Aku keluarkan kotak nugget KFC bahagian aku.Untuk adik aku 2 orang lagi,ada part diorang.Aku tak kacau.Aku bawak ke depan TV.Aku tak suka nugget tu dipanaskan.Nanti rasa dia lain.Dah tak sedap.

Lepas pasang video tape kartun kegemaran,aku terus kunyah nugget sejuk KFC tadi sambil cicah dengan sos cili secara perlahan-lahan.Masa suap ke dalam mulut tu,bau rempah ayam KFC mula meliar dalam mulut.Rasa pedas-pedas manis serta masam sos mula sebati di dalam mulut.Hasilnya,terciptalah satu gabungan rasa yang amat lazat yang hanya dapat dirasakan beberapa kali sahaja dalam setahun.Nak makan laju-laju,takut cepat habis.Nikmat dia masa tu,jangan cakap.

Sampai terpejam-pejam mata.

Emmmmmm.....

Emmmm....

Emm.....








P/S:Sekarang aku makan panas-panas sebab kat rumah sewa takda peti ais.Tapi,bila dapat makan yang sejuk,memang nostalgia habis! Oh,yang dah tau perut jenis manja sangat tu,jgn cuba.Kang sia-sia je sakit perut.Orang 'taff' macam aku takpa.

Monday, July 19, 2010

Persoalan

Adakah kawasan berhampiran kota kinabalu akan mengalami gempa bumi dalam masa terdekat?

Ok..tadapapa.

Jersi Bola Terbaik.



Kredit kepada Syaz lagi.Bagi email yang gempak-gempak.


World cup da lepas.Takpa la.Boleh melaram lagi.Tapi jgn buat perangai pergi sembahyang raya pakai menda alah ni.Tak kusyuk tok imam dalam solat nanti bila dia dah tengok.

Ha,ada sapa-sapa kat Malaysia ni nak pakai lepak kedai mamak?

Pagi yang hensem 21

Setelah bersiap lebih kurang,aku bersedia untuk keluar rumah.Malas nak bersiap lebih-lebih.Kalau dah hensem tu,pakai apa pun tetap nampak hensem.Enuff said.

Aku buka pintu rumah.Walla.Amoi depan rumah tengah basuh kereta.Pakai tshirt putih labuh.Lepas tu pakai pulak short singkat.Singkat sampai tak nampak seluar.Gila.Memang seksi habis.Sebijik macam dalam video klip nigga-nigga dalam MTV.

Aku tenangkan diri.Cuba kawal hati waja aku agar tidak terlalu kreatif dalam menafsirkan imej-imej yang aku nampak sebentar tadi.Aku tutup pintu.Kunci grill.Galas beg laptop.Pakai kasut.Lengkap.Sempurna.

Aku berjalan menuju ke arah pagar.Amoi tadi masih menyiram-nyiram kereta sambil memandang aku yang hendak ke tempat kerja.Aku pulak dah tak pandang.Orang kata,pandangan pertama dah la.Tak leh lebih-lebih.Aku tak nak kena sumpahan batu pagi-pagi macam ni.

Aku tutup pintu pagar dengan tenang.Aku berjalan ke arah kiri.Semalam parking penuh,jadi aku parking kat lorong sebelah kiri rumah aku.Aku berjalan dengan tenang menuju ke arah tempat aku parking kereta semalam.Takkan tengok amoi basuh kereta pun boleh hilang fokus kan? Menda-menda remeh ja tu.Aku sambung berjalan menuju ke arah tempat aku parking kereta semalam dengan langkah yang penuh harmoni.Bila sampai,aku berdiri tanpa bicara.

Tiada kereta aku di situ.

Aku pusing ke belakang semula.Kelihatan PS sedang nyenyak tidur dihujung jalan sana.Bertentangan arah.Jadi,maknanya,aku kena berpatah balik,melintasi semula 'amoi seksi sedang basuh kereta gaya macam dalam video klip nigga-nigga dalam MTV' tadi dan menuju terus ke kereta aku.

Jadi...nampaknya..aku betul-betul hilang fokus.







Benci.

