Assalamualaikum.
Aku ada satu Pakej Percutian ke
Rebak Island,Langkawi.Aku cadang tak nak pegi ke sini.
Harga hadiah yang aku menang ni,dalam RM2500.Kiranya Rebak Island ni resort 5 bintang lah.Pakej ni untuk 2 orang. Sarapan pagi disediakan.Juga disediakan percuma dinner untuk 2 orang.Bilik adalah Deluxe/Premier Room/Villa.Pergi selama 3 hari 2 malam.Rebak Island ni,kat Langkawi.Resort dia bertempat kat pulau persendirian.Jadi,memang kena naik bot lah pergi sana.Gilababi ekslusif.Rasa macam James Bond.
Jadi,kat sini,aku nak jual pakej ni dalam RM1700-RM2000.Kira sekali dengan harga feri dengan transport la aku tanggung kat sana.Kalau nak AIR ASIA,nanti kita bincang tgk macam mana.Akan dipertimbangkan.Orait?Apapun,
harga boleh bincang lagi.Range harga tu,aku letak sebab nak cover transport sekali.So,kalau nak naik kapal terbang,kita nego la tgk macam mana.Mana tau leh blanja korang makan kat sana ke,apa ke.hehe..orait?
Apa? Nak pegi dengan kapal selam? Dah,jgn nak buat aku pening.Aku gedumbek rusuk kiri kang.
Memandangkan pakej ni atas nama aku,kalau korang beli,aku akan follow korang sekali ke resort ni untuk hal ehwal check in bilik.Sambil bergerak ke pulau,boleh sembang lebih kurang.Ye dak? Jangan risau,lepas korang check in,aku tak la ikut masuk tido sekali.Lepas tu aku balik la slow-slow.Kiranya kalau pembaca blog ni yang beli,memang terdedah la identiti aku.Takpa,hanya pembeli sahaja yang tahu.hahaha...
Jadi,kalau ada sesapa berminat,contact aku kat
hapacrita@yahoo.com.Tak pun tinggal ja komen kat bawah ni.Kalau korang berjaya cari pembeli,mungkin aku akan bagi sikit ganjaran kat korang.Jangan risau.Tapi kalau korang nak risau jugak,aku nak buat macam mana kan?
Tempahan bilik boleh dibuat bermula bulan May sampai 31 Ogos.Tempahan kena buat
2 minggu sebelum tarikh korang nak check in.Tu kira maksimum lah.Jangan buat hal nak on the spot.Cepat-cepat,dah lama aku tak jalan-jalan Langkawi ni.Sambil hantar korang pegi resort,buleh aku pusing-pusing kejap.
Oh ya,kalau couple berlawanan jenis jantina yang belum kawin nak beli.....aku tak nak jual.Tapi susah jugak kalau couple tu gay atau les.Aku mana tau nak beza.Tak nak aku bersubahat.Ah,karang masa korang sedap-sedap kat resort...buatnya masa aku balik,bot aku tenggelam dalam laut ke,jenuh aku.Mati jenis karam-karam dalam laut lepas buat dosa ni,aku tak gemar sangat.Trend Firaun tu.
Ok...aku berenti membebel.
Assalamualaikum.