Wednesday, August 15, 2012

Pagi Yang Hensem - 30

Buka mata.Menggeliat comel.Bangun.Capai tuala.Masuk bilik mandi.

Tengok muka di cermin.Alhamdulillah,hensem macam selalu.Terima kasih kepada tuhan.Semoga hensem di muka berkekalan lah hendaknya dan moga-moga juga,hensem dalam DNA aku melekat sampai ke cucu cicit piut aku.Syukur sekali lagi.

Berhenti merepek.

Aku capai ubat gigit.Kemudian aku picit ubat gigi sebanyak 10 gram.Ada penimbang kecil di sinki yang aku khususkan untuk menimbang berat ubat gigi.Aku timbang berat ubat gigi yang aku picit setiap kali aku nak berus gigi.Dah timbang cukup 10 gram,baru aku letak atas berus gigi.

Hummm....Jangan la naif sangat pegi percaya yang aku timbang ubat gigi.Kan dah terkena.

Aku picit ubat gigi terus ke atas berus gigi.Dah comel ubat gigi tadi berlingkar,aku berus gigi aku dengan penuh fokus.Dah siap berus,kumur comel-comel.

Siap kumur,aku capai botol listerine.Buka penutup,tuang listerine dalam penutup tadi.Banyak jugak aku tuang.Aku bersedia untuk berkumur.

Tangan diangkat.Mulut dah nganga.Elok nak tuang dalam mulut, siku terkena dinding bilik air, tangan pulak,terus terangkat ke atas.Tak sempat mengelak.

Pasrah.







Korang pernah basuh muka dan badan pakai Listerine?

Aku pernah.

Baru pagi tadi.



8 comments:

diz is me... said...

pedihhhnyer...msk mate x????

W. Hidney said...

tahniah

iNa aWiE said...

haha..ingtkan dah tertelan listerin di bulan puasa ni...

adam said...

kah3. banyak betul perkataan comel di situ.

Anonymous said...

ahaks, baru berangin satu badan..

naiba said...

heheheh...ingatkan tertelan td...

StingRay said...

DIM: Hampir-hampir.haha

whidney: pang mau? haha.

ina: huii..mau terkejut kuman dalam perut.haha

adam: hahaha.salah tu,penjodoh bilangan yang sesuai untuk comel, bukan banyak.yang sesuai adalah...ramai.sila percaya.

anon: huii..macam berguling dalam daun pudina.

naiba: nak? kalau nak,nak tolong bagi minum. =p

naiba said...

hahaha..takpe la en jamil...ceq tak suka air kaler-kaler....hhuhuhuuh