Friday, July 16, 2010

Encik Scatman


- Lagu pertama awal kemunculannya pada 1994.Terus hit. -


- Lagu Kedua.Tahun berapa aku tak ingat.Rasannya 1995 kot.Aku suka lirik lagu ni.Tambah-tambah part "But how can someone win if winning means that someone loses." -


Tak silap aku,aku dengar lagu yang pertama masa darjah 5.Petang-petang,masa kayuh beskal nak pegi mandi sungai,selain lagu Kesatria Baja Hitam,kadang-kadang aku menyanyi jugak lagu ni.Tapi masa kena marah dengan mak aku diam.Aku tak nyanyi lagu ni.Lagu ni adalah antara lagu yang berjaya membawa suasana 90-an kepada aku.

Kedua lagu di atas,bagi aku,melambangkan indentiti,unik,catchy dan senang dihadam mesejnya.Semudah dan senikmat menelan biskut merry cicah air milo panas sambil bersila atas dangau rumah ketika hujan sedang turun dengan lebat.Kadang-kadang,seni nyanyian scatting macam encik Scatman ni buat,kalau berjaya dibawa dengan betul,ia akan kekal relevan.

Oh ya,beliau ialah contoh terbaik macam mana seorang yang gagap berjaya menukarkan kelemahannya menjadi asetnya yang berharga dan berjaya.Beliau glemer tahun 1994 dan meninggal pada 1999.Itu sedikit sebanyak pasal dia yang aku buleh ingat.Nak tau lebih-lebih,pegi google. =)

Ya..aku suka zaman 90-an!

=)

Ayat yang mungkin tak akan wujud lagi.

"Harga minyak dah turun weh! Yahoooo..."


Thursday, July 15, 2010

Makhluk Yang Ada Empat Lubang Bontot



Kan?

Apa Aku Jumpa Bila Balik Kampung 8


- Stesen PETRONAS Hentian Rawang dari arah KL ke Penang.Aku suka berenti kat sini.Sebab dalam stesen minyak ni ada jual Hot dog yang sedap.Aku suka sos dan mayo yang dia letak.Murah pun murah.Selalu aku beli 2 untuk aku sorang.Melayan beb drive sambil pekena hot dog.Kedai dia kecik ja.Hujung-hujung sikit kat dalam stesen tu.Cari lah kalau berenti. =) -


- Hampir tiba di rumah.Hati girang. -


-Pokok dalam gambar tu,dulu aku selalu lepak situ kalau hati kecewa.Adik rampas mainan atau kena marah dengan mak contohnya. -


-Lagi gambar pokok tersebut.Nanti bila pokok padi dah naik hensem-hensem,aku amik gambar lagi ye.-


-Tranquility.-


-Aku balik jauh-jauh dia tak nak layan aku.Kecewa.-


-Pokok belakang rumah.-


-Pokok belakang rumah je berbuah tahun ni.Pokok depan rumah dah merajuk tak nak berbuah sebab tahun lepas banyak makan tak habis.Emo jugak pokok dokong ni rupanya.Macam gothic.-


-Kecik-kecik ja buah yang kat bawah tu.Bandingkan dengan buah saiz original yang aku letak sebijik kat situ.Bandingkan.Bandingkanlah cepat-cepat.-


-Sesi bermanja-manja dengan PS.-


-Siram sekali,pastu nak lagi.Naik lenguh tangan aku melayan PS ni kadang-kadang.Tapi kalau layan bini nanti-nanti,lagi lenguh kot tangan.he he he..-


-Tak sia-sia aku beli PS ni.Senang hati mak ngan bapak aku nak kirim menda ke KL.Oh ya,bau durian tu memang kick.Aku sampai KL muka dah berpinau.Nak buat macam mana.Jenis tak boleh bau durian.Makan boleh pulak.Tapi,sekali makan,payah nak berenti.Ok..mak ngan bapak punya pasal...tadahalllll....sedia berkhidmat.'U named it' bak kata orang.-


-Pengalaman pertama tayar pancit.Aku tak tau tindih apa,tengok2 ada lubang kecik kat tayar.Lepas setel brader PLUS tu tampal tayar,aku hadiahkan sebiji durian yang paling besar tanda terima kasih.Dia punya senyum,aku pun naik senyum tengok.Rezeki depa berdua hari tu.Nasib baik la diorang follow belakang aku masa PS pancit tu.Senang cerita. -

Wednesday, July 14, 2010

Dialog Suami Isteri 21

"Bangggg......" si isteri bersuara.Dia berlingkar manja di lengan suaminya di atas sofa.
"Ye sayang....ada apa?" balas si suami.Matanya fokus ke arah tv.

