Tuesday, August 7, 2012

Jamil dan Pekan Ahad

Wiken lepas,aku balik kampung sempena cuti Nuzul Quran di Selangor.Well,memang syurga habis lah boleh balik kampung.

Hari Ahad tiba.Hari Ahad di pekan SmallVille memang meriah.Ada orang jual ikan,jual sayur,jual makanan kering dan macam-macam lagi.Senang cerita,bayangkan lah pasar malam yang dilakukan pada awal pagi.

Jadi,selaku orang yang suka bahan-bahan segar,aku pergi ke Pekan Ahad dengan orang tua aku dan bini aku.

Elok sampai,aku suruh diorang turun dulu,sebab aku nak cari parking.Dah turunkan diorang,aku pusing bukan main jauh nak cari parking.Selepas dapat parking,aku pegi cari diorang yang tengah sibuk beli bahan mentah untuk memasak petang nanti.

Dah jumpa,aku tolong pegang barang yang dibeli.Dah nampak tangan aku sarat dengan ikan,ayam,udang dan sayur-sayur,aku pergi letak di dalam kereta.Mak aku pulak,sibuk nak pegi beli bunga.Layankan sahaja.

Sebelum diorang pegi,aku tak nampak pulak bapak aku.Aku tanya kepada mak aku,dia geleng-geleng kepala.Tanpa membuang masa,aku try call hp bapak aku.Setelah tunggu 5 saat, panggilan diangkat.Kedengaran suara kakak aku di dalam talian.Sah,bapak aku tertinggal hp di rumah.

Ini kes naya.Nak mencari dalam Pekan Ahad,bukan kerja main-main.Orang bukan main ramai.Itu baru kira orang.Kalau kira khemah,payung,sotong,ikan,pucuk kangkung...huiii.

Banyak tu.

Dah le dia tak tahu kat mana aku parking kereta.Kalau tak,boleh dia tunggu kat kereta.

Mak aku dah mula risau.Bapak aku tu,bukan boleh sangat,datang penatnya nanti,susah jadinya.Udah le awal tahun aritu dah sakit.Aku bagi isyarat kepada mak aku,supaya bertenang dan minta dia tunggu di kereta.

Jam dah 12.15 tengah hari.Panas terik.Tekak dahaga air laici letak ais.Bulan puasa pulak tu.

Tak boleh jadi.Aku sinsing seluar track-suit aku.Betis gebu aku terdedah.Dengan pantas,aku pusing semua ceruk Pekan Ahad tersebut.Non-stop.Mata meliar macam burung helang.Awek-awek berbikini (baca awek pakai tudung tapi baju ketat nampak bentuk bra) di tepi jalan,aku tak hiraukan.

Setelah hampir sejam berpusing,aku berhenti sekejap.Badan berpeluh.Tekak yang perit tadi,bertambah perit.Di depan aku,ada pulak orang jual air tengah-tengah hari macam ni.Tak patut sungguh.Geram.Bak kata Akasha dalam lagu Obsesiku , "inginku gigit-gigit telinga kecil muuuuu...".

Baiklah.Kita tinggalkan Akasha,lagu gigit-gigit telinga beliau, awek berbikini di tepi jalan dan makcik jual air di situ.

Di bawah panas terik, aku dah buntu.Semua ceruk aku dah pusing.Pasaraya aku dah masuk.Kedai runcit aku dah redah.Stesen teksi,aku dah check.Tempat aku turunkan diorang tadi pun,aku dah check.Pekan Ahad saja,dah berapa kali aku pusing.Semuanya tak jumpa.

Penat jangan cakap.Namun,demi bapak tersayang,cewah,aku bertabah.

Tiba-tiba, telefon bimbit aku berbunyi.Aku angkat dengan pantas.Mana le tahu, kot-kot mak aku dah jumpa ke.Kalau jumpa,baguslah.Bila mendengar suara di dalam talian bercakap,aku hanya angguk-anggukkan kepala dengan tenang.Talian diputuskan.Aku pandang ke langit jauh-jauh.

Nampaknya, bapak aku dah lama ambil teksi balik ke rumah.










Korang pernah hilang bapak di Pekan?

Aku pernah.

Baru minggu lepas.


4 comments:

bukankosong said...

xpe,anak soleh

laici letak ais

sedapppp

adam said...

keh3. Pandai si ayah, kurang-kurang solusinya mudah. Cuma korang yang mencari dan menunggu yang payah.

naiba said...

hehehehe..phm2..
mesti bapak hang takut hang tinggal die kan...hihihihi...

diz is me... said...

penyelesaian yg plg sng..iyerlh klu kt mall leh lah gak wat announcement...nie kt pasar tani....mane nk ader...huhu