Thursday, August 30, 2012

Sony Experia Go dan untuk mereka yang berminat.


Aku ada pengalaman pakai barang Sony E ni.Dulu henpon aku berjudul Sony Ericsson W580i.Dia punya perfomance,hui,memang sedap.

Dari ambil gambar,mendengar lagu,track tajuk lagu, berjoging sambil ukur jarak larian dan macam-macam lagi.Sony E W580i bagi aku,memang awesome.Cuma selaku pengSMS tegar,keypadnya memang tak tahan.Tak apa,boleh dimaafkan.

Kini,setelah lama dihidangkan dengan produk-produk HTC,Apple,Samsung dan yang lain-lain,tetiba Sony E berjaya menangkap perhatian aku lagi.

Kali ini,dengan produknya yang berjudul, Sony Xperia Go.

Telefon cerdik ni,jenis kalis calar,tahan habuk dan kalis air.Harga bawah RM1000.Well,antara sebab aku tak pakai tepon cuit-cuit ni selain dari sayang duit,aku risau kalau tepon aku jatuh ke,terkena air ke.Jadi,bila Sony keluar produk macam ni,memang agak kacip lah dengan aku.Ketching mai ais orang kata.

Walaupun masih guna Gingerbread (Android paling stabil mengikut apa yang aku baca), menda ni boleh diupgrade ke Ice Cream Sandwich tanpa masalah.Tapi kalau nak masalah jugak,boleh la upgrade telefon cerdik tu sambil cakap tuan kedai tu bodoh dan hodoh.Gerenti ada masalah lepas tu.Rasanya,kena baca balik kot,Sony dah keluarkan ke belum versi yang boleh upgrade ke Ice Cream Sandwich.

Features dia,bagi aku,ok lah untuk orang yang guna biasa-biasa macam aku.Takde la processornya sampai QuadCore.Tengok harga lah kan.

Paling leceh aku rasa,telefon cerdik ni tak ada kamera kecik kat depan.So,nak buat video call,memang haru biru lah.Apa gila cakap video call kena pakai kamera kat belakang.Takkan setiap kali nak buat video call,kena duduk depan cermin besar dengan harapan dapat tengok skrin kat depan.Itu adalah aksi yang sangat gampang.

Di bawah,adalah video telefon cerdik ni.Best je tengok dia basuh pakai air paip.



Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia

Pagi ni,aku datang kerja naik motor.

Tengah sedap merempit,tiba-tiba ternampak pesawat F18 Hornet sedang buat raptai sempena Hari Kemerdekaan.Fullamak.Selaku peminat tegar pesawat pejuang,aku jadi tersengih tak tentu hala dapat tengok dari dekat menatang tu lintas atas kepala aku.Cantik je dia buat kona baring.Semua perinciannya aku nampak dengan jelas.

Kalau pesawat yang paling otai (Su-30MKM a.k.a Flanker) yang lintas atas kepala aku tadi, boleh orgasm terus rasanya.




Wednesday, August 29, 2012

Annual Dinner

Akan diadakan pada bulan 12 tahun ini.

Tema...."Under The Sea".

Mampos.




*Bercadang nak jadi rumpai laut.





Halim Sigaraga

"Ha! Apahal termenung ni?" sergah Halim Sigaraga kepada Khusri yang sedang termenung jauh di atas kerusi.
"Astagatisma...terkejut aku Halim.Kau pun ada kat sini?" balas Khusri setelah terkejut.

"Ye,biasa lah.Cuti-cuti.Aku bosan,jadi aku berjalan-jalan lah.Ha,ni apahal kau termenung ni?" soal Halim Sigaraga kepada Khusri.
"Takde lah,makwe aku.Suka sangat ke sana sini,bebas sangat.Aku nak marah,kang dikatakannya aku ni mengongkong pulak." ujar Khusri dalam dilema.

"Perempuan ni Khusri,kalau kau sayang,kau kena lepaskan dia.Kalau dia sayangkan kau,nescaya dia akan datang balik.Percayalah." balas Halim Sigaraga penuh perasaan kasih sayang.*Meremang.
"Ah,kau dah kawin,boleh la cakap camtu." balas Khusri tak puas hati.

"Aku serius Khusri.Sekarang pun,isteri aku dah bebas.Aku dah lepaskan dia.Itu yang dia nak.Aku lepaskannya sebab aku percaya,dia akan datang kepada aku semula.Perempuan ni Khusri,kadang-kadang macam merpati.Pandai pulang ke sarang." balas Halim Sigaraga lagi dengan berkias, juga dengan penuh kasih sayang.
"Kau biar betul Halim.Baru je 2 bulan kawin.Agak-agak la." soal Khusri bermuka serius.

"Betul Khusri sahabatku.Aku tidak menipu.Aku cakap benda yang betul." balas Halim Sigaraga lagi.
"Bila kau lepaskan isteri kau? Kes apa?" Khusri nampak berminat dan pada masa yang sama,kagum dengan ketabahan yang ditunjukkan oleh Halim Sigaraga.