"Banggggggg...." si isteri bersuara lagi.
"Iyeee sayang.Nak apaaaa?" balas si suami..mata masih fokus ke tv.

"Bannnnnngggggggg....." si isteri bersuara lagi.Kali ni lebih panjang.
"Sayang..kenapa ni? Sayang nak apa?" balas si suami lagi.Kali ni matanya memandang ke arah isterinya,tidak lagi memandang ke arah tv.

"Tak ada apa-apa..saja nak sebut 'banggg' banyak-banyak kali.Kenapa? Tak boleh? hik hik hik....Abang tu asyik sangat tgk tv,tak pandang kat ayang pun..." balas si isteri sambil bergolek-golek manja di lengan si suami.
"......" si suami terdiam.

"Buwekkkkkkk......." cebik si isteri kepada si suami sambil jelir-jelir lidah.



Sepi...



"Auwwwwww !!!!" kedengaran jeritan manja si isteri dari dalam rumah.







"Loh...macam tu pun boleh?" ngomel Pak Cik Kassim,jiran mereka yang sedang menikmati angin malam di beranda rumah sambil mencuri-curi dengar perbualan suami isteri tadi.

Pagi yang hensem 20

Muka dah smart.Rambut dah kemas.Baju dah sedap dipandang.Seluar pun dah hensem.Pagi pun cerah.Memang hari yang sesuai untuk pergi kerja.

Tengah bersiap nak keluar bilik,tiba-tiba mata aku pandang ke arah alat penimbang berat kat bucu bilik aku.Entah kenapa tiba-tiba datang 'menghenyam' nak timbang berat.Padahal lepas mandi tadi dah timbang dah.

Aku berjalan tenang menuju ke arah alat timbang.Aku naik atas timbang dengan cermat.Risau jugak kalau-kalau alat timbang tu buat gila tunjuk berat yang bukan-bukan.Boleh tercalar perasaan.Setelah pijak dengan kaki kanan,aku angkat kaki yang sebelah lagi.Aku berdiri diam-diam atas alat timbang.

Berat menunjukkan aku terlebih berat lebih kurang 8kg dari yang aku timbang lepas mandi tadi.

Cemas.







Kelihatan di tangan kanan aku ada plastik yang dipenuhi baju yang nak dihantar ke dobi.Di bahu kiri pulak ada beg laptop tergalas manja.

Aku tak suka gurauan macam ni pagi-pagi.

Boleh mencalar perasaan.

Benci.

Tuesday, July 13, 2010

Promote belog-belig

Blog dia ringkas.Kata-kata pendek.Namun mesej sampai.Aku suka.

Hangpa nak jugak? Pi la baca.Sungguh sweet kadang-kadang.

Terus aku jadi sweet-sweet.


http://everythingisfineinheaven.blogspot.com/


Antara Talib,Tina dan Arnab ajaib

Pagi tu,Talib berlari-lari di dalam hutan.Mukanya merah.Marah bercampur sedih.Mau tak sedih bila melihat di dalam kelas semalam betapa mesranya Rahim dan Tina bersembang mesra.

Sudah 6 tahun Talib cuba memikat Tina.Namun hampa.Ini semua kerana kejadian 6 tahun lepas.Kejadian yang membuatkan Tina terus reject Talib dan jatuh hati kepada Rahim.Talib masih ingat,ketika itu..


**Flashback bermula***


..dia mempelawa Tina untuk makan nasi lauk hati ayam goreng yang dibawanya pada waktu rehat.Tina hampir menerima pelawaan Talib,namun secara tiba-tiba Rahim,budak kelas sebelah datang mempelawa Tina untuk makan KFC yang dibeli oleh ayahnya di pekan semalam.

