Tuesday, August 28, 2012

Brother Love

Satu malam yang bening yang aku pun dah tak ingat entah bila,aku memandu pulang ke rumah.

Sambil memandu,aku dengar radio.Radio aku tukar-tukar siarannya.Lagu tak sedap je,aku tukar.Tengah sedap tukar-tukar tu,tiba-tiba aku terdengar satu perbualan antara DJ dan pemanggil.

Berminat.

DJ tersebut menamakan dirinya sebagai Brother Love.

"Pakwe saya,dia busy sangat dengan kerjanya.Saya pun diabaikannya." ujar pemanggil wanita tersebut.Pelbagai masalah lagi di antara dia dan pakwenya diutarakan kepada Brother Love.Nampak kronik jugak.Boleh retak hubungan macam ni.Orang bekerjaya,memang kadang-kadang kurang masa dengan pasangan.

Setelah mendengar luahan pemanggil tadi,Brother Love pun membuat panggilan kepada pakwe awek tadi.Setelah beberapa ketika,panggilan diangkat.

Brother Love menerangkan kepada pakwe awek tadi,bahawa aweknya tidak suka dia diabaikan.Setelah berdiskusi lebih kurang,mereka bertiga akhhirnya mencapai kata sepakat.Masalah selesai.

Awek yang call tadi,sangat happy bila pakwenya mengatakan dia sayang kepadanya.Ucap dalam radio siot.Ramai boleh dengar.Mau tak happy.Aku pun tumpang happy sebab masalah dua insan tersebut berjaya diselesaikan cara baik.

Panggilan kepada pakwe awek tadi ditamatkan oleh Brother Love.

Sebelum panggilan awek tadi pula diletakkan,Brother Love mengemukakan soalan kepada awek tadi.

"Berapa umur ni?" santai je Brother Love menyoal.Aku pun santai je dengar.

"Hik hik hik...saya 16 tahun, pakwe saya 19 tahun...hik hik hik.." balas awek tadi penuh gedik.















Aku karate stereng kereta.

Cedik punya budak sekolah!


9 comments:

Su Hana said...

hahahaha...budak2 sekarang!

Azizan said...

kalau aku jadi dj tu mesti nyesal yanya soalan tu...

adam said...

tak menahan betul gersangnya. Laki tu pun gua syak jenis takde la kerja besar melampau.

alien said...

aku karate kau!

Anonymous said...

elok bagi penampor je dua dua.. keke

naiba said...

adoyai...budak2 sekolah zaman skrg..advance lebih...

baca buku nu dulu..

~gUrL in pUrPle~ said...

buang masa dgr mslh diorg. bleh x? hohoho

atikah akma said...

adoi...nice entry bro!

piNky LuCiA said...

Dj radio ape brother love ni. Nk dgr jugaklah.