"Baru je lepaskan setengah jam tadi.Katanya nak cari baju.Ha,tu dah datang balik dah.Kan aku dah cakap,dia akan datang balik.Aku pergi dulu ya.Jangan sedih-sedih." ujar Halim Sigaraga sambil tepuk-tepuk bahu Khusri dan berlalu pergi menuju ke arah isterinya yang sedang membimbit beberapa beg pakaian dari butik.

"Macam merpati kepala bana diaaaaa..." jerit hati Khusri sambil ketap-ketap gigi.


Tuesday, August 28, 2012

Eye Bag

2 tahun lepas, mata aku tak ada eye bag.Kalau ada pun,kurang kot.

Sekarang,dah ada.Dah jelas.

Ok.Masa untuk kecantikan.



Auw!!

Brother Love

Satu malam yang bening yang aku pun dah tak ingat entah bila,aku memandu pulang ke rumah.

Sambil memandu,aku dengar radio.Radio aku tukar-tukar siarannya.Lagu tak sedap je,aku tukar.Tengah sedap tukar-tukar tu,tiba-tiba aku terdengar satu perbualan antara DJ dan pemanggil.

Berminat.

DJ tersebut menamakan dirinya sebagai Brother Love.

"Pakwe saya,dia busy sangat dengan kerjanya.Saya pun diabaikannya." ujar pemanggil wanita tersebut.Pelbagai masalah lagi di antara dia dan pakwenya diutarakan kepada Brother Love.Nampak kronik jugak.Boleh retak hubungan macam ni.Orang bekerjaya,memang kadang-kadang kurang masa dengan pasangan.

Setelah mendengar luahan pemanggil tadi,Brother Love pun membuat panggilan kepada pakwe awek tadi.Setelah beberapa ketika,panggilan diangkat.

Brother Love menerangkan kepada pakwe awek tadi,bahawa aweknya tidak suka dia diabaikan.Setelah berdiskusi lebih kurang,mereka bertiga akhhirnya mencapai kata sepakat.Masalah selesai.

Awek yang call tadi,sangat happy bila pakwenya mengatakan dia sayang kepadanya.Ucap dalam radio siot.Ramai boleh dengar.Mau tak happy.Aku pun tumpang happy sebab masalah dua insan tersebut berjaya diselesaikan cara baik.

Panggilan kepada pakwe awek tadi ditamatkan oleh Brother Love.

Sebelum panggilan awek tadi pula diletakkan,Brother Love mengemukakan soalan kepada awek tadi.

"Berapa umur ni?" santai je Brother Love menyoal.Aku pun santai je dengar.

"Hik hik hik...saya 16 tahun, pakwe saya 19 tahun...hik hik hik.." balas awek tadi penuh gedik.















Aku karate stereng kereta.

Cedik punya budak sekolah!


Monday, August 27, 2012

Terkejut dan Terkesima

Baca entry lama-lama.Baca komen lama-lama.Baca apa yang aku reply kepada pembaca aku dulu.Terhibur.Mengimbau kenangan.

Tup-tup,dalam banyak-banyak komen, ada satu profile aku yang papar gambar muka sebenar aku.

Terkejut.






Padam laju-laju.

Harap tiada lagi.


Anak dan Ayah - 1

"Dulu,benda-benda macam matematik ke,ayah selalu dapat nombor 1 dalam kelas." ujar si ayah.
"Oooo....." balas si anak dengan bangga.

"Senang cerita,tiap kali hujung tahun,ayah dah sampai naik boring lah naik pentas ambil hadiah." ujar si ayah lagi.
"Hebatnya ayah." ujar si anak penuh bangga.

"Sehinggalah suatu hari,selepas beberapa tahun ayah berkahwin dengan mama dan belum dikurniakan zuriat,datang seorang lelaki tua.Alim orangnya.Dia beri pilihan kepada ayah." lembut tutur si ayah kepada anaknya.
"Lelaki tua? Pilihan apa ayah?" si anak mula tertarik.Mula memberikan perhatian.

"Orang tua tu cakap, ayah akan boleh dapat zuriat, dengan syarat, kepintaran ayah akan diambil sedikit sebagai ganti.Disebabkan ayah dah lama inginkan zuriat,ayah bersetuju.Lelaki tua tadi,berdoa di hadapan ayah.Hasilnya,tidak lama selepas itu,mama mengandung dan ayah dapat kamu.Jadi,selepas dapat kamu,ayah dapat rasakan,kepintaran ayah semakin kurang berbanding dahulu.Tapi tak apa.Ayah redha.Ayah sayang kamu." tutur si ayah penuh kasih sayang.Penuh dengan senyuman.