KFC dan nasik lauk hati ayam.Memang dua benda yang sangat berbeza.

Talib makan hati dan hati ayam goreng pada masa yang sama sambil memerhatikan Rahim dan Tina bersuapan di dalam kelas pada waktu rehat.Baru darjah tiga dah buat perangai romantik.

Sejak dari hari itu,Rahim dan Tina rapat.


**Flashback tamat**


Talib berlari-lari lagi di dalam hutan.Geram.Tertekan.

Sedang berlari-lari,Talib berhenti.Di hadapannya kelihatan seekor arnab yang tersepit di antara kayu buruk yang tumbang.Rasa kasihan mula muncul.Talib melepaskan arnab yang tersepit tadi.

"Terima kasih kerana melepaskan aku." tiba-tiba arnab tadi bersuara sambil bersandar pada batu.
"Arnab bercakap! Macam Alice in wonderland." jerit Talib.

"Aku dapat baca fikiran kamu.Kamu betul-betul bencikan kejadian KFC dulu kan?" ujar arnab tadi.
"Betul.Tak guna.KFC sejuk punya pasal,aku melepas.Kalau la aku boleh bagi KFC panas kat Tina.Mesti boleh.Eh...arnab bercakap..macam Alice In Wonderland !!" Talib menjerit kecil buat kali kedua selepas habis membebel.

Arnab ajaib geleng-geleng kepala.

"Jadi,sebagai membalas jasa kamu tadi.Aku boleh hantar kamu semula ke masa lalu dan bagi KFC panas kat kamu." balas arnab tadi sambil mengeluarkan jam dari poketnya.Memang sebijik macam Alice In Wonderland.

Talib setuju tanpa berfikir panjang.

Arnab tadi mengangkat tangan sambil membaca sesuatu.KFC panas muncul di tangan Talib.Arnab tadi mengangkat tangan lagi.Cahaya putih mula kelihatan.Talib gembira.Sebentar lagi beliau akan mengubah sejarah.

"Alamak..." Talib tersedar sesuatu.Namun sudah terlambat.Sekelilingnya terus bertukar.Suasana bilik darjah mula kelihatan.Sedar-sedar Talib dah siap pakai baju sekolah.Di hadapannya kelihatan Tina sedang duduk di kerusi.Rahim masih berada di kelas sebelah.Waktu rehat hampir tiba.

Muka Talib cemas.Dia memang betul-betul telah buat kesilapan besar.Ada menda yang lebih penting dari Tina yang dia terlupa sebentar tadi.

"Aku tak nak bersunat dua kaliiiiiiiiii...." jerit Talib dengan air mata mengalir sambil melihat ke dalam seluarnya.KFC panas jatuh berterabur.

Tina geleng kepala.

Arnab ajaib geleng kepala.








Reject.

Jeman buat hal lagi - 12

Jeman dan Mak Piah tekun menonton rancangan nyanyi-nyanyi di kaca TV selepas makan nasi.Masing-masing diam tanpa berbicara.Pakcik Leman pulak keluar ke kedai.Cari ubat nyamuk yang nak dipakai untuk menoreh besok pagi.

"Sedap betul suara budak ni.Ni mesti pakai buluh perindu ni." Mak Piah mula bersuara.Matanya fokus ke tv.Jeman mengerut-ngerutkan dahinya.
"Buluh perindu tu apa mak?" soal Jeman dengan manja sambil bergolek-golek di hadapan tv.

"Menda tu orang pakai nak bagi suara sedap." balas Mak Piah.
"Jadi,pompuan mat saleh yang kita tengok semalam tu pun pakai buluh perindu jugak?" soal Jeman.

"Yang mana?" soal Mak Piah semula.
"Keli kelaksen tu.Semalam mak cakap suara dia sedap." balas Jeman.Mak Piah terdiam.Tak terpikir jugak kat negara orang putih sana nun ada ke tidak buluh perindu.