"Ayah.Kalau ayah cakap awal-awal yang ayah malas nak tolong Lily buat kerja sekolah ni dari tadi,kan senang.Takde lah Lily tercegat dari tadi kat sini dengar cerita merepek ayah tu. Tasuke tasuke tasuke.Benci.Lily nak pergi tanya mama lah.Benci.Benci.Benci." ngomel si anak sambil berlari-lari comel mencari mamanya di dapur.

Si ayah,sambung menonton rancangan di tv sambil tersenyum nakal.


Jamil di Pagi 1 Syawal

Aku pandang muka di cermin.Berseri-seri.Baru sudah mandi.Sejuk bukan main.

Aku pakai wangi-wangian.Kenakan baju.Seluar.Calit minyak rambut,gomol-gomol rambut,terus sikat.Hasilnya, terpampanglah muka hensem di dalam dan di luar cermin.

Dah puas hati,aku keluar rumah.Cadangnya nak hidupkan kereta.Bersedia nak ke masjid.Tengok keluarga pun dah ready.

Aku berjalan menuju ke PS.Bila sampai,aku buka pintu kereta aku.Aku tarik pemegang pintu,pintu dibuka.Aku melepaskan pemegang pintu tadi,dan bersedia untuk menghidupkan enjin kereta.

Tiba-tiba, tangan yang aku pegang pemegang pintu tadi,tak dapat bergerak.Aku hairan.Jadi,aku pandang semula ke arah tangan aku tadi.

Kelihatan,tangan baju melayu aku,terkepit di pemegang pintu kereta.

Aku pandang PS, PS pandang aku.Aku senyum.PS nak bersalam rupanya.

"PS, di pagi yang mulia ini,aku nak minta maaf kalau ada salah silap.Terlanggar lubang ke,terbang atas bonggol ke,terlewat servis ke...minta maaf ye." ujar aku sambil tersenyum.

"Ye lah Jamil.Aku maafkan.Aku pun nak minta maaf kalau ada salah silap.Termakan minyak lebih ke,halal-halalkan lah ye." balas PS.

Kami berdua tersenyum.

Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.Cuaca terang dan tenang.Burung-burung berkokok riang.Unggas-unggas berkicau gembira.Semut di tanah,bersahut-sahutan.Ultraman terbang bersimpang siur.








Nun jauh di kota, Kriss Evo menangis sayu di kawasan parking motor.


Jamil dan Bunga Goyang


Dah 2 tahun setengah, bunga goyang tak pernah bosan menemani aku ke mana sahaja aku pergi.Masih berfungsi dengan baik.Cuma,warna bunganya sahaja semakin pudar.Boleh bandingkan warna bunga asalnya di dalam entry INI.Tapi,walau pudar macam mana pun warnanya,aku tetap sayang.Sayang macam mana pertama kali aku letak dia di situ dulu.

Batang bunga goyang ni pernah patah sebab kena tangan bangla yang cuci kereta.Bersusah payah aku kutip serpihan kecil yang jatuh,dan gamkannya semula sampai jadi cantik balik.Susah betul nak cantumkan serpihan yang kecil tu.

Aku sayang bunga goyang dan dia akan kekal menemani aku di situ sampai bila-bila.

=p




Thursday, August 23, 2012

Semalam Yang Hangat 34

Semalam.Jam 4 petang,berada di atas highway antara Sungai Petani dan Sungai Dua.Jem macam jebon.

Perancangannya,nak pegi Kuala Sepetang,pekena Mee Udang dulu.Sambil menunggu jalan reda,aku dengar laporan di radio.Highway dah sesak kat Sungai Perak,Terowong Menora,Tapah dan kawasan yang biasa sesak.Dah dengar radio,buka tenet,tengok trafik pulak.Dabel kompom jalan memang sesak.Lepas tu,aku nyanyi-nyanyi.

"Jam lapan malam,makan mee udanngg...jam 3 pagiii...sampai di Subanggg....lalalala~~"

Nyanyi gurau-gurau orang kata.Gila apa sampai Subang jam 3 pagi.Bukan jauh pun.


*******

Jam 8.15 malam,aku betul-betul sedang kunyah udang besar di Gerai Mak Teh di Kuala Sepetang.

Setelah berenti tidur setengah jam,akhirnya pada jam 3 pagi lebih baru sampai Subang.Jam 4.15 pagi pulak,baru terkial-kial parking kereta depan rumah.

*********













"Jam lapan malam,makan mee udanngg...jam 3 pagiii...sampai di Subanggg....lalalala~~"

Aku tak nak nyanyi secara random dah lepas ni.

Wednesday, August 15, 2012

Pagi Yang Hensem - 30

Buka mata.Menggeliat comel.Bangun.Capai tuala.Masuk bilik mandi.

Tengok muka di cermin.Alhamdulillah,hensem macam selalu.Terima kasih kepada tuhan.Semoga hensem di muka berkekalan lah hendaknya dan moga-moga juga,hensem dalam DNA aku melekat sampai ke cucu cicit piut aku.Syukur sekali lagi.

Berhenti merepek.

Aku capai ubat gigit.Kemudian aku picit ubat gigi sebanyak 10 gram.Ada penimbang kecil di sinki yang aku khususkan untuk menimbang berat ubat gigi.Aku timbang berat ubat gigi yang aku picit setiap kali aku nak berus gigi.Dah timbang cukup 10 gram,baru aku letak atas berus gigi.

Hummm....Jangan la naif sangat pegi percaya yang aku timbang ubat gigi.Kan dah terkena.

Aku picit ubat gigi terus ke atas berus gigi.Dah comel ubat gigi tadi berlingkar,aku berus gigi aku dengan penuh fokus.Dah siap berus,kumur comel-comel.

Siap kumur,aku capai botol listerine.Buka penutup,tuang listerine dalam penutup tadi.Banyak jugak aku tuang.Aku bersedia untuk berkumur.

Tangan diangkat.Mulut dah nganga.Elok nak tuang dalam mulut, siku terkena dinding bilik air, tangan pulak,terus terangkat ke atas.Tak sempat mengelak.

Pasrah.







Korang pernah basuh muka dan badan pakai Listerine?

Aku pernah.

Baru pagi tadi.



Tuesday, August 14, 2012

Berdekah Siot!!!!!! Hahahaha!


Tabiklah orang yang buat ni.Kreatif!


Sepetang Bersama Jamil

Masuk maybank2u.Nak beli topup cadangnya.Klik-klik.Dapat TAC.Masukkan TAC,tekan butang submit.Payment accepted tulisnya.

Tunggu punya tunggu,tak dapat2.Semak balik details,nampaknya,aku dah salah masukkan nombor telefon aku.Silap satu angka.

Fuuuuuuuuuuu~

Jamil dan Motivasi



Wallpaper laptop aku sekarang ni,banyak membantu aku bila aku down.




Monday, August 13, 2012

Jamil di Unit Human Resource

Setelah mendapat panggilan dari manager aku,aku keluar menuju ke lobi.Dah sampai ke lobi,aku menuju ke pintu lif.

Tekan butang,pintu lif dibuka.Aku masuk,pintu tutup dan lif tersebut dengan jinaknya terus naik ke atas.Dah sampai di tempat yang dituju,aku terus menuju ke arah manager aku.Elok aku sampai,dia bangun, dan kami berjalan menuju untuk mengambil sesuatu di hujung ruang pejabat.Dah ambil barang tersebut yang berupa fail maklumat calon yang bakal kami berdua interview sebentar lagi,kami berjalan menuju ke bilik interview.

Tak jauh.Di tingkat yang sama.

Tengah sedap berjalan,manager aku berhenti.Aku juga berhenti.Dia pandang ke arah aku.Aku pandang dia.Kemudiannya,dia bagi isyarat untuk aku pandang ke arah hadapan semula.Aku pun, pandang ke arah hadapan dengan patuh.

Kelihatan,seorang petugas HR, gadis, sedang membongkok di tepi almari rak fail yang tinggi.Dia membongkok untuk mencari fail yang terletak di bahagian bawah sekali.Seluarnya terlondeh menampakkan benda yang tak patut dilihat.Tiada pakaian dalam.

"Sabar je lahhhhhhhhh..." kata manager aku yang berjantina lelaki sambil geleng2 kepala.







Kurang setahun aku kerja di sini,dah dua orang HR buat menda macam ni depan aku.

Apa yang diorang nak buktikan ni sebenarnya?


Sunday, August 12, 2012

Ulang Tahun ke - 4 Hapacrita

Dah 4 tahun dah Hapacrita.

Hapacrita bermula dengan Jamil yang kebosanan, ditemani kipas angin di pejabat lama dan sekeping laptop pada 12082008.Sekarang dah 12082012.

Ramai yang jadi kawan aku melalui blog ni.Ada jugak yang tak puas hati.Ada jugak yang membenci.Ada jugak yang suka.Ada jugak yang baik hati.Ada jugak yang buat perangai tak semenggah.Namun,ramai yang baik-baik.Baik-baik sangat-sangat. =)

Well,aku tahu.Aku pun bukan bagus sangat.Ada yang salah,sila tegur. =) Ye lah, Allah SWT pun tak semua manusia terima,inikan pulak manusia.Hik hik hik.Blog ni pun,aku dah kurang update berbanding dulu.Mungkin dek kerana kekangan masa yang semakin padat.Ok lah,malas bebel panjang-panjang.




Terima Kasih kepada pembaca Hapacrita.

(^_-)v


Friday, August 10, 2012

Jamil dan Bangla Caltex

Jumaat yang lepas,selepas berbuka,aku pegi solat maghrib.Lepas maghrib,rehat dalam beberapa minit,capai tuala,terus pergi mandi.

Dah setel mandi,pakai baju kemas-kemas.Lepas tu,angkut barang masuk dalam bonet kereta.Dah siap semua,aku bertolak pulang ke kampung.Masa nak gerak tu,azan isya' berkumandang.Dalam perjalanan pulang tu, aku memandu dengan tenang menuju ke arah stesyen minyak Caltex Kampung Melayu Subang.Ala,yang dekat dengan lampu isyarat simpang 3 yang sibuk tu.