"Dia pakai buluh macam ni ke mak? Cuba mak nyanyi-nyanyi sikit.Man nak dengar" ujar Jeman sambil meletakkan tabung buluh di leher Mak Piah yang otaknya masih ligat memikirkan jawapan untuk soalan Jeman tadi.
"Alahai dongdang sayangggggg....." Mak Piah cuba menyanyi lebih kurang.Saja nak ambil hati Jeman.Kang tak buat,takut digelar tak sporting pulak.Layankan saja bak kata orang.

"Buruknya suara mak.Tak macam Keli Kelaksen semalam." balas Jeman bersahaja sambil meletakkan tabung buluh tadi semula.Kemudian sambung bergolek-golek manja.

Tersedar.Terlambat.

Mak Piah menjeling tajam ke arah rotan yang tersangkut di dinding.

Jeman pasrah.Jeman betul-betul buntu memikirkan teknik bergurau yang paling sesuai dengan Mak Piah yang berhati halus.



Sepi...








PIAPP! PIAPPP!! PIAPPPP!!!

Jeman menggelupur kesakitan tanpa sebarang bunyi.

Monday, July 12, 2010

Jamil Melawat Rumah Nenek.

Lokasi: Rumah Nenek
Tahun: 1993

Kereta berhenti dengan perlahan-lahan.Aku lompat keluar dengan gaya paling comel.Nenek aku dah tersengih depan pintu.Aku pergi bersalaman dengan nenek aku.Mak aku tak ikut.Aku dengan bapak aku ja yang pegi.

Lagipun rumah nenek dekat ja.Setengah jam kalau drive manja-manja.Kalau pecut,15 minit dah boleh sampai.Tapi bergantung la.Kalau nasib baik,sampai la rumah nenek.Kalau nasib tak baik,kena patah balik la ke kampung.Lepas tu pegi masjid,disolatkan.Lepas pegi masjid,terus masuk kubur.

Tu kalau nasib tak baik.Kalau nasib kurang baik,paling-paling pun lepak hospital kerajaan sambil membayangkan kejadian yang tak mungkin akan berlaku.Contoh?

Ok....contohnya nurse muda seksi tolong suap anggur ke dalam mulut sambil buat gelak-gelak paling comel...see? Tak ada kan?

Setelah siap bersalaman dengan nenek aku,aku buat-buat macam budak bandar baru masuk kampung.Tergedik-gedik pegi tengok pokok,pegi belek-belek buah hutan,pegi sana,pegi sini.Dah puas buat aksi jakun,aku pergi pulak ke anak sungai belakang rumah nenek aku.Kalau bernasib baik,mungkin ada gadis berbikini sedang mandi di situ.

Hampa.Tiada gadis berbikini di situ.Hanya sekumpulan kerbau montel yang sedang berkumpul sambil mengumpat pasangan lembu yang melintasi mereka sahaja yang kelihatan.

Dah puas melilau kat situ,aku pergi semula ke depan rumah nenek aku.Aku lintas satu lopak air.Hujan nampaknya kawasan rumah nenek aku semalam.Patut la suasana lembap.Tak menghairankan tiada gadis berbikini nak mandi sejuk-sejuk macam ni.

"Jamil..jaga-jaga.Dalam lopak air tu." tegur bapak aku.Muka beliau betul-betul serius.Aku terus takut.Ye lah,dah bapak aku kata lopak air tu dalam,dalam lah.Takkan dia nak main-main.

"Dalam ka? Tak dalam pun." aku cuba persoalkan kenyataan bapak aku setelah selesai berpikir lebih kurang.Muka nak mencebik.Kening nak kerut-kerut.Dahi buat-buat berlapis.Betul-betul tak puas hati.

"Dalam la lopak air tu.Tengok,dalam sampai nampak langit." balas bapak aku bersahaja sambil masuk ke dalam rumah.

Aku memandang pantulan langit biru dalam lopak air tadi sambil membayangkan aku sedang jatuh lama-lama.

Eh..kena tipu.






Benci.

Thursday, July 8, 2010

AUTOCAD

Ha..sesapa pandai lukis pelan guna Autocad,dan nak kerja (kontrak @ freelance),emailkan resume korang kat hapacrita@yahoo.com.

Keja korang,mestilah lukis pelan.Area sekitar KL.Tempoh bekerja dalam 2 - 3 bulan.