Untuk perjalanan jauh yang melibatkan highway,aku lebih cenderung untuk isi Caltex.Minyaknya lagi menjimatkan.Dari KL ke SmallVille,jarak 400km lebih,minyak baru RM40 plus plus.Ye lah,aku tak drive laju. Standard 80kmj-120kmj je.Tengok keadaan.

Dah sampai Caltex,aku berhenti.Bayar di kaunter,buka penutup minyak dan mengamalkan acara isi minyak dengan kaedah kukus-grill-panggang kukus-grill-panggang.

Maaf.Aku ulang semula ayat tadi.

Dah sampai Caltex,aku berhenti.Bayar di kaunter,buka penutup minyak dan mengamalkan acara isi minyak dengan kaedah angkat-tolak-masuk-picit.

Sambil isi minyak,datang seorang bangla.Bangla tersebut adalah pekerja kedai minyak tersebut.Dia datang tolong lap cermin depan dan belakang.Sambil dia lap,aku ucapkan terima kasih.Dia tersenyum,dan membalas semula ucapan terima kasih aku.

Sebelum dia pergi,dia sempat bertanyakan kepada aku.

"Abang tak solat terawih?" soal bangla tadi sambil tangan dia buat gaya angkat takbir,muka dia senyum-senyum sambil pandang-pandang ke arah masjid yang penuh dengan jemaah yang letaknya di sebelah stesen Caltex tersebut.









Bersepah jugak aku menerangkan kepada dia yang aku nak balik kampung di Kedah.

Siap cakap Kedah tu jauh.


Thursday, August 9, 2012

Jamil dan Hapacrita

Ahad ni,besday Hapacrita ke-4.

Aku cadang nak belanja dia bege Bakar Abang Burn.


Wednesday, August 8, 2012

Apa Aku Jumpa Bila Balik Kampung 12

Bergerak di malam hari.Setelah beberapa kali berhenti tidur dek penat (gila kau,balik kerja,berbuka,terus drive balik kampung) dan berhenti sahur,aku akhirnya tiba di Kedah selepas subuh.Matahari di sebalik pohon kelapa menyambut kepulangan aku.Cewah.

Sebelum ekzit Sungai Petani Selatan.

Matahari dah mula tinggi sikit.Tapi suasana maintain syahdu dan nyaman.

Adik-adik,ini namanya buah rotan.Ya.Buah kepada pokok rotan yang orang buat perabut tu.Rasanya masam2.Memang masam.Dalamnya macam buah mata kucing.Tapi isinya lebih lembut dan melekat pada biji.


Gila besar ular sawa ni.Lepas aku ambik gambar ni,dia keluar pulak ular tedung selar dari dalam kotak kat depan tu.Panjang lebih kurang ular sawa ni jugak.Aku tak sempat ambil gambar sebab tengah sibuk cari bapak aku.

Balik kampung,sini tempat aku tuju sejak dari dulu.Tenang dia,terasa sampai ke sum-sum tulang.

Pokok kat tengah bendang tu,maintain sejak tahun 1994.Tempat aku bersandar ketika merajuk kecik2 dulu.haha.

Ni rumah orang siam.Diupah khas untuk kerja di bendang nih.

Satu dari berpuluh-puluh buah pulasan yang sedang masak.Lebat pulak tahun ni.Tahun lepas 2 biji je keluar.

Aku bangun pagi,siram-siram kereta buang air embun.Tengok-tengok,bapak aku dah petik kat aku buah pulasan ni.Mesti dia nampak aku leka ambil gambar sebelumnya.

Untuk penggemar gulai batang pisang,anda perlu tahu.Anda tak makan seluruh batang pisang.Anda hanya makan 'umbut' atau 'empulur' iaitu bahagian tengah batang pisang sahaja.Itu bahagian yang lembut.Nak dapatkannya,kena tebang pokok pisang,belah batangnya,dan ambil bahagian tengah.Tengok gambar di atas.

Setel satu kelompok pokok pisang.Ini pisang hutan.Bukan pisang biasa.Nak dapatkan menda alah ni,kena masuk bukit.Nampak bersepah kan? Don't worry, dalam beberapa bulan,akan penuh balik dengan pokok pisang baru.Sepah-sepah ni,malam karang,datang le makhluk dalam hutan tolong makan bagi habis.'Barby tunggal' contohnya.

Ini adalah buah pisang hutan.Normal macam pisang biasa.Cuma buah pisang hutan ni,biji dia sangat banyak.Kalau nak makan,kena kemam-kemam dalam mulut,lepas tu ludah bijinya.Memang stress nak makan.Cuba tengok keratan rentas pisang yang dah aku patahkan tu.Nampak jelas bijinya bukan?

Ini isi pisang yang aku dah hancurkan.Nampak bijinya? Masa aku hancurkan isi ni,baunya,mak ai.Sedap gila.Wangi.Rasa macam nak buat cekodok.Masa aku ambil gambar ni,jam baru 10 pagi.Penat masuk hutan,tebang pisang,ambil umbut pisang,pikul naik turun bukit,huiii..memang mencabar puasa aku.Nasib baik aku ni baka-baka gagah.Jadi,kalau ada dengar pasal gulai batang pisang hutan,renungilah betapa banyaknya kudrat telah dihabiskan untuk menghasilkan gulai tersebut.

Bukan senang nak jumpa rambutan kuning kat kampung sekarang.Nasib baik mak teh aku ada lagi sepokok.Rambutan kuning dengan rambutan masak kuning adalah 2 benda berbeza.Rambutan ni tak akan jadi merah kalau masak macam mana pun.Rasanya? Rasa rambutan lah! Hahaha.

Ok.Aku malas aplod gambar.Next time pulak.

Tata.Muah!

xoxoxo.

Tuesday, August 7, 2012

Jamil dan Pekan Ahad

Wiken lepas,aku balik kampung sempena cuti Nuzul Quran di Selangor.Well,memang syurga habis lah boleh balik kampung.

Hari Ahad tiba.Hari Ahad di pekan SmallVille memang meriah.Ada orang jual ikan,jual sayur,jual makanan kering dan macam-macam lagi.Senang cerita,bayangkan lah pasar malam yang dilakukan pada awal pagi.

Jadi,selaku orang yang suka bahan-bahan segar,aku pergi ke Pekan Ahad dengan orang tua aku dan bini aku.

Elok sampai,aku suruh diorang turun dulu,sebab aku nak cari parking.Dah turunkan diorang,aku pusing bukan main jauh nak cari parking.Selepas dapat parking,aku pegi cari diorang yang tengah sibuk beli bahan mentah untuk memasak petang nanti.

Dah jumpa,aku tolong pegang barang yang dibeli.Dah nampak tangan aku sarat dengan ikan,ayam,udang dan sayur-sayur,aku pergi letak di dalam kereta.Mak aku pulak,sibuk nak pegi beli bunga.Layankan sahaja.

Sebelum diorang pegi,aku tak nampak pulak bapak aku.Aku tanya kepada mak aku,dia geleng-geleng kepala.Tanpa membuang masa,aku try call hp bapak aku.Setelah tunggu 5 saat, panggilan diangkat.Kedengaran suara kakak aku di dalam talian.Sah,bapak aku tertinggal hp di rumah.

Ini kes naya.Nak mencari dalam Pekan Ahad,bukan kerja main-main.Orang bukan main ramai.Itu baru kira orang.Kalau kira khemah,payung,sotong,ikan,pucuk kangkung...huiii.

Banyak tu.

Dah le dia tak tahu kat mana aku parking kereta.Kalau tak,boleh dia tunggu kat kereta.

Mak aku dah mula risau.Bapak aku tu,bukan boleh sangat,datang penatnya nanti,susah jadinya.Udah le awal tahun aritu dah sakit.Aku bagi isyarat kepada mak aku,supaya bertenang dan minta dia tunggu di kereta.

Jam dah 12.15 tengah hari.Panas terik.Tekak dahaga air laici letak ais.Bulan puasa pulak tu.

Tak boleh jadi.Aku sinsing seluar track-suit aku.Betis gebu aku terdedah.Dengan pantas,aku pusing semua ceruk Pekan Ahad tersebut.Non-stop.Mata meliar macam burung helang.Awek-awek berbikini (baca awek pakai tudung tapi baju ketat nampak bentuk bra) di tepi jalan,aku tak hiraukan.

Setelah hampir sejam berpusing,aku berhenti sekejap.Badan berpeluh.Tekak yang perit tadi,bertambah perit.Di depan aku,ada pulak orang jual air tengah-tengah hari macam ni.Tak patut sungguh.Geram.Bak kata Akasha dalam lagu Obsesiku , "inginku gigit-gigit telinga kecil muuuuu...".

Baiklah.Kita tinggalkan Akasha,lagu gigit-gigit telinga beliau, awek berbikini di tepi jalan dan makcik jual air di situ.

Di bawah panas terik, aku dah buntu.Semua ceruk aku dah pusing.Pasaraya aku dah masuk.Kedai runcit aku dah redah.Stesen teksi,aku dah check.Tempat aku turunkan diorang tadi pun,aku dah check.Pekan Ahad saja,dah berapa kali aku pusing.Semuanya tak jumpa.

Penat jangan cakap.Namun,demi bapak tersayang,cewah,aku bertabah.

Tiba-tiba, telefon bimbit aku berbunyi.Aku angkat dengan pantas.Mana le tahu, kot-kot mak aku dah jumpa ke.Kalau jumpa,baguslah.Bila mendengar suara di dalam talian bercakap,aku hanya angguk-anggukkan kepala dengan tenang.Talian diputuskan.Aku pandang ke langit jauh-jauh.