Urgent! =)



Status: Partime pun buleh,fulltime pun buleh.Hantar ja resume kalau minat. =)

Sambal Kicap Berhantu.


-Setiap kotak bapak aku dah tulis nama anak masing-masing.Memang tak boleh buat aksi rebut-rebut.Kiut sungguh.-


Weekend lepas aku balik kampung.Memang banyak kiriman dari kampung aku bawak ke KL.Salah satu menda rare mak aku letak dalam kotak untuk aku ialah...daun kesom.

Ok.Semalam aku ke rumah akak aku kat Shah Alam.Sebelum sampai,aku singgah kejap kat Carrefour Kota Kemuning.Aku singgah nak beli ikan kembung.Dah setel aku blah.Bila sampai kat rumah akak aku,setelah setel solat maghrib semua,aku pun terus ke dapur.Akak aku tengah sibuk masak.Aku pulak dalam akal dah plan nak buat satu menda yang sangat sedap.Menda yang aku dah plan dari pejabat lagi.

Aku amik mangkuk.Aku tuang kicap pekat,letak cili padi,potong daun kesom halus-halus dan potong bawang besar.Dah siap semua,aku campur dalam mangkuk tadi.Lepas tu aku picit-picit bagi semua sebati.Dah berbau wangi,aku bagi penamat dengan perahan limau nipis.

Air liur aku mengalir laju.

Setelah semua lauk siap dimasak,aku terus makan dengan berselera.Ikan kembung goreng cicah sambal kicap teragung yang aku buat.Tambah pulak,aku bawak sekali bekal sambal belacan yang mak aku buat.Memang aku makan sambil mengalirkan air mata.Super sedap.Kesudahannya,aku makan tak ingat punya banyak.Rasanya 5 kali kot tambah.Sambal kicap tu,aku buat sampai 2 kali.Habis makan,aku dah tak boleh bergerak.Gila betul.Tak pernah aku makan sampai macam tu sebelum ni.Aku berjalan perlahan-lahan menuju ke sofa.Duduk dengan tenang.Perut dah sendat.Memang ikut nafsu betul.

"Ambil senduk nasi tadi.Buat gaya macam ceduk keluar dari perut.Buat 3 kali.Sambil selawat." ujar abang ipar aku yang berasal dari N9 memberi petua sebelum dia ke surau.

Akak aku yang berada di sebelah gelak bukan main.Adik aku pun gelak.Macam kelakar pulak teknik dia.Pelik-pelik betul petua.Kalau ada ENO memang setel lah.Masalahnya tak ada.Untuk mencuba,akak aku pegi ambil senduk nasi tadi.

Aku buat macam abang ipar aku suruh tadi.Aku buat sambil kena gelak dengan akak aku.Adik aku pun tumpang sekaki.Tak guna.Aku buat gaya mencedok keluar dari perut sambil diiringi dengan selawat.Setelah selesai,aku bagi senduk nasi tu balik kat akak aku.

"Tak sangka kena kat ko.Orang bidang sains komputer." gelak akak aku.Mungkin dia ingat aku tak pandang dengan petua pelik-pelik macam ni.Aku layankan sahaja.

Ajaib,tak sampai 15 saat,semua sakit dalam perut hilang mendadak.Siap aku buleh buat gaya lipat badan lagi bila akak aku cakap aku tipu.Tadi punya la sendat,adik aku nak sentuh perut pun aku marah.

Bila abang ipar aku balik dari surau,dia tersenyum sinis setelah melihat muka aku tidak lagi berkerut-kerut.








Eiiii....I heran tau.

Tamat

(-_-)

Wednesday, July 7, 2010

Dunia blog kehilangan seorang lagi penulis berbakat.

Aku suka baca blog beliau bukan kerana semata-mata beliau adalah membe aku.Aku suka baca sebab tulisannya adalah 'kreatif kelakar versi bijak' yang mana susah nak jumpa jugak.Kira versi rare.Kalau baca,kadang-kadang kena berfikir.Sesuatu yang aku suka.Aku pernah iklankan blog beliau dulu kat hapacrita sebab aku rasa blog sebijak itu perlu dikongsi bersama.