Nampaknya, bapak aku dah lama ambil teksi balik ke rumah.










Korang pernah hilang bapak di Pekan?

Aku pernah.

Baru minggu lepas.


Cadangan Membayar Saman Serta Merta

Kini, pihak berkuasa sedang mengkaji pilihan untuk menguatkuasakan pembayaran saman serta merta.Well,kalau kau potong double line, tiba-tiba ada polis melambai-lambai di hadapan,maka,sediakanlah duit RM300 untuk membayar saman pada masa tersebut.

Alasan menda alah ini dilakukan,bertujuan untuk mengelakkan supaya pembayaran saman tidak ditangguh lagi.

Well,pada pandangan aku,ok lah kalau dah itu yang deme nampak.

Well,sekali lagi, ianya berbeza pada pandangan aku.

Dengan mewajibkan pembayaran saman jenis serta merta ni,aku rasa, rasuah akan lagi bertambah.Ye lah,kalau kau tak bayar saman,kenderaan akan disita,ditahan.Bayangkan kalau yang buat salah tu, ada bawak sekali budak-budak dan anak kecik.Nak suruh deme semua berkerut dahi tahan panas sambil memerhati kenderaan mereka disita? Dah sita kereta tu,berapa pulak kos nak bawa pegi ke depoh simpanan? Huii..kompliketed jadinya.

Bayangkan pulak kalau yang buat salah tu gadis-gadis yang naif.Budak-budak U yang baru dapat kereta contohnya.Ha,buatnya terjumpa polis yang buruk disiplinnya,kena pulak polis tu ayat sikit,macam-macam boleh jadi.Ye lah,orang tengah terdesak tambah dengan takut.Takda duit,body pun jadi.Paling koman,dapat no tepon.Hahaha.Kalau gadis-gadis tu terkena dengan polis gay,selamatlah mereka.

Sekali lagi,pada pandangan aku,ada banyak cara nak suruh pesalah trafik ni bayar saman.

Benda-benda jenis bagi potongan diskaun bermusim yang dibuat pihak berkuasa sekarang,memang buat orang simpan saman banyak-banyak.Ye lah,tunggu pihak berkuasa bagi diskaun la katakan.

Bagi aku,salah satu caranya, buatlah diskaun yang macam dibuat sekarang.Contohnya,kalau bayar dalam tempoh 2 minggu,dapat 50%.Macam aku dulu,kena speed trap,pegi setel dalam tempoh 2 minggu,dapat potonga.Dari RM300,deme bagi bayar RM150 je.Banyak beza tu.

Jadi,cuba maksimumkan lagi apa yang dah ada sekarang.Contohnya bayar dalam 1 minggu,dapat potongan 60% ke.Tapi,kalau dalam 1 minggu tu ada lebih dari 3 saman,kena bayar harga biasa.Bagi pengajaran.Ye lah,mana tahu ada orang ambil kesempatan,mentang2 la bayar saman awal boleh dapat harga murah,selamba je dia buat kesalahan banyak-banyak.Lepas tu,kalau masuk bulan ke-3 tak bayar saman,nilai saman akan meningkat.Ha,bagi cuak sikit.Bese sangat buat salah lepas tu buat-buat bodoh.Biar pesalah pikir sendiri.Bayar awal,murah.Bayar lewat,semakin mahal.Ish,dah buat salah tu,mengaku je lah kan? Apa mende la buat salah lepas tu nak salahkan orang lain pulak.Tak gentleman lah macam tu.Gentelman ada lah.

Lagi satu, kalau kome pegi nak renew road tax kenderaan kome,mesti tak boleh renew kalau ada saman tertunggak kan? Ha,sistem dah ada.Apa kata gunakan je sistem ni,kemudian naik taraf sikit.Jadi,aku rasa, kat sini pun dah boleh psiko pengguna kenderaan.Naik taraf macam mana? Mari kita baca perenggan di bawah.

Cadangannya,kalau brader atau minah tu tak ada saman langsung dalam setahun tu,peh,dapat la rebet 30% untuk road tax + insurans.Tapi,kena ikut CC kereta jugak lah.Itu adalah contohnya sahaja.Tapi,kalau buat,aku jamin,ramai yang akan pulun jaga rekod diorang supaya tak kena saman.Ye lah,dapat potongan road tax kereta tu.

Nak lagi champion,pemandu yang tak ada rekod saman jugak,dapat lagi potongan cukai pendapatan.Potongan sebanyak 5%-10% contohnya.Takpe lah,kerajaan kurang income sikit,tapi rakyatnya jadi baik atas jalan raya.Jadi,tak perlu la kerajaan nak bazir duit buat kempen keselamatan jalan raya yang tak berkesan tu.Dari iklan mayat bergerak atas highway zaman 90-an dulu,sampai sekarang,steady je kemalangan bertambah.

Zaman sekarang,orang pandang duit.Itu kelemahan yang patut digunakan oleh pihak berkuasa kepada pengguna jalan raya.Kalau deme buat baik atas jalan,deme akan dapat untung setiap tahun.Dua jenis untung.Satu dari segi keselamatan deme,satu lagi pula, dari segi ganjaran.

Kalu dah jalan semua ni,tugas seterusnya, sistem kena pantau kalau-kalau ada pegawai yang jenis cari duit nak clear rekod saman untuk kawan-kawan.Ye lah, kena kawan-kawan atau orang tertentu hulur duit suruh clear rekod,jenuh jugak.Buatnya dia caj rm50,banyak boleh buat duit tu.

Ok.Dah panjang aku merepek.

Senang cerita,aku tak setuju cadangan untuk pemandu supaya membayar saman dengan serta merta.

Keburukannya,lebih banyak dari kebaikan.




Friday, August 3, 2012

Sepagi bersama Jamil

Aku dikehendaki menghadiri satu kursus.

Kursus di jalankan di dalam bilik yang dipanggil dewan.Dewan ini letaknya di sejenis bangunan yang dinamakan hotel.

Ada la dalam 40 orang peserta kursus.Si fasilitator ni,biasalah, orang dari HR. Unit training.Boleh tahan cantiknya.

Kurus.Slim.Putih.Berkarisma.Chinese.

Maka,kursus bermula dengan cerianya pada pagi tersebut.Setelah berlalu beberapa lama,kami dikehendaki melukis logo kumpulan(dari sekolah sampai kerja,lukis logo kumpulan je silibusnya).Bila dah siap,si fasilitator ni,suruh letak gambar di atas karpet.

Kami letak ramai-ramai.

Bila letak tu,ada la kertas terselak di sana-sini.Si fasilitator ni tadi,cuba untuk mengawal kertas yang terselak di sana-sini tersebut.Aku yang hanya berdiri sambil silang tangan di belakang beliau,cuma memerhati.Nak tolong pun,kerja mudah je.Biarlah dia yang buat.Tak payah nak jadi mat belia sangat.Rilek-rilek sudah.

Fasilitator tadi, bertinggung membelakangi aku dengan penuh sopan.Kemudian,dia tunduk untuk mencapai kertas di hadapannya.

Bajunya yang singkat terangkat.Seluarnya pula, terlondeh ke bawah sikit.Maka,aku ternampak panties beliau.

Tak sempat pejam mata.








Panties beliau, berlubang sikit di bahagian belakang, belah kiri,paling atas.

Kira-kira 2 cm lubangnya.


Thursday, August 2, 2012

Mencari IT Executive

Hai.Nama saya Jamil.

Jamil nak cari seorang budak IT, yang ada pengalaman dalam buat testing + dokumentasi .Alah,takde pun takpa,tapi kalau ada,amatlah best.Kalau takda pengalaman,aku akan ajar apa yang aku tahu sampai kau jadi cerdik macam arnab.

Prefer budak junior baru keluar U sebab gaji tak banyak sangat.Bawah RM2.2K.Bergantung kepada kebolehan masa aku interview nanti.Kalau ada ilmu dalam (web + css + design + programming) memanglah aku ambil terus.Tapi bergantung kepada HR jugak lah,bukan boleh aci main ambil terus.Deme tu tengok personaliti jugak.

Yang otai-otai tu, duduk comel-comel ye.Jangan nak try,nanti kecewa bila dapat payslip.hahaha.Nak try pun,ikut suka hangpa lah.

Kalau ada sesiapa berminat,ada adik beradik ke,ipar duai ke, inform ke email hapacrita@yahoo.com.Letak title dalam email "Memohon jawatan IT Exec".

Kalau berjaya selepas interview,tugas korang,kena buat test untuk sistem.Lepas tu,buat dokumentasi untuk sistem yang sedang dibangunkan.Kome akan kerja dengan aku.Kalau buat kerja hensem,aku rekemen baik punya untuk diserapkan sebagai permanent.

Tempat kerja best.Opismet sangat friendly.Tiap2 bulan ada jamuan (kalau jenis kuat makan).Petang-petang,nak layan blues,jom lepak tasik bagi ikan makan.Bas shuttle dari LRT disediakan pagi dan petang.

Ini adalah jawatan berjenis kontrak.Macam aku cakap,kalau kerja kemas,aku akan rekemenkan jadi tetap.

Nak segera nih.

Bye.

xoxo.



*Yang banyak-banyak resume aritu,ada jugak budak IT yang hantar.Dah ambil sorang dari banyak-banyak interview.Ada jugak jenis interview pun tak datang.Cubit kang! Ha,ni nak sorang lagi. =)

Bila Islam Dijadikan Bahan Kelakar.



Caption untuk gambar tu:"Say hello to Allah for me muslimaniacs! HAHAHAHA!!!!
(S)"


Kecik besar kecik besar je aku nampak tuan page FB ni.