Apapun,beliau dah tutup blog.

Agak sunyi.

Hey.

Sila sambung menulis.

Apa? Nak baca jugak? Ok la..klik kat bawah tu.

1. Blog beliau.
2. Entry terbaik beliau.

Parking Paling Hebat



Dah bagi hon pun tak keluar alih kereta.

Memang dasar ******.

Sehari di pejabat.

Buntu.Termenung.Cuba siapkan beberapa kerja.

Bos pegi Sabah.Projek Manager dengan sorang staff pegi meeting yang mungkin tak akan masuk semula ke pejabat.Dua orang lagi junior balik sebab ada majlis konvo.Tinggal aku dengan despatch.Itulah koleksi pekerja dalam pejabat aku.Department opis aku yang lain,tak berkaitan.

Cuba dengar radio.Nampaknya Dr. Rozmey sudah mula pupus dari iklan radio.Carta iklan cuba dirampas oleh KLMU pulak."Terima kasih kepada KLMU kerana memberikan saya ilmu" yang dituturkan oleh 'pelajar KLMU' yang baru menyelamatkan orang masih bergema-gema dalam kepala.Gila.Nasib baik aku tak buat dialog macam tu masa nak bayar makanan kat kedai.

Contoh? Ok...

"Terima kasih kepada xxxx kerana memberikan saya ilmu serta membolehkan saya bekerja dan mendapat gaji dan seterusnya saya boleh beli nasi goreng" ujar aku kepada akak di kaunter bayaran.Silap haribulan,tak pasal-pasal kena libas dengan sudip.

Aku tukar siaran.Dengar pulak ada akak yang tengah iklankan teh ajaib.Dengan meminum teh tersebut,segala penyakit daripada rasa tak hensem sehinggalah kepada kanser,semuanya boleh disembuhkan.Dasat.Apa menda yang dia letak dalam teh tu aku pun tak tau.

Tukar siaran lagi.

Ok..serius.Aku tgh bosan.







Ada sesapa nak belanja aku tengok wayang dengan nugget ayam berserta sos cili?

Tuesday, July 6, 2010

Menarik jugak kenderaan ni.



Friday, July 2, 2010

Talib dan Tali Pinggangnya

Talib tiba dengan termengah-mengah.Majlis telah bermula.Ramai betul tetamu malam tu.Teman wanitanya,Kamsiah tersenyum melihat kedatangan Talib.Talib tetamu wajib datang.Ye lah,majlis hari lahir Kamsiah akan hambar tanpa kedatangan Talib.

Talib dijemput masuk oleh Kamsiah yang sabar menunggu.Bengang betul Talib.Menyesal dia terlelap sebentar tadi.Dia pun hairan macam mana dia boleh terlelap masa sedang leka minum air susu depan tv petang tadi.Nampaknya perangai masa bayi-bayi dulu masih dibawak sampai sekarang.Nasib baik terjaga.Kalau tak,teruk kena marah besok dengan Kamsiah.

"Perkenalkan semua.Ini Talib.Dia lah yang menceriakan hari saya selama ini selain keluarga saya." ujar Kamsiah sebelum meniup lilin atas kek.
"Cantik tali pinggang pakwe awak Kamsiah.Macam nak berkecai aku tengok." tegur Karzani.Seorang anak berada yang bergaya.

Semua melihat ke arah tali pinggang Talib.Talib juga tidak ketinggalan.Kelihatan di pinggang Talib,ada tali pinggang yang macam nak reput.Memang betul-betul lusuh.

Semua tetamu berpandangan antara satu sama lain.Berbisik-bisik.Karzani tersenyum sumbing.Puas hatinya dapat kenakan Kamsiah yang menolak cintanya.Kamsiah sudah merah muka.

"Hadirin sekalian,memang tali pinggang ini lusuh.Memang ia buruk.Namun,ia ada cerita tersendiri.Cerita yang sangat saya banggakan." ujar Talib.
"Ceritakan..." ringkas celahan Karzani.

"Tali pinggang ini pemberian Moyang saya kepada datuk saya.Tali pinggang ini telah dipakai semasa perang melawan Jepun dan Perang melawan Komunis.Tali pinggang ini juga menyaksikan negara Malaysia merdeka di bawah laungan perdana menteri Malaysia yang pertama.Saya percaya,usia tali pinggang ini jauh lebih tua dari semua yang berada di dalam majlis malam ini."

Semua hadirin terpaku.Mereka memberikan sepenuh perhatian.

"Tali pinggang ini juga dipakai ketika perkahwinan datuk dan ayah saya.Kini,ia diserahkan kepada saya sebagai waris seterusnya."

Hadirin masih terpaku.

"Dan,tali pinggang ini hanya akan dipakai jika ada acara teristimewa sahaja.Malam ini,majlis hari jadi ini adalah majlis yang sangat istimewa bagi saya.Kamsiah lah segalanya bagi saya.Dan saya cintakannya seumur hidup saya."

Hadirin terus bersorak gembira.Bertepuk tangan.Kamsiah mengalirkan air mata terharu.Ibu bapa Kamsiah mengelap air mata masing-masing.Talib tersenyum kepada Karzani yang terus keluar dari majlis.


******


"Celaka.Apahal aku tersalah pakai tali pinggang Karim ni.Sia-sia je aku beli tali pinggang baru semalam.Karim pun satu hal,letak tali pinggang merata-rata." bebel Talib di luar majlis sambil hisap rokok dalam-dalam.

Hana gadis tabah.

Bunyi aircond menderu-deru.Angin sejuk menghembus tenang.

Pagi tu Hana bersemangat betul.Hari pertama bekerja di kaunter KFC amat mengujakan.Dalam kepala dah terbayang macam-macam peraturan dan etika serta tatatertib melayan pelanggan.Semua benda dalam kursus yang dilaluinya akan cuba dipraktikkan dengan sehabis baik.Alah,setakat amik order orang beli ayam goreng,apa la sangat.Kerja mudah.Bukan susah sangat pun.Habis-habis koman,mungkin tersalah bagi wang baki.

Kalau tuah mengena,dapat jugak amik order dari jejaka kacak.Koman-koman kalau ada rezeki,terus dapat pakwe.Lepas tu kawin.Ada anak ramai-ramai...timang anak....timang cucu..pergi haji...

Jauh betul Hana mengelamun kan?

Sedang Hana leka tersenyum-senyum sendirian,kelihatan ada seorang lelaki masuk.Hana tersenyum lebar.Semangatnya mula berkobar-kobar.Akan dilayannya sehabis baik.

"Selamat pagi encik.Boleh saya ambil pesanan?Makan di sini atau bungkus?"
"Makan di sini ya." balas jejaka tadi.Matanya meliar tengok menu.

"Encik nak order apa?" ujar Hana dengan sopan.
"Bagi saya ayam ni ya.Yang 3 ketul ni.Amik yang original." balas jejaka tadi.

"Encik nak bahagian mana? Peha? Sayap?" soal Hana semula dengan senyuman.
"Bagi saya bahagian lutut dan ketiak." balas jejaka tadi dengan tenang.Tak bersalah.

Baru Hana tau,tak semua kastemer itu mudah.




Bunyi aircond menderu-deru.Angin sejuk menghembus tenang.

Siri Double Jay a.k.a JJ a.k.a Jamil Jiwang.

I miss her.

So much.

Notis Terakhir.

Salam.

Mula-mula sekali,aku nak mintak maap bebanyak la kat tiga orang ni.Hehehe..lama sungguh nak amik masa untuk bagi hadiah.Hadiahnya tak seberapa.Biasa-biasa ja.Harap hangpa suka la.Ceq tengah sibuk tahap masyaallah la ni.Lain kali kalau hangpa naik KL,call aku.Aku belanja makan ka.

Oh ya,hadiah korang aku dah pos.Tunggu je la ye.Kang aku bagi no rujukan pos kat email korang.Tetinggal dalam kereta pulak.


Tunggu kotak-kotak pos ni sampai ye. =) Terima kasih dan maaf sebab terlalu lewat. =) Kalau marah jugak,meh datang Puncak Jalil,aku belanja Char Kuew Teow sampai kembung perut.